Wednesday, July 7, 2010

KISAH DARI NOVEL (Ulangan)


PROFESOR HAMIDI DAN KEKASIHNYA


Lehih dua puluh buah buku bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, di antara buku-buku itu, Political Science, Social Science, Human Resorce, History of Islam, The Life of Muhammad, ‘Basmi Rasuah’, ‘Melayu Hilang Dalam Sebuah Parti Politik Tunggal’, ‘Mukaddiman Ibnu Khaldun’ “Kebebasan Media Di Malaysia’ dan ‘Bagaimana Hendak Menjadi Wartawan’ berserakkan atas meja, dalam bilik Profesor Hamidi. Semua buku itu dibeli untuk dihadiahkan kepada Julia Hani.

Julia Hani sedang mengikuti kurus human resorce, di universiti Utara .Walau kursus itu tidak mewajibkan dia belajar ilmu politik, tetapi Profesor Hamidi mahu kekasihnya mempelajari ilmu tersebut dengan membaca buku-buku yang dibelinya itu.

.”Saya nak sayang Study, ialah ilmu politik, ekonomi, kemasyarakatan ..., apa jua ilmu pengetahuan ...,”katanya.

“ ...kerana cinta saya kepada Hani, sayang, saya mahu Hani jadi wanita intelektual,” kataya lagi.

Pada petang itu, Julia Hani duduk di sisi kekasihnya atas sofa. Jari jemari tangan kanannya melurut-lurut jari jemari dan mengusap dua puntung lengan sasa Prosfesor Hamidi.

“Terima kasih, yang,” sahutnya.

“ Hani mesti jadi wanita yang tahu semua ..., boleh menulis atau mengarang artikel, buku ...,” kata Profesor Hamidi selanjutnya.

“... yang tak usah harap pada pelajaran yang tuntut di universiti saja ..., pelajaran pakai hafal untuk lulus periksa, dapat ijazah ...,” tegas Profesoar Hamidi.

‘Ngapa, yang ...,” Julia Hani bertanya mencari kepastian.

“ ...ia, tapi banyakkan pengetahuan dalam dada yang..., macam-macam pengetahuan, kreatkan fikiran, supaya Hani jadi wanita bijaksana atau dalam bahasa Arab, ulul albab ...,” tegas Profesor Hamidi lagi.

“Ia, sayang...,”sahut Julia Hani.

“ Pandai diajar oleh guru, ada guru hanya pandai mengajar, tapi tak pandai praktikan ..., bijaksana Allah yang ajar ..., macam ahi falsafah, pengarang, sasterawan dan lain ...,” Profesor Hamidi berkata sambil membenamkan renungannya ke dalam dua lubuk mata kekasihnya.

DEGUP JANTUNG

Julia Hani tunduk. Dia tidak sanggup menentang mata kekasihnya. Degup jantungnya menderanya.

“Jika kita jadi bijaksana, kita tidak bergantung pada orang lain ..., Hani jadi wanita gigih, berani ..., berserah kepada Tuhan,” kata Profesor Hamidi sambil memegang puntung lengan kanan Julia Hani.

Gadis itu melurut dan memicit-picit lengan kekasihnya dengan tangan kirinya.

“ Yang pun tau, macam mana pandai, bijak seseorang itu, kalau dia buta politik, dia bergelar orang ‘pandai bodoh’..., orang macam tu tak ke mana ..., jadi hamba orang sepanjang hidup ...,” ujar profesor Hamidi.

“Orang pandai politik, kalau tak bijak, tak ke mana juga ..., jadi alat orang, serahkan negara kepadanya ..., licin ..., kalau tak rosak kerana rasuah..., digadainya ....,”ujarnya lagi.

“Heee, takkan macam tu kut ...,” sahut Julia Hani.

“Iaa, ada ..., sekarang rasuah menjadi-jadi, kerana ramai orang pandai politik, tak ada pengetahuan agama Islam ..., kalau ada pun tak mahu beramal ...,macam pokok tak berbuah ...,” tegas profesor Hamidi.

Profesor Hamidi mengambil buku Mukadimah Ibnu Khaldun dari timbunan buku-buku atas meja. Buku itu diletakkan atas paha Julia Hani. Gadis itu memegang buku tebal itu.

“Hani baca buku ini, kalau Hani dah faham ..., menghayatinya ..., ilmunya macam Hani menuntut selama tiga tahun di universiti...,” Profesor Hamidi mengusulkan kepada Julia Hani.

“Sungguhka, sayang...?” Julia Hani bertanya.

“Sungguh ..., saya dah alaminya, sayang,” sahut Profesor Hamidi.

“ ...Hani nak baca semua buku tu ..., Hani nak belajar mengarang ..., Hani nak jadi writer ..., yang tolong bimbing Hani ...,” suara Julia Hani lembut. Manja.

Insya Allah ..., tapi saya tak pernah bekerja sebagai wartawan ...,”kata Profesor Hamidi

ILMU KEWARTAWANAN

Julia Hani lantas teringat akan wartawan Melayu, di Kuala Lumpur. Wartawan itu telah menasihatkannya supaya mengikuti kurus ilmu kewartawanan atau Mass communication di UiTM. Tetapi, pada masa itu dia tidak minat mengikuti kursus itu. Mengikuti kursus human resorce menjaminkan dirinya menjadi pegawai kerajaan atau ekseutif bahagian human reorce dalam syarikat swasta.

Dia telah membezakan; bekerja dalam bahagian human resorce kerja senang. Duduk dalam pejabat berhawa dingin. Tetapi bekerja sebagai wartawan terpaksa memeras otak. Sepanjang masa belajar ragam alam dan manusia. Setiap hari kepala bagaikan pecah kerana memeras otak. Punggung seluar tembuk. Kasut cepat tembuk tapaknya.

“ Wartawan ..., penulis ..., menjadi guru kepada manusia, walaupun dia perdana menteri, presiden atau raja memerintah ..., pena mereka tajam ..., lebih tajam dari mata pedang ...,” kata Profesor Hamidi.

“Iaaa...?” Tanya Julia Hani.

“...Ia, pena mereka boleh menyebabkan seseorang pemimpin jatuh merudum, dunia jadi aman atau hancur dalam berperang...,” jawab Profesor Hamidi.

“Wau, power ..., gila...,”sambut Julia Hani.

“Taklah sampai gila ...,”sahut Profesor Hamidi.

Jualia Hani ketawa. Dia tersedar fikirannya cetek. Perkataan yang digunakannya perkataan budak-budah berhingus. Perkataan yang bisa digunakanoleh penuntut kolej dan mahasiswa universiti.

Sorry..., sayang,” kata Julia hani sambhil membelitkan lengannya kepada pinggang keksihnya.

“Tak apa ..., O.K. ...,” sahut Profesor Hamidi.

MACAM FIRAUN

Julia Hani berasa malu kepada kekasihnya. Pengetahuannya dan pengetahuan kekasihnya amat jauh bezanya, seperti bumi dengan langit.

“ ... kalau sesebuah negara tak ada wartawan ..., penulis ..., tak ada kebebasan bersuara, pemimpinnya jadi biol ..., nyanyuk ..., mungkin zalim macam Firaun..., diktator...,” kata Profesor Hamidi.

Pada ketika itu tumbuh minat pada diri Julia Hani untuk bekerja sebagai wartawan. Profesor Hamidi merenung wajah kekasihnya. Senyum. Seperti wartawan Masir senyum kepada Raja Farok. Hatinya bermadah, “ budak u, berhingus lagi ...”

Profesor Hamidi membuka buku History of Islam. Sehelai lepas sehelai lambran buku itu di selaknya. Dia membaca pada halaman 67.

The Muslim could collect one thousand men only against three thousand of enemy. Out of tha muslim force three hundred men under the leadership of Abdulah b. Ubayy, the hypocrit leader deserted and withdrew at the llast moment. The Holy Prophet with a batch of 700 me tookup the position at the froot of Mt. Uhud.

“Orang munafik seperti Abdullah bin Ubai ni bahaya, di negara ini adakah manusia macam manusia dikutuk Allah itu...,” profesor Hamidi bertanya dalam fikirannya.

Julia Hani bangun dari sofa. Dengan wajah berbunga senyuman dia menarik tangan kanan profesor Hamidi. Sambil menggeliat dia mengajak kekasihnya pergi makan laksa di ke Pekan Mat Sirat. Sambil memegang bahu kekasihnya, Profesor Hamidi merenget-renget menyanyika pantunnya.

Pergi ke Pekan Mat Sirat,

Makan laksa ikan parang;

Kalau lupa tamsil ibarat,

Akan jadi hamba orang.

“Macam mana yang, Dr. Burhanuddin Helmy berpantun di Melaka pada zaman belum merdeka, ...kalau roboh ....?” Julia Hani bertanya.

O.K, yang cari ...pembayangnya, ...saya hanyebut malsudnya saja ..., badan dan nyawa saya serahkan,” jawab Profesor Hamidi.

O.K., ...kira pengorbanan kekasih kepada kekasihlah tu...,” kata Julia Hani.

*** ***

Teluk Mati Angin tenang dalam cahaya jingga. Udara bertiup dari selatan membelai manja dedaun pada petang itu. Bunyi ombak memeluk pantai seperti muzik kuno menenang hati Dr. Imran dalam Chalet di teluk itu.

Kata orang bijak Melayu, orang yang dimamah duka lara ada bermacam-macam. Tidur menonggeng. Bercakap seorang diri. Menyanyi dalam bilik air. Membaca surat khabar dalam jamban. Ada yang seperti orang sasau. Nyanyuk. Gila.

Dr. Imran menelentang atas lantai dalam Chalet. Jari-jemari dua puntung tangannya dikahwinkan dan diletak bawa kepalanya. Dua puntung kaki ditumpang pada kerusi. Dua biji matanya seperti terangkut pada lelangit chalet itu.

“ ...kahwin dengan Syida dulu,lepas itu ceraikan Intan.”

“Ceraikan Intan dulu, kemudian kahwin dengan Syida.”

“Syida I cintakan you ..., rindukan you ..., yang.”

“Kita nikah, sayang.”

“ ...kita nikah di Perlis, my friend, Profesor Hamidi akan tolong kita, sayang.”

LEBUH RAYA

Sura bisikan Dr. Iman seperti wirid orang bertapa. Pandangan rakannya, Profesor Hamidi, pada pagi semalam, menjadi lebuh raya harapan di hadapannya. Dia dan kekasihnya, Syida akan menjadi suami isteri.

Syida jururawat paling rapat dengan Dr. Imran. Setiap kali dia melakukan pemeriksaan. Lihat. Rawat. Bedah atas setiap wanita pesakitnya Pendeknya Syidahlah membantunya. Syida beri dan sambut gunting. Unjuk dan terima pisau. Membasuh dan mengesat pesakit.

Pada hari pertama hingga tiga bulan, Dr. Imran pertahankan perasaannya sebagai manusia lelaki. Walaupun Syida cantik, lebih cantik dari isterinya, tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Pegangannya. Etikanya. Kadang-kadang egonya, tidak akan jatuh cinta kepada jururawatnya. Tetapi sebgai hamba Allah, senyiasa memuji Maha Esa itu, hati Dr. Imran sering memuji gadis genit berlesung pipit itu.

PERINGKAT BAWAHAN

Para ulama berkata, bahawa tidak semua orang berpengetahuan tinggi dan bijak pandai yang arif akan iman, ihsan dan kadar Tuhan. Biasanya orang yang di peringkat bawahan lebih arif dari orang atas tentang cinta nikmat dari Tuhan.

Dr, Imran membendung perasaan dan fikirannya di bawah kehendak dan kuasa Tuhan. Dia hanya manusia biasa. Hamba paling kerdil di hadapan Tuhan. Pada bulan yang keempat, cinta kepada Syida berbunga kembang dalam dada Dr. Imran. Syida menerima cintanya laksana tidak cukup tapak tangan nyiru ditadahkan.

“Syida cintakan you, sayang ..., Syida sanggup bermadu ...,” ucapan kekasihnya seperti nyanyian dalam fikirannya.

“Sungguh, sayang?”

“Sungguh, sayang.”

Well, apa buktinya...?”

“Tak ada, cukup tak, kalau Syida kata, kalau sungguh bagai dikata, badan dan nyawa Syda serahkan?”

“Ia, lebih dari cukup sayang.”

Apabila perasaan cinta menguasai diri masing; Syida dan Dr. Imran berpelukan sejenak dalam bilik bedah, pada waktu senja.

“ ...Sidah marahkah ...”

“Tak, sebenarnya doktor tahu semua tubuh peremuan, tai doktor tak tahau ahati Syida ...”

“Sungguh Syida, pada ketika ini saya ah tau, sayang.”

“Jangan tinggalkan Syida, tau.”

Wallah wannabi, I tak tinggal Syida, sayang.”

BUKIT TINGGI

Lamunan Dr. Imran diganggu oleh suara pelayan tempat peranginan itu memanggilnya. Perempuan dari Bukit Tinggi itu membawa makanan dan minuman untuknya.

Dr. Imran bangun dari lantai. Pintu Chalet itu dibuka. Perempuan itu senyum kepadanya. Dia masuk dan menghidangkan makanan dan minuman petang atas meja makan. Sementara Dr. Imran masuk ke dalam bilik air.

“Isteri bapa tak ke mari?” pelayan itu bertanya sebaik-baik Dr. Imran keluar dari bilik air.

‘Tak, dia sibuk kerja,”jawabnya.

“Ia ..., kasihan, bapa seorang aje ...,”kata pelayan itu.

“Telah biasa ...,”sahut Dr. Imran.

Perempuan itu senyum. Hormat kepadanya.

Setelah sembahyang Asar, Dr. Imran mencapai buku catatannya di atas meja. Dalam buku itu tercatat ayat-ayat Quran untuk mengubat penyakit. Ayat-ayat suci itu diterimanya dari seorang mualim tua, Mat Saman.

MENGUBAT PENYAKIT

Mat Saman tinggal seorang diri di sebuah dangau, tepi pantai, dekat Teluk Mati Angin itu. Seminggu yang lalu, Dr. Imran tekah menuntut ilmu untuk mengubat penyakit manusia dengan mengguna ayat-ayat Quran kepada mualim itu.

“...doktor lebih tau dari saya, semua manusia ada penyakit ..., sakit kulit, ia, sakit di luar tubuh badan ..., sakit dalaman, jantung, paru-paru, usus, sampai kencing manis, barah ..., macam-macam ...,”katanya.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr.Imran.

“ ...sakit jiwa ..., gila, macam-macam gila ..., sembilan puluh sembilan gila ...,” kata Mat aman.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr. Imran.

“ Doktor pandai ubat orang, ada orang buat ubat sampai naik buit, ragas hutan rimba cari pokok ubat, akar ubat, daun ubat ...,” kata Mat Saman sambil merenung ke dalam dua lubuk mata Dr. Imran.

“Sungguh,” sahut Dr. Imran.

“Cari tongkat Ali, halban tanduk, kacip Fatimah, janda galak, bunga padma ..., macam-macam lagi ...,” ujar Mat Saman.

“Sebagai orang Islam, beriman kepada Allah, walaupun ad ubat moden, tapi tak usah ketepikan kuasa Alah ..., ka;lai Allah tak izin, pandai macam mana doktor, macam mana baik sekali pun ubat tu tak jadi apa ...,” Lat Sama bercakap seperti khatib berkhutbah.

Mat Sama Senyum. Dia sedar Dr. Imran yang berwajah murah itu telah menerima pendapatnya. Dia juga tahu Dr. Imran dalam keadaan susah hati.

“Bila nak rawat atau nak ubat orang, baca istighfar tiga kali, minta kepada Tuhan supaya Dia beri taufik dan hidayat...,” Mat Saman menasihati Dr. Imran.

“Ia, pak Saman,” sahut Dr. Imran dengan jujur.

“Baca bismillah ..., Fatihah, baca ayat Quran, surah Asy Syu’ra nombor 80, surah Al Anbia nombor 69, baca la haula wala quwwatailla billahil Aliyyul Azim, lepas tu selawatkan Nabi Muhammad..., baca tiga kali, insya Allah, “jelas Mat Saman.

SEMBAHYANG HAJAT

Dr. Imran yang buta huruf Quran itu teraba-raba membacanya.

“...kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; dan Allah berkuasa atas sesuatu,[1]” suara mat Saman terkulum dalam mulutnya.

“Ia, ia ..., pak Saman ...,”sambut Dr. Imran.

Mintalah kepada Tuhan, tentu Tuhan tunaikan ..., sembahyang hajat ..., minta..,” mat Saman menasihati Dr. Imran.

Dr. Imran menghafal ayat-ayat Quran yang dicatat dalam bukunya. Kemudian dia membaca ayat Quran ubat runsing, perempuan cemburu, tidak membenarkan suaminya kahwin lagi, surah Ali Imran, 200 dan ilmu pengasih, surah An Naml,30

Telefon bimbit Dr. Imran berdering. Dia memerhatikan pada permukaan telefonnya. Wajah Syida muram. Ada butir-butir air mata atas pipinya. Dua telaga matanya teduh.

“Di mana, yang ..., ngapa lama tak datang ..., ngapa tutup telefon ...,” Suara kekasihnya dalam sedu sedan.

“ Syida, Syida ..., sedih ..., rindu..., susah hati ni ..., ngapa tutup telefon...?” Tanya Syida.

“ ...sayang, I dengan my wife ..., clash ...,nanti I bali I beritahu Sayang,”jawab Dr. Imran.

“Sayang di mana?” Syida bertanya lagi.

“...tolong rahsiakan, sayang ..., I di Pulau Langkawi.,” Dr. Imran memberitahu kekasihnya.

“Syida nak pergi ...,” kata Syida sambil megesat air matanya dengan lengan bajunya.

...tengah hari esok, I tunggu di air port ..., sayang,” sahut Dr. Imran.

Gambar pada papan papar telefon Dr. Imran, Syida sedang menggenyitkan mata kirinya. Wajahnya berbunga senyuman. Sepasang lesung pipitnya mengumbat hati Dr. Imran yang hiba dan lara.

(Disaring nari manuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah).


[1]Ali Imran: 189.

No comments: