Thursday, April 12, 2012




BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI



TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini dilihat mencetuskan kontroversi susulan kenyataan-kenyataan tidak selari dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN), mengingatkan agar mana-mana pihak tidak menguji kesetiaannya kepada parti.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, kekuatan prinsip dan keyakinan dalam parti menyebabkan beliau tidak pernah kalah dalam pilihan raya yang disertainya sebelum ini.

“Macam-macam pendapat orang berikan terhadap saya, namun saya yakin dengan (kesetiaan), itu menyebabkan setakat hari ini saya tidak pernah kalah (pilihan raya).

----------------

Memang ramai orang yakin yang Tengku Razaleigh Hamzah setia kepada UMNO. Tetapi bagi mereka yang mengetahu Tengku Razaleigh telah pernah bercerai dari UMNO pada satu masa dulu, masih kuat tidak yakin mereka kepada orang handal Negeri Kelantan itu. Mereka masih menaruh syak, tidak yakin dan kalau boleh biarlah Tengku Razaleigh terkeluar dari UMNO dan idak lagi dicalon bagi pihak UMNO - BN pada pilihan raya Umum ke - 13. Mereka ada orang lain. Dato' Mustapa Mohamad ada orang lain. Dato' Seri Najid juga ada orang lain.
Saya kira, jalan yang baik, Tengku Razaleigh masuk ke dalam PAS. Orang tua - tua berpolitik, lebih baik dalam PAS.
Dengan UMNO boleh kita guna falsaf dari pantun ini.
Bawi tambak bawai cermin, 
tiga dengan pari lksa;
 Orang tak 'endak aku tak ingin, 
Sama - sama tak merasa.

No comments: