Tuesday, November 30, 2010

FIKIR DAN SEDAR



FAHAM DULU SEBELUM MARAH

BANGSA MELAYU

Ialah kumpulan kaum Melayu di sekutah Melayu Raya atau Nujsantara. Semua orang Melayu di Malaysia perlukan bangsa Melayu. Bangsa yang berhak pada negara ini mengikut sejarah, budaya dan perlembagaan negara.
Semua orang Melayu mesti pertahankan bangsa Melayu. Jangan gadai Melayu hanya kerana tujuan perpaduan yang tidak ikhlas dan kepentingan politiki kapitalisme.

KETUANAN MELAYU.
Tuan ertinya pemilik benda, haiwan atau manusia.
Dalam ilmu sejarah, tuan dan ketuanan Melayu, ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka dan Negeri Perak Tua atau sebelum tragedi Pasir Salak, di Perak, Ketuanan Melayu terdiri dari Raja dan para Dato - pembesar Melayu. Mereka menguasai orang Melayu - rakyat biasa. Mereka memberi hutang wang dan sebagainya. Sesiapa yang tidak dapat membayar hutang, anak - anak gadis di rampas oleh orang - orang ketuanan Melayu. Kaki mereka dikekang dengan kayu. Ada di antara mereka dibunuh dan dijual kepada pelayar - pelayar di laut.
Ertinya Ketuanan Melayu memiliki rakyat Melayu, sebagai hamba abdi.
Orang - orang yang bijak pandai menolak ketuanan Melayu.

KEMANUSIAAN MELAYU
Bangsa Melayu atau orang Melayu mesti menolak Ketuanan Melayu dan menerima serta mempertahankan kemanusiaan Melayu. Kemanusiaan adalah bangsa Melayu atau orang Melayu yang mempunyai peribadi mulia, kuat berpegang kepada agama Islam - peribadatan, politik dan lain - , dan mempunyai perikemanusiaan serta menghormati semua manusia.
Kalau Sultan Selangor Murka kepada sesiapa yang membuang atau menghina bangsa Melayu, saya sokong. Tetapi, saya kena fikir banyak kali, kalau baginda murkakan prang - orang yang tidak mahu Ketuanan Melayu.


PENGHAPUSAN KETUANAN BANGSA
Bangsa Arab Quris sebelum Nabi Muhammad s.a.w. mempertahankan Ketuanan Arab. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan perintahdan arahan Allah, Junjungan menghapuskan Ketuanan Arab dan menjadikan bangsa Arab dengan bangsa 'Ajam - bangsa -bangsa lain, sama di sisi Allah. Mereka atau bangsa yang mulia di sisi Allah, adala yang beriman dan takwa kepada Allah Subhanahuj wa Taala. - Mokhtar Petah.


QURAN

IMAN DAN PERPECAHAN


Hai orang – orang yang beriman – kepda Allah - , bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar – benar taqwa dan jangan sekali – kali kalian mati, melain dalam keadaan Islam.
Dan berpegang teguhlah kalian kepada tali Allah – agama Islam dengan beramal ibadat dan bernegara bernegeri berdasarkan Islam dan mengikut hukum hakam dalam Quran - , dan jangan kalian bepercah belah – bercerai berai atau berpadu dengan manusia – manusia bukan Islam tetapi bermusuhan dengan umat Islam.
Dan hendaklah ada di antara kalian satu golongan – puak – yang menyeru – berdakwah – kepada kebajikan – mengembang dan menggunakan Islam sebagai undang – undang dan perlembagaan - , dan menuruh mengamalkan segala yang baik dan melarang mengamalkan segala yang salah – buruk dan keji serta berlawanan dengan hukum Islam - , mereka yang berkelakuan demikian adalah orang – orang yang berjaya.
– Ali Imraan: 102 – 104.

Monday, November 29, 2010

MENGENANG ZAMAN SILAM

PEMBESAR SUARA MATI
Negeri Perak seperti negeri-negeri lain juga, iaitu sesiapa yang hendak mengajar ilmu agama Islam-bersyarah, berceramah dan berdakwah- , kepada orang ramai diwajibkan mempunyai tauliah mengajar dari Sultan Perak. Tauliah itu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri itu. Tetapi dengan surat kebenaran sementara dari pihak pejabat tersebut, seseorang itu boleh juga berbuat demikian.
Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah mengeluarkan surat kebenaran sementara kepadaku untuk memberi ucapan dalam majlis-majlis agama Islam, di seluruh negeri itu. Sekitar tahun 1969-1977, aku telah berperanan dalam tiga bidang kepentingan orang ramai, iaitu kerjayaku sebagai wartawan, penceramah atau mubaligh dan membimbing pemuda pemudi yang berminat untuk menjadi pemberita atau wartawan dan penulis.
Aku mengambil tanggungjawab berceramah dan dakwah agama Islam kepada orang ramai, kerana aku telah mendapati ramai di kalangan umat Islam, tidak mendapat kefahaman ilmu pengetahuan Islam yang cukup. Amalan mereka banyak yang bercampur aduk antara amalan Islam dengan amalan-amalan dalam agama-agama lain dan amalan bersifat khurafat atau tahyul. Perkara itu dapat kita melihat dalam bidang amalan-amalan harian, politik, ekonomi, sosial dan adat istiadat.
Pada satu hari aku telah dijemput oleh Jawatankuasa Masjid Bagan Tiang, Parit Buntar, untuk memberi ucapan dalam majlis menyambut maulidur rasul yang telah diadakan oleh penduduk kampung tersebut.
Majlis yang telah diadakan dalam kawasan masjid itu telah dihadiri oleh lebih seribu orang. Di antara mereka itu ramai alim ulama yang datang dari sekitar daerah Kerian, Larut Matang, dan daerah-daerah, di negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Kebetulan pula pada hari itu akhbar telah menyiarkan ucapan Menteri Kewangan, Tan Sew Sin yang telah mencadangkan supaya rakyat negara ini menubuhkan sebuah Barisan Agama-Agama di negara ini. Salah satu dari isi-isi ucapanku dalam majlis itu, aku telah menekankan tentang pentingnya falsafah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. yang merangkumi keimanan kepada Allah, jihad, hubungan baik sesama manusia, amanah dan budi pekarti yang mulia.
Aku telah mengingatkan mereka yang hadir tentang tentang bahaya Barisan Agama-Agama kepada agama Islam. Aku telah menjelaskan, sekiranaya barisan itu ditubuhkan, maka agama Islam akan tertindas atau terkapai-kapai dalam barisan tersebut.
Aku telah kemukakan pendapatku dalam ucapan itu, iaitu sekiranya kerajaan memberi bantuan kewangan sebanyak satu juta ringgit kepada tiap-tiap agama anggota barisan itu, maka agama Islam akan mendapat jumlah wang yang sedikit berbandingkan dengan wang bantuan yang didapati oleh agama-agama lain.
Selain dari itu aku juga telah mengingatkan mereka yang hadir, bahawa pembangunan industri di seluruh negara memanglah baik, tetapi dalam mana-mana negara perindustrian, maruah pemuda pemudinya tidak terkawal, maka umat Islam di negara ini mestilah berusaha menanamkan ilmu pengetahuan Islam kepada anak-anak mereka dalam menghadapi negara perindustrian ini.
Aku telah berucap lebih satu jam.Pada waktu aku hampir menamatkan ucapanku, tiba-tiba ucapanku terganggu, pembesar suara mati kerana wayarnya telah dipotong. Pada ketika itu aku nampak beberapa orang pemuda telah berada di hadapanku. Mereka menunjukkan buku lima masing-masing ke arahku dan mereka telah menjerit-jerit menyuruh aku turun dari pentas.
Dengan hati yang risau aku telah turun dari pentas. Dalam keadaan yang kalut itu, kira-kira dua puluh orang pemuda dari sebuah parti politik telah mengelilingi aku dan mengiringi aku keluar dari majlis itu menuju ke kereta yang sedang menungu. Kemudian mereka membawa aku ke kediaman rasmi Kadi Daerah Kerian, Ustaz Arif bin Haji Yassin.
Pada waktu aku di rumah kadi itu, barulah aku mendapat tahu, bahawa pemuda itu adalah ahli-ahli sebuah parti politik Melayu rakan parti politik Menteri Kewangan, Tan Sew Sin.
Seminggu kemudian, beberapa orang dari daerah Kerian telah datang ke rumahku di Kuala Kangsar. Mereka telah mengundang aku untuk memberi ucapan dalam majlis-majlis maulidur rasul yang mereka akan adakan. Semua majlis-majlis itu diadakan dalam kawasan kubu kuat parti Islam.
Pada hari itu, aku telah memberi ucapan dalam tiga majlis maulidur rasul dalam daerah tersebut. Seorang ulama tersuhur, di negeri Perak, Allahyarham Ustaz Haji Mat Saman Kati, telah menyertai aku untuk memberi ucapan, di majlis-majlis tersebut.

*** ***


Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan 1957 hingga pada masa ilmu kewartawanan atau mass communication (mass com.) belum diwujudkan oleh Institut Teknologi Mara, belum ada sesiapa dan organisasi yang mengadakan kursus seperti itu secara umum di negara ini. Ada atau tidak, hanyalah institusi media atau akhbar mengadakan kursus atau bimbingan kepada pemberita-pemberita mereka sahaja.
Sekitar tahun 1960-an, persatuan-persatuan penulis di negeri-negeri telah mengadakan ceramah dan seminar penulisan kreatif, tetapi tidak bersifat kursus atau bimbingan secara langsung kepada belia-belia yang meminati bidang kewartawanan dan penulisan.
Pada pertengahan tahun 1965, aku telah dikenali ramai sebagai seorang wartawan yang telah berpengalaman dalam bidang penulisan kreatif - novel, cerpen dan sajak-, maka aku telah menerima banyak sungutan dari ramai pemuda pemudi, di seluruh negeri Perak yang berminat dalam bidang pemberitaan atau kewartawanan, kerana mereka tidak berpeluang mempelajari ilmu tersebut.
Sementara itu ramai belia-belia, terutama lepasan sekolah agama rakyat yang meminati kerjaya dalam bidang penulisan dan kewartawanan telah meminta aku membimbing mereka dalam bidang tersebut.
Atas rasa tanggungjawab untuk mengembangkan ilmu pengetahuan, maka aku dengan ’ilmu sebanyak tahi udang atas kepala’, pada tahun tersebut aku telah mengadakan kursus ilmu kewartawanan dan penulisan kepada para belia lelaki dan perempuan, di beberapa tempat di negeri Perak, iaitu Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping, Parit, Pulau Pangkor, Kampung Gajah, Teluk Anson, Parit Buntar dan Hulu Perak.
Pada peringkat mula aku telah mengadakan kursus kewartawanan dan penulisan pada tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad kepada kira-kira 30 orang pemuda pemudi, dalam sebuah bangunan, di Bandar Kuala Kangsar. Di antara mereka itu, ialah Nasaruddin Abu Bakar, Mohd. Nor Shamsuddin dan Shahbuddin Hassan (kemudian mereka bekerja sebagai wartawan Uutusan Melaysia). Beberapa orang peserta kursus itu tidak berminat bekerja sebgai wartawan tetapi berminat dalam bidang penulisan kreatif, di antara mereka itu, Hussein Arif (Lubuk Merabu), Cikgu Ismail (Parit) dan Ramlah Yatim daan Arbaayah Yatim (Manong) dan beberapa orang guru dan kakitangan kerajaan.
Pada masa yang sama, dalam satu program Belia, di Bukit Berapit, Padang Rengas, seorang jurufoto bebas, Radzuan Ahmad telah menemui aku. Dia berasal dari Kampung Tanah Merah, Kuala Kangsar dan bekas jurufoto Tentera British di Singapura. Radzuan telah meminta bantuanku untuk mendapatkan kerja sebagai jurufoto dalam syarikat Utusan Melayu, di Kuala Lumpur.
Aku telah menulis sedikit nota atas kertas kecil dan aku meminta dia berikan kepada Ketua Pengrang akhbar itu, Melan Abdullah (kemudian Tan Sri) atau Timbalannya, Othman Abadi. Tidak lama kemudian di telah bekerja sebagai jurufoto dalam syarikat tersebut.
Pada masa itu aku memegang jawatan Pengerusi Persatuan Belia Kuala Kangsar. Setiausaha, Hamdan Hazizi (penolong Pegawai Daerah), selepas itu telah memegang jawatan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak. Kemudian dia menceburkan dirinya dalam bidang perniagaan dan perusahaan di Ipoh. Anggota-anggota lain dalam persatuan belia itu, di antaranya, Ismail Shabuddin (penolong Pegawai Daerah) kemudian menjadi Datuk Bandar Ipoh.
Usaha aku mengadakan kursus kewartawanan dan penulisan telah menjadi agenda Persatuan Belia Kuala Kangsar. Usaha menarik lebih ramai lagi belia-belia dalam daerah itu untuk menyertai kursus tersebut telah dijalankan oleh persatuan tersebut.
Pada tahun 1966, dengan kerjasama Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Allahyarham Ahmad Daud Dahalan, maka kursus ilmu kewartawan dan penulisan yang aku adakan di bangunan dalam bandar Kuala Kangsar itu, telah berpindah ke dewan Rest House dekat Pejabat Daerah setempat. Lebih 70 orang belia lelaki dan perempuan termasuk ahli-ahli Persatuan Belia telah menyertai kursus tersebut.
Di antara mereka itu, Baharuddin Kahar (kemudian terkenal sebagai penulis novel dan menjayakan penulisan muzalah Berita Harian), Husni Tamrin Alimin (Tanjung Rambutan), mereka dari Ulu Kinta, Sharifah Saudah Ahmad, kemudian berkhidmat sebagai pramugari MAS, dua orang penuntut Malay College Kuala Kangsar, Mahson dan Abdul Rahman Yusof. Mahson telah berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan Pusat, Abdul Rahman Yusof, kemudian telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan Osman Hamzah bekerja sebagai tukang memperbaiki radio di Taiping dan Kemudian dia telah bekerja sebagai pemberita BERNAMA, di Taiping.
Pada awal tahun 1977, Osman Hamzah telah mengadakan skim cepat kaya yang terkenal dengan nama ’skim Pak Man Telo’. Skim itu telah menggemparkan penduduk-poenduduk sekitar negeri Perak dan negeri negeri lain, kerana sesiapa yang melabur wangnya menrusi skim tersebut cepat menjadi kaya. Kemudian dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa mengikut seksyen 103, jadual ke empat Akta dan Isntitusi Kewangan. Sebelum meningga dunia, dia telah dibuang daerah ke Kuala Terengganu pada bulan Mac 1992.
Gadis Bukit Chandan, Mariam yang telah aku terangkan di atas telah mengikuti kursus kewartawanan dan penulisan di Rumah Rehat Kuala Kangsar. Dia masih berkeadaan lama juga terhadap diriku. Pada masa itu dia telah menulis cerpen-cerpen mengenai ke patahan cintanya, tetapi cerpen-cerpen itu tidak dikirimkan kepada mana-mana surat khabar dan majalah. Menurutnya dia hendak menyimpan cerpen-cerpennya itu sebagai kenangan.
Pada tahun yang sama, sebuah Jawatankuasa Sementara di Malay College Kuala Kangsar(di antara anggota-anggotanya, Ustaz Abdul Rahman dan Dismon Muzaffar Tat, telah menjemputku untuk memberi kursus ’kewartawanan dan antarabangsa’ pada tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad, selama empat bulan, yang dikhaskan kepada kira-kira dua ratus orang penuntut-penuntut yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi, di luar negara.
Pada masa kursus di Malay College itu pertama kali aku bertemu dengan seorang penuntut dari Cheruk To’kun, Bukit Mertajam, Anwar Ibrahim.Dia tidak dapat mengikuti kursus itu kerana dia akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Anwar Ibrahim seorang penuntut yang petah bercakap pandai berucap. Dia telah belajar sedikit sebanyak cara-cara berpidato dengan baik daripadaku. Aku telah menasihatinya, supaya belajar pidato dengan praktik di hadapan cermin besar. Cara demikian pemidato itu dapat melihat gaya diri dan memek mukanya pada waktu berucap dalam cermin itu.
Aku juga telah mencadangkan kepadanya, supaya dia mengambil potongan-potongan penting dari ucapan dan tulisan Presiden Soekarno, Muhammad Abduh, Syed Qutb dan beberapa orang lagi selain dari ayat-ayat Quran dan Hadis untuk digunakan dalam ucapannya sebagai hias cakap
Kira-kira seminggu kemudian – Malay Colleh bercuti -, aku bersama Haji Fadhil Khalid, Abdul Latif Hussein (penulis dan anggota Parti Rakyat) telah membawa Anwar Ibrahim memberi ucapan dalam majlis Maulidur rasul, di Kampung Beluru (kampung di pendalaman) dan Kampung Talang Dusun(dekat Padang Polo Kuala Kangsar). Dia telah berucap dengan suara yang lantang, penuh gaya dan semangat. Hampir separuh dari ucapan Anwar telah menyelar atau mengecam Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, beberapa orang menteri kabinet wakil-wakil rakyat UMNO.
Ucapan-ucapan Anwar Ibrahaim telah menarik perhatian orang-orang dari parti pembangkang dan mereka yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Pendapat-pendapat Anwar Ibrahim dalam ucapan-ucapannya sesuai dengan fikiran orang-orang parti pembangkang, seperti Socialist frunt atau Parti Rakyat dan PAS.
Pada masa itu ramai dari penduduk-penduduk kampung suka mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Ucapannya seperti ucapan pemuda-pemuda revolusi Indonesia atau seakan-akan ucapan Presiden Soekarno.
Aku telah merenung wajah dan peribadi Anwar; dia seorang yang bercita-cita besar, mempunyai harapan untuk menjadi pemimpin, tetapi dalam banyak hal dia seorang yang gelojoh. Biasanaya, orang-orang yang gelojoh bernasib seperti seorang seldadu; kalau dia tidak membunuh musuh, maka dia akan dibunuh oleh musuhnya.
Semenjak Anwar Ibrahim tamat dari Malay College dan melanjutkan pelajarannya, di Universiti Malaya dan hingga dia berada di kedudukan yang tinggi, aku tidak pernah bertemu dengannya. Tetapi aku sentiasa mengikuti jejaknya, jejak seorang pejuang yang sarat dengan semangat dan cita-cita, namun, dia seperti seorang perajurit di medan perang; membunuh atau dibunuh.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN

ORANG FASIK

Hai orang – orang yang beriman, jika datang kepada kalian seorang fasik – orang membuat fitnah, mengumpat, mengadu dumba dan perbuatan jahat – membawa sesuatu berita, maka selidiklah - untuk menentukan – kebenarannya, agar kalian tidak menimpakan ke atas sesuatu kaum – organiasi dan sebagainya – dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kalian – sehingga menjadikan kalian menyesali apa yang kalian telah lakukan.
- Al Hujuraat:6
Nota.

Pada masa ini telah menjadi seperti amalan dalam budaya, orang – orang yang membawa cerita buruk, fitnah, mengumpat dan sebagainya kepada orang lain, oaarti politik, masyarakat dan sebagainya. Maka orang – orang bodoh menerima dan percaya kepada perkara – perkara tersebut.

Sunday, November 28, 2010

KISAH DARI NOVEL


TULANG TEMULANG DADA


Rimba raya dan gunung ganang berkemilauan indah dalam cahaya matahari pagi. Udara bertiup dingin. Nyaman. Unggas-unggas berterbangan ke sana kemari, bagaikan berpesta pada pagi itu. Bunyi siamang, kera, lotong, kakah, beruk dan tupai kerawak bersahut- sahutan dengan bunyi kijang jantan membiang, kuang mengigal dan belatuk mengasah paruh pada batang kayu mati.
Pada pagi itu Azmi telah berada dalam rimba banat tempat dia sering mencari madu lebah. Azmi berdiri di bawah gunung batu di situ. Sepasang bola matanya dicampakkan ke seluruh permukaan rimba raya, bukit bukau dan gunung ganang dalam kabus putih.
Pakaian yang membungkus tubuh Azmi tidak seperti pakaian yang biasa dipakainya untuk mencari madu lebah biasa. Azmi memakai kemeja berlengan panjang warna biru tua dan seluar kain khaki warna kelabu. Sepasang kasut kembes warna hitam tersarung pada sepasang kakinya.
Bujam yang dibawanya berisi sehelai baju Melayu potongan Teluk Belanga, sehelai kain sarung dan sebiji ketayap putih. Di bawah pakaian itu terletak dompetnya yang berisi kad pengenalannya dan wang kertas sebanyak lima ratus ringgit. Dua ratus ringgit lagi wangnya dalam saku seluarnya.
Azmi sedang menunggu seseorang di situ. Dua ulas bibirnya kumat kamat seperti orang sedang membaca mentera. Suara dia membaca ayat-ayat Quran melimpah keluar dari celah dua bibirnya.
Tiba-tiba entah muncul lima orang lelaki di hadapannya. Pakaian mereka seperti pakaian ulama, ahli sufi dan mujahid Taliban. Jubah dan serban putih dan kaki masing-masing dalam kasut kembes warna hitam. Mereka berdiri di hadapan Azmi dan mengucap salam kepadanya. Azmi membalas ucapan salam mereka.
”Silakan,”kata seorang lelaki dari yang lima.
”Baik,”sahut Azmi.
Mereka mengiringi Azmi berjalan masuk ke bawah gunung batu itu yang keadaannya seperti ruang perut gua yang luas. Mereka berjalan laju, mungkin sepantas istana Maharani Balqis, di Saba, yang diterbangkan kepada Nabi Sulaiman,’...aku sanggup membawanya (istana) kepada kamu dalam sekelip mata...’, seperti yang difirmankan Tuhan dalam wahyu-Nya.
Azmi telah berada dalam sebuah negeri yang Indah. Negeri itu terletak di pinggir laut luas terbentang. Penduduk-penduduk menyembah batu-baju pejal yang mereka tempa sendiri seperti batu-batu berhala yang dipahat oleh bapa Nabi Ibrahim, ’Patung apakah, yang selalu kamu setabah? Kami dapati bapa-bapa kami menyembahnya. Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu dalam sesat yang terang.”
”Entah-berentah, nama negeri ini,”seorang lelaki dari yang lima memberitahu Azmi.
”Apa maknanya, macam saya pernah mendengar nama itu?”Tanya Azmi
“Maaf, Tuan, kami tak tau...,”seorang lelaki dari yang lima menjawab.
Atas jalan tidak berturap, sebuah pedati berkuda dua sedang menunggu. Lelaki berlima menjemput Azmi menaiki pedati itu. Azami teringat akan pedati yang pernah ditumpangnya, di Minangkabau pada empat tahun lalu. Lima lelaki itu mengikuti Azmi menaiki pedati tersebut.
”Kita hendak ke mana ...?” Gembala kuda bertanya.
”Keliling-keliling kota,”jawab seorang lelaki dari yang lima.
”Baik...,”sahut gembala.
”Kuda-kuda ini saudara ternak di mana?” seorang lelaki dari yang lima bertanya kepada gembala.
”Saya ternak di ladang bawah gunung sana, pedati ini milik kawan saya,
Suran Kenbayat...,”jawab gembala.
”Ooo, jadi saudara ini gembala kudalah,”lelaki lain dari yang lima berkata.
”Ia, gembala kuda...,”sahut gembala.
Pedati berlari kencang. Lima lelaki berbisik zikir nama Allah. Azmi melihat ke sekitar kiri kanan jalan yang mereka lalui. Rumah-rumah berbagai bentuk. Ada yang baru dan ada yang telah lama dan di makan usia. Semua rumah itu dibina dengan keping-keping tanah liat merah dan kelabu seperti bata.
Azmi melihat orang-orang lelaki dan perempuan yang berjalan hilir mudik atas jalan itu dan yang berdiri di tepi jalan, di bawah pepohon, di halaman semua rumah di sepanjang jalan itu berkeadaan kurus kering.
Mereka memiliki puntung-puntung betis kering membesi seperti tiang bendera. Tulang-tulang dada bagaikan lantai buluh dangau dalam huma. Kepala dan dahi masing-masing kering laksana batu nisan di padang pasir.
”Semua orang di sini susah..., menderita..., ibarat hidup menggigit tulang, dagingnya orang lain yang makan...,” lelaki dari yang lima memberitahu Azmi.
”...kena apa begitu?”Azmi bertanya.
”Apa boleh buat, raja, menteri , semua orang berkuasa, tak ada hati perut...,”jawab lelaki dari yang lima.
”Begitu, ...tak adillah tu,”kata Azmi.
”...ia, tak adil, semua yang ada dalam bumi, dalam air, dalam udara jadi milik raja, menteri, orang berkuasa...,” terang lelaki dari yang lima.
”...di sana tu, Istanake, cantik nampaknya?,”Azmi bertanya dan dua biji matanya terhumban ke sana.
”Itu Istana raja negeri ini, Maharaja Wangsa dewa,” gembala kuda menjawab.
”Oh, cantik sungguh,”kata Azmi.
”...ia, Istana raja, ...cantiklah, tapi rakyat, tengoklah..., kurus kering macam bangau tengah sawah,...biji mata lebih besar dari kepala...,”sahut gembala kuda.
Pedati berlari kencang lagi. Lelaki yang lima ghalib berzikir. Pada ketika mereka tiba di suatu kawasan lapang, gembala kuda memberhentikan kuda-kudanya dan pedati terhenti kaku. Ramai lelaki dan perempuan yang kurus kering berhimpun di situ. Mereka itu seperti dalam satu temasya.
“Kita turun di sini, kita tengok apa orang-orang itu buat,”kata gembala kuda.
Azmi bersama lima lelaki dan gembala kuda berdiri di bawah pokok rendang, tepi tanah lapang itu. Laskar-laskar Enah-berentah sedang berkawal dengan lembing-lembing berikat pita merah pada pangkal matanya. Semua mata lembing itu di halakan kepada lebih tiga puluh orang lelaki berjubah dan tangan mereka dipasung dengan rantai waja. Mereka itu sedang dipaksa berjalan ke tali gantung. Mereka itu akan digantung sampai mati.
” Mengapa mereka itu dipasung begitu?Azmi bertanya kepada gembala kuda.
“...mereka itu orang-orang tarekat, kena fitnah, jadi mangsa menteri perang, Duryudaha,”jawab gembala kuda.
Azmi merenung wajah gembala kuda yang sedang berpaling kepadanya.
”...dia dengan menteri pajak alam, Gangga widura dan panglima perang, Dusta raja,”kata gemabala kuda itu lagi.
”Mengapa,” Azami bertanya.
”... menteri perang itu nak jadi timbalan menteri perdana, tapi menteri perdana, Darma wangsa dengan persetujuan Maharaja Wangsa dewa tak mahu dia, lalu menteri perdana melantik Gangga sakti jadi timbalan menteri perdana,”jelas gembala kuda.
”Apa fasal pula pengamal-pengamal tarekat tu di fitnah?”Azmi bertanya.
” ...mereka nak jatuhkan timbalan menteri perdana itu, ...mereka tuduh pula orang-orang tarekat itu curi bedil, meriam, peluru dalam gudang raja,”jawab gembala kuda.
”...takkanlah orang-orang tarekat tu curi...,”kata Azmi.
”Ia, kita pun yakin begitulah, tapi...,”sahut lelaki dari yang lima.
”...sebenarnya yang curi senjata orang-orang Duryudaha, Gangga widura dan Dusta raja, mereka telah jual ke negeri musuh...,”jelas gembala kuda.
”Begitu..., jadi orang-orang tarekat tu, ...nayalah...,”kata Azami.
”Nayalah, kerana tiga sekawan itu, kuat, banyak duit, ...mereka tuduh saja, ...kenalah, ...orang tarekat mana ada duit, ...lagi pula siapa nak percaya cakap orang-orang kuat ibadat...,”sahut gembala pedati..
”Mereka tuduh orang-orang tarekat derhaka hendak menjatuhkan Maharaja Wangsa dewa, ...hendak berperang dengan Maharaja...,” kata lelaki dari yang lima.
”Duryudaha dan Gangga widura tak henti-henti nak jatuhkan timbalan menteri perdana Gangga sakti...,”kata gembala kuda.
”...ngapa pula?”Tanya Azmi.
”Banyak kerananya, ... mereka tak mau dia terus jadi menteri perdana, sebab dia tu lurus sangatnya, ”sambut gembala kuda.
”...zalim,”kata Azmi.
”Mana nak buatnya, di negeri Entah-berentah ini, yang zalim itu adil, yang jahat itu baik,...yang hitam putih, ...kata orang macam beraja di mata bersultan di hati...,”kata lelaki dari yang lima.
”Mari kita pergi, saya tak sanggup tengok orang-orang itu kena gantung,”kata Azmi.
Mereka meninggalkan kawasan lapang yang akan dipenuhi gema takbir orang-orang yang kena zalim itu. Mereka akan digantung sampai mati.
(Disedut dari manuskrip novel, Madu Dan Hidayat, oleh: Mokhtar Petah)

FIKIR - FIKIR

KEPALA DAN HUJUNBG KAKI

Pada ketika anda sembahyang, anda qujud. Pada waktu itu, hujung dua puntung kaki anda bagaikan terpacak pada lantai. Dahi dan kepala juga terlungkup pada lantai. Apakah yanbg anda fikir dari ciptaan Allah dan diri anda?


TEKET NERAKA


Anda seorang suami, isteri anda wanita moden - jahiliyah moden - di luar rumah dedah kepala dan rambut sertqa dedah sebahagian buah dada dan paha. Tahukah anta, bahawa isteri anda itu sedsngb memegang sekeping teket untuk anda masuk ke dalam neraka? Anda dan isteri anda akan sama - sama warga 1 Neraka.

QURAN

PENAWAR DALAMAN



Dia – Allah - yang menghidup dan mematikan, dan kepada – Nya kalian akan dikembalikan – mati dan dikirim ke alam akhirat.
Hai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pengarajaran dari Penguasa – Allah – kalian – iaitu al Quran - , dan menjadi ubat – penawar – bagi penyakit – penyakir batin yang ada dalam dada kalian – jantung dan lain – dan juga menjadi hidayat – petunjuk untuk keselamatan – di dunia dan di akhirat – serta membawa rahmat bagi orang – orang yang beriman.
– Yunus:56,57.

Nota.

Pad tahun 1950 – an, beberapa orang ulama dan bapa saya mengajar saya, bahawa untuk memohon kepada Allah bagi mengelak dari sakit jantung, lain – lain termasuk perasaan sedih atau dukacita, baca ayat ini sebanyak tujuh (7) kali setiap lepas sembahyang fardu Isya atau sembahyang tengah malam.
Saya bersyukur kepada Allah, Saya tidak pernah didera atau mengalami sedih dan duka cita sepanjang hayat saya selama 76 tahun.
Pada Julai dan Ogos lalu saya diserang sakit jantung – ikut pendpat para doktor - , tetapi saya tidak mengalami apa – apa penyakit dalam jantung, dan yang mendera saya ialah sakit kerana semua urat dari jantung ke seluruh tubuh saya terbalan – sumbat - , seperti peparit disumbat sampah sarap.
Saya nasihatkan kepada rakan – rakan, amallah ayat – ayat Quran ini.

Saturday, November 27, 2010

SAJAK

AKU


Aku,
Kamu,
Kamu,
Kamu semua,
Mereka,
Hamba Maha Kuasa,
Allah.
Aku, kamu dan kamu semua,
Hamba Allah.
Aku di bawah,
Kamu di atas,
Tidak taatkan Allat,
Tidak taatkan Rasul mulia,
Kamu,
Bukan aku,
Ikut syariat dan budaya barat,
Rakyat celaru,
Keliru,
Kau ketawa,
Ikut nafsu,
Kau bukan aku.
Aku tetap aku,
Aku.

Pulau Meranti …………… Mokhtar Petah

QURAN



TENGGELAM DALAM KESESATAN

Hai para rasul – utusan Allah dari Nabi Adam alaihis salam hingga Rasul Muhammad sallallahu alaihis salam – makanlah dari jenis – jenis makanan yang baik – lagi halal – dan kerjakanlah amalan – amalan soleh; sesunguhnya Aku – Allah – Maha Mengetahui apa yang kelian kerjakan.
Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kalian – agama yang satu asas ketuhanan, dan akulah Penguasa – Allah – kalian, maka kalian bertaqwalah kepada Aku.
Kemudian umat para rasul – utusan Allah – itu berpecah belah dalam urusan agama – mengikut agama – agama lain - mereka kepada beberapa pecahan, tiap – tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Maka, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan masing – masing hingga kepada suatu masa. – Al Mu’minun:51 – 54.

-------------------------------------------------------
SAUK, KUALA KANGSAR


Sauk. Ertinya: 1 - Empangan kecil pada parit sawah padi. 2 - Mengambil benda atau buah - buahan orang tanpa keizinan atau curi. 3 - Tangkap ikang dengan menggunakan rawan benang pada lengkung besi atau rotan.
Sauk dalam mukim Cchegar Galah. Dalam Daerah Kuala Kangsar.
Kampung sekitar Sauk, Kampung Baru - Pagar berduri - , Kampung Biong, Kampung Bendang Bugis, Kampung Seterus, Kampung Changkat Pinang, Kampung Changkat Duku, Kampung Ngor, Kampung Jenaliik Hilir dan Kampung Jenalik Hilir.
Pada zaman Tanah Melayu hampir merdeka telah datang ke Sauk: Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, Pegawai Penerangan UMNO, Syed Jaafar Albar, Ketua Pemuda UMNO, Saadon Haji Zubir, Naib Ketua Pemuda UMNO, Haji Ahmad Badawi dan Ketua Wanita UMNO, Khadijah Sidik.
Pada zaman pengganas komunis, Dolah Kuak - Abdullah bin Lebai Soleh, adiknya Abdul Rahman dan isterinaya, di bunuh oleh pengganas komunis.
Kejadian menggmparkan di kampung Ngor - Jenalik Hilir, kumpulan Al Maunah, di tuduh mencuri senjata - senjata perang Askar Wataniah, di kep Grik, Hulu Perak. Ketuanya, Mohd. Amin bin Ghazali bin Husin digantung hingga mati. Dikebumikan di Kampung Ngor.
Penulis - Nobelis Hasbima atau Hassan bin Mohd. Ali anak sauk.

Friday, November 26, 2010

FIKIR DAN FIKIR

BURUH ALLAHKAH KITA?

Pada zaman moden - jahiliyah moden ini - dan kebanayakan orang Islam melaungkan 'Islam mederate' dan ' Islam wasata', terdapat para muallim yang mengajar umat Islam dan didengan oleh bukan umat Islam, seperti umat Islam bukan hamba Allah dan menjadi buruh Allah
Mereka mengajar umat Islam agar melakukan amal ibadat dengan menguatkana harapan agar Allah mengurniakan rezeki. Mereka tidak mengajar agar umat Islam mengerjakan amal ibadar kerana reda kepada Allah dan mengharapkan redal Allah kepada mereka.
Walaupun dalam Quran Allah menjanjikan pahala, tetapi umat Islam bersihkan hati dan tuluskan iman berbuat amal ibadat kepada Allah dengan reda dan memohon reda Allah, bukan tuntut - macam paksaan - agar Allah kurniakan rezeki.
Allah menjanjikan, tetapi kita tidak baik jadi buruk menuntut. Allah kurnia atau tidak terpulng kepada - Nya, kerana Allah Maha Kuasa,Pemurah dan Pengasihani.
Dakwah dan pengajaran seperti di atas itu, saya kira tidak baik dan tidak elok dijadikan seruan agar manusia beriman dan taatkan Allah. - Mokhtar Petah

QURAN

CERAIKAN ISTERI DAN TAATKAN ALLAH

Hai Nabi – Muhammad s.a.w. -, kalau anda mencariakan permepuan – isteri, hendaklah kalian ceraikan pada waktu yang ditentukan itu - tidak pada masa isteri hamil dan perceraian itu ada idahnya - , dan takutlah (memenuhi kewajiban) kepada Allah. Jangan anda keluarkan mereka – isteri – isteri dari rumahnya dan jangan (juga) mereka keluar sendiri,kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang terang - setelah bercerai dan selama dalam idah. Itulah batas – batas (yang ditentukan oleh) Allah. Dan siapa yangb melampau batasan – batasan Allah itu, sesungguh dia menganiaya dirinya sendiri. Anda tidak mengetahui, boleh jadi Allah mengadakan selepas itu kejadian yang baru – mungkin dalam idah itu timbul fikiran tenang dan ingin rujuk kembali.
Sebab itu jika mereka –isteri – isteri - itu sampai sampai kepada waktu yang ditentukan, ambillah kembali – rujuk – mereka dengan baik atau ceraikan mereka dengan baik, dan persaksikanlah dengan dua orang yang lurus – jujur – di antara kalian, dan tegakkanlah kesaksian itu kerana Allah. Begitulah diberi pengajaran kepada mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian – akhirat. Dan siapa yang takut - memenuhi kewajiban - kepada Allah. Dia (Allah) mengadakan untuk orang itu jalan keluar – dari kesulitan – siapa yang taat kepada Allah sentiasa terbuka baginya pintu keluar dari segala kesulitan yang dihadapinya.
Dan – Allah – memberi rezeki kepadanya dari – sumber – yang tidak pernah difikir – sangka – kannya. Dan siapa mengimankan dirinya kepada Allah, (tentu) Allah cukupkan keperluan – hajatnya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan kehendak – Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan – menentukan – ukuran – bagi -segala sesuatu. – At Talaq:1 – 3.

Thursday, November 25, 2010

MENGENANG MASA SILAM

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


Pada waktu-waktu aku menulis buku ini, aku teringat kepada kawan-kawan yang sama dalam Sahabat Pena, ada di antara mereka telah berjaya menempa nama sebgai penulis tersohor, sasterawan, politikus dan sebagainya. Ramai yang terkandas di pertengahan jalan dan ramai pula yang telah kembali ke alam baqa.
Di antara mereka itu, Mahmud Ahmad, M.Ghazali, Abu Zaki Fadzil, Jimmy Asmara, Ahmadi Asmara, Kris Mas, Meor Aris Abu Bakar, Jihati Abadi dan Usman Awang.
Mereka itu telah berjihad dengan fikiran dan pena masing-masing. Kalau tidak keseluruhan dari fikiran mereka, sekadar separuh tentulah telah menjadi panduan, wadah dan daya ‘brain wash’ kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang telah mengemudikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan makmur.
Mereka dalam Sahabat Pena dan badan-badan penulis seperti ASAS 50 dan penulis-penulis di luar organisasi penulis telah menarik perhatian Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas pilihanraya 27 Julai 1955. Allahyarham Abdul Razak bin Dato’ Hussein sebagai Menteri Pelajaran, telah melihat perkembangan bahasa Melayu yang telah menjadi kekuatan politik Melayu, telah mengisytiharkan penubuhan Balai Pustaka.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu III yang telah diadakan di Singapura, pada 16 hingga 21 September 1956, telah mengusulkan nama Balai Pustaka itu diubah kepada nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Menteri Pelajaran telah bersetuju Dewan Bahasa dan Pustaka di letakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Pensyarah ekonomi di Universiti Malaya Singapura, Ungku Aziz telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Pengarah Dewan tersebut.
Rumusan yang telah dibuat dalam Sidang Bahagian A (ii) dari Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu, ialah:
TUJUAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
( a ) Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah menjadi pusat bagi menjaga hal ehwal dan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan Tanah Melayu kelak.
( b ) Dewan Bahasa dan Pustaka itu hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil-hasil kesusasteraan Melayu dari semenjak zaman purba.
TUGAS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
( a ) Melaksanakan perkembangan dan percantuman Bahasa Melayu Semenanjung dengan bahasa Indonesia.
( b ) Membongkar dan menyelidik sastera Melayu lama.
( c ) Mempunyai kuasa-kuasa menapis buku-buku penerbitan luar yang hendak digunakan oleh Jabatan Pelajaran di sekolah-sekolah.
( d ) Membuat penentuan-penentuan tentang pemakaian bahasa (tata- bahasa, istilah-istilah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya) untuk dilaksanakan dan diisytiharkan kepada umum.
( e ) Mengeluarkan hadiah-hadiah bagi mencipta buku-buku dalam bahasa Melayu dalam segala lapangan kepada:
i . Pengarang-pengarang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura dan Kalimantan Utara.
ii .Pengarang-pengarang asing.
( f ) Bekerjasama dengan penerbit-penerbit Melayu.
( g ) Mengadakan buku-buku yang menjadi punca ilmu pengetahuan yang penting seperti kamus, ensiklopedia dan lain-lain.
Aku dan seluruh individu rakyat Malaysia mengakui, bahawa jasa para penulis dalam Sahabat Pena dan organisasi-organisasi penulis adalah besar dan mulia, kerana perjuangan merekalah, maka bahasa Melayu yang telah didaulatkan dengan kuat kuasa Perlembagaan Negara perkara 153 (1) iaitu untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dilaksanakan dengan memuaskan hati semua orang Melayu yang berjiwa Melayu dan Islam.

(Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN

PENYAIR

Aku akan wartakah kepada anda, kepada siapakan syaritan – syaitan itu turun?
Mereka turun kepada setiap pembohong yang berdusta.
Mereka meneleng (tidak peduli)kan telinga mereka, tetapi kebanyakan mereka itu adalah orang – orang yang dusta.
Dan parapenyair – para sasterawan – yang tidak percayakan Allah dan melahirkan syair – syair menentang Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. - , di ikuti oleh orang – orang jahat – mereka yang tidak mempunyai dasar keimanan kepada Allah dan rasul – Nya Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Tidkkah anda lihat, bahawa mereka – para penyair mengembar di setiap lembah dengan tidak tentu tujuan.
Sesungguhnya mereka mengatakan ssauatu yang mereka tidak perbuat. – Asy Syu’ra:221 - 226



Wednesday, November 24, 2010

POLITIK (Ulangan)

UMNO MEMPENGARUHI ORANG MELAYU


Pada masa sekolah bercuti pada tahun 1954, selama dua hari, aku telah mengikuti Haji Ahmad Badawi dan Haji Sulaiman Palestin untuk memberi penerangan mengenai perjuangann UMNO menuntut kemerdekaan di kampung-kampung pendalaman di Johor dan Negeri Sembilan.
Semenjak sebilangan alim ulama dan guru-guru Melayu dalam UMNO mengikut jejak Haji Ahmad Fuad Hassan yang memimpin Parti Islam Se Malaya (PAS) pada tahun 1951, maka dari tahun itu hingga kepada tahun 1954 dan tahun-tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kebanyakan orang –orang Melayu di kampung-kampung tidak ‘cenderung’ menyertai UMNO. Mereka cenderung Parti Islam Se Malaya (PAS). Mereka percaya PAS satu-satunya parti politik orang Melayu dan Islam yang benar-benar berjuang untuk menegakkan kedaulatan orang Melayu dan umat Islam di Tanah Melayu.
Untuk menanam kefahaman kepada orang-orang Melayu supaya menyertai UMNO, maka parti politik nasionalis Melayu itu memerlukan pemuda-pemuda yang berpengetahuan agama Islam yang bepandai berpidato. Maka beberapa orang pemuda yang boleh berpidato telah diambil menjadi pemidato dalam parti tersebut. Di antara mereka itu, Ustaz Jamaluddin Amini (Alor Setar), Ustaz Othman Abdullah (Bagan Datok), Ustaz Sharif Babul (Lenggong)
Aku dan pemidato-pemidato lain telah menyelitkan ayat-ayat Quran, hadis dan syair-syair Arab dalam ucapan-ucapan kami dengan tujuan menarik hati orang-orang Melayu menyertai perjuangan UMNO.
Aku masih ingat Allahyrham Tunku Abdul Rahman telah berkata kepadaku, ”...hang pi beghi tau orang Melayu, ...biak depa tu masuk UMNO, ...bila dah merdeka nanti UMNO akan jadikan negeghi Melayu ni negeghi Islam...”
Pada waktu aku menulis buku ini aku masih memendam perasaan kesal terhadap beberapa orang Melayu yang telah menggunakan kata-kata yang dicampurkan dengan ayat-ayat Quran untuk menarik orang-orang kampung menyertai UMNO. Di atara kata-kata itu, ialah:

”UMNNO” mereka samakan dengan
’Aamanu’.
”Man yadkhulu umno fayadkhulul
jannah” (Sesiapa yang masuk umno
maka dia masuk syurga) ”Manla
yadkhulu umno fayadkhulun nar”
(Siapa yang tidak masuk umno maka dia masuk neraka).
Ustaz Jamaluddin Amini – lepasan sekolah agama Ma’ahad Mahmud Alor Setar-, adalah pemuda yang paling lantang berucap dalam rapat-rapat umum dan majlis-majlis UMNO pada masa itu.
Ada pula orang-orang Melayu yang tidak mengerti bahasa Melayu dengan baik apabila berucap dalam majlis-majlis telah ditertawakan oleh orang-orang yang mahir bahasa Melayu yang hadir. Dalam satu perhimpuan UMNO di Kelab Melayu Butterworth, seorang tokoh kaum ibu UMNO dari Kedah telah berucap, tetapi dia telah tidak faham erti perkataan yang telah diucapkannya.
Tokoh kaum ibu itu telah meminta ditubuhkan badan kaum ibu dalam UMNO. Dia telah berucap dengan kata-kata, ” ...kita kaum ibu mestilah mengadakan persetubuhan kaum ibu sendiri. Dengan adanya persetubuhan kita sendiri, kita tidak mendapat kemaluan yang besar dari kaum lelaki dalam parti kita.”
Dalam majlis itu, aku duduk bersama wartawan – wartawan Azhari Taib dari Kedah, Zin Arif dan Misbah Tahir dari Pulau Pinang dan beberapa orang wartawan dari kaum lain. Kami turut ketawa bersama orang-orang yang ketawa.
Pada masa itu, terutama pemuda-pemuda UMNO secara terang-terangan menolak usaha Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya kerana telah menerima syarat-syarat dari Kerajaan Inggeris, iaitu orang Melayu, Cina dan India hendaklah bekerjasama menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah menuduh Tunku Abdul Rahman telah mengenepikan tujuan perjuangan orang Melayu sebelum UMNO ditubuhkan, iaitu satu negara: Negara Melayu, satu bangsa: Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan satu agama: Agama Islam (agama negara).
Ramai ahli-ahli UMNO dan pemuda-pemuda parti itu yang menuduh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya telah ’dicucuk hidung’ oleh pihak Kerajaan Inggeris. Dan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan rakan-rakan seperjuangannya berjuang ’tolak beransur-ansur’ dengan bangsa-bangsa lain.
Ketua Pemuda UMNO Malaya, Saadon Haji Zubir sendiri, pada waktu berucap dalam satu perbarisan Pemuda UMNO di padang Kelab Melayu Butterworth, pada tahun 1954, iaitu setelah menerima sebilah pedang yang telah diserahkan oleh wakil Pemuda UMNO, antara lain katanya, ” ....pemuda UMNO menolak sama sekali campur tangan ’langsat masak’ dan ’manggis masak’ dalam perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair kita.”
”...kalau mereka masuk campur, pemuda UMNO bersumpah, laut Pulau Pinang akan menjadi darah....,” katanya.
Lebih seribu orang pemuda UMNO yang sedang berbaris telah bertepuk tangan menyokong ketua mereka yang bersemangat nasionalis itu.
”Kami Pemuda UMNO mengaku dan bersumpah ( meniru sumpah Pemuda Indonesia pada 1928) tetap berbangsa satu, bangsa Melayu, berbahasa satu, bahasa Melayu,” laung Saadon Haji Zubhir dengan air liur berbuih pada celah dua bibirnya sambil menghunus pedang yang baru diterimanya dari seorang wakil pemuda-pemuda UMNO dalam perhimpunan itu.
”Kami Pemuda UMNO mengaku tanah tumpah darah kami yang satu, Tanah Melayu,”katanya lagi.
Pada waktu itu tepukan bergemuruh lagi oleh pemuda-pemuda UMNO. Sementara Naib Ketua Pemuda UMNO, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah telah melaungkan, ” Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar” dan telah di sambut oleh pemuda-pemuda UMNO dalam barisan itu dengan tiga kali laungan,”Allahu Akbar ’.
Sesungguhnya pada masa itu pemuda-pemuda UMNO telah mempunyai semangat seperti pemuda-pemuda Indonsia yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan negara mereka, seperti ’Sumpah Pemuda Indonesia 1928 – 1978’, iaitu:
1- Kami Putera Puteri Indonesia mengaku bertumpah darah satu, tanah air Indonesia.
2- Kami Putera Puteri Indonesia mengaku bangsa satu, bangsa Indonesia.
3 - Kami Putera Puteri Indonesia menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia.
Pada masa itu pemuda-pemuda Melayu yang menyertai Pemuda UMNO terdiri daripada mereka yang berpendidikan sekolah agama, institusi pondok, guru Melayu, bekas penuntut institusi pengajian tinggi Indonesia dan negara-negara lain, seperti Mesir, Mekah, Iraq dan India, pekerja bahagian rendah dalam jabatan kerajaan, buruh. Sedikit benar dari pemuda-pemuda yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di Barat.
‘Sama ada Dr Gharfar Baba masih ingat atau tidak, bahawa pertama kali saya bertemu dengan beliau, ialah pada tahun 1953 di Sebrang Perai pada masa itu saya menjadi ahli Pemuda UMNO Malaya di bawah pimpinan Allahyarham Sardon Jubir dan Haji Ahmad Badawi, di samping menjadi pemberita sambilan kepada beberapa buah akhbar.

Sesungguhnya pada masa itu Dr Ghafar Baba masih muda, tetapi beliau payah senyum dan kalau beliau senyum pun hanya pada hal-hal yang tertentu atau yang terlalu menggelikan hatinya sahaja.

Pada masa itu kami memanggilnya ‘Cikgu Ghafar’ dan pada masa itu dalam UMNO terlalu ramai guru Melayu dan sedikit benar orang-orang lepasan universiti dan orang-orang Melayu itu agak kekok berhadapan dengan orang-orang Melayu kampung kerana mereka telah menerima pendidikan budaya dari orang-orang Barat.

Pada masa Allahyarham Sardon Haji Jubir memimpin Pemuda UMNO dan pembantunya Allahyarham Haji Ahmd Badawi, peranan meniupkan semangat nasionlisme kepda pemuda-pemuda UMNO adalah bergantung kepada Dr Ghafar Baba kerana beliau seorang nasionalis tulin yang sekali gus murid tua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan menerima pengaruh perjuangan nasionlis Melayu dri Ibrahim Yaakob.

Selama menjadi ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Dr Ghafar Baba banyak memberi fikiran kepada rakan-rakannya dalam parti itu supaya sama-sama mengkaji masa depan Tanah Melayu, sama ada hendak memakai Raja sebagai ketua negara atau sebuah pemerintahan bercorak republik.

Fikiran beliau telah diterima oleh orang-orang penting, seperti Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Dahari Ali dan Tengku Abdullah Thani (Ahmad Boestamam).

Kemudian, dalam mesyuarat agung UMNO kali yang kedua di Ipoh, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah mengemukakan cadangannya, supaya bendera Tanah Melayu Merdeka menggunakan merah putih sahaja dan tidak seperti cadangan UMNO yang mahukan merah putih bulat kuning dan keris.


Parti itu mempunyai dasar negara yang berlawanan dengan dasar negara yang dirancangkan okeh UMNO, iaitu:
Satu negara, Negara Melayu.
Satu bangsa, Bangsa Melayu.
Satu bahasa, Bahasa Melayu,
Satu agama, Agama Isalam (agama negara).

Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi telah mengakui Dr Ghafar Baba seorang bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang banyak memberi sumbangan fikiran kepada parti tersebut.

Setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh kerajaan Inggeris dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih jawatan Yang Dipertua UMNO setelah Dato’ Onn Jaafar meninggalkan parti itu pada tahun 1951, maka Dr Ghafar Baba dengan azam yang kuat, walaupun terpaksa ‘bertongkatkan paruh’ bahawa perjuangan tetap diteruskan hingga berjaya. Beliau telah masuk ke dalam UMNO tanpa keris di pinggang, tanpa tanjak sebagai hulu balang dan tanpa ijazah nan panjang, hanya sebagai seorang guru Melayu, nasionalis yang akan mengabdikan diri kepada Allah, berkhidmat dan berkorban untuk negara dan bangsa tercinta.’

Sesungguhnya, dalam perhatianku, iaitu pada masa menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangannya yang berpendidikan Barat, telah membelakangi harapan dan dasar perjuangan cita-cita dan harapan orang-orang Melayu yang telah berjuang dalam parti Islam Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWSAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API).
Pejuang-pejuang kemerdekaan dalam parti-parti tersebut telah ditangkap dan di tahan dalam khemah tahanan atas perintah Kerajaan Inggeris pada tahun 1948, iaitu pada masa Onn Jaafar berkuasa sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Mereka itu telah dianggap ‘pengkhianat’ oleh kebanyakan orang-orang Melayu dalam UMNO yang masih tebal dengan sikap, semangat dan tujuan ke Inggerisan, menganut fahaman kapitalis terutama mereka yang telah terlibat dengan doktrin protokol dasar free mason Yahudi.

‘A secret society for men, which declares itself to be based on brotherly love, dan charity. Its origins are uncertain but it probably developed from the medieval stonemaso’s guild. In it modern from freemasonary dates from the establishment (1717) in England of the Grand Lodge, tp wich over 8000 private lodge arew nhow affileted. The Grand Lodge runs hospital, a benevolent institution, an school for the orphans of former mjasons. During the 18th century masonary spreads of America and the colonies as well as to continental Europe. Its Ceremonie, which are allegorical and allustrated by symbols (many of which are the tools of a working mason), demand a vow of secrecy as awell belief in God (the great architect of the univers) and are Old Testament anecdotes and moeralities.
Opposition to masonary orginated with a papal bull (1738) excommunicating masons, since whwn Roman Catholics hve never accepted its principles or its secrecy. In France and some ather Eropean countries it assumed a political character and was condemned by covernments. Musolini and Hitler autlawed and it is banned in Erope.’

Selain dari pengaruh organisasi di atas ini, Tunku Abdul Rahman dengan rakan-rakan seperjuangannya sedikit sebanyak telah termakan pujukan dari kalangan-kalangan tokoh-tokoh bukan Melayu dibelakangnya yang terdiri dari tokoh-tokoh Inggeris yang rapat dengannya, termasuk rakan-rakannya pada masa beliau menuntut di London.
Pada waktu aku menulis buku ini, aku telah teringat akan Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi. Dalam percakapannya denganku pada tahun 1960-an, katanya, “...kemerdekaan kita seperti rezeki Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai”.
“Tunku dan kawan-kawannya telah memesongkan perjuangan asal bangsa Malayu. Sekarang kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi, lebih-lebih lagi orang-orang seperti kami mereka anggap pengkhianat kepada perjuangan mereka,” tambahnya.
Ishak Haji Muhammad, pada waktu aku makan buah durian di rumahnya, di Hulu Langat, pada tahun 1985, telah berkata “...mau tak mahu kita kena terima dua perkara, dagang lalu ditanakkan, anak mati kelaparan dalam buaian, ...si Loncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan...”
Mungkin orang-orang muda golongan nasional-kapitalis pada masa ini yang tidak mempelajari sejarah perjuangan bangsa Melayu dengan mendalam ‘menolak atau tidak menerima pendapatku ini, tetapi pendapat ini adalah ‘satu kebenaran dan menjadi catatan dalam sejarah bangsa Melayu’, iaitu orang-orang Melayu dan rakyat Tanah Melayu yang berjuang dalam apa jua parti politik – parti-parti politik kiri dan komunis - , adalah bertujuan menentang penjajah Inggeris dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Kita tidak menerima ideologi komunis, tetapi mereka adalah pejuang-pejuang yang mesti dikenang dan dicatata dalam sejarah bangsa kita.Jasa mereka sangat besar dan bernilai kepada angkatakan muda kita untuk sepanjang zaman. Walaupun kita menolak mereka kerana kita bukan dari golongan mereka, tetapi kita sebagai orang yang bijaksana dan memang anti penajah dapat menerima mereka dan menyanjung perjuangan mereka pada sepanjang zaman.
Amalan politik Islam berbeda dengan amalan apa jua politik di seluruh dunia. Politik Islam berdasarkan kitab Allah, iaitu al Quran dan as Sunnah Rasul-Nya, tetapi amalan politik nasionalis dan kapitalis tidak jauh bedanya dengan amalan politik sosialis dan komunis. Nasionalis dan kapitalis mengabaikan keTuhanan Yang Maha Esa, manakala sosialis dan komunis menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa. Pada hakikatnya, nasionalis, kapitalis, sosialis dan komunis adalah mementingkan kebendaan dan membelakangi, menolak hukum Allah atau menidakkan kewujuudan Allah.
Kecuali politik yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah, iaitu Islam, semua politik di dunia ini mempunyai pegangan, ’mengejar keuntungan dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa menjajah, membunuh manusia dan menentang hukum Allah’.
(Suntingan dari manuskrip buku, Memoir, Patah sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah.


TAATKAN PEMIMPIN


Hai orang – orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatkan rasul – Nabi Muhammad s.a.w. dan orang berkuasa di antara kalian, iaitu pemimpin atau orang yang boleh menyelesaikan atau mengaturu urusan kaum muslimin dan muslimat, dan jika kalian berlainan – selisih - pendapat tentang sesuatu kembalikanlah kepada Allah dan rasul – nya – rujuk kepada Quran dan Hadis - , jika kalian beriman kepada Allah dan hari kemudian. Itulah lebih baik dan lebih bagus kesudahannya. – An Nisaa:59

Nota.

Jika pemimpin orang Islam tidak mengikut jalan Allah dan rasul – Nya Muhammad s.a.w., iaitu menentang hukum – hukum Allah dalam Quran dan menolak negara yang menggunakan Islam sebagai landasan perlembagaan, maka, tidak wajib taat kepadanya. Cari jalan yang diredai Allah.

Tuesday, November 23, 2010

SAYA DI ACEH (Ulangan)



ACEH PEMERINTAH AUTONOMI DI ASIA

Oleh: Mokhtar Petah

mokhtarpetah@hotmail.com

Aceh Darus Salam, di Sumatera, – pangkal jalan Republik Indonesia, dari Sabang ke Maroke, akan muncul sebagai pemerintah autonomi pertama dan mengamalkan Islam sebagai dasar di Asia, pada tahun 2009.

Pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Dr. Irwandi Yusof yang telah memenangi kerusi Gabenor Aceh, pada Pilihan Raya Umum pada tahun lalu telah mengetuai pemerintah Aceh yang sedang dalam proses ke arah pemerintah autonomi.

Aceh yang luasnya 57,365,57km, mempunyai lebih 3.9 juta rakyat yang terdiri dari tujuh kelompok, iaitu Aceh: 70%, Gayo Lut:7%, Gayo Luwes 5%, Alas 4%, Singkil:3%, Jawa 3% dan Simiulu:2%.

Rakyat Aceh yang beragama Islam 98%, Kristian: 0.7%, Hindu: 0.8% dan Buddha:0. 55%.

Pejuang-pejuang yang telah berjuang menuntut ‘Aceh Negara Merdeka’ yang berasingan dari Republik Indonesia, telah bermula semenjak republik itu di bawah Presiden Soekarno lagi.

Pada zaman Presiden Soekarno telah berlaku satu perdamaian antara Pemerintah Pusat dengan Aceh. Soekarno telah menghadiahkan sebuah Quran kepada setiap warga Aceh yang telah baligh ke atas dan semua kitab suci itu dibawa dari Pulau Pinang, di bawah kelolaan Daud Brueh, Hassan Ditero dan Hj. Yusof Rawa.

Dalam satu perjanjian di luar negara tidak lama dulu, Republik Indonesia dan Aceh telah mencapai persetujuan yang Aceh akan menjadi pemerintah autonomi Republik Indonesia pada tahun 2009.

Selain dari berpuluh ribu rakyat Aceh yang dibunuh dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, Tsunami melandanya pada tahun lalu, kira-kira 170,000 rakyatnya yang mati atau hilang dan 500,000 hilang rumah tangga.

Saya telah melawat Aceh baru-baru ini dan berkesempatan mengunjungi Pulau Sabang – sebuah pulau yang banyak riwayat kekeramatan dan perairan yang bersih dan indah di antara pulau-pulau di dunia.

Sekurang-kurang tiga golongan yang melawat Aceh, iaitu golongan pertama terdiri politikus dan ahli sosioekonomi mahu melihat Aceh menjadi sebuah pemerintah autonomi yang makmur, adil dan diredai Allah.

Golongan yang kedua para pelancong yang datang mengkaji sejarah Aceh, rakyatnya dan menikmati keindahan sekitar pulau-pulau di Aceh terutama Pulau Sabang.

Di Pulau Sabang yang chalet-chalet kayu yang telah tua dan ada yang roboh telah dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh dunia. Mereka datang untuk berenang dan menikmati keindahan kejadian dalam laut.

Manakala golongan yang ketiga penganut agama Islam. Mereka datang ke Acheh bertujuan melihat sebuah negeri yang sedang mengamalkan pemerintahan mengikut Islam, kaum wanita Islam yang tidak membuka aurat – tutup kepala dan tidak mendedahkan bahagian tubuh yang dilarang Tuhan.

Semua wanita yang bekerja dalam jabatan pemerintah diwajibkan memakai pakaian yang tidak berlawanan dengan yang ditentukan dalam Islam.

Saya telah bertemu dengan sekumpulan pelajar wanita dari kolej perbidanan.

Di padang masjid, mereka semua memakai pakaian menutup aurat.

“Kami mengikut arus kemodenan, tetapi kami tidak mengingkari perintah Allah seperti juga pemerintah kami yang taat kepada Allah,” kata Siti Salama binti Hussein.

“Kami orang Aceh memang telah lama mentaati perintah Allah, sekarang kami amat gembira kerana pemerintah sedang menuju hala kepada pemerintahan cara Islam,” tambahnya.

Beberapa kawasan pusara besar yang di dalamnya bersemadi berpuluh ribu mayat mangsa tsunami, dihiaskan dengan papan-papan tanda bertulis nama Allah dalam bilangan 99 nama, telah menginsafkan hati setiap pengunjung yang beriman..

Saya berdiri di pinggir laut di Banda Aceh, terlintas dalam kepala saya akan kisah–kisah dalam Quran, seperti banjir pada zaman Nabi Nuh a.s., bumi terbongkar dan terbakar di Sadom – negeri Nabi Noh a.s. dan Ampangan di negeri Saba (Saman) dilanda banjir dan negeri itu menjadi padang jarak padang terkukur akhirnya.

Akibat tsunami mengubah wajah sebahagian Banda Aceh dan kawasan-kawasan lain, Allah telah membukti kuasa-Nya; ada masjid dan pusara ulama, iaitu Siah Kuala tidak dibinasakan oleh banjir, sedangkan bangunan dan sesuatu di sekitar masjid dan bangunan itu musnah sama sekali.

Sebuah kapal milik pemerintah, iaitu kapal yang menjalankan urusan penjanaan kuasa elektrik telah tersadai dalam sebuah kampung yang jauh dari laut. Manakala sebuah kapal lagi tercampak ke dalam kampung dan tersangkut atas sebuah rumah penduduk.

Semenjak termeterai perjanjian Aceh akan menjadi pemerintah autonomi, undang Islam telah dijalankan, di antaranya menghukum sebat ke atas pasangan yang melakukan zina.

Di mana-mana saya melawat, terdapat sungutan tidak puas hati di kalangan mangsa-mangsa banjir, kerana rumah-rumah yang dirikan untuk mereka – dengan bantuan kewangan badan-badan Islam dan bukan Islam seluruh dunia - selain dari kecil dan berdinding dan beratapkan asbestos yang mungkin membahayakan diri mereka dalam masa yang tidak lama lagi.

Kini selain dari telah mendapat bantuan kewangan dari negara-negara seluruh dunia, ia juga bersedia menerima pelaburan dari rakyat Malaysia untuk menjalan perusahaan di sana.

Di antara peluang-perusahaan perusahaan itu, pertanian, termasuk kelapa sawit, galian; minyak dan gas dan galian-galian lain.

Pada masa ini ramai pelajar dari Aceh sedang menuntut di beberapa kolej dan universiti di negara ini.

BUKU YANG PERLU DIBACA

Falsafah Gagasan 1 Malaysia


Harga = RM 30.00

Penerbit:

Amnas Enterprise
Hubungi : 013 77 22 67/ 013 77 222 89

PENGETAHUAN POLITIK


PEJUANG – PEJUANG KEMERDEKAAN

Orang Melayu terutamanya, telah tertelan banyak kekeliruan sejarah, sama ada yang dilahiran oleh penjajah Inggeris mahupun oleh pihak kerajaan kita, seperti Jabatan Penerangan, mengenai organisasi dan individu yang boleh disanjung sebagai pejuang kemerdekaan dan yang mana bukan pejuang, hanya – berpeluang dari perjuangan orang lain.

Pada 31 Ogos ini, saya kira, orang Melayu dan angkatan muda Melayu akan dapat meneliti tulisan saya ini mengenai organisasi yang berjuang dan yang menjadi penyambut peluang atau menanggung di air keruh sahaja.

Organisasi yang berjuang menuntut kemerdekan Tanah Melayu, ialah:

1 – Kesatuan Melayu Muda, pimpinan Ibrahim Yaakob.

2 - Parti Hizbul Muslimin, pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

3 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM , pimpinan Dr Burhanujddin

Helmi dan Ishak Haji Muhammad. Dua organisasi di bawahnya, Angkatan Pemuda Insaf – API, pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar, pimpinan Shamsiah Fakeh.

4 - Parti Komunis Malaya – PKM

5 - Rejimen ke 10 pimpinan Rashid Maidin dan Abdullah C.D.

6 - Beberapa organisasi menentang Jepun dan Inggeris.

7 - UMNO, pimpinan Dato’ Onn. Kemudian UMNO ‘ berpeluang menangguk di air keruh menuntut kemerdekaan secara tolak ansur dari penjajah Inggeris.

Bukan pejuanga kemerekaan. UMNO juga menentang semua organisasi di atas.

Organisasi dan angkata bukan pejuang kemerbdekaan.

1 - Askar Melayi, membela Inggeris.

2 – Polis, polis khas dan semua bahagian polis termasuk cawangan khas

3 - Dan SC – Polis Khas menentang kemerdekaan dan membela Inggeris.

4 - Force 36 pimpinan Dato Abdul Razak, menentang kemerdekaan dan mengambil tokoh penjajah kembali ke Tanah Melayu.

Individu pejuang kemerdekaan sejati.

1 - Sheikh Abdullah Fahim.

2 - Ibrahim Haji Yaakob.

3 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

4 - Dr Burhanuddin Helmi.

5 - Ishak Haji Muhammad

6 - Abdullah Ayob

7 - Rashid Maidin

8 - Abdullah C.D. (Cik Dat).

9 - Ahmad Boestamam

10 - Shamsiah Fakeh

11 - Haji Ahmad Fuad dan mereka dalam PAS 1951 – 1957.

12 - Ramai lagi yang ditahan dalam khemah tahanan politik 1948 – 1951.

Individu pejuang kemerdekaan fro penjajah Inggeris dan tolak ansur

1 - Dato Onn Jaafar – pejuang kemerdekaan pro Inggeris.

2 - Tunku Abdul Rahman Putra bukan pejuang, sekadar menangguk di air

keruh. Dsan ramai pengikiutnya dalam UMNO, tolak ansur dengan

penjajah Inggeris.

2 - Tun Abdul Razak seperti Tunku Abdul Rahman, tetapai tidak fro penjajah Inggeris dan tidak setuju dengan orang Cina dan India berkongsi kuasa dengan Melayu.

(Kerana sikap Tun Razak, maka ada suara – suara, bahawa beliau meninggal dunia kerana dibunuh secara sulit oleh musuh – musuhnya di London). – Mokhtar Petah

PERPADUAN MELAYU



MELAYU WAJIB BERSATU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang
jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk
mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang
terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang
kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusaai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp)