BERITA YANG TIDAK DISIAR MEDIA
Wednesday, April 11, 2012
BERITA YANG TIDAK DISIAR MEDIA
DATO' HARUN IDRIS
1- Dato' Harun Idris, Menteri Besar Selangor, seorang menteri besar yang paling baik dan membela rakyat Melayu, menolong rakyat Cina dan India, tetapi dia dikhianat oleh rakan seperjuangannya sendiri, hingga beliau jatuh ke bawa.
Satu cara menolong orang Melayu, kawasan tanah Kerajaan Sekangor dari Dato' Keramat hingga ke kawasan depan Zoo Negara, Ulu Kelang, diarahkan PKNS membina permuhan untuk orang Melayu - rumah terses berharga RM45,000 lebih kuranf. Sekarang selkuruh kawasan tersebut padat dengan orang Melayu.
Sebelum itu, beberapa orang besar UMNO Selangor telong menyokong beberapa buah syarikat pemaju prumahan milik orang Cina, untuk membina perumahan dan banguna komersial untuk semua bangsa. Sokongan mereka telah dijanjikan habuan; kalau berjaya mereka akan menjadi orang - orang kaya raya dan kaya ria.
Rakan - Rakan tersebut menjalankan berbagai ikhtiar untuk mnenjatuhkan Dato' Harun, dan yang terpilik, ialah projek tindu Muhammad Ali.
Orang - orang Melayu Selangor yang telah mendapat pertolongan Dato' Harun, henhdaknya menghadiahkan al fatihah kepada Allahyarham.
BUKU DANB WARTAWAN LIPAS
2 - Kerana buku yang saya tulis, 'Siapa Bakal Menteri Besar Perak Akan Datang' dan tulisan - tulisan saya dalam surat khabar, dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, Tuan Hussein Onn telah menggelarkanb saya, dengan mengguna bahasa Inggeris, 'wartawan lipas'.
Buku tersebut mengenai Mentreri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi dan bberapa perkara yang saya kritik, kerana tidak saksama kepada rakyat jelata.
Setelah bertemu saya, pada esoknya, Hussein Onn memberhentgikan Ghazali Jawi dari memegang jawatan Menteri Besar Perak. Tetapi beliau membenarkan Ghazali Jawi istiharkan dia meletak jawatan dan tidakdiberhentikan.
Ramai para pembaca buku saya itu membuat anggapan ' Ghazali Jawi diberhentgikan kerana buku saya' itu.
TOK JANGGUT
3 -Tok Janggut pemimpin Pergerakan Patani dan 4 wilayah selatan Thailand.
Pada tahun 1960 - an, Penolong OCPD Grik, Hulku Perak, ASP, Faizol bin Uda Sohor (orang Kuala Kangsar), membawa saya bertemu dengan seorang rakannya, di sebuah kampung, di Grik, pada satu malam.
Kami memakai kupiah putih (ketayap) dan menumpang sebuah kereta penduduk di sana.
Faizol: Dia To' Janggut, ketua pejuang pembebasan 4 wilayah selatan Thailand.
To' Janggut berkata: "Kami berjuang ni, bukan duk lawan keghjaan Malaysia, lawan oghang Melayu , kami tuntut hak negeghi kami tapi keghajaan sana tu (Malaysia) sokong Siam tu ."
Pada waktu tiba di rest house Grik, ASP Faizol berkata: ...U jangan siar, mati I ..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment