Thursday, November 4, 2010

POLITIK SEMASA



MELIHAT NAJIB MELALUI KACA MATA PENULIS TUA

Saya telah sernulis sebuah buku ‘Falsafah Gagasan 1 Malaysia. Dalam buku tersebut saya telah memuji Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak yang telah mengemukan 1 Malaysia kepada rakayat negara ini dan hati saya ada ‘titik koma’, gagasan 1 Malaysia, semacam membunuh Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Abdullah Badawi.

Di mana – mana kita melihat papan tanda, iklan dan apa sahaja yang bersimbulkan 1 Malaysia. Gagasana itu diiklankan seperti bunga raya yang ada di mana – mana, walaupun bunga itu tidak berasal dari bumi kita.

Sebagai rakyat, kita boleh menyanjung kejayaan Najib mengemukakan gagasan yang baik itu, tetapi di segei falsafah sejarah dan bangsa Melayu, gagasan itu boleh jadi ubat dan racun.

Gagasan yang boleh manjadi penawar atau ubat kepada orang Melayu – umat Islam – hanya Islam sebagai dasar perpaduan, kenegaraan, poltik dan sebagainya.

Melihat Najib dengan 1 Malaysia melalu kaca mata penulis tua – tua, ertinya berusia 50 hingga ke abad usia manusia -, walaupun tengaga lemah tetapi fikiran dan renungan masih tajam jua. Maka, secara ikhlas saya menekankan, bahawa Najib tidak akan berjaya menyatu padukan orang Melayu dengan gagasan 1 Malaysia dan beliau juga tidak akan berjaya menjadi pemimpin Malaysia.

Najib akan bernasih seperti Dr. Mahatghir Mohamad yang gagal menyatukan Melayu dan ummah. Tetapi beliau berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersifat maju dan nampak kaya raya.

Najib boleh berjaya pada masa mukanya, jika beliau berdikir, dengan Islam dan mengamalkan Islam sebagai addin, maka beliau dihormati oleh semua orang Melayu - umat Islam dan mereka yang beragama lain.

Patut kita sedar, zaman ini – zaman Najib -, bukan lagi zaman Tunku, zaman Tun Razak dan zaman Hussein Onn yang melihat kapitalis dan barat sebagai kiblat kebangsaan Melalyu. Zamann ini, adalah zaman orang Melayu mahu Najib membimimbing mereka kepada sebuah kerajaan yang berdasarkan Islam, iaitu:

Kerana Perlembagaan Negara kita menentukan bangsa Melayu dan Raja Melayu,maka, mereka mahu kerajaan Islam tulin dan bukan negara seperti sekarang ini.

Negara Islam tulin, ialah:

* Perlembagaan bersadarkan Islam – Quran dan

Sunnah.

* Undang – undang terutama Hudud – jenayah –

mengikut yang dikemuakan dalam Quran dan

Sunnah.

* Politik berdasarkan Islamisme bukan

kapitalisme seperti sekarang.

* Ekonomi berdasarkan Islam.

* Perpaduan Melayu berdasarkan Islam.

* Perpaduan Melayu dengan rakyat Malaysia

yang berasama lain dari Islam, berdasarkan

Islam.

UMNO sebuah parti politik Melayu dan Melayu beragama Islam, maka, tentulah tidak lojik atau tidak molek, jika mengenepikan Islam seperti di atas dalam melaksanakan pemerinta atau mengkerajaankan negara kita ini.

Saya amat yakin, Najib akan disanjung sebagai bapanya, Tun Abdul Razak, akan dihormati dan disokonga oleh semua orang Melayu, jika beliau berpegang kuatg kepada teras kemanusiaan Melayu – bukan ketuanan Melayu - , menolak perahunya kepada Islam yang sejati – Mokhtar Petah


*Kemanusiaan Melayu berbeza dengan Ketuanan Melayu.

No comments: