Saturday, July 10, 2010

MENENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Pada masa aku belajar di sekolah Melayu dalam darjah satu, pada satu pagi, seorang guruku dari Malim Nawar, Perak, telah memanggil namaku, Mohd. Mokhtar bin Mohd. ‘Pituh’, pada esok harinya dia memanggil dengan perkataan ‘Pitih’ dan pada lusanya dia telah menyebut ‘Patah’. Kemudian, pada hari-hari berikutnya, dia telah menyebut namaku dengan betul, iaitu ‘Petah’.

Kata ‘Petah’ pada hujung namaku, maka sering orang-orang bertanya kepadaku, mengapa namaku demikian, adakah gelaran atau sengaja aku menggunakan perkataan Melayu sebagai nama samaran penulis. Pada hari hari aku membentang kerts kerja ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’ dalam Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia’05, 18 & 19 November 2005, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, cawangan Sabah, seorang profesor dan beberapa orang pensyarah dari beberapa universiti di negara ini, telah bertanya kepadaku mengenai nama ‘Petah’ di hujung namaku.

Aku rasa bertangungjawab untuk menjelaskan kepada mereka yang bertanya kepadaku mengenai aku telah menggunakan kata nama ‘Petah’ pada hujung namaku itu. Kata nama itu telah diberi oleh bapaku pada ketika aku mengakhiri pengembaraanku dari rahim ibuku dan mula menjadi tetamu dunia ini, iaitu Mohd.Mokhtar bin Mohd.Petah.

Kata ‘Petah’ itu dari kata orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara. Ertinya, lancar berkata-kata. Bahasa Arab ‘fasih’.

Petah fasih: Lancar berkata-kata: Kanak-kanak itu walaupun belum bersekolah lagi tetapi sudah petah berkata-kata. Kepetahan kebolehan berckap dengan lancar: PresidenSukarno terkenal sebagai pemimpin Asia dengan kepetahan berpidato. Terpetah terlancar; paling fasih: Ali adalah murid darjah lima yang terfasih bertutur dalam bahasa Inggeris di sekolahnya. Memetahkan melatih sampai menjadi petah.

Kata ‘Petah’ telah terkenal di kalangan umat manusia antarabangsa atau global, terutama di kalangan umat Yahudi. ‘Petah’ ialah kata nama dalam bahasa Hebrew -Yahudi. Kata itu adalah nama bagi ramai orang-orang Yahudi di seluruh dunia. Pada masa ini, kira-kira 435,000 nama ‘Petah’ telah digunakan oleh manusia dari bangsa Yahudi dan pada berbagai barangan di seluruh dunia, terutama dalam negara-negara yang ada orang-orang Yahudi.

‘Petah-Tikwa (Hebrew … “opening of hope”. Standard Hebrew Peta – Tikva, also translited as Petah Tikva, Petah Tikva, Petah Tiqwa or Petach Tiqwa) and nicknamed as “Mother of Cities”, is a City in the west of the Center District of Israel, north-east of Tel Aviv. Petah-Tikva is the second largest industrialized city in Israel (after HaIFA). As of 2003 its population was 173,700.’

‘The Petah Tikvah website is a ministry of Petah Tikvah Fellowship, a Messianic Jewish congregation located in Rochester NY We believe is Yeshua the Massiah, otherwise known to many as “Jesus Christ.” As a Messianic Jewish assembly, we happen to prefer calling him by name he used when the walked this planet 2000 years ago.’

Aku tidak mengetahui erti ‘Petah’ dalam bahasa Hebrew –Yahudi. Adakah ertinya sama dengan dalam bahasa Melayu, iaitu seperti yang telah dinyatakan dalam kamus ‘Kamus Pelajar Baru’ di atas. Walau bagaimana pun aku rasa ‘gembira’, kerana perkataan ‘Petah’ itu telah berada di peringkat universal atau antarabangsa.

Adakah kata ‘Petah’ itu berasal dari bahasa Melayu Nusantara sejak zaman silam atau diambil oleh orang Melayu yang telah berdagang ke seluruh dunia, termasuk dalam kawasan yang diduduki oleh orang-orang Yahudi, seperti di Palestin, Mesir dan negara-negara Arab lainnya dan di Eropah atau bahasa Melayu telah diambil orang-orang Yahudi?

Manakala nama ibuku ‘Jahara’ – Jahara binti Haji Jaafar - , adalah dari bahasa Arab yang bererti ‘terang’ dan ‘ tersiar’. Menurut datukku, Haji Jaafar bin Haji Putih yang berasal usul dari Pattani, bahawa nama ibuku itu telah diberi oleh guru agama di kampungnya, iaitu Sheikh Haji Nawawi bin Muhammad.

Seperti juga nama bapaku ‘Petah’, aku telah mencari dalam laman web dengan menggunakan kata ‘Jahara’, maka aku mendapati nama itu yang terkenal di Amerika Syarikat, iaitu nama bagi institute senaman atau riadah air, iaitu ‘Jahara Gentale Power of Water’. Jahara juga digunakan bagi persatuan guru teknik, ‘JaharaTechnique Teachers Association’ Argentina, Brazil, Farancis, German, Israel, Switzerland dan Amerika Syarikat.


Em HaMoshavot, Petah Tikva, 2008.jpg

Pemandangan Bandar Petah Tikva


Petah Tikva pada tahun 1912



Dewan Bandaraya Petah Tikva

Dalam Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu di Taman Cannaught, berhampir lebuh raya MR2, terdapat jalan dinamakan dengan nama Petah, iaitu, Jalan Petah, Taman Cannaught, 56000 Kuala Lumpur.

Keterangan, fakta dan gambar - gambar diambil dari google.

No comments: