Thursday, November 11, 2010

POLITIK (Ulangan)




BOLEHKAH SATUKAN UMNO – PAS?

Oleh: Mokhtar Petah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Golongan agama hari ini melahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berusaha menyatukan UMNO dan Pas demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong kedua-dua parti.
Penyatuan dua parti orang Melayu itu jika benar-benar berlaku dianggap kemenangan paling besar bagi umat Islam negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai golongan agama, segala cabaran harus dihadapi dengan tenang kerana tanggungjawab menyatukan umat Islam termasuk membabitkan parti-parti politik orang Melayu merupakan tuntutan agama.
"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.
"Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.
Lokman berkata, jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakan bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Harussani menambah, dalam keadaan umat Islam masih berpecah, pemimpin UMNO dan Pas sepatutnya mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan.
"Ini bukan soal perkauman tetapi ini menyentuh mengenai masa depan Islam. Apabila kita menyentuh tentang Islam ia bersangkut paut dengan orang Melayu kerana Islam di Malaysia didukung oleh orang Melayu.
"Sebab itu saya mahu UMNO dan Pas kembali bersatu. Mereka boleh duduk dan berbincang atas konsep syura demi Islam dan demi orang Melayu. Bukankah syura merupakan amalan Rasulullah?" katanya lagi.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.
"Saya tidak akan berhenti melakukan kerja ini. Kerja ini tiada noktahnya kerana ia membabitkan kedudukan Islam serta umat Islam pada masa akan datang.
"Saya tidak rela melihat Islam dipermain-mainkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu melihat kedudukan umat Islam terus menerus berada pada persimpangan jalan yang amat kritikal ekoran wujudnya perpecahan," katanya.
Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya semua pemimpin UMNO dan Pas menginsafi nasib menimpa Islam dan umat Islam ekoran ketiadaan perpaduan yang jitu di kalangan umatnya.
Dalam pada itu beliau berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.
"Butalah mata mana-mana pemimpin (Pas) sekiranya ada antara mereka mahu bekerjasama dengan DAP kerana terlalu mementingkan politik," katanya lagi.
Mengulas isu sama, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hussein berkata, penyatuan UMNO dan Pas bukan sahaja menjadi hasrat kepada golongan agama malah bagi semua umat Islam.
Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan percaya jauh di sudut hati umat Islam ingin melihat kedua-dua parti itu bersatu dan bekerjasama khususnya berkaitan dengan Islam dan kepentingan Melayu.
"Saya sendiri sentiasa berdoa agar apa yang dihasratkan ini dimakbulkan oleh Allah," katanya lagi. (Utusan Malaysia)
---------------------------------------
Penyatuan Umno dengan Pas atau kerjasama dua buah parti politik Meleyu tersebut, tidak akan dapat dicapai walaupun berapa ramai ulama menjadi perunding atau jurumuafakat, selagi Umno tidak mengubah perkara mustahak dalam perlembagaan, sehingga menjadi parti politik yang berhasrat untuk mewujudkan negara Islam di Negara ini.
Memang sesiapa pun tertarik hati dan rasa terpukau dengan fikiran dan hujah mufti dan cendekiawan Islam, seperti dalam berita di atas ini, tetapi melaksanakan penyatuan itu terlalu sukar.dan tidak akan menemui jalan makruf.
Pada masa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah berbincang dengan Presdien Pas, Dato’ Haji abdul Hadi Awang dan Mursiyidul ‘am parti tersebut, Dato’ Nik abdul Aziz Nikmat atas tujuan ‘kerjasama Umno dengan Pas’. Setelah Abdullah mengemukakan perkara itu kepada rakan – rakannya dalam Umno, maka beliau menghadapi:
* Pihak atas Umno mendesak beliau meletak jawatan
Perdana Menteri.
* Beliau dianggap Perdana Menteri yang paling lembb
dan lembik.
* Beliau telah tidak disukai oleh sebilangan ahli
Umno.
Sebab utama, pihak atasan Umno yang menjadi rakan perjuangan Abdullah ‘tidak mahu wujudnya ‘perpaduan Umno dengan Pas’, kerana takut jawatan mereka akan berpindah kepada Pas. Misalnya jawqatan Timbalan Perdana Menteri, dan beberapa pos menteri tentulah dipindahkan kepada Pas.
Jika Pas bekerjasama dengan Umno, maka parti kebangsaan Melayu yang masih berpegang kepada nasional – kapitalis akan terpaksa berubah mengikut perjuangan Pas, iaitu mengambil agama Islam sebagai tonggak perlembagaan negara.
Pas dengan Perlembagaannya berpegang kukuh kepada Quran, Hadis, Ijamak Ulama dan Qias, tentulah, setelah bekerjasama dengan Umno tidak puas hati dengan pendirian Umno sebagai parti nasiolal kapitalis (kelihatan juga bayanga borjuis dan peodalis).
Perlembagaan Umno:
Fasal 3, ASAS DAN TUJUAN, termaktub: Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita c-ta Kebangsaan Melayu de3mi mengekalkan maruah dan mertabat bangsa, agama dan Negara.
3.3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi Negara serta menghormati prisnsip kebebasan beragama.
Kita melihat dari artikel Perlembagaan itu, Umno hanya ‘mempertahan dan mengemabngkan Islam sebagai agama rasmi negara’. Parti kebangsaan itu tidak mahu melaksana dan mengamalkan Islam sebagai agama negara, iaitu Islam di atas Negara. Perlembagaan Negara berdasarkan Quran.
Kita lihat lagi, tidak ada sedikitpun dalam perlembagaan Umno membawa bangsa Melayu dan umat Islam ke arah menegakkan negara Islam.
Semua orang mengetahu, bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1946, hingga pada hari ini, Umno menolak Negara Islam. Salah satu sebab para ulama Pas, di bawah pengaruh Sheikh Abdullah Fahim dan dipimpin oleh ketua Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam Umno, Haji Ahmad Fuad keluar dari Umno dan menubuhkan Pas pada tahaun 1951, ialah kerana Umno tidak mahu mewujdukan Negara Islam di Tanah Melayu.
Saya berpendapat, perpaduan Umno – Pas akan boleh berjaya, Umno kena beruba dan lari dari sentiment kebangsaan totok dan otordoksnya, iaitu meminda perlembagaannya tentang agama Islam.
Semua orang yakin, apabila Umno mempunyai perjuangan yang sama dengan Pas, iaitu untuk menegakkan Negara Islam, maka ekorannya semua orang Melayu - mukmin dan mukminah dalam Umno, Pas dan diluar parti – parti politik tersebut akan bersatu.

No comments: