Wednesday, April 18, 2012
Berita dalam 'sinar Harian', pada hari ini.
MENTERI BESAR SELANGOR AKAN MENGADAP AGON
Berita ini menarik. Kejujuran MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pagtut dipuji oleh sesiapa sahaja, walaupun dia dari UMNO dan BIN; jika dia pejuang yang jujur, dan tidak melupakan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin UMNO, pada 1992 lalu.
Mereka yang muda - muda dalam UMNO dan di luar UMNO, eloklah membaca beberapa tulisan - tulisan dalam akhbar dan buku mengenai para pemimpin UMNO melakukan diluar adat istiada terhadap raja - raja, terutama Sultan Selangor dan Sultan Johor.
Jika, sesiapa dari golongan muda membaca buiu yang saya tulis, ' Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu' ( Januari 1993), akan mendapai pengetahuan dari sejarah. Di antara para pemimpin UMNO itu, ialah:
Dto' Seri 'Dr Mahathir Mohamad mmberitahu para wartawan mengenai persetujuan dri raja - raja berhubungan dangan soal sebarang pindaan perlembagaan bahawa raja akan patuh akan desak seluruh rakyat.
"Kita para pemimpin UMNO - BN) memberi nasihat kerean kitra berada di tahap yang boleh kita menegur (kepada raja).
Beliau berkata dengan nada tinggi, " Bila rakyat suah berhimpun bramai - ramai di Kuala Lumpur denganmembawa parang dan kapak, nasihat tidak berguna lagi dan kita kena nasihat kpada mereka yang bawa parang dan kapak itu pula."
Sedutan dari ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dalam Dewan Rakyat: 'kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan memperbetulk apa - apa juga kesilapan dan didapati telah dilakukan olehmana- mana juga raja -raja Melayu."
"Kuasa mutlak adalah gterletak di tangan rakyat dan mereka boleh bertindak dengan menggunakan berbagai cara di luar pelembagaan untukmeruntuhkan Institusi Raja Berpelembagaan itu jika jika mereka mendapati institusi tersebut tidak perlu diwujudkan lagi."
Ahli Parlimen UMNO - BN,Kedah, Dato' Afifuddin Omar dengan penoh emosi brkata, bahawa konsep kekebalan raja sebagai keterlaluan kereana bercanggah dengna hukum Allah yang menilai kepimpinan berasaskan ketaqwaan.
Beliau mencadangkan,kekebalan raja dimasuhkan manakala anggoa keluarga diraja mlakukan rogol atau memukul patut dikenakan hukuman yang setimpal.
Ahli Dewan Rakyat dari Kelantan, Ibrahim Ali: "Tindakan Sultan Johor seolah - olah negeri itu terpisah daripada negara ini dan ianhya sebuah negara lain.
Jika pindaan perlembagaan tidak dilakukan, dikhuatiri Raja akan terbabit dengan pelbagai skendal dan menyebabkan rakyat tidak menghormati mereka."
Dalam halaman 103 - 106, buku tersebut kita para pemimpin UMNO Selangor brkrisis dengan Sultan negeri tersebut. Pihak kerajaan Selangor (UMNO) menggelarkan orang - orang Cina di belakang Sultan itu sebagai 'kapitan - kapitan Cina'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment