Tuesday, April 24, 2012




KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                      MANUSIA

Apakah manusia tidak memerhatikan (berfikir), bahawa Kami (Allah) menciptakannya dari setitik air (mani), tiba - tiba dia menjadi penentang yang nyata.*
Dan dia (mnanusia) membuat perumpamaan bagi Kami (Allah), dan dia lupa kepada kejadiannya; dia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang temulang yang telah hancur?"
Katakan (MUhammad s.a.w.): "Ia (tulang temulang yang hancur) akan dihidupkanh oleh Allah yang menciptakannya pada kali yang pertama. Dan Dia (Allah).' Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 
- Uasasin (Hai umat manusia)"77,78.

*  Manusia yang menentang Allah, jika dia orang kafir, maka, dia musuh Allah dan tempat trakhirnya dalam neraka. Jika manusia itu beragama Islam dan ada pengetahuan tentang Islam, dia menentang Allah, maka dia menjadi orang kafir atau orang yanbg murtad.
Menentang Allah, ialah menentang kewujudannya, kekeuasaannya, keasaannya dan mengakui seperti orang Yahudi yakin, bahawa Anak Allah itu Uzair dan orang Kristian yakin, bahawa Nabi Isa al Masih itu anak Allah.Sesiapa yang yakin Allah ada anak, maka, dia menjadi kafir.
Manusia boleh tgergelincir kepada kekafiran, jika dia melakukan segala yang ditegah atau dilarang Allah, seperti mengumpat manusia, menyebarkan rahsia buruk manusi, mengadakan cerita rekan untuk menghina manusia, menuduh manusia brziana dan meliwat, menolak hukum atau hukum Allah dalam Quran dan sebagainya. Sekadarkah Allah yang Maha tahu 'kafir' orang itu seberat mana dan sebesar mana.
 Telkah menjadi kebiasaan orang - orang yang bergiat dalam organisasi politik dan para penyokong dan 'balaci' mereka, sering melakukan segala macam menantang Allah, seperti meburukkan orang lain  dan menidakkan kebolehan orang lain, kononnya mereka sahajalah yang lebih pandai dan lebih mampu melakukan segalanya.


                   JAWATAN DALAM PEMERINTAHAN

Abu Musa radhiallahu anhu telah berkata: "Saya bersama dua orang dari kaum saya datang mengadap Rasul Allah, Muhammad s.a.w.: Yang seorang berkata: "Ya Rasul Allah, angkatlah kami untu jabatan pemerintahan.". Dan yang seorang lagi mengucapkan perkataan seperti orang yang awal itu juga. Rasul Allah, Muhmmad s.a.w. memberitahu mereka dengan tegas: Sesungguhnya kami tidak untuk itu (dari) orang - orang yang memintanya dan tidak juga orang - orang yang sangat mengharapkannya."*

* Jawatan dalam pemerintahan ini, bukan untu jadi pegawai dan kaki tangan pemerintah, tetapi untuk duduk dalam majlis syura atau majlis mesyuarat pemerintah. Sekarang adalah Parlimen - Dewan Rakyat, Dewan Sanat, Dewan Negeri dan lain.
Orang yang meminta demikian kepada ketua atau presiden sesebuah pemerintah, kerajaan atau organisasi politik, adalah berlawanan dengan konsep Islam yang dibawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. , dan mereka tidak boleh dipercayai akan beramanah kepada negara dan rakyat jelata.
Sekarang, dekat pilihan raya umum ke - 13, ramailah individu yang memohon untuk menjadi calon parti bertanding dalam pilihan raya
bagi kawasan Dewan Negeri dan Dewan Rakyat.

No comments: