Sunday, April 1, 2012
DARI SURAT KHABAR ' SINAR HARIAN'
MENTERI BESAR PERAK
“Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.
“Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.
“Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.
“Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah,” katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.
Menteri Besar Perak, Dato' Sri Dr. Zabry Abdul Kadir, seorang pemimpin dinobatkan oleh Sultan tetai sebilangan besar rakyat negeri itu, tidak menyebelahinya. Maka, untuk menajamkan taji dan mungkin untuk mengilap perjuangannya agar dipercayai rakyat, maka, beliau menggodam bekas MB Perak, Dato' Seri Muhammmad Nizar Jamaluddin.
Pada satu hari, saya di Pulau Pangkor, beberapa orang Melayu, termasuak orang UMNO memberitahu: Dato' zambri sering balik ke sini, tapi dia macam tak sukan Melayu,lebih sukakan orang Cina, kerana orang Melayu ramai yang sebelah pembangkan.
Di Ipoh, beberap orang UMNO memberitahu: Dato Zamri pandai bercakap saja, tak macam Tan Sri Ghazali Jawi dan Tan Sri Ramli Ngah Talib, banyak bekerja kurang bercakap, Negeri Perak membangun dengan maju,tetapi Dato' Zambry, banyak bercakap dan kurang kerja, Negeri Perak beransur mundur.
Dia terpaksa hentam orang - orang pembangkang, dengan harapan, agsr dia akan menang dalam pilihan raya akan datang.
Saya tidak mengetahui secara langsung perkara tersebut, tetapi banyak cerita tentang Dato' Zambry anggota -anggota exco negeri di bawah beliau yang boleh dicari benar atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment