- BERITA
KIT SIANG BERSAMA PEMIMPIN DAP DAN pr BATU PAHAT
BATU PAHAT - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut lima perkara sekaligus menjawab soalan yang dilontarkan sebuah akhbar mengenai tajuk artikel, ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’, baru-baru ini.
Petikan akhbar itu menyifatkan Kit Siang tidak boleh duduk diam walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 lalu.
Orang kuat DAP itu menggariskan lima perkara yang perlu dilunaskan kerajaan dan bertegas akan terus ‘bising’ selagi ia tidak direalisasikan.
Perkara pertama yang dituntut ialah pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang.
Menurutnya, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi.
“Perkara kedua yang saya tuntut ialah Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka.
“Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umum atau kecil perlu dilakukan secara aman,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Dun Penggaram, semalam.
Beliau berkata, perkara ketiga yang dituntutnya ialah keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang.
Jelasnya, jika diperhatikan sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu, berbanding dengan pemimpin pihak pembangkang.
Kit Siang berkata, perkara keempat yang dituntut ialah pendidikan negara ini perlulah setaraf dengan negara luar, yang mengamalkan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, bukannya hanya dipandang di dalam negara sahaja.
“Ini kerana, ada sesetengah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan negara, terutamanya pendidikan tinggi, yang hanya sesetengah negara sahaja yang mengiktirafnya.
“Seterusnya, perkara terakhir yang saya tuntut ialah, negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman, dan wujudnya budaya sihat persaingan termasuklah dalam politik,” katanya.*
* Berita ini dari Sinar Harian - BERITA
Pembangkang Pencetus Pelbagai Angkara Dan Manipulasi PRU 13
Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang merupakan pencetus kepada pelbagai huru-hara dalam pilihan raya baru-baru ini.
Katanya, pembangkang sengaja membangkitkan berkaitan ketidakadilan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan merekalah yang membuat pelbagai angkara untuk memperlihatkan perjalanan pilihan raya tidak tenteram.
“Oleh kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, pembangkang membuat tuduhan kepada BN sedangkan apa yang berlaku adalah angkara dari pembangkang sendiri.
“Kita mengikut undang-undang, kita tak laksanakan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.”
Katanya, sekiranya pembangkang membantah keputusan SPR mereka seharusnya menolak keseluruhannya tanpa menerima keputusan di negeri yang dimenangi mereka.
“Jika mereka tidak terima keputusan SPR, mengapa mereka terima keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah SPR di negeri itu berbeza dengan SPR di negeri lain?,” katanya.
“”Pada hari mengundi, mereka bersorak seperti orang hilang akal hingga menakut-nakutkan pengundi dalam kawasan kurang dari 50 meter tempat pengundi. Mereka tuduh kita kita yang buat, tetapi sebenarnya itu kerja mereka, bukan kerja BN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Jelasnya, sehingga kini pembangkang masih lagi menaburkan pelbagai tuduhan dan bawa cerita-cerita yang tak masuk dek akal.
“Mereka kelirukan rakyat dan sekarang ini mereka sedang memainkan emosi anak muda. Kita sedar bahawa dalam himpunan, mereka bawa anak-anak muda yang masih belasan tahun walhal mengapa permainkan emosi anak-anak yang masih belasan tahun ini.
“Kita ini negara berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, kita percaya kepada kesatuan dalam kepalbagaian sedangkan mereka mahu mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya mereka boleh tunjukkan kepada dunia luar yang barangkali mereka dapat keuntungan dari negara luar terbabit.”
Dalam perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberikan taklimat ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen. *
* Berita ini dari MediaUMNO - BERITA
Kenyataan berbaur dendam: Ahmad Said ‘MB separuh Terengganu’
(Oleh Ruqayya Rahman)
KUALA TERENGGANU 12 MEI: Datuk Seri Ahmad Said lebih layak digelar ‘Menteri Besar separuh Terengganu’ berikutan kenyataan ‘rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang gagal dimenangi BN’, kata Azan Ismail.
“Kita patut panggil dia ‘Menteri Besar separuh’. Sebab dia cuma nak bangunkan separuh negeri sahaja,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu kepada Keadilan Daily mengulas kenyataan emosional Ahmad Said tersebut.
“Ahmad Said telah buktikan dia langsung tiada kelayakan jadi Menteri Besar. Kenyataan macam itu tak layak keluar dari seorang ketua kampung pun.
“Macam mana Perdana Menteri dan BN Terengganu boleh pilih pemimpin macam dia,” tempelaknya.
Tegas Azan, kenyataan berbaur dendam dinyatakan Ahmad Said sejurus selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari mulut seorang Menteri Besar.
“Kalau dia nak balas dendam pada rakyat sebab tolak Barisan Nasional dalam PRU 13, dia patut ingat rakyat tidak pengecut. Rakyat akan balas semula,” katanya.
Tambah Adun Bandar itu, kenyataan Ahmad Said menunjukkan tindakan boikot terhadap rancangan Kerajaan Pusat untuk membina 44,000 rumah mampu milik, menurut Rancangan Malaysia Ke-10.
“Politik dendam tak sesuai dalam negara demokrasi. Ahmad Said patut sedar diri, Sultan sendiri pun tak pernah keluar kenyataan macam itu. Kenyataannya akan lonjakkan kebencian rakyat pada Umno,” kata Azan.*
* Berit aini dari Keadilan com - BERITA
ABDUL KHALID SELESAI ANGKAT SUMPAH MB SELANGOR
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi.
"Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan.
"Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya.
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.*
* Berita ini dari Harakah Daily. - FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS
BERBISIK
Hai orang - orang yang beriman, apabila kalian berbisik - bisik sesama kalian, maka jangan kalian berbisik untuk melakujkan sosa (mengumpat, perkara yang tidak baik dan sebagainya), pencerobohan dan menderhaka kepada Rasul Allah (Muhammad s.a.w.); dan (sebaliknya) berbisiklah untuk melakukan kebajikan dan bertakwa (kepada Allah). Dan hendaklah kalian tetap...See More - BERTANYA
1 - Bertanya kepada diri sendiri,"Adakah dan apakah kesalahan yang aku telah lakujkan
kepada Allah dan kepada manusia?
2 - Bodohkah aku kerana mencari dan mendedahkan kedalahan orang lain?
3 - Jujurkah aku, aku membenci orang lain, sedangkan orang lain tidak membenci aku?
4 - Adakah aku sentiasa mahu manusia memuliakan aku, sedangkan aku tidak ada
sesuatu yang boleh dimuliakan?
5- Adakah aku saya sering menentang Allah, sedangkan Allah sayangkan saya
Tuesday, May 14, 2013
Thursday, May 9, 2013
BERITA
Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000
penyokong
MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan
selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin
kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.
"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."
Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.
Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.
Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.
"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."
Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.
Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.
Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.
Ucapan Tuan Guru
Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang
banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.
Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.
Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.
Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.
Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.*
Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.
Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.
Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.
Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.*
* Berita ini dari Harakah Daily
***
DAP sokong Khalid kekal Menteri
Besar Selangor
KUALA LUMPUR 8 MEI: DAP menyatakan sokongan terhadap Tan
Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal
kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut
kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat
kemenangan dalam pilihan raya umum baru-baru ini dengan majoriti dua pertiga
apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi
pada 2008.
Tambahnya, walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15
kerusi daripada PAS dan 14 kerusi KEADILAN, Khalid patut diiktiraf untuk
integriti dan perkhidmatannya di Selangor.
“Ini membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha
kuat BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi
kembali Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, DAP Selangor juga menyokong penuh Khalid
sebagai Menteri Besar Selangor.*
* Berita ini dari Keadilan Com
***
BN Sentiasa Dukung Perlembagaan,
Tolak Agenda Rasis dan Ekstrem
Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR,
8 Mei – Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) menolak
golongan ekstrem termasuklah golongan cauvinis yang mempergunakan isu perkauman
bagi mengelirukan rakyat terutamanya pengundi.
Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk
Abdul Halim Sidek melihat keputusan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang
dilanda ‘tsunami Cina’ adalah hasil daripada wujudnya sentimen yang digunakan
oleh pihak tertentu bagi memperoleh kuasa.
“Cauvinis adalah amat bahaya kerana ia
menunjukkan pendirian dan semangat yang melampau dalam memperjuangkan
kepentingan kaum walhal selama lebih 55 tahun pentadbiran BN, negara ini
diterapkan dengan semangat perpaduan yang tinggi, kesatuan dan kebersamaan
kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum,
pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang
di Universiti Malaysia Kelantan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak yang menganggap pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang
kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti terbabit
khususnya DAP, namun usaha tersebut gagal dan kerajaan BN sehingga kini tidak
tumbang serta masih kekal selepas selesai PRU.
“BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab
sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek
perpaduan dan permuafakatan malah Perlembagaan yang kita dukung juga amat jelas
dengan menetapkan kepentingan semua kaum tertulis di dalamnya.
“Perlembagaan kita didukung dengan
falsafah-falsafah yang dapat mewujudkan keharmonian termasuklah prinsip Rukun
Negara, sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula masyarakat
dan menghapuskan jurang antara kaum dan terkini yang diperkenalkan oleh PM kita
dalam pentadbiran negara ialah dasar transformasi.”
Tegas beliau, melalui Program Transformasi
Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan lain-lain lagi, pelbagai
pembaharuan dilaksanakan yang mana ia membawa hasil positif kepada keseluruhan
masyarakat termasuklah pelbagai bantuan perbelanjaan dan sokongan dari kerajaan.
“Program-program yang dilaksanakan oleh BN
dibuat tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan perbezaan yang ada tetapi
nampaknya ia tidak dihargai dan cuba ditumbangkan oleh orang yang pernah
dibantu oleh BN sendiri selama ini.
“Pakatan pembangkang berjaya memainkan
sentimen perkauman terhadap sokongan bangsa Cina sehinggakan undi mereka
beralih arah dengan melabelkan provokasi sedangkan yang bersifat rasis bukan BN
atau UMNO.”
Beliau berkata, meskipun sebahagian besar
masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan
padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
“BN adalah parti yang dianggotai oleh
kompenan pelbagai kaum dan rekod pentadbirannya sejak merdeka dapat dilihat termasuklah
kepada semua anggotanya, mempunyai ruang bersuara, membuat keputusan dan
menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah di kawasan majoriti Melayu
sendiri.”
Berdasarkan keputusan PRU, sokongan orang
Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah
kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88 sementara
sokongan daripada bangsa lain termasuk Iban, Kadazan mahupun orang India turut
bertambah yang menjadikan kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN.*
* Bereita ini dari Media UMNO
----------------------------------------------
PANTUN
Dedak lama dalam
kampit,
Tanak sekepal atas api;
Hendakku bawa perahuku
sempit,
Nakku tinggalkan tak sampai hati.
----------------------------------------------
HIDAYAT ALLAH
’ Mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikat, kitab
- kitab Allah dan al Quran, para rasul Allah dan Muhammad s.a.w. dan hari
akhirat) dan tidak mencampur - adukkan iman mereka dengan kezaliman
(menyengutukan
Allah, percayakan hantu syaitan dan tidak mengikut kebanyakan hukum Allah), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang - orang yang mendapat hidayat (petunjuk Allah). *
Allah, percayakan hantu syaitan dan tidak mengikut kebanyakan hukum Allah), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang - orang yang mendapat hidayat (petunjuk Allah). *
- Surah al An’aam:82
* Rakan - rakan
saya dalam fb ini, jika kita telah mengalami sesuatu yangb tidak baik,
terantuk, terkeluar kata - kata menyakitkan hati orang lain, menuduh dan
menfitnah orang atau kita tercekik tulang, cepat - cepat kita sedarkan diri
kita, iaitu adakah kita telah melanggar hukum Allah, telah membawa fikiran kita
kepada perkara buruk dan tidsak yakin kepada Allah.
Perhatikan, pada tiap hari, kita ada sahaja yanbg
menjadikan kita sakit dan sebagainya, walaupun perkara itu kecil; seperti
terkena duri, terpijak paku, terseliuh kaki, terpercik minyak masak dan lain,
tentulah pada saat - saat sebelumnya kita melakukan ke salahan kepada Allah dan
manusia.
Maka sebagai manusia mukmin dan mukminah, kita tidak
boleh mengenepikan hukum - hukum Allah, tidak boleh berhenti yakin diri, sabar,
reda dan bersyukur kepada Allah. Kalau
kita berhenti dari yang demikian, maka, kita akan sentiasa diinringi Iblis dan
ia menjadi penasihat kita.
BAKHIL DAN POEN PENGANIAYAAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. membeiri peringatan kepada
umat Islam:
”Takutlah kalian -
iaitu menghendarkan diri dari - dari perbuata ’ penganiayaan’ - kepada manusia
dan makhluk Allah - , kerana sesaungguhnya penganiayaan itu kanan menjadikan
berbagai kegelapan pada hari akhirat. Takutlah kailan - iaitu menjauhkan diri -
dari kelakukan bakhil atau kikir, kerana sesungguhnya bakhil atau kikir itu
telah membinasakan umat yang sebelum kalian ( pada zaman para rasul sebelum
Muhammad s.a.w.). Bakhil atau kikir itulah yang
menyebabkan mereka (umat manusia) suka (atau melakukan) mengalirkan
darah (bergaduh atau berperang) sesamama mereka, dan menghalalkan sesuatu yang
diharamkan Allah pada mereka - seperti Judi, arak, pembohongan dan lain).
Subscribe to:
Posts (Atom)
