Wednesday, April 4, 2012



BERITA NAJIB  DALAM SURAT KHABAR ' SINAR HARIAN', PADA HARI INI.

NAJIB KENA SABAR DAN JAGA HASRAT MURNI TUN RAZAK

Dunia politik dan politik jadikan dunia kacau bilau. Sesungguhnya,saya mengakui akan kata- kata Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak:
"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak memberi sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.
"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.
Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu," kata beliau. – Bernama
Najib tentulah lebih tahu daripada mereka yang tahu, iaitu apabila sesebuah parti berjaya memegang tampuk kerajaan atau pemerintah, maka, parti - parti politik lain yang tidak berjaya menjadi pembangkang.Apabila parti - parti politik, mreka menjadi macam detiktif, selidik, siasat dan  mengintip apa yang parti politik kerajaan jalan dan laksanakan. Bila tidak betul mereka suarakan tidak betul. Bila betul sukarlah mereka hendak menyuarakan betul, kerana mereka berpolitik.
Begitu juga, bila UMNO sdan BN jadi pembangkang di Selangor, apa juga yang dilakujkan dan dijalankan oleh PKR semuanya tidak betul. Dato' Seri Khir Toyo kata PKR tidsak betul, Dato' Noh Omat kata PKR salah. Dan Dato' Hasan Ali yang dulu mengikur dan mengekor PAS, apa bila dipecat dan jadi oembangkang, maka, diluahkanlah segala - galanya untuk memujsaskan nafsu politiknya.
Saya berharap, dalam hal bangkang membangkang antara parti politik ini, Najib kena bersabar dan terus bekerja,kerana manusia melihat manusia lain dari hujung kepala kepada hujung kaki.
Sabar dalam perjuangan yang ikhlas kepada rakyat, negara dan agama Islam, namanya 'jihad' - buat baik Allah ketahui dan buat jahat atau burukpun Allah mengetahui.
Hanya saya berharap, Najib  terus berjuang dan jangan mudur ke belakang; berjuang sebagai mana bapanhya, iaitu bejuang untuk tidka rugikan orang Melayu, bahkan memaju dan membangunkan Melayu, sehingga Allahyarham tidak disukai oleh sebilangan rakayat Malaysia dair keturunan pendatang.
Pusaka prjuangan Tun Razak kepada orang Melayu, ialah FELDA, maka Najib kena kekalakan FELDA untujk orang Melayu, jangan diperniagan dan melibatkan dengan segala macam reformasi atau perubahan yang boleh merugikan orang Melayu dan mengilangkan hasrat murni Allahyarham Tun Abdul Razak.
Kata orang tua - tua Melayu, jarang benar anak membela bapa orang lain, tetapi anak yang baik membela dan menjaga hasrat dan cita - cita bapanya.

No comments: