- ARTIKEL
RASUAH: NEGARA MUDAH DIJAJAH
Para pemimpin boros dan negara banyak hutang
Dalam satu kenyataan kepada akhbar pada 4 Disember 2004, bahawa Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengambil langkah positif membenarkan Badan Pencegah Rasuah menyiasat politik wang dalam UMNO yang berelau pada masa pemilihan UMNO September 2003, jika perbuatan itu melanggar undang-undang negara.
‘Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor menganggap kegiatan membeli undi pada pemilihan jawatan seuatu parti politik sebagai jenayah rasuah walaupun tiada laporan dikemukakan kepada badan itu.’
Sesungguhnya, kalau penyiasatan dilakukan secara bersungguh- sungguh dan yang telah mengamal dan terlibat dapat berdiri sebagai seorang ‘manusia Islam’, relah ke hadapan, membuat laporan dan sebagainya, tentulah masalah itu dapat dilaksanakan.
Seorang ahli pemuda dari sebuah negeri pada waktu bertemu dengan saya, mengakui dia telah kalah dalam pertandingan merebut ketua pemuda bahagian,kerana dia tidak ada wang dan kalau ada wang pun tidak sanggup melakukan rasuah; yang menentang banyak wang. Pada hari diadakan pemilihan bahagian ada orang-orang telah memberi wang kepada ahli-ahli Pergerakan Pemuda yang hadir hingga dalam tandas.
Sebenarnya, selagi individu-individu yang mengamalkan rasuah – pemberi dan penerima – tidak mempunyai iman yang kuat, akhlak mulia dan menghormati undang-undang dan takut kepada hukuman selagi itu sukar untuk menghapuskan perbuatan rasuah di negara ini.
Cara memberi dan menerima rasuah pada zaman serba canggih itu berbeda dari zaman lalu. Pada zaman lalau pada umumnya rasuah diberi secara berunjuk kepada penerima atau cara-cara lain yang mudah dikesan atau dilihat. Tetapi pada masa ini ada berbagai-bagai cara, di antaranya:
1. Memberi wang rasuah kepada penerima rasuah melalui orang tengah atau wakilnya.
2. Memberi rasuah kepada penerima rasuah di padang atau kelab golf, iaitu menghadiahkan satu uncang alat-alat golf dan dalam uncang itu dimasukkan sogokan.
3. Memberi kad dan nombor pin mengeluarkan wang dari bank atas nama
pemberi rasuah atau orang lain kepada penerima rasuah dan
penerima bolehlah mengeluarkan wang itu mengikut kehendaknya.
4. Memberi wang kepada penerima rasuah dengan cara memindahkan
wang melalui perdagangan.
5. Penerima rasuah boleh menerima rasuah dengan cara memberi barang
kemas atau barang-barang lain di luar negara seperti England,
Australia, Singapura dengan menggunakan kad kredit pemberi rasuah
atau pemberi rasuah memindahkan wang dari akuannya dalam bank ke
akaun gedung atau kedai yang menjual barang kemas atau barang lain
itu.
6. Dalam Islam, pemimpin,sama ada pemimpin daerah, negeri mahupun
negara memberi wang, membantu dengan apa cara jua, sama ada dari
wan dan hanta milik mereka sendiri mahupun milik daerah,negeri atau
negara, lepada orang ramai atau rakyat jelata yang akan mengundi
dalam pilihan raya atau pemilihan cara lain, dengan tujuan agar dia
(parti politiknya menang dalam pilihan raya), maka juga rasuah dan
haram.
Dalam Negara Islam dengan rakyatnya yang beragama Islam – beriman dan berakhlak mulia – mungkin dapat mengurangkan perbuatan rasuah, tetapi tidak dapat menghapuskannya, kerana manusia tetap manusia – lemah, mengikut hawa nafsu dan ada ketikanya manusia sanggup menentang hukum Allah. Perhati dan insaflah maksud firman Allah yang maksud berikut ini:
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila sahaja (ada yang) menyinggungnya, dia keluh kesah.
(Al Maarij: 19, 20.)
Sesungguhnya manusia itu bertindak melanggar batasan (hukum). Disebabkan dia melihat dirinya serba boleh.
( Al ‘Alaq: 67)
Suatu peringatan untuk manusia. Bagi siapa di antara kamu semua yang hendak maju atau mundur ke belakang. Setiap diri tergadai kerana perbuatannya.
(Al Muddathir: 36, 37, 38.)
Setelah memahami maksud firman- firman Allah di atas, maka selain daripada tanggungjawab Badan Pencegah Rasuah menjalankan tanggungjawabnya membanteras atau menghapuskan perbuatan rasuah, maka tanggungjawab demikian terpikul atas batu jemala pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan agama Islam di negara ini, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Fatwa Kebangsaan, semua majlis dan jabatan agama Islam di negeri-negeri, badan-badan dakwah dan alim ulama untuk menjalan tugas atau tanggungjawab, seperti mengadakan kempen, penerangan, kursus, dakwah dan sebagai mengenai salah dan buruknya perbuatan rasuah di sisi agama Islam.
Allah tidak menerima sembahyang seseorang
sedangkan dalam perutnya berisi makanan haram.
(Hadis)
Allah melaknat – kutuk – pemberi rasuah dan
penerima rasuah. (Hadis)
Negara yang diperintah oleh orang - orang yang mengamalkan rasuah, tentu akan ditimpa Allah dengan keburukan dan bala seperti berikut:
1 - Para politikus diperalatkan oleh golonga kapitalis dan penjajah,
2 - Ekonomi dikuasai goolongan kapitalis dan manusia - manusia penjajah,
3 - Para pemimpin berbeolanja boros wang negara,
4 - Para pemaimpin minat berhutang dan negara banyajk hutang,
5 - Para pemimpin menentang hukum - hukum Allah,
6 - para pemimpin sering bercakap dan mengamalkan kepura - puraan kepada rakyat jelata. - FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS
TIPU DAYA
Ya Tuhan kami, (sesunggtuhnya) kami mempecayai - beriman - akan apa (al Quran) yang Engkau telah turunkan dsan kami mngikut Rasul (Muhammmad s.a.w.), oleh itu tuliskanlah kami sebagai orang - orang yang mengakui (Allah dan Rasul).
Dan mereka membuat tipu daya, dan Allah membuat tipu daya pula (kepada manusia - manusia yang mjenipu dayakan Allah), dan Allahlah yang paling baik tupu dayanya.
- Ali Imran:53,54.
ANJING DAN PATUNG
Rasul Allah,Muhammad s.a.w. memberitahu umat Islam:
Malaikat yang membawa rahmat (dari Allah) tidak memasuki rumah (orang Islam) yang di dalamnya ada anjing dan gambar”* (patung - ukiran dari batu, besi, lilin dan sebagainya yang berbentuk rupa manusia, haiwan dan sesuatu yang diyakini berkuasa selain Allah). Hadis dari Talhah dan semua ahli hadis sepakat.
* Tidak termsuk gambar dari kamera dan lukisan yang tidak timbul. - UCAPAN IKHLAS
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
As salamu alaikum wa alaikunnas salam wa rahmatullahi wa barakatuh.
Kita individu dari mukminin dan mukminat, perlu dan patut sedar, bahawa saban hari dan saban malam, kita menipu Allah. Kita Mengaku tawakal kepdaNya, tetapi kerana mengejar kesenangan, kita menjadi munafik. Kita mengakui taat segala hukum - hukum Allah, tetapi kita mengamalkan perkara haram, makan hasil untuk diri sendiri, keluarga,masyarakat, rakyat dan negara dari hasil judi, arak dan lain.
Allah dilupa jangan!
mokhtarpetah -google - SAJAK
PERJUANGAN SEORANG PENDKWAH
(Untuk Ustaz Kazim Aleas)
Kumasih ingat,
Madahmu tajam berhikmat,
Menyeru umat,
Jalan Allah berjihat....See More Mokhtar Petah shared Hasina Harun's status.
Mungkin dapat mencari ikhtir lain, sebelum mengambil langkah ke radiotherapy.Mungkin dengan homopati atau dengan cara berdoa kepada Allah dan menggunakan ayatq - ayat Quran sebagai ikhtiar menyembuh penyakit tersebut.
Jika dengan ayat - aya...See More
Monday, December 2, 2013
RASUAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment