BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
Sunday, April 8, 2012
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
TENGKU RAZALI HAMZAH PERANTAU GUA MUSANG
Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah mengakui pertubuhan itu menggunakan pendekatan politik kerana kebanyakan isu berkenaan yang dibangkitkan rakyat.
Namun, pihaknya tidak merancang mengubah status pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kepada parti politik.
Menurutnya, terpulang orang ramai mentafsir Amanah sama ada menjurus kepada politik atau sebaliknya, kerana asas perjuangan utama adalah menjaga kepentingan rakyat.
Membaca kata - kata ada daulat Tengku Razaleigh Hamzah dalam 'Sinar Harian' menarik hati saya dan menjdikan saya terkenang akan jasa beliau besama PM Malaysia, Tun Abdul Razak, ada 'ketidak sukaan hagti' sebahagian orang - orang bukan Melayu terhadapnya kerana menyertai Tun Abdul Razak membela dan membanguna nasib, ekonomi dan kehidupan orang Melayu dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru.
Pada masa berkencimpung dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 196t0-an - 70 -an, saya sering menemuji Tengku Razaleigh Hamzah dan sering berbinagn dengannya menenai orang Melayu dan masa depan mereka.
Setelah Tun Razak meninggal dunia, dan empat Perdana menteri, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Rasak, maka, Tengku Razaleigh Hamzah terus menerus memikul kewajipan wakil rakyat, iaitu ahli Dewwan Rakyat - Parlimen - , bagi kawasan Gua Musang dan beliau dibiarkanmenjadi 'perantau di Gua Musang', hulu Negeri Kelantan.
Mengapa mereka tidak mengankat Tengku Razaleigh duduk dalam menteri kabinet mereka? Mengapa Tengku Razaleigh seperti disisihkan atau seperti 'dimelukut tepigantangkan' oleh para Perdana Menteri itu? Adakah kerana Tengku Razaleigh orang lama dan 'letidak sukaan hati' sebahagian orang Melayu kerana beliau 'saing' Tun Abdul Razak?
Apakah kerana Tengku Razaleigh melancong bersama rakan - rakannya ke Parti yang berangkakan 46?
Sekarang Tengu Razali Hamzah sebagai'perantau Gua Musang', sedang memperkuatkan organisasi
Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), - NGO ada kabus politik.Tetapi beliau tidak dapat menjaloankan perjuangan politik atas landasan organisai tersebut, kerana, tentunya ditegah oleh Pendaftar Pertubuhan Negara, kerana organiasi itu bukan sebuah parti politik.
Sebilangan orang Melayu lama, amat tahun dan mengenang jasa Tengku Razaleigh Hamzah, di antaranya Bank Bumiputera. Tetapi bank tersebut telah hilang namanhya dari negara ini.
Kini sebilangan orang Melayu lama, hanya mengenang jasa Tengku Razaleigh Hamzah seperti mengenang Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein - jasa mereka sedang dihapuskan sedikit demi sedikit.
Beberapa bulan lalu, saya berada seminggu, di Gua Musang. Dalam percakapan dengan beberapa orang politikus - UMNO dan PAS di sana, mereka percaya amat kepada Tengku Razaleigh. Dan mereka berpndapat jalan yang paling baik dan Tengku akan diangkat tinggi, jika beliau berpindah kepada PAS.
Tengkiu Razaleigh Hamzah telah menyank menyimbangkan tanah miliknya di Kota Baharu kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Ini adalah salah satu dari banyak jasanya kepada orang Melayu.
Selamat berjuang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment