Saturday, November 20, 2010

QURAN



UMAT PERTENGAHAN


Begitulah Kami jadikan kalian – umat Islam – umat pertengahan – umat yang tidak mementingkan keruhanian atau kebendaan semata – mata, tetapi berdiri di tengah – tengah – menuntut dunia yang diredai Allah dan menuntut akhirat, iaitu keruhanian, kebendaan, perseorangan, rumah tangga, masyarakat dan sebagainya - , supaya kalian menjadi pemberi keterangan – saksi – kepada umat manusia. Dan Kami jadikan kiblat yang dahulu itu, hanyalah untuk mengetahuai siapa yang mengikut rasul – utusan Allah - dari mereka yang surut ke belakang, walaupun hal itu berat, kecuali bagi orang – orang yang dipimpin Allah. Allah tidak membuang percuma sahaja keimanan kalian (maksud iman: sembahyang). Sesungguhnya Allah itu penyantun dan penyayang kepada umat manusia. – Al Baqarah:143

Nota:

Umat pertengahan tidak bererti negara sendiri – misalnya negara Arab berkongsi dengan negara sendir – menghormati agama lain dari Islam dan kerana mementingkan perpaduan agama – agama lain disepadukan dengan Islam.

No comments: