Friday, April 27, 2012



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


                                    PAS AKAN TAWAN PERLI?

 Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri bekerja keras bagi menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS akan menawan Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang menyifatkan kenyataan Azizan itu sebagai "lawak politik" berkata bagi beliau, kenyataan Azizan itu boleh menjadi sebaliknya, dengan BN menawan kembali Kedah yang kini nampak terserlah sokongan rakyat di negeri tersebut kepada BN, dan akan terus kekal memerintah Perlis.

-----------------------
Saya telah beberapa kali melawat ke beberapa kawasan di Perlis, dan hingga ke Padang Besar. Keadaan negeri itu kelihatan mundur. Jambatan dalam kawasan Padang Besar, pada masa saya melawat ke sana, masih macam tukun dalam laut.
Pandangan Menteri Besar Kedah itu, tentulah bukan 'lawak politik', tetapi satu 'amaran politik', kerana Negeri Perlis yang diperintah oleh UMNO - BN itu, terdapat dalam UMNO ada pegisiran, seperti orang menyimpan bidul pada daging punggung.
Mengapa kalangan UMNO di sana tidsak bersatu,macam ada kiblat berlainan. Dato' Shahidan Kasim dengan juak - juaknya dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dngan juak - juaknya.
Saya berpendapat, kalau kalangan UMNO tidak bersatu menghdapi pilihan raya umum ke - 13, mungkin Jun ini, ada kemungkinan besar PAS akan merampas negeri Indera Kayangan itu dari UMNO - BN.

No comments: