TANYA DALAM DIR
Tanya dalam diri,
Kaki betis terseradung,
Usah di marahkan duri,
Kerana ia tetap duri,
Ia tidak mengerti dosa manusia,
Hanya mangsa duri nilai dalam diri.
Tanya dalam diri,
Dosa apakah sebelum dirojah duri,
Umpat manusia,
Atau takbur dan haloba,
Mungki hatimu milik syaitan kurap,
Manusia dilaknat.
Tanya dalam diri,
Patutkah batang kaki diterojak duri,
Cacatkan kulit daging insani,
Kerana diri sendiri,
Adakah dalam diri,
Sama suci orang takwa.
Tanya dalam diri,
Pemimpin atau dipimpin,
Pembohong atau insan zalim,
Berhati Harimau otak buaya,
Dalam dada ‘ ketuanan bangsa’,
Otak berbalut noda – dosa.
Tanya dalam diri,
Adakah kita menipu Allah,
Quran dibaca – lagu -, merdu,
Hukum Allah ditetang sentiasa,
Kutuk manusia pejuang negara Allah,
Saban saat menghimpun dosa.
Tanya dalam diri,
Wanita dedah aurat – konon gaya,
Dedah buah dada dada seluruh dunia,
Sial sesial isi neraka,
Doa ibu bapa atau suami tercinta,
Kerana wanita derhakakan Pencipta.
Tanya dalam diri,
Benarkah mukmin mukminah kita,
Atau hati diratah murtad – kafir - mungkar,
Manusia menimbun dosa,
Diri kita untuk neraka.
Bukit Lastri ……..Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment