Wednesday, July 7, 2010

NASIHAT PERDANA MENTERI




WARTAWAN DAN MENTERI
JAGA KREDIBILITI


Datuk Seri Najib Razak mahu media membina akal budi serta tahap intelektual masyarakat dengan berita benar berasaskan fakta, ada kredibiliti, berintegriti bukan cerita karut-marut dan dusta.

Merujuk kepada berita FELDA Bangkrap, Perdana Menteri berkata, media tidak sepatutnya mereka berita, melakukan pembohongan atau membuat cerita bedoah (loghat Pahang bermaksud menipu) kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.
Kebenaran penting... jangan reka, jangan adakan cerita, jangan buat pembohongan dan jangan buat bedeah. Cerita bedoah banyak sekarang... FELDA bangkrap bedoah, dusta. Kalau nak sebut kelemahan, saya terima tetapi kalau kata sesuatu yang tidak benar sama sekali kita merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat kita.
Merosakkan bangunan atau jalan boleh kita perbaiki tetapi merosakkan akal budi dan nilai masyarakat kita, padah kesannya dan kita tidak mungkin menjadi sebuah negara yang kuat dan hebat, katanya ketika melancarkan Program KarangKraf Peduli dan akhbar Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. (Berita Harian).
Seruan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak agar media / wartawan/ penulis ‘membina akal budi serta tahap intelektual masyarakat dengan berita benar berasaskan fakta, ada kredibiliti, berintegriti bukan cerita karut-marut dan dusta’, telah menarik hati saya dan saya menyanjung akan seruan beliau itu.
Memanglah, seruan atau nasihat Najib itu perlu diikuti oleh semua pengamal media, kerana dengan menyiarkan perkara yang benar atau faktra yang betul akan menjamin nama baik pengamal media dan orang ramai dapat memahami dan menghargai mereka.
Sehubungan dengan ini, saya kira Najib tidak keberatan, memanggil atau menjemput semua wartawan dan penulis termasuk penulis blog dan lain untuk bermesra, berdialog dan bertukar fikiran dengan beliau, agar mereka dapat memahami hala tujuan beliau, Umno –BN dan kerajaan di bawha pimpinan beliau.
Setelah saya meneliti ucapan Najib menyeru media demikian, saya terpandang wajah Datuk Shafie Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – seorang bekas siswazah universiti dan intelektual Melayu di abada ini.
Saya tertanya – tanya, apakah benar Shafie yang amat faham dengan perlembagaan negara dan mungkin faham akan kandungan perlembagaan parti –parti politik di negara ini, telah menuduh Parti Islam Se Malasia - PAS, sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.
Mungkin betul kalau Shafie tidak menggunakan kata – kata “parti ajaran sesat’ dan mengunakan ‘ parti yang berlawanan dengan perjuangannya’ kerana memperjuangkan kemenangan kerusi ADUN dan Parlimen.Tetapi menggunakan katak “parti – parti ajaran sesat” telah mencacatkan imej beliau sebagai seorang Islam, menteri, intelektual dan sekali gus, katas – kata beliau menjadi virus kepada gagasan 1 Malaysia.
PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.(siaran akhbar).
Kata – kata menteri yang menjaga kepentingan orang luar Bandar, orang Melayu dan umat Islam itu, perlu diperbetulkan, kerana beliau seperti merendahkan tanggungjawab Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan semua Jabatan Agama Islam, kerna membiarkan organisasi ‘ajaran sesat’.
Al Arqam yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat dan badan – badan lain serta individu yangmengamalkan demikian telah dibanmikan dan ada yang didakwa di makhamah – mahkamah syar’iah, tetapi mengapa PAS di biarkan.
Kata – Kata Shafiee itu, sama dengan menduh orang Islam menganut komunisme atau tidak beragama. Setiap orang Islam dan organisasi Islam dituduh mengamal ajaran salah sama dengan tidak mengikut ajaran Islam sebenar, maka, shafie boleh diambil tindakan melalui undang – undang.
Di sinilah, saya memohon Njib yang telah menyaru dan menasihat media dapat membetulkan menteri tersebut, kerana kata – kata beliau menimbulkan ‘emosi’ dan ‘kemarahan’ semua ahli PAS, semua individu yang menyokong PAS dan umat Islam yang faham akan perlembagaan PAS yang berpegang kepada ‘Quran, Hadis/ Sunnah, Ijmak Ulama dan kias.
Saya ingin melihat, pada zaman Najib memarintah negara ini, semua orang – wartawan, penulis, karyawan, menteri dan semua rakyat sentiasa ‘membina akal budi serta tahap intelektual masyarakat dengan berita benar (atau kata – kata tidak benar – mp) berasaskan fakta, ada kredibiliti, berintegriti bukan cerita karut-marut dan dusta’. mokhtar petah

No comments: