Friday, April 6, 2012




KHUTBAH JUMAAT KEMPEN BN

Pada hari ini, saya bersama rakan, dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, telah sembahyang Jumaat di sebuah masjik kecil di Putrajaya.
Saya terkejut, tetapi saya percaya sembahyang saya tidak tersilap, insya Allah diterima Allah juga. Kerana khutbah Jumaat yang dileluarkan oleh Jabata Agama Islam Wilayah Persekutu (Jawi), hamnpi keseluruhannya 'kempen UMNO dan Barisan Nasional'. Khutbah disebut perhimpunan warga Agama Islam dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Naib Tun Razak di Putrajaya pada petang ini, disebutkan, bahawa Kerajaan BN mengamalkan Wasatiah dan telah melaksanakan berbagai pembangunan dan kegiatan untuk agama Islam, di samping menyeru orang ramai menyokong pemerintah yang mengamalkan wasatiah.
Saya yang belajar sedikit sebanyak agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. pada sepanjang pemerintahan negara Islamnya, tidak mengamalkan wasatiah.
Hany ada cerita Sheikh Abdul Wahab pelopor Mazhab Wahabi bersama Tok Nenek Raja Hijaz - Makkah, Madinah dan Jiddan - As Sa'udi yang mnengamalkan wasatiah, kerana mereka mempunyai hubungandengan Inggeris, Amerika dan Jerman.
Dalam Quran ada menyebut ,umat wasat' - umat pertenahan, iaitu umat tidak seperti umat kafir Quris, umat kafir Kritian dan Yahudi. Umat Islam wasata - pertenhan - kerana adil, mengikut semua hukum Allah dalam Quran trmasuk  hukum hudud .
Saya tidak memanjangkan perkara ini, hanya, rasa tidak seronoh, khutbah Jumaat, digunakan uantuk berkempen parti politik atau kerajaan yang dikuasai oleh UMNO dan BN.

No comments: