BERITA YANG TIDAK DISIARKAN MEDIA
Dato Haji Kamaruddin, senyum. Dua telaga matanya terkelip - kelip.
Saya senyum juga. Saya mencari kjebenaranpercakap Tun Abdul Razak.
Pada satu hari Jumaat, dalam dewan bangunan Pejabat Agama Perak, di Ipoh, dalam majlis yang dihadiri oleh para ulams, termasuk Haji Abdul Samad dan saya sebagai penulis.
Wang Miohamed telah merasmikan majlis tersebut. Allahyarham telah mengejek Haji Abdul Samad dalam ucapannya. Antara lain katanya: " ....dalam majlis ini pun ada ulama yang berjuang nak tegakkan negara Islam ... ulama tahi kucing ..., negara ini dah negara Islam, apa nak negara Islam lagi ...".
Sebaik - baik majlis bersurai, Haji Abdul Samad datang menemui saya. Dia marah. Saya minta dia bersabar.
Pada pagi esokinya satu mesyurqat agung Persatuan Kadi Negeri Perak, telah diadakan dalam dewan yang sama. Pada ketika berucap, Wan Mohamed jatuh, macam pengsan.Tiba - tiba, mulutnya jadi lain dari biasa.Ramai yang menyangka , dia kena serangan jatung, atau darah tinggi.
Di Hospitalo Besar Ipoh, doktor - doktor yang memeriksa dan merawati mendapati dia tidak ada serangan jantung dan darah tinggi.
Setalah sihat dan herhenti, sebelum meninggal dunia, Wan Mohamed masih dengan mulutnya yang lain dari biasa.
Kata beberapa orang ulama, hal itu disebabkan keji ulama.
Pada hari saya menemui Haji Sulaiman Palestin, di rumahnya, di Bukit Mertajam, kerana menemui ramaknya, untuk saya menulis buku biografi Menteri Luar, Dato' Haji Ahmad Badawi 'Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat', dia berkata kepada saya: Oghang yang buat tak baik kepada ghatyat, ambil bendang (sawah) ghatyat, beghi kepada oghang Cina untuk bena ghumah, macam - macam lagi, tak selamat hidp, Allah maghah."
"Kalau ana mati, ana tak izin Anwar datang ziaran ana ...,"katanya.
No comments:
Post a Comment