Monday, April 23, 2012





PANTUN ISNIN



Kuala Perlis  padi menjadi,
Padi huma atas daratan;
Jadi penulis jaga diri, 
Jadi manusia kuat fikiran.

Padi huma atas daratan, 
Buah getak atas batu;
Jadi mulia kerana tulisan, 
Maruah rosak tulis tak tentu.

Buah getak atas batu,
Batu kawi dari makkah; 
Allah tegah orang begitu,
Tentu diri tidak berkah.

No comments: