Friday, November 12, 2010

BUKU BARU! AKAN TERBIT!!!


=============================


mokhtar petah


ISHAK TADIN

JASANYA

TERPAHAT

DI LANGIT ZAMAN

“Pegawai kerajaan, orang politik tak jujur, tak amanah, rasuah, sama dengan pengganas musnahkan negara.”

- Ishak Tadin


================================

Sedutan dari kandungan buku ini:

Kira-kira sebulan setelah Ishak Tadin menjadi Pengurus Besar keretapi, pada satu hari, beliau telah menjemput saya menyertainya dalam satu pengembaraan bersamanya dan para pegawai keretapi dari Kuala Lumpur ke stesyen keretap Perai – Butterworth.

Kira-kira jam 10.00 saya menumpang sebuah gerabak eksekutif yang ditarikh oleh lokomotif bersama gerabak-gerabak barang. Ishak Tadin bersama para pegawai berada dalam gerabak eksekutif tersebut.

Selama pengembaran sehari itu saya telah makan dan minum termasuk mengerjakan solat bersama para pegawai Islam dalam gerabak tersebut.

Sepanjang pengembaraan itu, Ishak Tadin dan para pegawai dan ketua stesyen telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan serta bercakap sebagai satgu keluarga.

Ishak Tadin memberitahu saya, bahawa pengembaraan itu dilakukan selain dri menjimatkan wang keretapi untuk mebayar elauns perjalanan, makan dan minum serta penginapan semua ketua stesyen keretapi dari Kuala Lumpur hingga ke stesyen Prai dan Padang Besar jika mereka dating bermesyuarat di Kuala Lumpur.

Selama empat bulan memikul tugas di Jabatan Keretapi Tanah Melayu, Ishak Tadin telah dapat mengetahui akan penyakit yang menyebabkan pada masa sebelumnya kedudukan Keretapi Tanah Melayu telah mengalami perkhidman yang lemah, kerugian dan orang ramai tidak puas hati

Di anhtra sebab-sebab yang menjadi penyakit kepada Jabatan Keretapi, ialah, sebilangan pegawai dan kaki tangan tidak jujur, curi tulanng, rasuah dan tidak beramanah.

Dalam satu oprasi pemeriksaan di bengkel keretapi di Sentol, Ishak Tdin telah menemui perbuatan curang oleh kaki tangan bahagian mekanik, iaitu empat orang mekanik orang India telah membuatg sebatang paku landasan keretapi selama tiga bulanh.

Menyamar

Di kedai Jahit

Di bahagian kontrak, dari membeli kenderaan, landasan dan alat-alat termasuk pakaian seragam untuk pekerja-pekerja dibayar dengan harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran.Ada yang lebih 10% hingg 30%. Ada pula barang terpakai dibayar dengan harga barang baru.

Pada satu hari Jumaat, Ishak Tadin telah pergi sembahyang Jumaat, di sesebuah majsid di Petaling Jaya – Old Town. Beliau berpakaian songkok hitam, baju potongan Teluk Belanga, kain paliakat dan beselipar.

Selepas sembahyang Jumaat, beliau telah menyamar di kedai menjahit pakaian di Old Town yang menjadi pemborong menjahir pakaian serakam pekerja keretapi. Pemilik kedai jahit itu seorang lelaki Cina tidak mengenalinya , Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.

Ishak Tadin telah membelek-belek beberapa pakaian sergama pekerja Keretapi Tanah Melayu yang tersangkut dalam kedai itu. Setelah beliau bertanya, lelaki Cina itu memberitahu kepada beliau, bahawa dia telah lama menjadi pemborong menjahait pakaian pekerja keretapi.

Ishak Tadin merisik lagi kepada lelaki Cina yang disyaki telah memberi rasuah kepada para pegawai di bahagian tender itu. Beliau diberitahu, bahawa tiap-tiap pakaian yang dijahitnya dikenakan harga lebih

Lelaki Cina itu memberitahu, contohnya, harga sepasang pakaian seragam $40.00 sepasang, di naikkan menjadi $60.00 dan $20.00 dari harga pakaian tersebut adalah untuk pegawai berkenaan.[1]

Sekembali Ishak Tadin ke pejabatnya, beliau telah memanggil pegawai bahagian tender, seorang Melayu.Setelah dilakukan soal jawab dan selidik, maka beliau memberi kata dua kepada pegawai itu; sama ada meletak jawatan atau beliau akan mengambil tindakan. Pegawai itu telah meletak jawatan.

Dari sehari ke sehari Ishak Tadin telah menjalankan berbagai langkah dan tindakan untuk menghapuskan pelbagai perbuatan, tindak tanduk dan tabiat buruk para pegawai, kakai tangan dan buruk Keretapi Tanah Melayu, akhirnya beliau telah mencapai kejayaan memulihkan semula perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu yang hamper tenat pada masa sebelum beliau memikul beban sebagai Penguru Besarnya.

Di antara perbuatan, tindak tanduk dan tabiat buruk di kalangan para pegawai, kaki tangan dan buruh Keretapi Tanah Melayu itu, adalah:

* Lembab berfikir dan lambat atau tidak bertindak atau

membiarkan dengan tidak bertangungjawab.

* Amalan tumbuk rusuk atau rasuah.

* Pegawai atasan menekan yang bawahan.

* Mencuri harta - alat-alat dan besi buruk (scrap).

* Perbuatan curi tulang.Misalnya, masuk ke pejabat jam

8.00, tetapi tidak terus bekerja; membaca surat khabar

dan minum

dan berborak dengan kawan-kawan di kantin hingga

jam 9.00 atau lebnih.

* Menipu dalam membuat tuntutan alauns kerja lebih masa

(over time), perjalanan dan sebagainya.

* Buruh duduk di tepi landasan dengan membuang masa.

* Menipu, contohnya, sebatang paku dibuat oleh tiga orang

pekerja selama

sebulan atau lebih.

* Mengambil bahagian dalam parti-parti politik.

* Berselisihan sesama pegawai, kaki tangan dan buruh



No comments: