JATUH CINTA
Maka, Musa pun (menolong) memberi minum kepada hiawan – haiwan ternakan mereka. Kemudian dia pergi ke tempat teduh (untuk berteduh), lalu berdoa (kepda Allah) dengan berkata, “ Hai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki yang anda kurniakan (kerana mendengar cerita dua gadis situ yang bapa mereka telah tua, tidak lalu bekerja, terpaksa dua gadis itu bekerja menternak kambing, lalu Nabi Musa rasa kasihan).
Kemudian (setelahpulang ke rumah mereka) seorang dari dua gadis itu datang mendapatkannya (Nabi Musa) dengan berjalan dalam keadaan tersipu – sipu, lalu berkata, “Sebenarnya bapa saya menjemput anda untuk membalas budi anda (kerana) memberi minum kambing – kambing kami”. Maka tatkala dia (Musa) datang kepadanya (Nabi Shuib) dan diceritakanlah kisah – kisah yang berlaku (atas dirinya), berkatalah orang tua itu kepadanya (Musa), “Jangan anda bimbang, anda telah selamat dari kaum yang zalim itu (Firaun dan askar – askarnya).
Salah seorang dari gadis berdua itu berkata, “Hai ayah, ambillah dia menjadi pekerja (gambala kambing), sesungguhnya, dia (Musa) sebaik – baik orang yang ayah ambil bekerja, ialah (dia) orangnya kuat lagi amanah.
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa), “Saya hendak mengahwinkan anda dengan salah seorang dari anak - anak perempuan saya, dengan syarat anda bekerja dengan saya selama lapan tahun, dalam pada itu jika anda gendakan jadi sepuluh tahun, maka, yang demikian itu dari kerelaan anda sendiri. Dan (ingatlah) saya tidak bertujuan hendak menyusahkan anda; anda akan mendapati saya, Insya Allah, dari orang – orang yang baik layanannya.
Musa menjawab, “ Penjanjian itu adalah antara saya dengan anda (tetapi dihormati bersama), yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang saya tunaikan, maka janganlah hendaknya saya disalahkan. Dan Allah jualah menjadi pengaws apa yang kita katakan itu.”
Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (berkahwin dengan salah seorang dari dua gadis Nabi Shuib) dan (mendapat izin) bersama isterinya (kembali ke Mesir) ... – 23 – 29.
* Teliti maksud ayat – ayat Quran ini, adakah Nabi Musa seorang
sahaja tertarik hati kepada gadis Nabi Shuib atau gadis itu juga
terpaut kepadanya juga.
Lapan tahun bekerja dengan Nabi Shuih kerana cinta, dan lapan tahun tentuolah banyak pengetahuan yang Musa dapati dari bakal bapa mertuanya itu.
Demikian seorang lelaki berkorban kerana cinta.
No comments:
Post a Comment