Thursday, April 5, 2012










BERITA DALAM SURAT KHABAR 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI


SULTAN PAHANG DAN ANUAR MUDA

KUANTAN - Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh setiap rakyat di negara ini perlu berlandaskan perlembagaan yang telah ditetapkan, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.


Baginda bertitah, kebebasan bersuara itu termasuklah dalam sesebuah organisasi di mana seseorang ahli dalam organisasi itu boleh bersuara tetapi ia perlulah mengikut undang-undang yang telah digariskan oleh organisasi itu.

Kenyataan baginda itu merujuk kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa yang digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Saya bersyukur kepada Allah atas qudrat dan iradat mengurniakan Sultan Pahang bertitah sedemiikian untuk Tan Sri Anuar Musa. Nasib baik, Sultan Pahang, bukan Sultan Melaka dan tidak zaman Hang Tuah. Pada zaman itu, orang yang buat salah begini, Orang Besar Pancung Tak Bertanya, memenggal lehirnya.

Sebenarnya Anwar Musa masih bersemangat sebagai seorang politikus dan menteri, maka, dia bercakap dan apa hendak dikatanya ikut kemahuannya sahaja.Dalam organisasi FAM tidak ada kebebasan orang politik dan menteri; siapa sahaja langgar disiplln, kena akibat

No comments: