Monday, July 19, 2010

Kesejahteraan Penulis

Diharapkan moga-moga penulis Mokhtar Petah agar sembuh secepat mungkin. kini beliau berada di Unit Rawatan Jantung CCU Hospital Putrajaya. AMIN

Friday, July 16, 2010

kesejahteraan penulis

mendoakan penulis mokhtar petah kembali sihat walafiat dan dapat menulis seperti sedia kala.
amin.

Wednesday, July 14, 2010

BERITA



SEDIA RUNDING




KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean 2010 di sini, semalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata, terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara UMNO dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata, mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negara lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.

“Sesiapa sahaja boleh tubuhkan...nak kata Chinese Perkasa ke, Malay ke, Indian Perkasa,” katanya

Manakala di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas bersedia untuk bergabung dengan UMNO dengan syarat parti itu boleh mengubah dasar dari kebangsaan kepada Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, dasar semasa UMNO yang lebih mementingkan konsep kebangsaan dan bangsa menyebabkan kedua-dua parti itu tidak boleh duduk bersama.

“Kalau boleh UMNO ubah dasar kebangsaan kepada Islam, ia akan menjadi (Pas dan UMNO) bersatu, nak bubuh nama Pas ke UMNO itu masalah kedua. Apa yang berlaku dasar yang kita tidak boleh terima,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa saranan yang dikeluarkan beberapa ulama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha untuk menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz antara individu yang lantang menolak Kerajaan Perpaduan Pas-UMNO sehingga membuat cadangan agar pemimpin parti yang menyokong cadangan itu disingkirkan.

Nik Abdul Aziz berkata, Pas tidak pernah menolak perpaduan malah, beliau menyertai parti itu adalah untuk memperjuangkan konsep perpaduan yang mencakupi semua bangsa dan agama.

Katanya, Kerajaan Kelantan memperjuangkan Islam selama 20 tahun yang tidak merugikan setiap bangsa di negeri itu.

“Kalau dasar UMNO berubah kepada Islam tak ada apa, UMNO bermati-matian tidak mahu Islam, kenapa? Tidak ada orang faham. Islam
buat di Kelantan lebih 20 tahun, takut apa.

“( Tetapi dalam konsep ini) Pas dengan UMNO tidak boleh bersatu, tapi orang UMNO boleh bersatu kepada gerakan Islam, baru boleh selesai masalah, adanya UMNO kerana ada orang sokong dia,” katanya.(Sinar Harian)

UMNO DEMAM PANAS

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu Umno sehingga berani menentang Umno sendiri.

"Perkasa telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap ‘tangan yang menyuap mereka’," katanya lagi.

Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ianya juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.(Harakah).

BUKU!




MOKHTAR PETAH


NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad. Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayangi ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.

Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat jelata
* Falsafah Gagasan 1 Malaysia.

PERPADUAN MELAYU




MELAYU WAJIB BERSATU



Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

Quran

ISRA DAN MI’RAJ

Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba – Nya (Nabi Muhammas s.a.w.) pada waktu malam, dari Masjid al Haram ke Masjid yang jauh – Masjid al Aqsa di Jerusalem (perjalanan ini dinama Isra’, maknanya, berjalan malam), yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan keterangan – keterangan Kami kepadanya; sesungguhnya Dia (Allah) mendengar dan melihat.
* Perjalanaan Nabi Muhammad s.a.w. dengan tubuh dan ruhnya, dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa, adalah perjalanan yang pasling lata – lebih lantas dari kilat. Dan perjalanan
Lihat keterangan tentang Mi’raj beriikut ini:
Demi (lihat) bintang pada ketika ia terbenam. – an Najm:1
(Biasanya bintang menjadiu lambang ketinggian, kemuliaan, keindahan dan kekuasaan manusia. Bintang menunjuk jalan, terutama bagi para musafir di padang pasir dan pelayar di lautan.
Para ahli tafsir Quran memberi erti ’hawaa’ (terbenam) dengan terbenam, turun dan terbit:
1 – Perhatikan pada ketika bintang orang – orang
yang memusuhi agama Islam itu telah
terbenam (telah gelap),
1 – Perhatikan pada ketika bintang (kitab suc
al Quran) telah tgurun untuk menunjukkan
jalan benar bagi umat manusia,
3 – Prhatikan pada ketika bintang ( agama Islam)
terlah terbit dan bersinar – terang.
Sahabat kalian (Nabi Muhammad s.a.w.) itu tidak trsesat dan tidak terkeliru. –an Najm:2
Dan tidak tidak berkata dengan kemahuannya sendiri. –an Najm:3
Itu adalah wahyu (Allah) di wahyukan kepadanya. – an Najm:4
Dia (Nabi Muhamma s.a.w.) di kurniakan pelajaran oleh yang sangat kuat ( Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu Allah). – an Najm:5
Yang mempunyai kepintaran. Dan dia (Muhammad s.a.w. cukup sempurna. – an Najm:6
Sedang dia di bahagian yang paling tinggi dari tepi langit.- an Najm: 7( Adadua pendapat, ada yang mnengatakan Jibril dan ada yang mnengatakan Nabi Muhammad s.a.w. Maksudhnya pada wsaktu itu Nabi Muhammad s.a.w. berada di tyempat yang paling tinggi.
Kemudian dia mendekati dan bertambah dekat. – an Najm:8
Maka diajarkan hanya antara dua panah (paling dekat) atua lebih dekat (dari itu). – an Najm: 9
Lalu diwahyu ( oleh Allah) kepada hamba – Nya apa yang henbdak diwahyukan (di antaranya perintah sembahyang 5 waktu). – an Nahjm:10
Hati tidak dusta tentang apa yang dilihatnya. – an najm: 11

Tuesday, July 13, 2010




BOLEHKAH SATUKAN UMNO – PAS?

Oleh: Mokhtar Petah


KUALA LUMPUR 12 Julai - Golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.
Penyatuan dua parti orang Melayu itu jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama.
"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
"Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.
Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Harussani menambah, dalam keadaan umat Islam masih berpecah, pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan.
"Ini bukan soal perkauman tetapi ini menyentuh mengenai masa depan Islam. Apabila kita menyentuh tentang Islam ia bersangkut paut dengan orang Melayu kerana Islam di Malaysia didukung oleh orang Melayu.
"Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?" katanya lagi.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.
"Saya tidak akan berhenti melakukan kerja ini. Kerja ini tiada noktahnya kerana ia membabitkan kedudukan Islam serta umat Islam pada masa akan datang.
"Saya tidak rela melihat Islam dipermain-mainkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu melihat kedudukan umat Islam terus menerus berada pada persimpangan jalan yang amat kritikal ekoran wujudnya perpecahan," katanya.
Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.
Dalam pada itu beliau berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.
"Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik," katanya lagi.
Mengulas isu sama, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, penyatuan UMNO dan Pas bukan sahaja menjadi hasrat kepada golongan agama malah bagi semua umat Islam.
Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan percaya jauh di sudut hati umat Islam ingin melihat kedua-dua parti itu bersatu dan bekerjasama khususnya berkaitan dengan Islam dan kepentingan Melayu.
"Saya sendiri sentiasa berdoa agar apa yang dihasratkan ini dimakbulkan oleh Allah," katanya lagi. (Utusan Malaysia)
---------------------------------------
Penyatuan Umno dengan Pas atau kerjasama dua buah parti politik Meleyu tersebut, tidak akan dapat dicapai walaupun berapa ramai ulama menjadi perunding atau jurumuafakat, selagi Umno tidak mengubah perkara mustahak dalam perlembagaan, sehingga menjadi parti politik yang berhasrat untuk mewujudkan negara Islam di Negara ini.
Memang sesiapa pun tertarik hati dan rasa terpukau dengan fikiran dan hujah mufti dan cendekiawan Islam, seperti dalam berita di atas ini, tetapi melaksanakan penyatuan itu terlalu sukar.dan tidak akan menemui jalan makruf.
Pada masa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah berbincang dengan Presdien Pas, Dato’ Haji abdul Hadi Awang dan Mursiyidul ‘am parti tersebut, Dato’ Nik abdul Aziz Nikmat atas tujuan ‘kerjasama Umno dengan Pas’. Setelah Abdullah mengemukakan perkara itu kepada rakan – rakannya dalam Umno, maka beliau menghadapi:
* Pihak atas Umno mendesak beliau meletak jawatan
Perdana Menteri.
* Beliau dianggap Perdana Menteri yang paling lembb
dan lembik.
* Beliau telah tidak disukai oleh sebilangan ahli
Umno.
Sebab utama, pihak atasan Umno yang menjadi rakan perjuangan Abdullah ‘tidak mahu wujudnya ‘perpaduan Umno dengan Pas’, kerana takut jawatan mereka akan berpindah kepada Pas. Misalnya jawqatan Timbalan Perdana Menteri, dan beberapa pos menteri tentulah dipindahkan kepada Pas.
Jika Pas bekerjasama dengan Umno, maka parti kebangsaan Melayu yang masih berpegang kepada nasional – kapitalis akan terpaksa berubah mengikut perjuangan Pas, iaitu mengambil agama Islam sebagai tonggak perlembagaan negara.
Pas dengan Perlembagaannya berpegang kukuh kepada Quran, Hadis, Ijamak Ulama dan Qias, tentulah, setelah bekerjasama dengan Umno tidak puas hati dengan pendirian Umno sebagai parti nasiolal kapitalis (kelihatan juga bayanga borjuis dan peodalis).
Perlembagaan Umno:
Fasal 3, ASAS DAN TUJUAN, termaktub: Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita c-ta Kebangsaan Melayu de3mi mengekalkan maruah dan mertabat bangsa, agama dan Negara.
3.3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi Negara serta menghormati prisnsip kebebasan beragama.
Kita melihat dari artikel Perlembagaan itu, Umno hanya ‘mempertahan dan mengemabngkan Islam sebagai agama rasmi negara’. Parti kebangsaan itu tidak mahu melaksana dan mengamalkan Islam sebagai agama negara, iaitu Islam di atas Negara. Perlembagaan Negara berdasarkan Quran.
Kita lihat lagi, tidak ada sedikitpun dalam perlembagaan Umno membawa bangsa Melayu dan umat Islam ke arah menegakkan negara Islam.
Semua orang mengetahu, bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1946, hingga pada hari ini, Umno menolak Negara Islam. Salah satu sebab para ulama Pas, di bawah pengaruh Sheikh Abdullah Fahim dan dipimpin oleh ketua Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam Umno, Haji Ahmad Fuad keluar dari Umno dan menubuhkan Pas pada tahaun 1951, ialah kerana Umno tidak mahu mewujdukan Negara Islam di Tanah Melayu.
Saya berpendapat, perpaduan Umno – Pas akan boleh berjaya, Umno kena beruba dan lari dari sentiment kebangsaan totok dan otordoksnya, iaitu meminda perlembagaannya tentang agama Islam.
Semua orang yakin, apabila Umno mempunyai perjuangan yang sama dengan Pas, iaitu untuk menegakkan Negara Islam, maka ekorannya semua orang Melayu - mukmin dan mukminah dalam Umno, Pas dan diluar parti – parti politik tersebut akan bersatu.

CATATAN PENGALAMAN


RASA PERKAUMAN MASIH MENEBAL
Oleh: Mokhtar Petah

Selagi wujud parti politik perkauman – UMNO, MCA dan MIC, perasaan di kalangan ahli – ahlinya dan rakyat Malaysia masiah menebal da sukar di kikiskan sehingga menjadi rakyat persatuan atau rakyat perpaduan yang jujur.
Sekitar tahun 1977 dua buah parti pembangkang, Democratic Action Parti (DAP) dan Parti Islam SeMalysia(PAS) telah memberi tentangan yang hebat kepada UMNO dan Barisan Nasional.Kalangan UMNO Perak telah menjadi resah. Lebih-lebih lagi beberapa orang bekas wakil rakyat UMNO yang telah tidak dipilih semula untuk bertanding telah melakukan sabotaj terhadap UMNO. Seorang dari mereka, ialah Sufian Mohd.Sham dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Kampung Gajah). Calon UMNO bagi kawasan itu ialah, Ramli Ngah Talib.
Pihak Ibu Pejabat UMNO Malaysia, telah mengarahkan Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, supaya mencari jalan untuk melumpuhkan parti-parti pembangkang, iaitu melakukan sesuatu tindakan agar calon-calon mereka tidak mendapat kemenangan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tan Sri Haji Ahmad Azizuddin bin Zainal Abidin telah berunding dengan aku mengenai perkara tersebut. Dia telah meminta aku mengambil bahagian membantu UMNO negeri itu. Aku telah memberi syarat, bahawa aku hanya boleh melaksanakan kehendaknya terhadap DAP, tetapi aku tidak dapat melakukannya terhadap PAS. Aku tidak mahu melakukan terhadap PAS, kerana parti politik itu berjuang untuk menegakkan Negara Islam. Aku tahu sesiapa yang menentang perjuangan manusia untuk agama Islam, dia akan dilaknat oleh Allah.
GERAKAN ALA GESTAPO
Setelah syaratku diterima dan peruntukan wang telah diadakan, maka sebuah pejabat ’Gerakan ala Gestapo’ telah diadakan di sebuah banglo, di Jalan Kampar, dalam Bandar Ipoh. Aku telah dilantik menjadi ketua operasi tersebut.
’Peristiwa itu telah berlaku dalam musim pilihanraya 1977, iaitu kali pertama Tan Sri Ramli Ngah Talib bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negeri(Kampung Gajah). Dalam menghadapi pilihanraya itu, dalam UMNO bahagian Pasir Salak dan beberapa buah cawangannya telah berlaku sedikit pergolakan kerana pihak bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Kampung Gajah) yang sebelumnya, Encik Sufian Mohd. Sham tidak puas hati.
Ramai dari ahli-ahli dan para penyokong UMNO itu telah bertindak menyokong calon DAP yang bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Kampung Gajah), Encik Zainal Abidin bin Mat Nusi, seorang ahli perniagaan dan pemilik kelab hiburan dalam bandar Ipoh.
DAP juga telah meletakkan beberapa orang calonnya yang terdiri dari orang-orang Melayu, di antaranya, di kawasan Dewan Rakyat (Bagan Serai), Dewan Undangan Negeri (Semanggul) dan Dewan Undangan Negeri (Lubuk Merbau).
MENDAPAT LAMPU HIJAU
Dalam menghadapi keadaan yang gawat dalam kawasan-kawasan itu, Menteri Besar, Allahyarham Dato’ Sri Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa telah mendapat ’lampu hijau’ dari pucuk pimpinan UMNO Pusat untuk melaksanakan satu langkah untuk melumpuhkan pengaruh DAP dalam kawasan-kawasan pilihanraya yang gawat itu.
Haji Kamaruddin telah berunding dengan pihak tiga orang-dua ahli politik dari UMNO dan seorang wartawan. Kemudian ketiga-tiga orang itu menjalankan tindakan ’gestapo politik’ untuk memujuk calon-calon DAP itu supaya tidak menjalankan kempen dan menarik diri dari bertanding.
Sebuah bilik gerakan ’Gestapo politik’ telah diadakan di sebuah banglo, di Jalan Kampar dalam Bandar Ipoh. Dalam bilik gerakan itulah wartawan tersebut telah menjalankan peranan-peranan untuk melumpuhkan DAP dalam pilihanraya tersebut di seluruh negeri Perak.
Langkah pertama yang mereka lakukan, ialah memujuk Ketua DAP Perak (Melayu), Encik Daeng Ibrahim supaya meletakkan jawatan dan pulang ke negeri asalnya, iaitu Johor. Langkah yang kedua memujuk calon DAP dalam kawasan Kampung Gajah, Encik Zainal Abidin bin Mat Nusi, calon DAP kawasan Semanggul, Encik Abu Samah Majid dan calon DAP kawasan Lubuk Merbau, Encik Abdul Karim Lan.
SATU SIDANG AKHBAR
Ketiga-tiga calon DAP itu telah datang menemui wartawan tersebut di bilik gerakan ’Gestapo Politik’ dan mereka telah menandatangani surat peristiharan menarik diri dari bertanding. Kemudian mereka telah menghadiri satu sidang akhbar yang diaturkan oleh wartawan ’Gestapo Politik’ itu.
Semua calon-calon DAP itu tidak pulang ke rumah msing-masing. Mereka tinggal dalam bilik-bilik khas dalam banglo tersebut.
Untuk memujuk calon DAP, Encik Abdul Karim Lan agak sukar sedikit, kerana beliau berkeras untuk terus bertanding disebabkan para penyokongnya termasuk ahli DAP Kampung Cheh, Kati, mahu dia bertanding walaupun dengan risiko ’kalah menjadi abu’.
Wartawan ’Gestapo Politik’ telah mengambil langkah mengundang lebih empat puluh orang pemuda-pemuda Melayu ahli DAP di Kampung Cheh untuk menemuinya di bilik gerakan ’Gestapo Politik’, di Ipoh. Mereka telah datang dengan sebuah bas yang disewa khas.
KAWASAN PINGGIR BANDAR
Dalam perrtemuan itu mereka telah mengisytiharkan keluar beramai-ramai dari DAP. Peristiharan mereka itu kemudiannya telah disiarkan oleh media – akhbar dan RTM. Hasilnya, calon-calon UMNO di Kampung Gajah yang menyokong DAP telah kembali menyokong calon UMNO – Barisan Nasional -Ramli Ngah Talib.
Semenjak perisytiharan itulah orang Melayu kian kurang menyokong DAP dan hingga kini orang-orang Melayu yang menyokong DAP sangat sedikit.’
Pada sekitar tahun 1970 – 1980-an, penduduk-penduduk Melayu di sekitar kawasan pinggir Bandar Ipoh, kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berpendapatan kecil dan mereka tinggal di rumah-rumah dalam kawasan setinggan, iaitu menduduki tanah kerajaan negeri (state lands) tanpa kebenaran. Di antara kawasan-kwawsan tersebut, ialah Pasir Putih, Pangkalan Pegoh, Seri Kinta, Manjoi, Buntong, Tambun dan Bercham.
Pada pandangan para pegawai pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, semua setinggan terdiri dari manusia-manusia yang tidak diingini, rumah-rumah mereka mesti dirobohkan. Kebanyakan wakil rakyat pihak kerajaan melihat mereka sebagai satu kumpulan insan yang menyusahkan mereka dan kerajaan.
SUKAR MENDAPAT BANTUAN
Aku melihat semua setinggan sebagai kumpulan insan yang memberi guna kepada kerajaan dan parti-parti politik yang mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan, di antaranya:
( 1 ) Sebelum mereka pindah ke bandar, mereka hidup sebagai orang-orang kampung yang mempunyai pendapatan terlalu rendah, secara rata pendapatan mereka kira-kira antara RM50.00 dengan RM 120.00 sebulan. Nama mereka tidak wuud dalam buku daftar pembayar cukai pendapatan.
( 2 ) Setelah mereka tinggal sebagai setinggan dan bekerja dan bergaji atau berniaga sebagia peniga kecil, mereka telah menguntungkan kerajaan, kerana mereka termasuk dalam golongan rakyat yang membayar cukai pendapatan.
( 3 ) Menambahkan bilangan penduduk bandar yang membantu kerajaan meluaskan kawasan bandar dan diperbandarkan. Mereka menjadi rakyat yang menjadi pembeli atau pelanggan yang membantu peniaga-peniaga dalam bandar dan dengan demikian menjadikan para peniaga itu terpaksa menambah jumlah cukai pendapatan mereka kepada kerajaan.
( 4 ) Masyarakat setinggan menambahkan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan bandar dan menguntungkan parti- parti politik dalam sesuatu pilihanraya. Contohnya, banadar-bandar yang kurang bilangan penduduk Melayu, seperti beberapa kawasan di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan banar-bandar lain UMNO sukar mendapat kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.
Pada tiap-tiap kali pilihanraya, aku telah ditanya oleh kebanyakan pengundi Melayu dalam kawasan-kawasan setinggan, iaitu calon-calon parti manakah yang baik mereka memberi undi. Aku memberitahu kepada mereka, iaitu yang baiknya mereka mengundi calon-calon parti pembangkang.
Kalau kawasan yang ramai pengundi Melayu, wakil rakyat dari parti kerajaan terdiri dari orang- orang bukan Melayu, maka mereka sukar mendapat bantuan pembangunan dan sebagainya dari wakil rakyat mereka. Tetapi kalau wakil rakyat itu dari parti pembangkang, maka mereka mudah mendapat dari kerajaan untuk tujuan pembangunan dan kebajikan di tempat mereka
Peruntukkan wang bagi pembangunan dan kebajikan dalam semua kawasan Dewan Rakyat yang diwakili oleh pihak parti pembangkang, disalurkan kepada Pegawai Daerah dan tidak kepada wakil rakyat. Maka mudahlah penduduk-epnduduk mendapatkan bantuan wang untuk pembangunan dan kebajikan.
Ramai orang Melayu dalam kawasan Dewan Rakyat yang diwakili oleh orang bukan Melayu dari parti Kerajaan, mereka sukar mendapat bantuan dari pihak kerajaan, seperti bantuan kebajikan dan yang berhubungan dengan agama Islam seperti untuk surau dan sebagainya.
Sebenarnya hingga pada masa ini masih wujud rasa perkauman di kalangan mereka dalam parti-parti politik kebngsaan Melayu, Cina dan India – UMNO, MCA dan MIC - , dan perasaan tersebut masih menebal dan sukar dikikis.

PERPADUAN MELAYU

MELAYU WAJIB BERSATU



Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN dan HADIS


BENCANA


Tidak satu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada di kalian sendiri melainkan telah termaktub (tertulis) dalam kitab (Lauth Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan itu) agar kalian tidak berduka cita terhadap apa yang luput dari kalian, dan supaya kalian tidak terlalu gembira (seperti kesombongan atau ketakburan) terhadap sesuatu yang dikurniakan - Nya kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang menyombong dan membanggakan diri. - Al Hadid:22, 23.

-------

PEREMPUAN

"Perempuan itu laksana tulang rusuk, jika kalian memaksa meluruskannya maka ia akan patah dan jika kalian membiarkannya, maka kalian akan menikmatinya dalam keadaan bengkok," Rasul Allah Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Perawi: Ahmad, Imam Bukhari dan Imam Muslim
.

Monday, July 12, 2010

BERITA


jadi orang tengah di Pokok Asam

Mohd Sabri Said

Justify FullJELUTONG, 12 Julai: PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah ‘angkat bungkus’.

“Di mana lagi peranan Umno ketika ini melainkan mewujudkan provokasi menuduh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli MPPP sanggup menjadi pengkhianat menghalau penduduk Melayu dari bandar terutamanya isu Kampung Pokok Asam,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap penduduk kampung berkenaan jangan tertipu dengan taktik Umno.

“Berilah sokongan pada PAS, kariah dan Ahli MPPP untuk mencari titik pertemuan bagaimana untuk membantu penduduk sekiranya pemaju menggunakan haknya ekoran tanah tersebut milik swasta.

“Umno sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Mujahid juga meminta pihak pemaju menyediakan tempat kepada penduduk yang terlibat bagi menghindarkan tanggapan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertindak menghalau orang Melayu dari mendiami kawasan bandar.

Beliau sedar itulah yang sedang rancak dicanang oleh Umno di negeri ini kononnya PAS, PKR dan Ahli Majlis MPPP sedang berusaha turun ke kampung-kampung mendesak penduduk menjual tanah kepada pemaju.

"PAS bukan pengkhianat sanggup menggadai maruah seumpama itu. Lainlah Umno, tindakan begitu dianggap kebiasaan semasa kuasa berada di tangan mereka," tegasnya.(Harakah)

----------------------------------

“Tiada cita-cita masuk UMNO”

KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini diura-urakan untuk menyertai UMNO membuat pengakuan bahawa beliau belum bercita-cita menyertai parti itu.

Berucap di Majlis Wacana Perdana Bolehkah Melayu Bersatu di Kota Bharu semalam, Dr Mohd Asri yang sebelum ini dilanda pelbagai spekulasi menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan dia berminat menyertai UMNO.

“Saya tak pernah kata nak masuk (UMNO) orang yang kata dan sehingga saat ini saya tidak bercita-cita nak masuk UMNO,” katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Moderator Majlis, Profesor Madya Mohammad Agus Yusof.

Selain Dr Mohd Asri, wacana yang diselangi perdebatan itu disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Biro agama Pemuda UMNO, Afandi Yusoff dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (Jasa), Lokman Nor Adam.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri adalah antara nama yang dikaitkan bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Mohd Asri berkata buat masa ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Ditanya adakah beliau lebih terdorong untuk bersama Pas, bekas mufti itu mengakui beliau mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Fadzil Noor namun masih belum berminat menyertai parti itu.

“Kita tak tahu masa depan, dengan apa yang saya faham, saya tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO, memandai saya berbaik dengan pemimpin Pas dan UMNO, cukup ahli parti yang ada, saya masuk jadi serabut saja,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan nya, Dr Mohd Asri yang mengulas mengenai konsep perpaduan politik Melayu berkata, adalah lebih penting untuk memperkembangkan prinsip perpaduan Islam dengan tidak mengira bangsa dan keturunan. (Sinar Harian)

Dalam masa yang sama katanya, masyarakat perlu mengakui bahawa konsep kenegaraan memerlukan parti politik selain membuat perimbangan bahawa konsep perpaduan bukan saja untuk mendapatkan kerajaan semata-mata.

“Semasa membuat perjumpaan di London bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sendiri menyebut perlu wujudnya Pas, kalau tidak rosak UMNO.

“Kita mesti ada imbangan, mungkin ada yang tidak berpolitik, saya tak gemar bercakap soal perpaduan politik degan mengutamakan kerajaan federalisma, bila kuatnya UMNO bererti Melayu kuat dan bila Pas kuatnya Melayu itu kuat,” katanya.(Sinar Harian)

lLESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

BUKU!




MOKHTAR PETAH


NAJIB RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI BAWAH SANG SAKA BANGSA


Buku ini merakamkan ketabahan seorang
pemimpin bangsa menghadapai cabaran
dan dugaan. Anwar Ibrahim dijatuhkan ketuanya,
Mahathir Mohamad. Kerana jujurnya Najib Razak,
beliau disayangi ketuanya, Abdullah Badawi.
Beliau mendaki ke puncak dengan kehendak
Allah jua. Bahunya memikul amanah ummah
dan negara Malaysia - 1 Malaysia.

Layari: mokhtarpetah/edit-thinker/whohub.com/www.mokhtarpetah.ws

Buku - Buku lain: Ishak Tadin Jasanya Terukir Di langit Zaman * Norh Omar, Jihadnya Bela Rakyat jelata
* Falsafah Gagasan 1 Malaysia.

PERPADUAN MELAYU



MELAYU WAJIB BERSATU



Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

FELDA PUSAKA TUN RAZAK KPD RAKYAT JELATA

FELDA DAN DI MANA KEBENARANNYA
Oleh: Mokhtar Petah


Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA. Ini menyebabkan Datuk Ahmad Maslan menyaman Suara Keadilan dan Zaid serta menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.
Dalam perhimpunan warga Felda di MRSM, Terolakl, Perak, minggu lalu, sebilangan dari para peneroka Felda dan waris - waris mereka telah melaungkan ‘setuju’ kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menyaman ‘Suara Keadilan’ dan Zaid Ibrahim sebanyak RM200 juta, kerana menganggap atau menuduh ‘Felda bankrap’.
Jika benar Felda tidak mengalami masalah yang boleh menjuruskan ‘bankrap’, maka hasrat Datuk Ahmad Maslan, Najib Tun Razak dan sebilangan peserta Feldujtuk menyaman, patutlah diteruskan.
Tetapi, jika projek perladangan pusaka peninggalan Tun Razak kepada rakyat jelata itu, memang ada ibarat ‘ kemucut pada kain sutera’, ‘ulat dalam buah nangk’ dan ‘ mana gading yang tidak retak’, maka rancangan sama menyaman itu eloklah dihentikan.
“Kerajaan adakan Felda untuk rakyat jelata …,” demikian Tun Razak berkata kepada saya pada tahun 1970 - an.
Maka, berikutnya, kerajaan telah menerima rakyat jelata (kluarga susah hidup) yang terdiri dari ahli UMNO, Pas, Parti Rakyat dan yang tidak berparti politik untuk dijadikan peserta Felda.
Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia, Felda beransur – ansur berjalan dengan berbagai – bagai cara dan banyak pula cerita – cerita sedih dsari pada peserta didengar oleh orang luar.
Saya teringa akan kata – kata, Politikus dan sasterawan Ishak Haji Muhammad, “ …bangunan – bangunan Felda di Kuala Lumpur, macam pencakar langit di Neyork dan Washinton. Bangunan – bangunan itu dibina dari hasil titik peluh peserta – peserta Felda, pencakar langit, di Amerika Syarikat dibina dari titik peluh rakyat telata termasuk orang kulit hitam di sana.”
Kemudian, Felda dikatakan lebih maju lagi dengan wujud berbagai – bagai syarikat di dalamnya dan ia menjadi sebuah organisasi kapitalis terkenal di negara ini. Ia telah bersifat lain dari hasrat Tun Abdul Razak, yang pusakanya untuk rakyat jelata dan bukan untuk kapitalis.
Hingga pads hari ini dari berbagai – bagai sungutan tidak puas ahati di kalangan para peserta Felda seluruh Negara, di antara:
* Felda diwujudkan sejak negara belum merdeka, tetapi kebanyakan pesertanya menanggung hutang se[ertio selagi ada matahari dan bulan.
* Karinah sebilangan pegawai rendah Felda yangmengakibat para peserta kerugian kerana buah kelapa sawit lambat tiba ke kilang.
* Sebilangan peserta Felda tidak puas hati lading pusaka Tun Razak itu dijadikan syarikat berhad.
* Para peserta Felda (kebanyakan) hidup menanggung hutang, tetapi di luar kalangan ‘borjuis’, berminyak bibir kerana mendapat untung begsar dari syarikat – syarikat di bawah Felda.
(FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang ia juga telah dlaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama, umpamanya Maybank).
Sebilangan peserta Felda yang tanah mereka telah diberi hak milik, telah keluar dari Felda dan menjalankan perusahaan sendiri. Mereka tidak lagi menanggung hutang sepanjang hayat. Mereka telah menjadi orang – orang yang hidup mewah hasil dari tanah yang mereka usahakan sendiri itu.
Saya kira, mahkamah adalah tempat ‘berperang’ mencari kebenaran. Tetapi setiap orang berperang menegakkan kebenaran masiang – masing. Tetapi kesudahannya, berlakulah, ‘alah jadi habu’ dan ‘menang jdi arang’.

Ikuti keterangan mengenai Felda berikut ini:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Pengerusi: Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Pengerusi lalu: Tan Sri Muhammad Alias bin Raja Muhammad Ali
Belanjawan: RM1.5 billion (2005)
Pekerja: 23,000 (2010)[1]
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.
Dasar Pengambilan Peneroka
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
Menteri-Menteri Felda
Pada mulanya, Felda ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian ia berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan Usahawanan dan kini diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
Di bawah merupakan senarai menteri yang diamanahkan menjaga FELDA:-
• Y.B. ENCIK BAHAMAN BIN SAMSUDIN (31.08.1957 - 16.11.1959)
• Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (17.11.1959 - 22.09.1970)
• Y.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BIN BABA (23.09.1970 - 1.12.1972)
• Y.B. DATUK HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA (01.01.1973 -11.1977)
• Y.B. TAN SRI DATUK HAJI ABDUL KADIR BIN YUSUF (01.01.1978 - 15.09.1980)
• Y.B. DATO' SHARIFF BIN AHMAD (16.09.1980 - 28.04.1982)
• Y.B. DATO' SERI RAIS BIN YATIM (29.04.1982 - 16.07.1984)
• Y.B. DATUK SERI ADIB BIN ADAM (17.07.1984 -11.08.1986)
• Y.B. DATUK DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD (12.8.1986 - 14.6.1989)
• Y.B. DATUK KASITAH GADDAM (14.6.1989 -26.10.1990)
• Y.A.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BABA (27.10.1990-15.10.1993)
• Y.B. DATO' ANUAR MUSA (11.12.1993 - 27.12.1993)
• Y.B. TAN SRI DATUK SAKARAN BIN DANDAI (28.12.1993 - 16.03.1994)
• Y.B. DATUK OSU HAJI SUKAM (27.05.1994 - 08.06.1998)
• Y.B. SENATOR TAN SRIDATUK KASITAH GADDAM (26.06.1998 - 05.01.2004)
• Y.A.B DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK (06.01.2004 - HINGGA KINI)
FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :
• Ibu Pejabat
• Pejabat Kawasan
• Rancangan
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang. Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, , kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.
Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.
Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.
Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.
Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
FELDA telah mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain — sebilangannya kegiatan itu langsung tidak berkait dengan petempatan semula. Walaupun FELDA mempunyai anak-anak syarikat yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan seperti pemasaran, pengangkutan, dan kilang-kilang ia juga telah dlaporkan mempunyai kepentingan di sebilangan bank Malaysia yang utama, umpamanya Maybank.
Pada 16 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009 kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda. Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion.
Mempelbagaikan ekonomi
Ini menyebabkan desakan daripada pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Desakan ini disuarakan oleh penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.Pada 28 Jun 2010, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diwakili oleh pengerusinya, Mazlan Aliman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA). dan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).
Zaid, Suara Keadilan disaman
Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA. Ini menyebabkan Datuk Ahmad Maslan menyaman Suara Keadilan dan Zaid serta menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Pada 1 Julai 2010, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.
(Disaring dari Wikipedia – bahasa Melayu – Malaysia - Ensiklopedia bebas)

QURAN

PEMBALASAN DARI ALLAH

Sesunguhnya negeri Saba (satu daerah di Yaman pada zaman Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman) mempunyai keterangan (pengetahuan) mengenai tempat tinggal mereka, iaitu dua ladang di kanan dan di kiri. Makalah rezeki Allah dan bersyukurlah kepada – Nya. Negeri yang bertuah (makmur dan penduduknya aman damai) dan Allah yang Pengampun.
Tetapi mereka membelakangi (tidak mengikuti hikum atau peraturan Allah), lalu Kami kirimkan kepada mereka banjir besar (banjir besar tersebut telah merobohkan empangan pertama dunia, Ma’arib) dan Kami gantikan kedua – dua ladang mereka itu dengan dua ladang yang yang menghasilan buah – buah yang pahit (pokok yang daunnya digunakan untuk mandi mayat) dan ‘atsl’, sejenis pokok jarang berbuah.
Itulah pembalasan yang Kami berikan kepada mereka, di sebabkan kekafiran mereka. Dan Kami tidak memberikan pembalasan (bencana alam), melainkan kepda mereka yang sangat keras kepala (tidak mengikuti hukum Allah). – Saba:15 - 17
* Kita, orang Melayu beragama Islam, belum mengikuti hukum – hukum (undang – undang atau peraturan – peraturan Allah dalam Quran sepenuhnya, sebaliknya kita banya melanggar hukum – hukum yang ditetapkan, seperti judi, arak, riba, rasuah dan sebagainya), dan bahkan menentang perjuangan orang Melayu dan muslimin dan muslimat lain untuk menegak dan mengamalkan hukum Allah di negara kita ini.
Akibat dari semua perbuatan itu, Allah telah membalas dengan sikasaan, di antaranya, banjir besar tsunami, kerugian wang dari pihak kerajaan, kehilangan tanah milik orang Islam dan perpecahan sesame orang Islam dan lain.
Mungkin, jika orang Melayu terus mengingkarkan hukum - hukum Allah, akan ditimpakan bencana yang paling dahsyat lagi, seperti Negara menjadi muflis kerana boros dan banyak hutang, dan terhapusnya kuasa Melayu, bangsa Melayu dan orang Islam merempat atas bumi mereka sendiri.

Sunday, July 11, 2010

BERITA


LOGO HALAL


Kuala Lumpur, Ahad. sebilangan umat Islam di sini meminta Jabatan kemajuan Islam Malaysia – JAKIN bertindak menyiasat logo halal ayang dikeluarkan oleh sebuan sindiket dikendalikan seorang bekas pegawai jabatan tersebut.

Peniaga – penaiaga makanan di sekitar kuala Lumpur, Shah Allam dan beberapa abandar lagi mudah mensdapat logo halak dari sindiket tersebut.



---------------------


MUDIM DAN MATI PUCUK



Ipoh, Ahad. Kalangan orang Melayu sedang menghidupkan semula berkatan (masuk Jawi) aakanak – kanak lelaki men ggunakan khimat mudin dan tidak amahuakan kjhidmatra para doctor.

Seorang tukang urut tradisiolan, di sini memberitahu, beliau telah merawat ramaja dan lelaki muda yang berumah tangga mengalami lemah tenaga abating ataua mati pucuk akaibat berkhatab pada doaktor.

Meenurutnya, lebih 70% lelaki muda yang daatang memintaa diurut, mengalami lemah tenga batin atau mati pucuk, berbeza dengan lebih 90% lelaki dewasa – berusia 35 – 80 yang diurutnya tenaga batin masih kauat dan tidak mati pucuk.

------------------


UMNO KELANTAN



Kota Baharu, Ahad. Kalangan ahli UMNO Kelantan meminta Perdana Menteri merangkap Presiden umno Malaysia, menyelamatkan beratus cawangan di negeri itu yang mungkin

diseret ke mahkamah, kerana tidak melaksanaakan pertauran yang ditetapkan pendaftar Pertubuha negara.

Menurut mereka, jika Najib Tun Razak tidak mengambil langakah segera, kemungkinan ahli - ahli UMNO di sini, akan mengemukankan perkara tersebut ke makhamah tinggi.

Nenurut mereka lagi, jika perkara cawangan – cawangan tersebut sampai ke mahkamah tinggia, ada kemungkinan UMNO Malaysia akan menhadapi keputusan ‘ mengharamkannya’ seperti yang telah berlakau ke atas UMNO 1946.

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

PERPADUAN MELAYU



MELAYU WAJIB BERSATU



Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

BERITA


LOGO HALAL


Kuala Lumpur, Ahad. sebilangan umat Islam di sini meminta Jabatan kemajuan Islam Malaysia – JAKIN bertindak menyiasat logo halal ayang dikeluarkan oleh sebuan sindiket dikendalikan seorang bekas pegawai jabatan tersebut.

Peniaga – penaiaga makanan di sekitar kuala Lumpur, Shah Allam dan beberapa abandar lagi mudah mensdapat logo halak dari sindiket tersebut.



---------------------


MUDIM DAN MATI PUCUK



Ipoh, Ahad. Kalangan orang Melayu sedang menghidupkan semula berkatan (masuk Jawi) aakanak – kanak lelaki men ggunakan khimat mudin dan tidak amahuakan kjhidmatra para doctor.

Seorang tukang urut tradisiolan, di sini memberitahu, beliau telah merawat ramaja dan lelaki muda yang berumah tangga mengalami lemah tenaga abating ataua mati pucuk akaibat berkhatab pada doaktor.

Meenurutnya, lebih 70% lelaki muda yang daatang memintaa diurut, mengalami lemah tenga batin atau mati pucuk, berbeza dengan lebih 90% lelaki dewasa – berusia 35 – 80 yang diurutnya tenaga batin masih kauat dan tidak mati pucuk.

------------------


UMNO KELANTAN



Kota Baharu, Ahad. Kalangan ahli UMNO Kelantan meminta Perdana Menteri merangkap Presiden umno Malaysia, menyelamatkan beratus cawangan di negeri itu yang mungkin

diseret ke mahkamah, kerana tidak melaksanaakan pertauran yang ditetapkan pendaftar Pertubuha negara.

Menurut mereka, jika Najib Tun Razak tidak mengambil langakah segera, kemungkinan ahli - ahli UMNO di sini, akan mengemukankan perkara tersebut ke makhamah tinggi.

Nenurut mereka lagi, jika perkara cawangan – cawangan tersebut sampai ke mahkamah tinggia, ada kemungkinan UMNO Malaysia akan menhadapi keputusan ‘ mengharamkannya’ seperti yang telah berlakau ke atas UMNO 1946.

QURAN




INGKAR DAN BAKHIL


Sesungguhnya manusia itu terlalu ingkar (tidakjberterima kasih) kepada Penguasa (Allah) nya.
Dan sesungguhnya manusia itu menyaksi (sendiri) akan keingkarannya.
Dan sesungguhnya, dia terlalu bakhil kerana sayangnya kepada hartanya.
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada dalam kubur,
dan dilahirkan apa yang ada dalam dada.
Sesungguhnya Penguasa (Allah) mereka, pada hari itu (hari diabangkitkan dari kubur) amat mengetahui akan keadaan mereka. - al 'adiaat: 6 - 13.

Saturday, July 10, 2010

MENENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Pada masa aku belajar di sekolah Melayu dalam darjah satu, pada satu pagi, seorang guruku dari Malim Nawar, Perak, telah memanggil namaku, Mohd. Mokhtar bin Mohd. ‘Pituh’, pada esok harinya dia memanggil dengan perkataan ‘Pitih’ dan pada lusanya dia telah menyebut ‘Patah’. Kemudian, pada hari-hari berikutnya, dia telah menyebut namaku dengan betul, iaitu ‘Petah’.

Kata ‘Petah’ pada hujung namaku, maka sering orang-orang bertanya kepadaku, mengapa namaku demikian, adakah gelaran atau sengaja aku menggunakan perkataan Melayu sebagai nama samaran penulis. Pada hari hari aku membentang kerts kerja ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’ dalam Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia’05, 18 & 19 November 2005, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, cawangan Sabah, seorang profesor dan beberapa orang pensyarah dari beberapa universiti di negara ini, telah bertanya kepadaku mengenai nama ‘Petah’ di hujung namaku.

Aku rasa bertangungjawab untuk menjelaskan kepada mereka yang bertanya kepadaku mengenai aku telah menggunakan kata nama ‘Petah’ pada hujung namaku itu. Kata nama itu telah diberi oleh bapaku pada ketika aku mengakhiri pengembaraanku dari rahim ibuku dan mula menjadi tetamu dunia ini, iaitu Mohd.Mokhtar bin Mohd.Petah.

Kata ‘Petah’ itu dari kata orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara. Ertinya, lancar berkata-kata. Bahasa Arab ‘fasih’.

Petah fasih: Lancar berkata-kata: Kanak-kanak itu walaupun belum bersekolah lagi tetapi sudah petah berkata-kata. Kepetahan kebolehan berckap dengan lancar: PresidenSukarno terkenal sebagai pemimpin Asia dengan kepetahan berpidato. Terpetah terlancar; paling fasih: Ali adalah murid darjah lima yang terfasih bertutur dalam bahasa Inggeris di sekolahnya. Memetahkan melatih sampai menjadi petah.

Kata ‘Petah’ telah terkenal di kalangan umat manusia antarabangsa atau global, terutama di kalangan umat Yahudi. ‘Petah’ ialah kata nama dalam bahasa Hebrew -Yahudi. Kata itu adalah nama bagi ramai orang-orang Yahudi di seluruh dunia. Pada masa ini, kira-kira 435,000 nama ‘Petah’ telah digunakan oleh manusia dari bangsa Yahudi dan pada berbagai barangan di seluruh dunia, terutama dalam negara-negara yang ada orang-orang Yahudi.

‘Petah-Tikwa (Hebrew … “opening of hope”. Standard Hebrew Peta – Tikva, also translited as Petah Tikva, Petah Tikva, Petah Tiqwa or Petach Tiqwa) and nicknamed as “Mother of Cities”, is a City in the west of the Center District of Israel, north-east of Tel Aviv. Petah-Tikva is the second largest industrialized city in Israel (after HaIFA). As of 2003 its population was 173,700.’

‘The Petah Tikvah website is a ministry of Petah Tikvah Fellowship, a Messianic Jewish congregation located in Rochester NY We believe is Yeshua the Massiah, otherwise known to many as “Jesus Christ.” As a Messianic Jewish assembly, we happen to prefer calling him by name he used when the walked this planet 2000 years ago.’

Aku tidak mengetahui erti ‘Petah’ dalam bahasa Hebrew –Yahudi. Adakah ertinya sama dengan dalam bahasa Melayu, iaitu seperti yang telah dinyatakan dalam kamus ‘Kamus Pelajar Baru’ di atas. Walau bagaimana pun aku rasa ‘gembira’, kerana perkataan ‘Petah’ itu telah berada di peringkat universal atau antarabangsa.

Adakah kata ‘Petah’ itu berasal dari bahasa Melayu Nusantara sejak zaman silam atau diambil oleh orang Melayu yang telah berdagang ke seluruh dunia, termasuk dalam kawasan yang diduduki oleh orang-orang Yahudi, seperti di Palestin, Mesir dan negara-negara Arab lainnya dan di Eropah atau bahasa Melayu telah diambil orang-orang Yahudi?

Manakala nama ibuku ‘Jahara’ – Jahara binti Haji Jaafar - , adalah dari bahasa Arab yang bererti ‘terang’ dan ‘ tersiar’. Menurut datukku, Haji Jaafar bin Haji Putih yang berasal usul dari Pattani, bahawa nama ibuku itu telah diberi oleh guru agama di kampungnya, iaitu Sheikh Haji Nawawi bin Muhammad.

Seperti juga nama bapaku ‘Petah’, aku telah mencari dalam laman web dengan menggunakan kata ‘Jahara’, maka aku mendapati nama itu yang terkenal di Amerika Syarikat, iaitu nama bagi institute senaman atau riadah air, iaitu ‘Jahara Gentale Power of Water’. Jahara juga digunakan bagi persatuan guru teknik, ‘JaharaTechnique Teachers Association’ Argentina, Brazil, Farancis, German, Israel, Switzerland dan Amerika Syarikat.


Em HaMoshavot, Petah Tikva, 2008.jpg

Pemandangan Bandar Petah Tikva


Petah Tikva pada tahun 1912



Dewan Bandaraya Petah Tikva

Dalam Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu di Taman Cannaught, berhampir lebuh raya MR2, terdapat jalan dinamakan dengan nama Petah, iaitu, Jalan Petah, Taman Cannaught, 56000 Kuala Lumpur.

Keterangan, fakta dan gambar - gambar diambil dari google.