Saturday, April 14, 2012




BERITA YANG TIDAK DISIARKAN MEDIA


   ORANG - ORANG TAHANAN BRUNEI

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak, penyang dan berperi kemanusiaan, orangnya. Setelah berlaku revolusi Brunei, Kerajaan Inggeris yang berkuasa di Brunei telah menangkap dan menahan ramai pejuang - pejuang kemerdekaan dan revolusi di sana dan mereka di tahan dalam kehamah tahanan Barakas.
Timbalan Pengusa kem tahanan itu, di pinjam dari Malaysia, iaitu Raja Zainal, dari Perak.
Tun Razak telah menggunakan Raja Zainal dan Ketua  Menteri Sabah, Tun Mustapha mengeluar - larikan para tahanan itu dari kem Barakas ke Sabah dengan bot laju, pda wakt3u tengah malam. Tidak lama kemudian mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur, dan tinggal di sebuah banglo dekat Dewan Bahasa dan Kemengterian Luar Negara. Setelah Brunei merdeka, mereka telah pulang ke sana dan diterima sebagai rakyat Brunei yang setia.
Di antara mereka itu, ada beberapa orang penulis. Meeka adalah anggota dan ahli Parti Rakyat Brunei.
Pada masa mereka di Kuala Lumpur, mereka sering bertemu dengan saya.

                     KUALA KANGSAR

Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pada 1957 dan hingga Malaysia kini, hanya seorang, anak Kuala Kangsar diberi peluang menjadi wakil rakyat - ahli Dewan Rakyat, kawasan Kuala Kangsar, iaitu Allahyarhan Toh Abdullah bin Abdul Rauf. Kemudiannya semua diambil dari luar; Tan Sri Ghazali Jawi (lenggong), Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong), Toh Puan On Zariah (Ipoh), Yong Ghazali (Ipoh) dan sekarang, Tan Sri Rafidah Aziz.
Mungkin, wsebab demikian itu, sebilangan ahli UMNO  cawangan - cawangan dalam bahagian Kuala Kangsar, tidak membayar yuran tahunan UMNO dan ada yang meninggalkan UMNO secara diam - diam dan menyeberang kepada PAS dan parti lain.
                           

No comments: