Thursday, April 5, 2012

BERITA DALAM SURAT KHABAR 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI

JANGAN POLITIKKAN ISU PENDIDIKAN CINA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pendidikan Cina, sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan di semua sekolah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha ini perlu bagi menambah daya saing negara menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.
Menyentuh mengenai isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), beliau berkata, kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan berkesan, dan antara langkah yang diambil ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Guru SJKC yang diketuai Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, bulan lepas bagi menangani masalah tersebut.

SAYA SANJUNG AKAN KEJUJURAN TIMBALAN PM MALAYSIA DAN MENTERI PELAJARAN, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENGENAI ORANG TIDAK 'MEMPOLITIKKAN ISU PENDIDIKAN CINA.

 Sebenarnya, sebilangan orang Melayu nampak, bahawa ada sebilangan dari orang 0orang Cina yang seolah - seolah tidak mengharagi pendidikan yang diwujudkan kerajaan di sekolah - sekolah rendah dan menegah kerajaan. Mereka mengadakan sekolah sendiri, menguatkan bahasa mereka sendiri dan mereka mempertikaikan elok atau tidak sistem pendidikan di negara ini.
Saya pernah bercakap dengan beberapa orang tokoh Cina mengenai pelajaran. Mereka berpendapat: 
1 - Pendidikan sekolah Kebangsaan tidak nampak dapat memajukan seseorang pelajar menjadi orang besar, seperti ahli perniagaan dan lain, 
2 - Pendidikan sekolah kebangsaan nampak akan menjadikan para pelajar terjurus kepada makan gaji, 
3 - Pendidikan sekolah Cina menjamin bekas pelajarnya maju ke hadapan, terutama dalam mencapaipelajaran tinggi dan bidang ekonomi.
Walaupun apa yang dipandang oleh sebilangan orang Cina di negara ini terhadap pendidikan, saya berharap,Muhyiddin Yassian tidak patah semangat dan tidak tunduk kepada sesuatu yang akan melemahkan sistem pelajaran negara. Teruskan perjuangan, terutama terhadap menininggikan nilai pemndidikan negara, kerana dengan demikian orang ramai menyanjungi perjuangan suci Tan Sri.

No comments: