Sunday, December 8, 2013

ALTANTUYA

  1. ALTANTUYA SHAARIIBU

    Uya,

    Dalam kitab suci kami,
    Abadi kisah manusia,
    Ya’juj wa Ma’juj,
    Mongolia pertiwi sucimu.

    Malam kauresah,
    Siang kaugelisah,
    cinta seorang janda,
    menagih janji kekasih.

    Uya,
    Kaubawa tubuh jelitamu,
    Seraga hati sebundut cinta,
    Ke bumi kami,
    Menjejaki kekasihmu.

    Ada cerita, kauMatahari,
    laksana Elina jelita dari rantau,
    tahun tujuh puluhan,
    kisahmu kisahnya sama.

    Uya,
    Benarkah kekasihmu di sini,
    Atau kautagihi pitih dalalmu,
    Nilai sesuap nasi cuma,
    Untuk anak tanpa bapa?

    Kekasihmu entah di mana,
    Pada siapa pitih dalamu,
    Ratap hatimu kerana janji,
    Derita jiwamu kerana kekasih.

    Uya,
    Kau janda jelita,
    Pada malam hitam memeluk rimba,
    Laksana mercun terbakar,
    Bom api memamah tubuhmu.

    Matimu tanpa pusara bernisan satu,
    Hanya kisahmu meniti bibir manusia,
    Seorang janda beranak satu,

    Uya,
    Rahsiamu, rahsia kekasihmu,
    Lelaki mengunci rahsia diri,
    Kasihmu agung,
    Pada tugu sejarah rantau kita.

    Ulaambaataar, Mongolia ..................Mokhtar Petah

    * Altantuya Shaaribuu @ Aminah Abdullah (1978 - 200, rakyat Mongolia
    berkhidmat dengan badan perisikan sebuah negara lain dan perunding
    sambilan dalam perdagangan sejata, telah mati dibunuh dengan bahan
    ledakan - bom - C4. Tubuhnya berkecai dan daging bertaburan dan
    berpecikan kepasda sedaun dan lain.
    Kejadian itu telah berlaku di Empangan Subang,Punchak Alam, Ahah
    Alam, Selangor, pada 19 Oktober antara jam 10.00 dengan 1.00 pagi.
    berkebolehan bercakap dengan Rusia, Franchis dan Inggeris.
    Like ·  · Promote · 
  2. FALSAFAH AL QURAN DAN HADIS

    KEKUASAAM

    Sultan Negeri Perak, al mahum Sultan Idris Shah ibni al marhum Sultan Alang Iskandar Shah, pada ketika berbincang dengan saya dalam bilik rumah rtehat, di Pulau Pangkor, Perak, pada 1970 - an, telah mengeluarkan titah:
    "Aku jadi ghaja, jadi sultan keghana ade ghatyat, kalau tak ade ghatyat aku ..., entah jadi ape aku tak tau ..."
    "Sebab tule, aku sentiasa ingatkan Allah, aku nak ghatyatg aku hidup bahagian, aman dami ..., aku tak benorkan oghang - oghang politik jadikan ghatya macam hambe..., deme berkuasa macam caghi kekayaan mencangkul atas belakang ghatyat..."
    Sejarah dunia mengajar kita, bahawa manusia - manusia yang berkuasa dan membelakangkan hukum - hukum Allah dan menggunakan kekuasaan untuk diri sendiri dan keluarga, telah jatuh dari takhta seperti buah durian busuk, ada duri , duri tidak tajam lagi, ada isi, isi telah busuk dan ada biji, biji tidak dapat dijadikan benih lagi.
    Di antara mereka itu, ialah Raja Firau'n, Masir, Shah Redza Pahlawi, Iran.
    Allah mengajar dan memperingatkan hambanya dengan firmanNya epoerti berikut:

    Tidakkah lalian ketahui, sesungguhnya Allah itu berkuas atas segala – galanya.
    - Al Baqarah: 106

    Sesungguhnya Allah berkuasa di atas segala – galanya.
    – Al Baqarah:109

    Sesungguhnya (semua) kurniaan itu di tangan Allah , dikurniakanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah itu luas (kurniaanNya) dan Maha Mengetahui.
    - Ali Imran: 73

    Rasul Allah,Muhammad s . a . w . menasihat dengan hikmat:
    "Wanita yang bergaul dengan wanita lain (yang cantik atau lebih cantik darinya), jangan menyebut (menceritakan kecantikannya) kepada suaminya. - Perawi: Abu Hurairah, Imam Muslim dan Imam Bukhari, serta sepakat ahli - ahli Hadis.
  3. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
    Jika kita berkuasa, sedarlah, kerana kuasa Allah melebihi segala kuasa, jika kita rakyat, sedarlah, kita, ialah manusia, dilahirkan Allah dalam keadaan merdeka.
    Allah dilupa jangan!
    mokhtarpetah -google
    1Like ·  · Promote · 
  4. PANTUN

    (Pantun - pantun d alam tempayan)

    Berapa banyak bunga seraya,
    Jika ditanah boleh dikarang;
    Mengapa awak cintakan saya,
    Saya sudah kekasih orang.

    Kalau Sarawak boleh diserang,
    Saya pemuda pejuang sejati;
    Walau awak kekaksih orang,
    Cinta saya pantang berhenti.

    Tidak kusangka harum melati,
    Kalau kepanasan bertabur tangkai
    Tidak berjaya belum berhenti,
    Walau badan hancur berkecai.

    Anak gembala berkain sehasta,
    Carik busuk masuk istana;
    Tidak kurela miskin melata,
    Baikku masuk ’lubuk pedena’.

    Lela* rangkaya** dijaga keramat,
    Kosa*** berpuaka dicela malaikat;
    Bila kukaya semua hormat,
    Masa kumiskin dihina sahabat.
    * Meriam kecil.
    ** Orang kaya
    *** Besia bengkok untuk cangku telinga gajah atau huni padi.

    Lada muda seraut dua,
    Melati sejambak sama cempaka;
    Waspada pemuda mengikut ketua,
    Nanti terjebak kuasa Amerika.

    Anak dara beribadat malam,
    Budi bahasa warisan baka;
    Banyak negara umat Islam,
    Jadi mangsa si.ai.a Amerika.

    Parang panjang bawa ke huma,
    Dibawa bujang kempunan cinta.
    Orang berjuang awak bersama,
    Awak berjuang himpun harta.

    Parang ditempa segendung bara,
    Parang berhulu Lengundi rimba;
    Orang bijaksana untungkan negara,
    Orang menghampu jadi hamba.

    Kalau Sarawak boleh diserang,
    Saya pemuda pejuang sejati;
    Walau awak kekaksih orang,
    Cinta saya pantang berhenti.

    Tidak kusangka harum melati,
    Kalau kepanasan bertabur tangkai
    Tidak berjaya belum berhenti,
    Walau badan hancur berkecai.

    Raja muda raja bergaya,
    Patah rusuk kerana kuda;
    Apa dicinta kepada saya,
    Wajah buruk harta tiada.

    - mokhtar petah




No comments: