Monday, November 1, 2010

ANAK BIJAK (Ulangan)

SIAPA MAKAN GARAM DULU?

Oleh: Petah Shahrir Aidid

NUR ATHIRAH PINTAR

Dalam masyarakat orang Melayu yang masih mundur, orang tua macam jadi pantang kanak mengajar mereka, kerana mereka berbangga yang mereka makan garam dulu dari kanak-kanak, tetapi pada zaman ini tok dan nenek macam nak luruh gigi, kerana suka cucu mengajar mereka.
Kejadian tok dan nenek hampir luruh gigi telah berlaku di rumah Datin Sitti Haishah Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, di Putrajaya pada minggu lalu.

Pada malam itu kerabat sebelah nya, Puan Norilah binti Haji Ahmad, Suaminya, Mat Saad dari FELDA Kota Gelenggi Tiga, Jerantut, Pahang, bersama menantunya, Sarina Daud dan tiga cucu telah berkunjung ke rumahnya.

Mereka disertai oleh adik Norilah, Asmah Laili Haji Ahamd, guru tadika Masjid Az Zubir ibni Al Awam, Cheras dan suaminya, Ahmad Shuhaimi bin Awang Musa, guru sekolah agama, Darul Hikmah, Tasik Selatan, Kuala Lumpur.



Anak yatim, gadis kecil, Nur Athirah binti Ahmad Shuhaimi, 4 tahun – cerdik -, telah beraksi sebagai guru TADIKA mengajar tok dan neneknya cara-cara mengguna dan menyimpan ubat agar tidak dimakan oleh kanak dan membaca buku kanak-kanak.

Katanya kepada tok dan neneknya, “Makan ubat, lepas makan ubat, simpan baik-baik, jangan bagi budak makan.”

“Kalau nak pandai baca, dengar guru ajar, jangan malas ...,” katanya pada ketika mengajar tok dan neneknya.

Bapa Nur Athira, Ahmad Shuhaimi bin Mat Saad, jurulatih Silat Cekak, Jengka. Dia telah meninggal dunia pada 7 Oktober 2006.

Menurut ibunya, Sarina Daud, tiap-tiap kali Athirah hendak keluar dari rumah, dia menghadapi gambar bapanya dan menghormati bapanya sambil memberitahu yang dia hendak ke luar ke mana-mana.

Nur Athirah boleh mengikut gaya guru TADIKA mengajar kerana dia mengikut ibunya berniaga makanan di TADIKA FELDA tersebut.

Mungkin pihak FELDA dapat membuat sesuatu langkah ke atas kanak-kanak cerdik seperti Nur Athirah, misalnya mengadakan program untuk melatih mereka bakal menjadi penuntut cemerlang pada masa depan.

No comments: