Friday, April 13, 2012



BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI


      CARI MASYHUR DAN CARI MENANG

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam respons segera kepada cabaran Rafizi, yang diumumkan melalui akaun Twitternya tengah hari tadi, Khairy berkata: "Saya setuju untuk berdebat dengan Rafizi pada 3 Mei mengenai PTPTN."

Dalam mesej yang sama, Khairy berkata, beliau juga bersedia untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

"Saya telah bersetuju untuk debat dengan Ambiga pada 25 April mengenai pembaharuan pilihan raya," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ahli Dewan Rakyat kawasan Rembau, Negeri Sembilan, yang mahu berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, saya menganggapnya seorang 'kanak - kanak cari masyhur dan cari menang', dan faedahnya tidak ada apa - apa.Dan mungkin ramai orfang bijak pandai memtertawakannya.
Khairil Jamaluddin berada dalam UMNO, apa guna berdebat dengan piahak parti pembangkan, kerana kalau menangpun orang ketawa dan mengejek dan kalau kalah nama hancur dan orang pandang seperti budak - budak kena getah nangka sahaja.
Banhyak perkara lian yang boleh dibuagt oleh Khairy Jamaluddin. Banyak lagi ruang dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang perlu beliau uruskan. Perlu beliau tumpukan.Perlu baik tambah untuk perjuangan menghadapi piliahan raya umum di muka nanti.
Khary Jamaluddin yang kelihatan sedang melangkah kepada nasib yang menimpa Tengku Razaleigh Hamzah - ahli Dewan Rakyat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi Presiden UMNO dan Perdanha Menteri Malaysia, Mohd. Najib Tun Razak seperti memandang 'sebelah mata' kepadanya, iaitu tidak di bwa ke kabinet.
Menapa; adakah kerana Khairy Jamaluddin masih muda? Kerana beliau menantu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi atau sebagi memberi peluang agar orang bawahnya, anak kepda Tun Dr. Mahathir Mohammad yang kini Timbalan Menteri, agar naik ke atas, dan dalam masyuarat agung akan datang, Khairy Jamaluddin akan kecundang?

No comments: