BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
Monday, April 9, 2012
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
WAKIL RAKYAT KUALA NERANG
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim kecewa kerana ada pihak mendahului keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat.
Katanya, ada pihak mendakwa beliau sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, malah ada ura-ura mengatakan tempatnya akan diambil alih Adun Angkat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya tidak terabai.
Syed Sobri ketika ditemui menegaskan, beliau masih Adun Kuala Nerang selagi Jabatan Insolvensi belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung status muflisnya itu.
...........................
Jika mengkut anan mematuhi mahkamah, menjatuhkan keputusan,wakil rakyat Syed Sobri bin Syed Hasihim muflis, maka, muflis itu terus menghapuskan kedudukan seseorang, hilang kemuliaan. Pada zaman penjajah Inggeris dahulu, orang yang mufli tidak diboleh makai kasut dan memakai pakaian baik dan elok. Ertinya kena berkaki ayam.
Keputusan tidak berada di tangan Suruhanjaya Pilihan Raya, sebaliknya SPR kena ikut keputusan mahkamah.
Saya pernah melihat seorang peniaga, orang Melayu, dia tidak tahu dirinya muflis. Dia hendak ke luar negara, sebaik - baiki tiba di pintu kieluar, ke kepala tebang, di lapangan terbang, dia ditahan oleh beberapa orang pegawai imegresen. Tidak boleh ke luar negara, kerana dia muflis.
Ada pula Sultan di negeri di Malaysia, apabila seseorang muflis, maka, gelaran 'Dato' - Datuk, dilucutkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment