KULIAH AL QURAN DAN AL HADIS
RUMAH IBADAT
Sesungguhnya rumah ibadat yang awal di dunia ini unjtuk umat manusia (beribadat kepada Allah) ialah Baitullah yng di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk - hidayat - bagi umat manusia.
Di sana ada tanda - tanda keterangan yang nayata (yang menunjukkan kemuliaan Allah, di antaranya, ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya (dalam masjid Haram tempat terletak Kaabah dan Maqam Nabi Ibrahim), aman tenteramlah dia* (hati serabu hilang, stres melayang dan menjdi orang sabar dan berfikiran tenteram). Dan Allah mewajibkan umat manusia mengerjakan ibdagt haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan ibadat haji itu), maka, sesungguhnya, Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari semua makhluk seluruh alam ini .
- Ali Imran:96,97.
* Untuk beribadat di sana, hendaklah dengan wang halal. Allah
tidak menerima ibadat seseorang hambanya yang menggunakan
dengan menggunakan wang dari sumber haram. Di antaranya:
1 - Hasil perzinaan dan pelacuran.
2 - Hasil dari usaha atau lakonan yang hampir dengan zina, seperti
berpeluk lelaki dan permpuan yang sah nikah, lakonan
memujja syaitan dan amalan sihir
3 - Hasil dari dedah aurat dalam lakonan dan sebagainya, 4 -
Hasil rasuah, 5 - Banyak lagi.
ILMU NUJUM
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi amaran kepda umat manusia: Sesiapa yang mengambiil (dan menuntut) sesuatu ilmu dari (ilmu) , nujum, maka, bererti dia mengabil sebahagian dari ilmu sihir, maka akan selalu bertambah sebanyak ia menambah (ertinya sosa mendua atau menyengutukan Allah. Dosanya bertambah - tambah dan dia menjadi kafir).*
- Perawi: Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah.
* Termasuk amalan isteri mengambil ilmu dari orng sihir untuk
mengetahui rahsia suaminya, menjadikan suamjinya mengikut
telunjuknya dan sebagainya.
Elok diperhatikan; suami atau isteri yang telah kufur atau
menjadi kafir kerana perbuatannya, maka, dia tercerai - tertalak
- dari sterinya atau suaminya.
No comments:
Post a Comment