Tuesday, April 24, 2012


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini


                                   TENGKU ADNAN:
UMNO - BN AKAN REBUT KEDAH DAN SELANGOR

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan SU Agung UMNO, Dato' Sri Tengku Adnan Tengkiu Mansor. Di mana - mana memang ramai orang menyokong UMNO - BN.Harapan UMNO - BN merampas kembali Kedah dan Selangor amat bersar kemungkinannya.
Saya menilik akan dua perkara yang memberi jamian UMNO - BN akan mencapai kemenangan di dua negeri tersebut, iaitu: 
1 - Kerana UMNO - BN melalui kerajaan teloah mengeluarkan wang terlalu banayak untuk rakyat, sehingga bagaikan sebagai daun getah luruh pada musim gugur,
 2 - Kerana Presiden UMNO merangkap PM, Dato' Seri Najib Razak bercakap terlalu banyak, kuasa dan diterima oleh semua rakyat,
3 - Di mana sahaja pemimpin tertinggi UMNO datang, rakyat terlalu ramai yang datang. Misalnya datang ke Puolau Pinang, rakyat dari Johor punj datang, datang ke Johor, rakyat dari Perolis punj datang.
Apabila saya meninjau kepada sedikit dari orang ramai yang berjalan menarik selipar Jepun, hisap rokok daun nipah dan 'makan sambal telunjuuk berdiri' , maka, saya yakin dengan cakap -cakap mereka, iaitu "Kami mahukan perubahan, kerana UMNO sangat lama memerintah, Insya Alalaha Tuhan tolong hajat kami."
Bila mereka menyebut Tuhan tolong, maka, saya jadi sedikit lemah akan yakin saya yang UMNO - BN akan dapat dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Kemunkinan, jika Allah menolong parti - parti pembangkan, Negeri Perak akan terlepas darti UMNO - BN pada pilihan raya ke - 13 nanti.
Pulau Pinang amat sukar untuk direbut oleh GERAKAN - BN, kerana rakyat di sana telah mengenali 'erti keadilan dan sama rata' dalam dunia politik antarabangsa. 
Percayalah, politik laksana candu, ada yang menghisapnya mabukjadinya dan ada juga yang menghisapnya tidak mabuk.

No comments: