- FALSAFAH DARI AL QURAN
ADAKAH MELAYU SAMA DENGAN ARAB JANHILIAH SEBELUJM LAHIR RASUL ALLAH, MUHAMMAD?
Dia (Allah) telah mengutuskan dalam kalangan orang – orang Arab) yang ummiyyin – krang yang tiak tahu membaca dan tidak tahu menulis, atau buta hurf - , seorang Rasul – Muhammad s.a.w. – dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepda mereka ayat – ayat Allahb (yang membuktikanb keasaan dan kekuasaan Allah) dan membersikan mereka dari (i’tikad kepecayaan karut dan sesat), serta mengjar mereka (dengan) kita Allah (al Quran) dan hjikmah – pengetahuan yang mendalam dan luas mengenai hukum – hukum (undang – undang) syari’at Islam. Dan sesungguhnya, mereka itu sebelum (kedatangan Rasul Allah, Muhammad s.a.w.), adalah dalam keadaan kesesatan yang nyata.
– Surah Al Jumu’ah:2
Nota.
Sesiapapun dari orang Melayu dan ummah yang berakal dan faham akan hukum – hukum (undang – undang) Allah, bahawa orang Melayu dan ummat sekarang berada dalam keadaan ‘ jahiliyah moden’ seperti bangsa Arab pada zaman sebelum Allah lahirkan RasulNya, Muhammad al amin.
Muhammad s.a.w. dilahirkan untuk menghapuskan kejahilan - iktikad, kepercayaan karut, kebodohan dan kesesatan yang berpegang kepada:
1 – Sembah berhala dan memuliakan berhala,
2 – Nasionalisme yang sempit,
3 – kapitalisme,
4 – Peodalisme,
5 - Menolak segeala yang haram,
6 - Menjalankan hukum – hukum - undang = undang Allah.
Dalam al Quran, Allah telah memaklumkan, bahwa mereka yang tidak mengikut hukum – hukum (undang – undang) yang diturunkan Allah, mreka itu ialah orang yang ‘kafir’ , orang ‘zalim’ dan orang fasik (terlalu jahat).
Pada hari Jumaat ini, elok kita berfikir sejenak dan mencapai keinsafan serta mencari jalan, iaitu:
a. Negara dan negberi – negeri kita ada Raja, yang bertanggunwab sebagai ketua (Ketua Majlis Agama Islam…agama Islam,
b. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri – menteri penting, orang Melayu dan beragama Islam.
C – Mufi dan para yang dipertua agama semua Jabatan Agama Islam, orang Islam.
Tetapi!?
Kerajaan kita masih menggunakan hukum - hukum yang telah dihapuskan Rasul Allah, Muhammad s.a.w., iaitu:
1 – Hukum – hukum atas orang membunuh orang tidak ikutg Islam,
2 – Hukum hakam nikah kahwin dan rumah tangga Islam oleh Jabatan – Jabatan Agama Islam, banyak yang tidak ikut Islam,
3 – Allah dan RasulNhya,Muhammad s.a.w. haramkan Judi, rak dan riba,
tetapi kerajaan kita halalkan dengan mewujudkan lessen.
Bertanyalah kepada diri kita sendiri, adakah kita benar – benar taatkan Allah dan RasulNya, Muhammad al Amin, atau kira berpura – pura dan menafik.
Adakah orang Melayu dan ummah seperti Arab Jahjiliyah sebelum lahir Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. - MADAH PENGANTAR
As salamu 'alaikum.
Orang - orang makan suap - rasuah - harta danwangnya, haram. Semua amal ibadatnya dengan harta dan wang tidak diterima Allah. Hasil makanan haram menjadi air mani mereka dan menjadi anak - anak mereka. Dari anak - anak mereka turun darah hasil dari rezeki haram - hasil makanan haram - hingga ke cucu, cicit dan seterusnya. Di akhirat, mereka kekal dalamneraka.
Allah dilupa jangan.
mokhtar petah - google. - PANTUN
Jika pelita Negeri Kedah,
Pasangl
ah di Teluk Wan Jah;
Jika cinta kadar segalah,
Macam beruk cintakan gajah,
Buah langsat kuning mencelah,
Seduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi. - TERKENANG
DAGANG MEREMPAT
” ....aku dapat tahu,
entah betul entah tidak,
ada oghang - oghang Exco negeghi,
yang dah ambil peluang duit poket,
dari kawasan tanah yang diluluskan tu ...,”
- titah Sultan Idris Shah
Sepanjang tahun - tahun 1960 hingga 1977, beberapa kawasan tanah kerajaan (state lands) dalam kawasan perbandaran Ipoh,kebanyakannya bekas kawasan lombong bijih timah*, telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak, di bawah UMNO - Barisan Nasional - melalui Exco (Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan ), kepada beberapa syarikat pemaju perumahan dan industri yang 99% dimiliki oleh orang - orang Cina dan orang - orang India.
Keputusan mengeluarkan tanah kerajaan negeri (state lands) itu belum dibawa ke hadapan baginda untuk dilulus - perkenankan oleh baginda. Tetapi bbeapa kawasan tanah tersebut telah diteroka oleh beberapa syarikat yang mendapatnya.
Amalan Kerajaan Negeri Perak itu dan perbuatan syarikat - syarikan Pembangunan Perumahan dan Industi meneroka beberap akawasan tanah kerajaan negeri (state landas) sekitar perbaran Ipoh, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar rakyat negeri tersebut yang teridir dari orang Melayu. Mereka berpendapat, kalau kawasan - kawasan tanah kerajaan negeri itu diluluskan kepda syarikat - syarikat yang demiliki oleh kaum lain, akhirnya dalam kawasan perbandanran Ipoh, tidak ada tempat bagi orang Melayu mendudukinya pada masa akan datang.
MENGUBAH
CORAK HIDUP
Pada tahun - tehun 1960 - 70 - an, ramai penduduk - penduduk luar bandar di seluruh Negeri Perak yang mahu mengubah corak hidup masing- masing, telah berhijar ke sekitar kawasan perbandaran Ipoh.
Mereka telah mendirikan rumah atas tanah kerajaan Negeri Perak tanpa izin dari pejabat Tanah dan Galian negeri atau menggunakannya ’secara haram’. Mereka digelar setinggan. Rumah - rumah yang mereka dirikan seperti rumah orang kampung pada zaman silam dan masih terdapat pada masa ini, iaitu beratapkan daun rumbia atau zink, dinding dan lantai papan serta tiangnya dari katu - kayu yang mereka beli dari kilang - kilang kayu balak.
Ada juga tiang - tiang kayu yang mereka membelinya dari Lembaga Letrik Negera cawangan Ipoh, iaitu tiang - tiang eliktrik dari kayu kempas yang telah tidak digunakan lagi.
” ....aku dapat tahu, entah betul entah tidak, ada oghang - oghang Exco negeghi yang dah ambil peluang duit poket dari kawasan tanah yang diluluskan tu ...,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.
”Ampun Sir, I kurang periksa ...,” kawa saya.
” You tau ..., tapi buat tak tau ...,” titah Sultan Idris sambil senyum.
”Aku sayangkan oghan - oghang Cina ..., tapi deme tu macam kata oghang kita, dibeghi betis nakkan paha ..., ghebut peluang yang ada hingga oghang Melayu susah ..., tengok ha, macam tanah keghajaan, oghang Melayu macam meghempat di Ipoh ni,” titah Sultn Idris Sha dan dua bola matanya bagaikan akan menelan wajah saya.
” Ia, sunguh, Sir, macam pantu orang tua - tuan Melayu,” kata saya.
”Apa kata deme tu?” Sultan Idris Shah bertanya. Senyum sambil membedek - bedek kameranya ke arah gunung Keledang.
Saya mencari - cari awal pantun tersebut dan menyembahkan kepda Sultan Idris Shah:
”ajang tuan kajang berlipat,
kajang saya menguang layu;
dagang tuan dagang bertempat,
dagang saya menumpang lalu.”
” ... ha, tu, sesuai benorle pantun tu dengan oghang Melayu dengan oghang Cina di negeghi kita ni ...,” titah Sultan Idris.
Kalau keghajaan kita biorkan, sudahnye oghang Melayu jadi macam oghang hitam di Amerika...,” titah Siltan Idris. - Mokhtar Petah
* Kata bijih, tidak ada dalam mana - mana buku bahasa Melayu, sebelum berlaku kejadian seperti yang tercatat dalam buku ‘ catatan peringatan’, sebuah syarikat lombong bijih di Negeri Perak dan cerita dari Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusuff Izzuddin shah, ahli sejarah, Raja Razman bin Raja Abdul Hamid dan beberapa orang tua - tua Melayu dalam kawasan Kinta.Kawasan Chenderiang, Tapah, dikatakan paling banhyak bijih.
Pada satu petang, beberapa orang Melayu yang terdiri dari orang Rawa, mendahiling dan lain telah masuk ke dalam kawasan hutan di Chenderiang untguk mencari kawasan yang sesuai untuk dilombongkan. Mereka berjalan menghilir dalam sebatang sungai. Mereka melihat ramai wanita Melayu sedang mendulang bijih dalam sungai tersebut.Seorang dalam mereka bernama Timah mendulang bijih dengan memakai kain sarung dan menghadap ke hulu sungai. Dia tidak sedar air yang mengalir dari hulu membuka kainnya dan mendedahkan perutnya hingga dua batang paha dan lututnya. Orang - orang yang ternampak ‘benda sulit’ Timah, sama ada melatar atau terkeju, telah mengeluarkan perkataan bijih Timah. Kata ‘biji’ menjadi ‘bijih’ kerana disebut oleh orang Rawa atau Mendahiling , iaitu mengikut dialetnya.
Semenjak dari pada hari itulah sejenis galian di Negeri Perak, di namakan ‘bijih timah’. - BERITA
'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan'
Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor - merujuk kepada pil...See More - CERITA TERPENDEK
HIDUP TANPA BINI
["Tak pernah kawin.
Amba tak dak nafsu nak kawin.”]
Mat penjual batu permata cincin di Ibu Negara, Kuala Lumpur. Dia dari Pasir Mas Kelantan. Berniaga batu permata sejak zaman Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak, tetapi dia mengeluh dan brsungut tidak pernah senang. “Susah so’mor,” katanya kepada saya.
“Berapa umut Mat?”
“Dekat 45 tahun.”
“Ada isteri, ada anak?”
“Tak dak. Tak pernah kawin. Amba tak dak nafsu nak kawin.”
“Mengapa?”
“Tak tahu, Mat tengok oghe betina, ghaza beci.”
Mat menung menghadapi meja dalam restoran ekslusip dalam perut bandaraya Kuala Lumpur.Dia menekan air kiur pekatnya bersana seketul kuih yang turun – hanut ke dalam kubang ususnya.
“Mat susah so’mor.”
“Mat, ngapa saya tengok muka mat, macam ada masalah.”
“Tak tahu.”
“Sungguh, Mat, Allah jadikan muka semua manusia cantik, menarik, tapi muka Mat Nampak hodoh.”
“Ngapa gitu?”
“Mat sembahyang , tak?”
“Tak, jaghe ...”
“Ooo, sebab tu Matsusah dapat rezeki.”
“Gituka?”
“ Insya Allah, Mat dapat rezeku, Allah tolong Mat ...”
“Iaka?”
“Ia, Mat sembahyang , Jangan tinggakl sembahyang.”
“Baik, mat den gar nasihagt tu.”
“Tiap malam, Mat baca ayat – ayat Quran, surah al Waqi’ah.”
“ ambo nak buat.”
“Allah akan reda Mat.”
“Ia, saya nak sembahyang, saya minta tolong kepada Allah.”
Ketika saya meninggalkan Mat di mejamakan, wajahnya masih muram, tetapi ada cahaya, dia akan ditolong Allah dengan rezeki yang halal. (MP) *
* Ulangan - BERITA
UMNO Bukit Bintang Anjur Program Cintai Rasul Pada Feb Ini
Oleh Wan Hafiz Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 Feb – UMNO Bahagian Bukit Bintang melalui Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Bintang akan menganjurkan majlis Maulidur Rasul pada 9 Februari ini bermula pukul 6.30 petang hingga 10 malam bertempat di Masjid Al Bukhary, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Mohd Zainal Abid...See More - BERITA
PRK Kajang peluang pengundi hukum Umno BN
FEB 05, 2014
KUALA LUMPUR: Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa,” kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
“Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
“Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac.*
* Berita dari Harakah Daily - TERKENANG
NAJIB DARI PULAU KELADI
ABDULLAH BADAWI SEIRING JALAN
Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
ALLAH YARHAM TUN ABDUL RAZAK anak dari keluarga Orang Besar-Besar Negeri Pahang. Dilahirkan di Kampung Pulau Keladi, Pekan, pada 11 Mac 1922. Ayahandanya, Dato’ Hussein, Orang Besar Diraja Negeri Pahang, iaitu Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran itu di sandang oleh Allahyarham Abdul Razak setelah ayahandanya meninggal dunia.
Sebagai anak Orang Besar-Besar, setelah belajar di sekolah Melayu di kampungnya, Abdul Razak telah melanjutkan pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar. Kemudian Allahyarham telah melanjutkan pelajarannya di Raffles College, Singapura. Perang dunia yang kedua menyebabkan semua sekolah di Singapura dan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ditutup. Allahyarham terpaksa pulang ke kampungnya.
Pada zaman penjajah Jepun, Abdul Razak bekerja sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pahang. Sebaik-baik sahaja Jepun menyerah kalah dan penjajah Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu, Abdul Razak telah melanjutkan pelajarannya dalam jurusan undang -undang di England. Selama 18 bulan menuntut di sana, Allahyarham telah mendapat kelulusan pada April 1949. Allahyarham telah diterima menjadi peguam, di England pada Mei 1950.
PELURU PENGGANAS KOMUNIS
Setelah pulang ke tanah air, Allahyarham telah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada masa inilah Abdul Razak dilindungkan oleh Allah dari terkorban disebabkan peluru pengganas komunis.
Pada satu hari, Allahyarham bersama beberapa orang pegawai kerajaan telah mudik dengan sebuah motobot, di sungai Pahang ke Jerantot. Di suatu tempat dekat Jerantot, tiba-tiba mereka diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis di bahagian atas tebing sungai Pahang.
Seorang anggota Askar Melayu, yang mengetuai pasukan keselamatan mengiringi Abdul Razak dalam bot itu, Allahyarham Sarjan Enot dari Bota, Parit, Perak, yang terasa gerak hatinya, telah menendang Allahyarham Abdul Razak dari kerusinya dan Allahyarham jatuh terjelepok atas lantai motobot itu. Kerusi tempat duduk Allahyarham telah hancur dimamah peluru.
Semenjak peristiwa itu Allahyarham dan Sarjan Enot menjadi rakan karib. Pada hari Jenazah Allahyarham akan di kebumikan, bekas sarjan itu telah menunggu jenazah Allahyarham di kediaman Allahyarham, di Kuala Lumpur.
DALAM BIDANGB POLITIKI
Tidak lama kemudian Allahyarham Abdul Razak telah menceburkan diri dalam UMNO dan berjuang dalam parti politik itu.
‘Penglibatan Tun Razak dalam bidang politik dan kerajaan sungguh cemerlang. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika berusia 28 tahun, menjadi Timbalan Presiden UMNO ketika berusia 29 tahun, dan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ketika berusia 30 tahun. Tiga tahun kemudian, ketika berusia 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Selang setahun beliau menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan ketika berumur 35 tahun, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika berusia 48 tahun.’
Sekitar tahun 1953 hingga 1957 Allahyarham Abdul Razak berjuang menuntut kemerdekaan tanah air, Allahyarham sering bertemu dengan Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya. Ketua Pemuda UMNO Malaya pada masa itu ialah, Allahyarham Saadon bin Haji Zubir (belum bergelar Tun)’ dari Singapura memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaya.
MENGISI KEMERDEKAAN NEGARA
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Allahyarham Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham Haji Ahmad Badawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Kepala Batas) dan Ahli Majlis Kerja kerajaan (Exco) Negeri Pulau Pinang. Mereka berganding bahu dan seiring jalan dalam UMNO dan perjuangan mengisi kemerdekaan negara hingga ke hujung usia masing-masing.
Allahyarham Haji Ahmad Badawi pernah memegang jawatan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1976. Allahyarham adalah lepasan institusi pengajian tinggi Islam di Mekah. Allahyarham adalah seorang mualim dan putera kepada seorang mualim yang terkenal di Kepulauan Melayu dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Islam dalam UMNO, iaitu Sheikh Abdullah Fahim.
Mereka dua pemimpin bangsa berdaulat di bawah lambaian Sang Saka Bangsa. Kehendak Allah mengatasi kehendak semua makhluk-Nya. Ketentuan yang diciptakan-Nya ada hikmat dan rahmat-Nya. Allah telah menentukan; Abdullah Badawi putera kepada Allahyarham Haji Ahmad Badawi berjuang seiring jalan dengan putera kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, iaitu Najib Tun Razak. Seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO Malaysia dan yang seorang lagi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti politik yang sama.
DEMI AGAMA ISLAM
Mereka dua pejuang yang menyambung perjuangan bapa masing-masing dan orang Melayu pada zaman lalu. Hati masing-masing wujud ketulusan dan hala tuju bersama untuk membina Negara Malaysia yang bertuah ini.
Kalau mereka diibaratkan dua rakan kasteria bangsa, maka mereka sanggup berjuang sehingga tubuh masing-masing luruh bersama di medan perjuangan. Kalau diibaratkan mereka dua kekasih, maka kesetiaan mereka amat murni sifatnya, iaitu antara mereka sanggup menyerahkan nyawa, demi agama Islam, demi bangsa dan demi negara ini.
Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
Angkut-angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah;
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tidak berubah.
NANGKA DISUMPAH BERUK
Sesungguhnya, kita yakin, bahawa kerjasama, muafakat, berjuang seiring jalan dan kesetiaan Najib Tun Razak dengan Abdullah Badawi dapat menyatu-padukan semua ahli UMNO, parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional dan rakyat negara ini yang terdiri dari berbeza kaum dan agama.
kita rasa bangga, dan menggantung harapan kepada Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak; mudah-mudahan dengan kerjasama mereka, akan membuahkan hasil yang tidak seperti ‘buah nangka disumpah beruk’, iaitu semua orang Melayu di bawah pimpinan mereka akan seperti falsafah orang Melayu berikut ini:
Yang capik datang bertongkat.
Yang buta teraba-raba.
Yang tuli leka bertanya.
Yang kecil terambil lintang.
Yang jarak tolak-tolakan.
Yang pendek tertinjau-tinjau.
Yang kurap mengekor angin.
Yang pekak membakar bedil.
Yang buta menghembus lesung.
Yang lumpuh menghalau ayam.
Yang pekung penjemuran.
Yang kurap memikul buluh.
Yang cerdik teman berunding.
Yang bingung disuruh arah.
Yang berani dibuat kepala lawan.
Yang ada dimakan bersama.
Hati gajah sama dilapah.
Hati kuman sama dicecah.
Duduk sama rendah.
Berdiri sama tinggi.
Bulat air kerana pembetung.
Bulat manusia kerana muafakat.
Runding jangan selisih.
Mufakat jangan bersanggah.
Tuah pada sekata.
Berani pada seia.
Berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing.
Sama sakit sama wenang.
Ke bukit sama didaki.
Ke lurah sama menurun.
Sama mengayun sama melangkah.
BERDIRI SAMA TINGGI
Falsafah di atas telah menjadi ‘modal insan’ dalam masyarakat orang Melayu dan rakyat Malaysia dalam mengharungi kehidupan mereka sebagai bangsa yang bermaruah. Bangsa yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa di dunia.
Dari falsafah demikian itu, maka pada zaman silam, individu dan keluarga dari bangsa-bangsa asing; Cina, India, Arab dan lain telah datang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu ini untuk mencari kehidupan baru, lari dari kemiskinan atau mencari ‘sesuap nasi’ untuk hidup. Orang Melayu dari bangsa yang beradat. Berhati lurus menerima kedatangan mereka sebagai tetamu. Manis muka bertemu di jalanan.
Batu kecubung warna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu;
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.
Orang Melayu yang baik budi telah menerima pendatang-pendatang itu dengan senang hati. Mereka menjadi jiran tetangga orang Melayu. Menjadi rakan orang Melayu. Menjadi anggota masyarakat orang Melayu. Dan kini keturunan mereka telah menjadi rakyat bumi Melayu dalam sebuah Negara baru, iaitu Malaysia.
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Semenjak orang Melayu menganut agama Islam, mereka berpegang teguh kepada ajaran Allah dalam Quran mengenai hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia, iaitu:
Ditimpa kehinaan atas mereka di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan di timpa ke atas mereka kelemahan
Maka, Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak ini, jika ada individu-individu keturunan pendatang yang telah diterima sebagai jiran dan warga yang jujur oleh orang Melayu pada zaman silam, mahu melakukan sesuatu yang boleh memecah - belahkan perpaduan, seperti mengungkit-ungkit hak istimewa orang Melayu, mempertikaikan agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu dan agsama rasmi negara, maka dengan senang hati kita menyifatkan mereka itu sebagai ‘pengkhianat kepada perpaduan bangsa Malaysia’ dan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada semua orang Melayu dan umat Islam.
GUNTING DALAM LIPATAN
Perbuatan seperti ‘telunjuk lurus kelengkeng berkait’ dan ‘gunting dalam lipatan’ mestilah disingkirkan dari hati perut mereka. Sesungguhnya, bangsa Melayu, adalah bangsa yang mengenang budi kepada orang yang berbudi.
Dalam menanti Mac 2009, bulan Peralihan Kuasa – Perdana Menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sebilangan dari orang ramai, termasuk sebilangan ahli UMNO masih ragu – ragu; mereka bertanya adakah peralihan itu kerana paksaan seperti kejadian pada bulan – bulan yang bermahkotakan 13 Mei 1969 atau kerana rela dan benar -benar rela?
Sekarang, telah timbul penyesalan di kalangan sebilangan besar orang ramai dan ahli UMNO, kerana terlalu hanyut dengan keghairahan mahukan Abdullah Ahmad Badawi berundur. Mereka terasa diri mereka termasuk dalam golongan manusia yang seperti ' mendengar cakap enggang makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
- mokhtar petah - KISAH TERSEMBUNYI
Ada di antara pera Perdana Menteri Malaysia - dari Tunku Abdul Rahman hingga kepada Dato' Sri Najib Tun Razak, yang berpoligami - isterinya gadis muda. Ada di antara menteri yang tahu akan hal tersebut.
{Kunci cerita} - FIKIR - FIKIR
MENCARI PERPADUAN SEBENAR
Usaha untuk menyatu padukan rakaya berbilang keturunan di negara ini, tidak akan tercapai sampai bila – bila, selagi Raja – raja Melayu dan pemimpin –m peimpin negara dan negeri tidak mencari jalan yang drastik dan menasabah dengan ’umat pertengahan’.
Mungkin Orang Melayu berkata kepada orang Cina dan India, ”Kita bersatu padu”, tetapai hatinya tidak sempu...See More - FALSAFAH DARI AL QURAN
SYAITAN BERSIFAT
Hendaklah engkau (Muhammad s.a.w.) menjadi pemaaf (orang yang memaafkan)dan menyuruh (orang lain) mengejakan yang baiik, dan tinggalkan orang – orang yang tuidak berpengetahuan itu.
Dan jika engkau (Muhammmad s.a.w.) ditipu syaitan* (hantu dan manusia yang melawan hukum Allah) dengan suatu tipuan (kebendaan), berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) mendengar dan mengetahu (menolong dan menunjukj jalkan yang benar). – a ‘Aafaf:199,200.
*Ada dua jenis syaitan:
1 – Syaitan ghaib, iaitu hantu, jin dan segala suku sakatnya,
2 – Syaitan bersifat,manusia yang melanggar hukum Allah dan menolak petunjuk Allah dalamn al Quran. Orang – orang kafit dan munafik.*
* Ulangan - MADAH PENGANTAR
As salamu alaikum.
Sesungguhnya, Allah dekat (dengan kita). Biar kurus kerana tak makan, jangan kurus kerana cinta rindukan isteri atau suami orang. Elakkan, agar kita tidak jadi biawak atau memerang.
Allah dilupa jangan.
mokhtar petah - google. Mokhtar Petah commented on a link.
Saya meneliti, timbalan Pedrdcana Menteri merangkap Mengteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang pemimpin yang jujur dan serius dalam perjuangannya, tetapi ramai manusia yanbg berfjuangb bersamanya sedang cuba menjadikan dia seperti Dr Mahathir Mohama d menjatuihkan Anwar Ibrahim.
Saya tidak mengegtahu apa cara akan dilakukan, tetapi Muihhyiddin kena hati - hati..- CERITA TERPENDEK
HIDUP TANPA BINI
["Tak pernah kawin.
Amba tak dak nafsu nak kawin.”]
Mat penjual batu permata cincin di Ibu Negara, Kuala Lumpur. Dia dari Pasir Mas Kelantan. Berniaga batu permata sejak zaman Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak, tetapi dia mengeluh dan brsungut tidak pernah senang. “Susah so’mor,” katanya kepada saya.
“Berapa umut Mat?”
“Dekat 45 tahun.”
“Ada isteri, ada anak?”
“Tak dak. Tak pernah kawin. Amba tak dak nafsu nak kawin.”
“Mengapa?”
“Tak tahu, Mat tengok oghe betina, ghaza beci.”
Mat menung menghadapi meja dalam restoran ekslusip dalam perut bandaraya Kuala Lumpur.Dia menekan air kiur pekatnya bersana seketul kuih yang turun – hanut ke dalam kubang ususnya.
“Mat susah so’mor.”
“Mat, ngapa saya tengok muka mat, macam ada masalah.”
“Tak tahu.”
“Sungguh, Mat, Allah jadikan muka semua manusia cantik, menarik, tapi muka Mat Nampak hodoh.”
“Ngapa gitu?”
“Mat sembahyang , tak?”
“Tak, jaghe ...”
“Ooo, sebab tu Matsusah dapat rezeki.”
“Gituka?”
“ Insya Allah, Mat dapat rezeku, Allah tolong Mat ...”
“Iaka?”
“Ia, Mat sembahyang , Jangan tinggakl sembahyang.”
“Baik, mat den gar nasihagt tu.”
“Tiap malam, Mat baca ayat – ayat Quran, surah al Waqi’ah.”
“ ambo nak buat.”
“Allah akan reda Mat.”
“Ia, saya nak sembahyang, saya minta tolong kepada Allah.”
Ketika saya meninggalkan Mat di mejamakan, wajahnya masih muram, tetapi ada cahaya, dia akan ditolong Allah dengan rezeki yang halal. (MP) - PANTUN
Raja muda raja bergaya,
Patah rusuk kerana kuda;
Apa dicinta kepada saya,
Wajah buruk harta tiada.
Ada sultan garang ragamnya,
Tendang tampar perilaku biasa;
Saya insan orang berbudaya,
Pantang langgar budi bahasa. - REJA – REJA SEJARAH2
TIGA GOLONGAN MELAYU MENUNTUT KEMERDEKAAN
[“Setiap manusia,
dilahirkan ke dunia dalam keadaan merdeka,
tetapi mengapa pula orang Melayu mesti duduk di bawah penjajah British?”]
PERJUANGAN Bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air mereka, iaitu Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Singapura, telah dimulakan oleh tiga golongan orang Melayu, iaitu para ulama, guru Melayu dan kaum tani bersama kakitangan kerajaan berjawatan rendah termasuk buruh.
Manakala kebanyakan pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang menyandang ijazah atau diploma dari institusi pengajian tinggi di England dan negara-negara di bawah kedaulatan King atau Queen British tidak berminat menuntut kemerdekaan diri dan negara mereka sendiri. Ramai dari mereka merendah-rendahkan bangsa Melayu dengan berkata, “Macam mana orang Melayu hendak merdeka, sedangkan mereka tidak pandai membuat jarum” dan “kalau British beri merdeka orang Melayu mati kebuluran”.
BERHIJRAH KE ENGLAND
Ada pula sebilangan kecil orang Melayu lepasan institusi pengajian tinggi di England yang berjuang menuntut kemerdekaan, tetapi mereka mahu Semenanjung Tanah Melayu yang merdeka ‘terus berada di bawah naungan Kerajaan British’, kerana kalau Kerajaan British tidak menjadi payung kepada bangsa Melayu, maka semua orang Melayu akan kebuluran.
Ada pula sebilangan kecil langsung tidak mahu menjadi rakyat negara. Mereka berhijrah ke England dan hingga kini mereka dan anak dan cucu cicit mereka ada di suatu tempat di London.
Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang dari beberapa orang ulama di Semenanjung Tanah Melayu ini yang memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajah Inggeris. Mereka mendakwahkan orang Melayu supaya membebaskan diri dari penjajah Inggeris. Bebas mengikut ajaran Islam, bahawa setiap manusia dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan merdeka.
KESEDARAN POLITIK
“Setiap manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan merdeka, tetapi mengapa pula orang Melayu mesti duduk di bawah penjajah British?” Demikian pertanyaan setiap diri ulama, pada masa itu; bertanya kepada diri mereka sendiri atau rakan-rakan dan pelajar-pelajar mereka.
Sebuah pusat membuka minda – kesedaran -, umat Islam menuntut kebebasan dari penjajah Inggeris, telah diwujudkan di Kepala Batas, iaitu institusi pondok – , kemudian bersistem sekolah – Daeratul Maariful Wataniah (Institusi Mengenali Tanah Air). Pusat ini adalah salah satu dari beberapa pusat kesedaran ummah untuk membebaskan diri mereka dari terus menjadi hamba manusia.
Pada masa itu hampir 70 tahun bangsa Melayu dijajah. Di antara pusat-pusat lain, ialah Madrasah Al Junid, Singapura, Madrasah Al Attas, Johor Bahru, Madrasah Ad Diniah, Padang Rengas, Maahad AL Ehya Usya Syarif, Gunung Semanggol, Perak, Madrasah Ad Diniah, Pulau Pisang, Jitra, Kedah dan Madrasah Al Huda, Pulau Pinang.
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Sekitar tahun 1951 hingga tahun di ambang kemerdekaan negara, Kepala Batas menjadi pusat kesedaran politik orang Melayu. Daeratul Maariful Wataniah menjadi seperti markas perjuangan menuntut kemerdekaan dari Inggeris.
Manakala rumah Sheikh Abdullah Fahim di hadapan bangunan lama Daeratul Maariful Wataniah, iaitu di sebarang jalan raya Kepala Batas - Bukit Mertajam, telah menjadi sebuah rumah yang terbilang dalam sejarah, kerana rumah itu tempat Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua UMNO meminta kepada Sheikh Abdullah Fahim menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
(Mokhtar Petah, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan
Negara 31 Ogos ’57, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn. Berhad.)
Pada tahun 1951, Haji Ahmd Fuad bin Hassan, Haji Ahmad Abdul Malik atau Ahmad Maliki yang duduk dalam ‘Jawatankuasa Khas Agama Islam’ UMNO bersama sebilangan besar orang Melayu telah keluar dari UMNO dan menubuhkan Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS), dalam satu Kongres alim ulama yang ketiga di Kelab Melayu, Butterworth. Kongres anjuran UMNO itu telah diadakan peringkat pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumur dan kongres yang kedua di Kota Tinggi, Johor.
PEMUDA UMNO
Pada masa itu, walaupun PAS berdiri sebagai parti pembangkang, tetapi ia masih berperasaan saudara kandung UMNO dan begitu juga UMNO terhadap PAS. Pejabat PAS – , Setiausaha Agungnya, Cikgu Ahmad Awang, guru Sekolah Melayu, Paya Keladi -, berpejabat di sebelah pejabat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya, Haji Ahmad Badawi dalam bahagian hadapan bangunan (kayu) Daeratul Maariful Wataniah.
Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Fuad bin Hassan telah berkata kepada saya pada tahun 1954, bahawa UMNO dan PAS adalah saudara kandung. Walaupun antara kedua parti itu ada perbezaan politik, tetapi kedua-duanya ibarat ‘carik-carik bulu ayam bercantum juga’ atau ‘ sebusuk-busuk daging dikincah-kincah di makan jua’.
Pada tahun itu, saya telah berkhidmat sukarela di pejabat Naib Ketua Pemuda UMNO, pejabat PAS dan pejabat sekolah tersebut. Saya menulis menggunakan mesin tulis (type writer) yang telah tua.
SERING MENJELAJAH
Hubungan saya dengan Haji Ahmad Badawi lebih dari hubungan murid dengan guru, kerana kami sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan menurut sebesar mana sumbangan masing-masing. Haji Ahmad Badawi dan saya sering menjelajah ke kampung-kampung dan permatang-permatang untuk memberi ucapan mengembangkan UMNO dan pentingnya merdeka bagi orang Melayu.
Saya masih ingat, bahawa saya pernah berucap depan khalayak di Permatang Sungai Dua, Kubang Menerung, Air Gemuruh, Lahar Yoi, Penaga, Matang Bendahari, Pongsu Seribu, permatang Janggus, Bumbung :Lima dan Tikam Batu, Kedah.
Hasil perjuangan orang-orang yang lalu, Kepala Batas telah dikurniakan oleh Allah seorang tokoh politikus negara – negarawan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
ALIM ULAMA
Kepala Batas sepatutnya menjadi pusat penyelidikan perjuangan orang Melayu. Diwujudkan sebuah muzium khas bagi mengenangkan perjuangan alim ulama menuntut kemerdekaan, perjuangan orang Melayu menentang Inggeris dan kewujudan pemimpin negara Malaysia kini.
Tulisan ini meungkin boleh mendorong golongan muda hari ini meneruskan pengkajian dan penyelidikan mengenai perjuangan orang Melayu, ulama, guru Melayu, petani dan mereka yang terlibat alam perjuangan memerdekakan tanah air yang dulunya bernama Malaya, kemudian Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia.
– mokhtar petah
Friday, February 7, 2014
TIGA GOLONGA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment