BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
Friday, April 6, 2012
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
MEENTRI BESAR PERAK
IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.
"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.
Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius.
Pengakuan bekasa Menteri Besar Perak,Dato' Sri Mohammed Nizar, sebagai 'public relation', memang betul dan menasahab. Amalan ini sering dilakukan oleh para mentgeri besar di negeri Perak masa masa lalu.Mereka menyokong tetapi beolum tentu yang disokong itu dapat.Ada juga yang mentri - menteri besar sokong, Negeri Perak jadi rugi, di antaranya:
1 - Sokong penubuhan syairat Gula Pera dan mendapatkan kawasan tanah untuk ladang tebu, tetapai akhirnya rugi.
2 - Sokong Menteri Pertanian Malaysia, Tan Sri Ghazali Jawi bina bangunan peladanbg di kawasan Gunung Pondok, Padang Rengas, akhirnya tutup.
3 - Sokong PKNPK laaksanakan projek ladang tea di Lenggong,ladang dijalanakan dengan syarikat luar, tetapi akhirnya sekarang tutup dan kawasan itu entah jadi apa.
4 - Sokong PKNPK laksanakan kilang simen di Padang Rengas dan gunugn pondok diruntuhkan, tetapi khabarnya entah bagaimanan.
5 - Sokong sebuah syarikat buka syairkat amang, di Pusing, akirnya berlakuj macam - macam cerita.
Sekarang Dr Zambry memperbesar - besarkan dan mengulang - ulangkan prkara Mohammed Niszar dengan ' pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International'.Adalah apa yang dilakukan Dr Zamby itu dapat membina maju kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinannya atau semata - mata agar Mohammed Nizar dan PAS tiak dapat bangkit di negeri itu dan dibenci oleh semua orang Melayu dan rakyat Negeri Perak?
Mungkin ada baiknya, saya meminta tolong kepada Dr Zambry meneliti dan selidik apa - apa kegagalan para menteri besr BN yang lalu dan menumpukan kerja - kerja untuk kebaikan rakyat sebelum pilihan raya umum ke - 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment