Sunday, December 8, 2013

ALTANTUYA

  1. ALTANTUYA SHAARIIBU

    Uya,

    Dalam kitab suci kami,
    Abadi kisah manusia,
    Ya’juj wa Ma’juj,
    Mongolia pertiwi sucimu.

    Malam kauresah,
    Siang kaugelisah,
    cinta seorang janda,
    menagih janji kekasih.

    Uya,
    Kaubawa tubuh jelitamu,
    Seraga hati sebundut cinta,
    Ke bumi kami,
    Menjejaki kekasihmu.

    Ada cerita, kauMatahari,
    laksana Elina jelita dari rantau,
    tahun tujuh puluhan,
    kisahmu kisahnya sama.

    Uya,
    Benarkah kekasihmu di sini,
    Atau kautagihi pitih dalalmu,
    Nilai sesuap nasi cuma,
    Untuk anak tanpa bapa?

    Kekasihmu entah di mana,
    Pada siapa pitih dalamu,
    Ratap hatimu kerana janji,
    Derita jiwamu kerana kekasih.

    Uya,
    Kau janda jelita,
    Pada malam hitam memeluk rimba,
    Laksana mercun terbakar,
    Bom api memamah tubuhmu.

    Matimu tanpa pusara bernisan satu,
    Hanya kisahmu meniti bibir manusia,
    Seorang janda beranak satu,

    Uya,
    Rahsiamu, rahsia kekasihmu,
    Lelaki mengunci rahsia diri,
    Kasihmu agung,
    Pada tugu sejarah rantau kita.

    Ulaambaataar, Mongolia ..................Mokhtar Petah

    * Altantuya Shaaribuu @ Aminah Abdullah (1978 - 200, rakyat Mongolia
    berkhidmat dengan badan perisikan sebuah negara lain dan perunding
    sambilan dalam perdagangan sejata, telah mati dibunuh dengan bahan
    ledakan - bom - C4. Tubuhnya berkecai dan daging bertaburan dan
    berpecikan kepasda sedaun dan lain.
    Kejadian itu telah berlaku di Empangan Subang,Punchak Alam, Ahah
    Alam, Selangor, pada 19 Oktober antara jam 10.00 dengan 1.00 pagi.
    berkebolehan bercakap dengan Rusia, Franchis dan Inggeris.
    Like ·  · Promote · 
  2. FALSAFAH AL QURAN DAN HADIS

    KEKUASAAM

    Sultan Negeri Perak, al mahum Sultan Idris Shah ibni al marhum Sultan Alang Iskandar Shah, pada ketika berbincang dengan saya dalam bilik rumah rtehat, di Pulau Pangkor, Perak, pada 1970 - an, telah mengeluarkan titah:
    "Aku jadi ghaja, jadi sultan keghana ade ghatyat, kalau tak ade ghatyat aku ..., entah jadi ape aku tak tau ..."
    "Sebab tule, aku sentiasa ingatkan Allah, aku nak ghatyatg aku hidup bahagian, aman dami ..., aku tak benorkan oghang - oghang politik jadikan ghatya macam hambe..., deme berkuasa macam caghi kekayaan mencangkul atas belakang ghatyat..."
    Sejarah dunia mengajar kita, bahawa manusia - manusia yang berkuasa dan membelakangkan hukum - hukum Allah dan menggunakan kekuasaan untuk diri sendiri dan keluarga, telah jatuh dari takhta seperti buah durian busuk, ada duri , duri tidak tajam lagi, ada isi, isi telah busuk dan ada biji, biji tidak dapat dijadikan benih lagi.
    Di antara mereka itu, ialah Raja Firau'n, Masir, Shah Redza Pahlawi, Iran.
    Allah mengajar dan memperingatkan hambanya dengan firmanNya epoerti berikut:

    Tidakkah lalian ketahui, sesungguhnya Allah itu berkuas atas segala – galanya.
    - Al Baqarah: 106

    Sesungguhnya Allah berkuasa di atas segala – galanya.
    – Al Baqarah:109

    Sesungguhnya (semua) kurniaan itu di tangan Allah , dikurniakanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah itu luas (kurniaanNya) dan Maha Mengetahui.
    - Ali Imran: 73

    Rasul Allah,Muhammad s . a . w . menasihat dengan hikmat:
    "Wanita yang bergaul dengan wanita lain (yang cantik atau lebih cantik darinya), jangan menyebut (menceritakan kecantikannya) kepada suaminya. - Perawi: Abu Hurairah, Imam Muslim dan Imam Bukhari, serta sepakat ahli - ahli Hadis.
  3. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
    Jika kita berkuasa, sedarlah, kerana kuasa Allah melebihi segala kuasa, jika kita rakyat, sedarlah, kita, ialah manusia, dilahirkan Allah dalam keadaan merdeka.
    Allah dilupa jangan!
    mokhtarpetah -google
    1Like ·  · Promote · 
  4. PANTUN

    (Pantun - pantun d alam tempayan)

    Berapa banyak bunga seraya,
    Jika ditanah boleh dikarang;
    Mengapa awak cintakan saya,
    Saya sudah kekasih orang.

    Kalau Sarawak boleh diserang,
    Saya pemuda pejuang sejati;
    Walau awak kekaksih orang,
    Cinta saya pantang berhenti.

    Tidak kusangka harum melati,
    Kalau kepanasan bertabur tangkai
    Tidak berjaya belum berhenti,
    Walau badan hancur berkecai.

    Anak gembala berkain sehasta,
    Carik busuk masuk istana;
    Tidak kurela miskin melata,
    Baikku masuk ’lubuk pedena’.

    Lela* rangkaya** dijaga keramat,
    Kosa*** berpuaka dicela malaikat;
    Bila kukaya semua hormat,
    Masa kumiskin dihina sahabat.
    * Meriam kecil.
    ** Orang kaya
    *** Besia bengkok untuk cangku telinga gajah atau huni padi.

    Lada muda seraut dua,
    Melati sejambak sama cempaka;
    Waspada pemuda mengikut ketua,
    Nanti terjebak kuasa Amerika.

    Anak dara beribadat malam,
    Budi bahasa warisan baka;
    Banyak negara umat Islam,
    Jadi mangsa si.ai.a Amerika.

    Parang panjang bawa ke huma,
    Dibawa bujang kempunan cinta.
    Orang berjuang awak bersama,
    Awak berjuang himpun harta.

    Parang ditempa segendung bara,
    Parang berhulu Lengundi rimba;
    Orang bijaksana untungkan negara,
    Orang menghampu jadi hamba.

    Kalau Sarawak boleh diserang,
    Saya pemuda pejuang sejati;
    Walau awak kekaksih orang,
    Cinta saya pantang berhenti.

    Tidak kusangka harum melati,
    Kalau kepanasan bertabur tangkai
    Tidak berjaya belum berhenti,
    Walau badan hancur berkecai.

    Raja muda raja bergaya,
    Patah rusuk kerana kuda;
    Apa dicinta kepada saya,
    Wajah buruk harta tiada.

    - mokhtar petah




Friday, December 6, 2013

selamat malam

  1. Like ·  · Promote · 
  2. CATATAN LAMA

    GETAH ASLI:

    CARA BRITISH LEMAHKAN MELAYU

    Oleh: Mokhtar Petah

    Biji benih getah asli – Brazilian seed - telah dibawa oleh seorang Inggeris dari Brazil ke Bandar London. Benih itu dicambah dan dibiakkan dalam satu kawasan, dalam bandar tersebut.
    Sekitar tahun 1930-an, anak-anak pokok getah itu telah dibawa ke Siam, iaitu ke Grik, Hulu Perak (pada masa itu Hulu Perak di bawah jajahan Siam). Menurut cerita orang tua, Toh Purba Lahamat, anak-anak pokok getah itu telah ditanam dalam kawasan balai polis, Grik sekarang.
    Selain di hulu Perak, anak-anak getah itu telah ditanam di Bukit Residen dan dalam kawasan berhampiran dengan masjid Bandar Kuala Kangsar, iaitu dalam kawasan Pejabat Daerah sekarang. Pokok getah yang telah tua itu masih ada lagi di sana.
    MEREKA MELAKSANAKAN POLISI MEMUJUK
    SUPAYA ORANG MELAYU
    SAYANG INGGERIS
    Dengan adanya benih getah itu, penjajah Inggeris telah melaksanakan rancangan serampang dua matanya, iaitu:
    1) Mengembangkan hasil bumi selain dari bijih timah.
    2) Memberi peluang kepada saudagar-saudagar Inggeris membuka lading getah.
    3) Melamah dan menjadikan orang Melayu manja dan sentiasa bergantung kepada petolongan orang lain.
    Pada masa itu, semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah di tiap daerah di seluruh negeri di tanah Melayu, terdiri daripada orang Inggeris dan Inggeris Yahudi. Mereka telah telah melaksanakan polisi memujuk orang Melayu supaya sayang kepada orang Inggeris.
    Daerah Koh Dahulu atau Grik – dua daerah kecil dibawah daerah itu, ialah Lenggong bersempadankan dengan daerah Kuala Kangsar dan Keruh (kini terkenal dengan Pengkalan Hulu) Hulu Perak, bersempadan dengan kawasan Selatan Thailand dan Negeri Kedah.
    DITAWARKAN TANAH KERAJAAN
    ANTARA DUA HINGGGA
    LIMA EKAR
    Pegawai daerah Grik, Habert Barkley , lelaki Inggeris berkelana. Isterinya tinggal di India. Dia pandai mengambil hati orang Melayu di kampung-kampung. Dalam seminggu, tiga hari dia berpakaian kain pelekat (kain sarung), baju carea Melayu dan semunta dan tidak berkasut telah menjalankan tugas dengan menjelajah ke kampung-kampung untuk menemui penduduk-pemduduk.
    Habert Barkley telah masuk ke sawah- sawah padi dan menemui petani-petani yang sedang bekerja. Dia bercakap mesra dengan mereka. Bertanya akan keadaan hidup mereka dan sebagainya.
    Kepada petani-petani itu ditawarkan tanah kerajaan antara dua hingga lima ekar untuk ditanam getah. Kebun-kebun getah yang diberi kepada orang Melayu itu dinamakan kebun kecil dan pemiliknya pekebun kecil.
    MENANAM ANAK - ANAK
    POKOK GETAH
    ATAS TANAH MEREKA
    Setiap pemilik kebun getah diberi kupon yang harganya dinilai mengikut kadar getah keping yang mereka perolehi pada tiap-tiap bulan. Jika pekebun kecil itu memiliki tanah kebun getah yang luasnya satu ekar, maka dikira dia mendapat sekadar sepikul (100 kati) sebulan, jika dua ekar, maka hasil getahnya dua pikul dan seterusnya.
    Kupon-kupon itu ditukarkan dikedai membeli dan menjual getah atau di pejabat daerah pada tiap -tiap akhir bulan.
    Pemilik-pemilik kebun getah itu tetap mendapat kupon pada tiap-tiap bulan, walaupun mereka tidak menanam anak - anak pokok getah di atas tanah mereka. Ada pula yang menanam pokok- pokok getah, tetapi tidak dijaga dengan baik, seperti membersihkan semak samun dan sebagainya.
    MEMBANTU WANG
    KEPADA MEREKA
    PADA TIAP BULAN
    Perbuatan memanjakan orang Melayu itu telah dilakukan oleh semua pegawai daerah di seluruh Tanah Melayu. Dengan demikian, orang Melayu memuja penjajah Inggeris kerana membantu wang kepada mereka pada tiap bulan walaupun mereka tidak bekerja.
    Sementara itu pegawai-pegawai daerah di seluruh Tanah Melayu telah meluluskan beribu-ribu ekar tanah kerajaan (rimba) kepada saudagar-saudagar Inggeris untuk dijadikan ladang getah. Setiap satu ekar tanah dikenakan membayar premium sekadar 25 sen.
    Akhirnya, hingga hari ini Inggeris telah menguasai pasaran getah Tanah Melayu di bawah urus dagang stock file. Walau banyak mana negara kita mengeluarkan getah, tidak boleh menjual ke Negara-negra lain. Terpaksa menjual kepada pihak Inggeris.
    Getah asli Brazilian seed telah menjadi penyebab orang Melayu dalam keadaan bergantung kepada pertolongan orang lain atau subsidi dari kerajaan. Hingga pada hari ini masih terdapat pada sebilangan generasi orang Melayu yang bersikap seperti orang Melayu pada zaman silam, iaitu bergantung kepada orang lain dan sukar berdiri atas kaki sendiri.
    Yang demikianlah yang dikatakan oleh Dipertuan Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM - (1945), Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi “ …kita tidak mahu negara medeka tetapi jiwa rakyat tidak merdeka.”
    Like ·  · Promote · 
  3. FALSAFAH AL QURAN

    ANDA ADA PENYAKIT?

    Hai manusia, sesunguhnya telah datang kepada kalian ilmu pengetahuan dari Tuhan kalian (Allah) dan penyembuh bagi penyakit - penyakit (yang ada) dalam dada dan petunjuk serta rakmat bagi orang - orang yang beriman. *
    - Yunus:57

    Apabila aku sakita, Dia (Allah) yang mengubati (menyembuhkan) aku.
    - Asy syu;ra:79

    * Kepada rakan - rakan, sesungguhnya saya telah mengamalkan ayat - ayat Quran di atas sebagai jampi untuk menyembuhkan penyakit luaran dan dalam anggota keluarga saya dan beberapa rakan saya. Al hamdulillah, penyakit mereka telah sembuh.
    * Untuk menyembuhkan penyakit, orang yang sakit hendaklah yakin - ada iman - yang teguh kepada Allah, iaitu tidak boleh ’harap - harap percaya tidak’ kepada Allah. Mseti tawakal dan minta reda dari Allah.
    * Untuk memohon Allah menyembuhkan penyakit, ikuti cara ini:
    1 - Yang lebih baik, sembahyang hajat pada tengah malam,mohon Allha
    sembuhkan penyakit.
    2 - Baca Al Fatihah.
    3 - Baca dua ayat Quran di atas dengan faham ertinya.
    4 - Baca Selawat kepada Rasul Allah, Muhammas sallallahu alaihi
    wasallam.
    5 - Baca 7 kali.

    Boleh gunakan air dari bumi dan belum dimasakkan.Tiap kali selesai membaca, hembuskan tujuh kali ke pada air itu. Air tersebut boleh diminum, membasuh -basahkan tempat sakit dan minum. Insya Allah jua.
    Larangan. Sesiapa yang menggunakan cara ini untuk menyembuhkan penyakit seseorang jangan sekali - kali meminta bayaran kepada yang sakit.

    Nota: Ayat Quran, Yunus 57, boleh mengubat orang sakit jiwa, merana, sakit hati, rasa cemburu, barah termasuk parah payu dara dan lain.
    Like ·  · Promote · 
  4. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
    Kerajaan atau pemrintah menjaga rakyat dengan adil. Rakyat yang baik ,berjiwa merdeka dan bermaruah, tidak menjadi orang minta - minta kepada kerajaan atau pemerintah
    Allah dilupa jangan!
    mokhtarpetah -google
    Like ·  · Promote · 
  5. SELAMAT MALAM

    Sebelum tidur baca Bismnillah dan beberapa ayat Quran.Menucap dua kalimah syahadat dan tobat. Jangan buruk sangka kepada manusia dan jangan hasad. Mana tahu, sebelum naik fajar siddik, Allah menarikan nyawa kita. Mati.
    Like ·  · Promote ·