Saturday, April 7, 2012





MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS




                      MASUK SYURGA


Orang - orang yang beriman, lelaki dan pempuan, sesetengahnya menjadi penolong  bagi sesetengah yang lain; mereka menyuruh melakukan - amalkan -  kebaikan dan melarang dari melakukan - amalkan - kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya (Muhammad s.a.w.). Mereka itu akan dikurniakan rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Allah menjanjikan (kepada) orang - orang yang beriman, lelaki dan perempuan (akan dimasukkan ke dalam) syurga - syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai; mereka kekal di dalamnya  dan beroleh tempat - tempat yang baik di dalam syurga 'Adn' serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
 - at Taubah/ al Bara'ah:71,72. 


                       ALLAH BENCI ORNG BEGINI



Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi maklumat:


Sesungguhnya, Allah membenci kepada seseorang (siapa sahaja, tidak kira dia orang alim, raja, perdana menteri, menteri atau lain) yang berlebih -n lebihan dalam cara mengeluarkan percakapan - termasuk dalam ucapan atau syarahan - dari lelaki dan perempuan yang mencela - mencela, iaitu mempermainkan - lidah, sebagaimana lembu pada waktu mencela - cela, iaitu mempermainkan lidahnya.
 - Perawi: At Tarmizi

No comments: