Monday, April 2, 2012
DALAM SURAT KHABAR 'SINAR HARIAN' , PADA HARI INI.
PEGAWAI POLIS TURUT CULIK?
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sembilan suspek berumur antara 26 dan 48 tahun itu ditahan di Kajang dan Rawang semalam sebaik mangsa dibebaskan pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pegawai polis berusia 43 tahun itu, yang mempunyai rekod jenayah lampau telah digantung kerja sejak tahun 2010, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Saya yang sepanjang hayat bekerja sebagai wartawan, maka ramai para pegawai dan anggota polis menjadi rakan saya. Mereka itu membantu saya untuk mendapatkan sumber, pakta dan segala yang berhubungan dengan tanggungjawab polis.
Pada tahun 1960 - an, saya rapat dengan pgawai polis, Penolong OCPD Grik, Hulu Perak, Encik Faizul bin Usa Sohor (orang Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar),katanya: "Ada di antara pegawai polis bekerjasama dengan penjenaya, terutama dengan penyamun atau perompak. Deme tu ada untuk kalau peropak dapat hasil rompakan."
"Kala rompak barang kemas, deme dapat 35%, kalau rompak bank, deme dapat 40%, kalau riompa kerta, deme dapat 35%, macam - macam lagile ...,"katanya lagi.
"Susah, dalam polis ni. yang jujur dan amanah tu OKle, yang tak jujur, macam - macam deme tu buat, lindung pelacor, lindung orang berjudi ..., kebanyakan pegawai polis jadi mangsa, disebabkan orang bawahan deme, seperti kipral, mata gelap ..., deme ambil rasuah dari taukeh judi, penyamun, deme kata pegfawai yang nak, tapi deme yang kebas," ASP Faizol bin Uda Sohor mengakhir pecakapannya.
Mungkinkan sekqarang ini pun masih ada belaku seperti yang dikatakan oleh ASP Faizol bin Uda Sohor itu?
Elok benarkan Ketua Polis Negara melakukan sesuatu reformasi dan tindakan tegas.
Bersih pihak polis, maka bersihlan negara. Polis boleh mengaman, maka amanlah negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment