Sunday, April 29, 2012

BERSIH

Allah Maha Bersih.Semua manusia mesti bersih:
1 - Dirinya bahagian luaran.
2 - Hati , jiwa dan semangatnya.
3 - Budi pekertinya.
4 - Perecakapan atau tutur katanya dan tulisan.
5 - Kuasa di tangannya.
6 - Yang dikuasa di tangan.
7 - Yang semua yang dikuasa.
8 - Unang - undang.
9 - Keadilan.
10 - Kemanusiaam.
11 - Allah atau ke Tuhanan.

Kalau Pemerintah atau krajaan tidak bersih, maka, semua rakyat jadi tidak bersih. Rakyat akan bangun untu jadi tukang - tukan membersihkan yang tidak bersiah.

Saturday, April 28, 2012


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

MUSTAPA MOHAMED DAN NIK AZIZ


Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan ahli parti itu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 disifatkan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.

Katanya, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat.

-------------------------------------------
Saya tidak nampak dan tidak fikir, bahawa seruan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz cuba menggalakkan pemberontaka atau menghasut orang ramai.Bersih bukanlah bertujuan memberuntak atau menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah Yang Dipoertuan Agong, tetapi, hanya mahu membersihkan keadaan ayang buruk dalam kerajaan pimpinan UMNO dan BN.
Saya, fikira yang boleh dikatakan menghasut rakyat, ialah seruan oleh beberapa orang utama dalam UMNO dan BN, supaya rakyat tidak mengunjdi calon- calon parti - pearti pembangkang dalam pilihan raya umum ke - 13.
Pilihan raya dihalallan oleh perlembagaan dan parti - parti pembangkan pun begiu juga. Menghasut orang ramai supaya tidak mengundi calon pembangkan adalah salah di segi perlembagaan dan undang - undang.
Dato' Mustapa boleh mencari publisiti dalam dunia moden ini, tetapi, janganlah hingga menjadiukan rakyatn keliru.



KULLIAYAH AL QURAN DAN AL HADIS



                BERSIH

Kami (Allah) berfirman kepadnya - Nabi Musa alaihis salam -: Jangan engkau takut (wahai Musa, tatkala Nabu Musa dan para pembantunya, Nabi Harun dan lain melakukan 'besih' atas kezaliman Maharaja Firaun, di Masir)! Sesungguhnya engkaulah paling tinggi menbgatasi mereka dengan kemenangan.
 -Taha:68

* Ajaran Allah kepada Nabi Musa alaihis salam ini boleh dicontohi
   oleh mnereka yang melakukan ' bersih". Menguabah yang tidak
   baik dalam pemerintah atau kerajaan adalah menjadi
    tanggungjawab rakyat jelata.

                               AIR

Rasul Allah, Muhammad memberi amaran:

Kekelebihan air tidak boleh dijual. - Perawi: Imam Muslim.

* Sekarang air zamzam dijual di mana - mana di negara kita,
DI MANA SYURGA

Lailaha illallah,

Illallah,

Allah.

“ Di mana syurga?”

Bertanya sang cendekiawan bodoh.

Madah rakan setianya:

“Syurga ada, ibadatlah!

Kepada Allah Maha Kuasa,

Janji tidak dipunggah,

di sana ada surga.”

“Puas ibadatku di sini,

lenguh tulang temulang,

loya entah apa menerjahku,

hanya betu, tugu Al Masih,

dalam hatiku,” cendekiwan Melayu.


Wajahnya hodoh,

Hatinya bebal sungguh,

Kosong pengetahuan Allah,

Cendekiawan bodoh,

Dia manusia bodoh.


                            Mokhtar Petah

Friday, April 27, 2012



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


                                    PAS AKAN TAWAN PERLI?

 Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri bekerja keras bagi menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS akan menawan Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang menyifatkan kenyataan Azizan itu sebagai "lawak politik" berkata bagi beliau, kenyataan Azizan itu boleh menjadi sebaliknya, dengan BN menawan kembali Kedah yang kini nampak terserlah sokongan rakyat di negeri tersebut kepada BN, dan akan terus kekal memerintah Perlis.

-----------------------
Saya telah beberapa kali melawat ke beberapa kawasan di Perlis, dan hingga ke Padang Besar. Keadaan negeri itu kelihatan mundur. Jambatan dalam kawasan Padang Besar, pada masa saya melawat ke sana, masih macam tukun dalam laut.
Pandangan Menteri Besar Kedah itu, tentulah bukan 'lawak politik', tetapi satu 'amaran politik', kerana Negeri Perlis yang diperintah oleh UMNO - BN itu, terdapat dalam UMNO ada pegisiran, seperti orang menyimpan bidul pada daging punggung.
Mengapa kalangan UMNO di sana tidsak bersatu,macam ada kiblat berlainan. Dato' Shahidan Kasim dengan juak - juaknya dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dngan juak - juaknya.
Saya berpendapat, kalau kalangan UMNO tidak bersatu menghdapi pilihan raya umum ke - 13, mungkin Jun ini, ada kemungkinan besar PAS akan merampas negeri Indera Kayangan itu dari UMNO - BN.













PANTUN JUMAAT

Telaga dalam bertambah dalam,
Hujan di huma belum teduh;
Jika Islam belajarlah Islam,
Jangan tua jadi bodoh.

Rumpun buluh dibuat pagar,
Senang burung buat sarang;
Walaupun tubuh kurang ajar,
Jangan hidup susahkan orang.





KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                       SESAT JALAN

Tidakkah kamu (Muhammad s.a.w.) perhatikan, orang - orang yang diberi sebahagian dari kitab (ketua - ketua agama Yahudi *yang telah mengetahui kebenaran Nabi Muhmmad s.a.w. dan agama Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kitab Taurat) mereka memilih kesesatan (dengan mengenpikan petunjuk Allah dalam Taurat), dan mereka juga berhajat supaya kaklian juga  sesat jalan.
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh - musuh kalian. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebgai Penolong.
 an Nisaa:44,45.

* Umat Yahudi mengamal dan melaksanakan Kapitalisme seluruh
   dunia.Mereka mempengaruhi umat manusia yang bernaung di
   bawah sistem nasionalisme yang amat nipis mengikuti hukum -
   hukum Allah dalam Quran.Bahkan menolak beberapa hukum
   dalam kitab suci tersebut., iaitu dengan kemewahan hidup.
   Dengan demikian umat manusia menjadi berpecah belah dan
   menolak sebarang amalan, terutama siasatul islamiyah (politik
   Islsudahan umat di bwah pengaruh mereka, sepanajang hidup
   menjadi hamba mereka. Walaupun negara merdeka, tetapi
   fikiran dan semangat mereka sama dengan fikiran dan semangat
   hamba.


                      BUANG DURI ATAS JALAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mengajar umat manusia berbudi bahasa:

Pada satu ketika - waktu - ada orang berjalan atas jalan orang ramai, dia melihat duri (atau sebarang benda bahaya), lalu dibuangkannya. Allah mengurniakan kepdanya pahala dan keampunan. 
- Perawi:Abu Hurairah.

Thursday, April 26, 2012





KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                    PEMIMPIN

... Pada satu hari Allah mengumpulan mereka semuanya, firmanNya: Hari para jin; sesungguhnya kalian telah banyak menyesatkan manusia. Dan kawan - kawan mreka dari golongan manusia menjawab: Wahai Tuhan kami, sebahagian kai telah merasa senang dengan yang lain, dan kami telah sampai kepada  suatu yang  Engkau telah tentukan untuk kami. Allah berfirman: Neraka itulah tempat tinggal kalian, kalian tetap tinggal di sana, kecuali jika Allah menghendakinya. Sesunggtuhnya Tauhan kalaian Maha Bijak dan Maha mengetahu.
Dan begitulah, sebahagian orang - orang bersalah itu Kami (Allah) jadikan pemimpina bagi yang lain, disebabkan apa yang mereka usahakan. -al Ana'am:128, 129.



                                      SUMPAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: 
Sumpah (dalam perniagaan) itu bermanfaat menjadikan barang dagangan ( laku atau laris), tetapi menghapuskan berkat keuntungan. 
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim

Wednesday, April 25, 2012






PENDAPAT ORANG TUA - TUA BERPOLITIK

a - Orang politik - politikus - tidak ada pengetahuan politik,
     keadaannya macam burung kakak tua yang dirantai sebelah
     kakinya.Bunyinya kuat - meraung - , tetapi kosong.
b - Orang politik kapitalis sahaja, sampai tua jadi kuli atau hamba.
c - Orang politik kapitalis, laksana menahan lokah dipergentingan.
d - Orang politik sosialis, hak orang hak kita , hak kita hak kita.
e - Orang politik kominis, laksana tekukur makan di tangan.
f - Orang politik bedasarkan Islam, hidup berkebajikan, beriman,
     mati dalam reda Tuhan, syurga tempat akhirnya.


Berita dalam 'sinar Harian', pada hari ini.


            AHLI PARLIMEN NUR IZZAH


Dalam mana - mana negara maju, semua rakyatnya berpelajaran mengenag dan tinggi, bijaksana, wakail - wakil rakyat - Ahli Dewan Rakyat atau Perlimen, Dewan Sanat, ahli Dewan Undangan Negeri tidak 'mesti' membantu rakyat angkut tiang, angkat rumah buruk, melawah pari atau longkangt najis, tali air sawah dan berbagai jenis seperti kuli sekupang.
Maka, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar , lebih baik dia bertanding di kawasan yang dia menjadi wakil sekarang ini, kerana sebilangan besar pengundi amat faham akan petahuannya, politiknya, kerja baik dan ikhlasanya dan kewibawaan.
Di negara kita ini, krana lebih ramai rakyat yang berpelajaran rendah dan tgidak faham politik, tetapi berpolitik, maka, wakail - wakil rakyat berkedaan menjadi 'babu moden'; nbantu orang ramai angkat tiang rumah, melawat kumbahan najhi, lihat rumah retak  atau bocor dan kadang - kasang saya ketawa sendirian.
Wakail rakyat adalah orang yang membawa apa - apa fikiran, kehendak dan harapan rakyat ke Parlimen dan Dewan Undangan negeri. Dalam dwewan - dewan itu mereka bercakap seperti orang bijak. Pada mawaktu malam banyak membuat home work, melakukan penyeklidikan dalam kawasan mereka dan menolak dari amalan palsu, iaitu 'menyapu sampah ke bawah permaidani'.
Setahu saya puteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, tidak berniaga kayu balak, tidak berniaga lembu dan tidak berniaga kosmetik, maka, usaha dan perjuangannya sesuai dengan seorang yang berjuang kerana negara, tanah air dan bangsa Malaysia.
Saya tidak terbayang, orang lain dari parti lain akan dapat mencapai kemenangan dalam kawasan tersebut, kerana kawasan itu lebih ramai orang bijak pandai daripada orang yang berpelajaran sekolah rendah dan buta huruf.
Berjuanglah, insya Allah, Allah menolong orang yang jujur dan berjuang keraNya.


PANTUN RABU

          YANG MANA KAFIR DAN MURTAD

Reda bah dalam benua,
Bungkal karam diselam jua;
Ada sembah batu di gua,
Halal haram ditelan semua.

Gulai lekir dari Mentakab
Dimakan  janda pengganas di rimba;
 Ramai kafir ahli kitab,
Ditelan segala apa yang ada.

Bertolak ke Mekah sema rakan,
Makan jagung diberi kawan;
Tolak Allah ketepikan Quran,
Saitan jerangkung jadi kawan.

Kayu  ranting dijadi joran,
Di olak sana tukun terbelah;
Melayu yakin pada Quran,
Tolak semua hukum Allah.
Bilal  melaram  tanpa serban,
Suaranya  basah sedih pilu;
Halal haram semua ditelan,
Tegahan Allah diamal selalu.




KULLIAY AL QURAN DAN AL HADIS


                      JANGAN INGKAR KEPADA ALLAH


Sesungguhnya, manusia itu sangat ikngkar kepada Allah dan tidak bersyukur (bererima kasih).
dan sesaungguhnya manusia itu menyaksi (sedar atau tahu) keingkarannya.* 
- al aadiyat:6,7.

* Jika kita berfikir dan timbang menimbang akan diri kita sendiri, 
   maka, kita adalah manusia yang mengetahui akan amalan kita yanhg salah, seperti:
1 - Mengumpat dan menuduhkan orang lain jahat dan sebagainya, 
2 - Menggap orang lain tidak tahu apa - apa dan kita sahaya yang 
     mengetahui segala, 
3 - Melakukan tipu daya dalam jabatan kerajaan atau swasta,
5 - Zalim atau menganiaya manusia,
6 - Makan riba atau membantu melakukanhnya, 
6 - Beberapa kesalahan dan kejahatan yang lain.
Tetapi, kita melakukan juga amalan ingkar itu, disebabkan mengikut hawa nafsu untuk berkuasa, hidup mewah, rasa bahagia, rasa menang dari orang lain dan rasa diri sendiri sahaja yang paling bai dan palinhg mulia.
Orang - orang begini, walaupun bragama Islam, tetapi pegangannya terhadap agama Islam, hanya seperti orang menambat perahu dalam sungai dengan tali dari kulit pelepah keladi cuma.

                      BARANG YANG HILANG

Rasul Allah, Muhammads.a.w. memaklumkan:

Tidak ( atau jangan) menyimpan barang (milik orang lain) yang hilang, melainkan orang yang sesat (tidak faham hukum dalam agama atau memang malawan hukumn) selama dia tidak mengumumkan.*
 - Perawi: Imam Ahmad dan Imam Muslim.*
* Sesiapa terjumpa barang kemas dan lain ata wang, di mana - 
   mana, atidak boleh menyimpannya. Hendaklah segera 
   mengumumkan kepada orang ramai dalam masjid atau membuat 
   laporan ke balai polis.
Sesiapa terjumpa wang (walau sepuluh sen) jangan digunakan unhtuk membelu makanan dan membeli sesuatu untuk diri sendiri. Perbuatan tersebut akan menyebabkan dia menjadi 'sial' atau akan mengalami sesuatu yang tidak baik.
Ada tiga orang, pada 1050 -an dan 80 -an yang saya sendiri mengetahui: 1 - Dia terjumpa wang atas jalan sebanyak seringgit, dibelanjakan, tiga hariu memudian, dia sakit perut, kembung dan akhirnya mati. 2 - Dia terjumpa wang seringgtit atas jalan raya, diambikla wang itu dan dibelanjankan untuk membeli minuman, besoknya dia disamun setelah menerima wang gaji. Dia kehilangan  380 ringgit. 3 - Dia terjumpa wang,  lebin lima pulun ringgit, atas kaki lima. Wang itu dibelanjakan. Seminggu kemudian rumahnya terbakar sama sekali. Dia dan isteri serta dua anaknya tinggal hanya kain di pinggang.

Tuesday, April 24, 2012





HUKUM

Dalam Quran, sesiapa yang menuduh atau apa apa cara terhadap seseorang melakukan zina, tetapi tidak ada empat saksi, maka, dia dikenakan hukumam 80 sebatan, iaitu 20% kurang dari kesalahan berzina.
Orang yang mrenuduh seseorang melilwat tanpa saksi dan bukti yang sah, maka, dia patut dihukum lebih 80 sebat, atau dibunuh igtu pertimbangan para ulama.
Saya yakin orang demikian tidak tempatnya di syurga. Muktamad di syurga. Allah tidak ampun kerana yang kena tuduh dan kena malu tidak mengampunya.
Minta mana - mana mufti memberi fatwa.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini


                                   TENGKU ADNAN:
UMNO - BN AKAN REBUT KEDAH DAN SELANGOR

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan SU Agung UMNO, Dato' Sri Tengku Adnan Tengkiu Mansor. Di mana - mana memang ramai orang menyokong UMNO - BN.Harapan UMNO - BN merampas kembali Kedah dan Selangor amat bersar kemungkinannya.
Saya menilik akan dua perkara yang memberi jamian UMNO - BN akan mencapai kemenangan di dua negeri tersebut, iaitu: 
1 - Kerana UMNO - BN melalui kerajaan teloah mengeluarkan wang terlalu banayak untuk rakyat, sehingga bagaikan sebagai daun getah luruh pada musim gugur,
 2 - Kerana Presiden UMNO merangkap PM, Dato' Seri Najib Razak bercakap terlalu banyak, kuasa dan diterima oleh semua rakyat,
3 - Di mana sahaja pemimpin tertinggi UMNO datang, rakyat terlalu ramai yang datang. Misalnya datang ke Puolau Pinang, rakyat dari Johor punj datang, datang ke Johor, rakyat dari Perolis punj datang.
Apabila saya meninjau kepada sedikit dari orang ramai yang berjalan menarik selipar Jepun, hisap rokok daun nipah dan 'makan sambal telunjuuk berdiri' , maka, saya yakin dengan cakap -cakap mereka, iaitu "Kami mahukan perubahan, kerana UMNO sangat lama memerintah, Insya Alalaha Tuhan tolong hajat kami."
Bila mereka menyebut Tuhan tolong, maka, saya jadi sedikit lemah akan yakin saya yang UMNO - BN akan dapat dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Kemunkinan, jika Allah menolong parti - parti pembangkan, Negeri Perak akan terlepas darti UMNO - BN pada pilihan raya ke - 13 nanti.
Pulau Pinang amat sukar untuk direbut oleh GERAKAN - BN, kerana rakyat di sana telah mengenali 'erti keadilan dan sama rata' dalam dunia politik antarabangsa. 
Percayalah, politik laksana candu, ada yang menghisapnya mabukjadinya dan ada juga yang menghisapnya tidak mabuk.


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini


DATUK SERI SHAFIE AFDAL

Kalau tidaksilap saya,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafia Afdal yang kiuat dalam UMNO dan bagi kebanyakan orang Sabah, telah meramalkan akan menjadi Ketua Menteri Sabah, pernah juga ikut serta rakan- rakanya mengatakan sesuatu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Allah Maha Kuasa,' Dia menlong siapoa sahaja yang Dia mahu dan menjatuhkan siapa sahaja yang Dia mahu' . Saya tidak percahaya sebagai begitu terok Datuk Shafie dengan artis berkenaan. Tetapi hakikatnya, beliau telah menerima juga sebagai mana apa yang duiperkatakan tentang Anwar Ibrahim.
Percayalah, setinggi mana seseorang itu duduk dan semasyhur mana nama seseorang itu, dia tidak dapat lagi dari 'kata nesta orang' dan walau bagaiman besar dan kuat kekuasaan seseorang, dia tidak dapat lari dari hukum ataun kuasa Allah.
Saya berdoa, moga - moda pemimpin dari Sabah itu ditolonga Allah.



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                      MANUSIA

Apakah manusia tidak memerhatikan (berfikir), bahawa Kami (Allah) menciptakannya dari setitik air (mani), tiba - tiba dia menjadi penentang yang nyata.*
Dan dia (mnanusia) membuat perumpamaan bagi Kami (Allah), dan dia lupa kepada kejadiannya; dia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang temulang yang telah hancur?"
Katakan (MUhammad s.a.w.): "Ia (tulang temulang yang hancur) akan dihidupkanh oleh Allah yang menciptakannya pada kali yang pertama. Dan Dia (Allah).' Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 
- Uasasin (Hai umat manusia)"77,78.

*  Manusia yang menentang Allah, jika dia orang kafir, maka, dia musuh Allah dan tempat trakhirnya dalam neraka. Jika manusia itu beragama Islam dan ada pengetahuan tentang Islam, dia menentang Allah, maka dia menjadi orang kafir atau orang yanbg murtad.
Menentang Allah, ialah menentang kewujudannya, kekeuasaannya, keasaannya dan mengakui seperti orang Yahudi yakin, bahawa Anak Allah itu Uzair dan orang Kristian yakin, bahawa Nabi Isa al Masih itu anak Allah.Sesiapa yang yakin Allah ada anak, maka, dia menjadi kafir.
Manusia boleh tgergelincir kepada kekafiran, jika dia melakukan segala yang ditegah atau dilarang Allah, seperti mengumpat manusia, menyebarkan rahsia buruk manusi, mengadakan cerita rekan untuk menghina manusia, menuduh manusia brziana dan meliwat, menolak hukum atau hukum Allah dalam Quran dan sebagainya. Sekadarkah Allah yang Maha tahu 'kafir' orang itu seberat mana dan sebesar mana.
 Telkah menjadi kebiasaan orang - orang yang bergiat dalam organisasi politik dan para penyokong dan 'balaci' mereka, sering melakukan segala macam menantang Allah, seperti meburukkan orang lain  dan menidakkan kebolehan orang lain, kononnya mereka sahajalah yang lebih pandai dan lebih mampu melakukan segalanya.


                   JAWATAN DALAM PEMERINTAHAN

Abu Musa radhiallahu anhu telah berkata: "Saya bersama dua orang dari kaum saya datang mengadap Rasul Allah, Muhammad s.a.w.: Yang seorang berkata: "Ya Rasul Allah, angkatlah kami untu jabatan pemerintahan.". Dan yang seorang lagi mengucapkan perkataan seperti orang yang awal itu juga. Rasul Allah, Muhmmad s.a.w. memberitahu mereka dengan tegas: Sesungguhnya kami tidak untuk itu (dari) orang - orang yang memintanya dan tidak juga orang - orang yang sangat mengharapkannya."*

* Jawatan dalam pemerintahan ini, bukan untu jadi pegawai dan kaki tangan pemerintah, tetapi untuk duduk dalam majlis syura atau majlis mesyuarat pemerintah. Sekarang adalah Parlimen - Dewan Rakyat, Dewan Sanat, Dewan Negeri dan lain.
Orang yang meminta demikian kepada ketua atau presiden sesebuah pemerintah, kerajaan atau organisasi politik, adalah berlawanan dengan konsep Islam yang dibawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. , dan mereka tidak boleh dipercayai akan beramanah kepada negara dan rakyat jelata.
Sekarang, dekat pilihan raya umum ke - 13, ramailah individu yang memohon untuk menjadi calon parti bertanding dalam pilihan raya
bagi kawasan Dewan Negeri dan Dewan Rakyat.

Monday, April 23, 2012



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

DATUK SERI SHAFIE AFDAL

Demikianlah Datuk Seri Shafie Afdal, orang - orfang yang berjuang kerana negara, bangsa dan agama Islam, sentiasa diburuk -buruk, ditohmah dan brbagai - bagai keburukan oleh musuh - musuh politik atau musuh peribadi.Perkara ini sama ada benar atau tidak, tidak siapa yang mengetahui, hanaya Allah dan dua orang yang dijadikan pelakon dalam kisah buruk.
Semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, ada - ada sahaja para politikus, sama ada dari UMNO dan parti - parti lain termsuk parti pembangkang.
Sesiapa yang lemah dengan tohmahan deikian, dia akan lumpuh dalam perjuangan dan sesiapa yang kuat dan mnendapat pertolongan Allah dia tidak lemah dan tidak lumpuh.
Datuk Seri Shafie Afdal diburukkan kerana bercinta dengan artis cantik, tetapi tidak dikatakab berzina, hanya dikatakan menghadiahkan wang yang banyak.Tetapi, kalau kita timbang dengan adil dan fikiran yang waras, bagaimana beratnya bekas Timbalan Perdana Menteri negara ini dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diburukkan melakjukan liwat; hingga beberapa orang pegawai polis mengusung tilam, beribu orang menghinanya dan dia seperti akan lumpuh, tetapi dia ada kekuatan diri, yankin diri dan Allah menolong, dia telah terlepas dari gtuduhan buruk itu, iaitu dilepaskan oleh mahkamah.
Anwar Ibrahim diburukkan dan dituduh dua kalii kes liwat, liwat pertama dengan lelakin tua dan liwat kedua dengan lelaki muda. Syukurlah Allah Maha Kuasa telah menolongnya.
Ramai lagi orang UMNO . orang PAS dan parti - parti lain yang terkena tuduhan dan tohmahan. Ada yang lumpuh dan ada yang ditolong Allah.
Percayalah, hukum Allah akan tetap berlaku  atasa aaorang - orang yang memburuk - burukkan manusia dan orang Islam.
Saya berharap, Datuk Seri Shafie Afdal bersabar dan mengadulah kepada Allah. Kalau Datuk ditkdirkan jatuh, tidak ada seorang kawan dalam partinya akan menolongnya. Mereka akan lari
jauh, jauh, seperti yang menimpa Datuk Harun Idris, di Selangor, Datuk Hanafi ,di Kedah dan Datuk Mokhtar Hashim,Negeri Sembilan.



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

LAPANGAN TUNJUK PERASAAN

Saya berpendapat begini. Negara kita negara demokrasi. Ada ruang dan peluang kebebsan rakyat berfukir, bercakap dan memnulis.Hampir semu rakyat Malaysia berpelajaran, maka eloklah kerajaan pusat dan 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau lainj, mengadakan sebuah padang khas untuk orang ramai mengtadakan tunjuk perasaan, berpidato mencabar dan mengkritik Kerajaan dan lain.
Di London telah lama ada padang atau lapangan demikian.
Kalau kerajanan boleh adakan padang dalan lapangan lomba kuda, lomba kereta dan lain, apalah beratnya mengadakan pada atau lapangan untuk orang ramai tunjuk perasaan, berpidato dan lain.



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.



JIKA FATWA BOLEH DIBAWA KE MAHKAMAH 

Seorang kerabat diraja Kedah, Tunku Monsor Tunku Kassim berhubung pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) minggu lalu.
Beliau berkata, tindakan Kerajaan Negeri itu, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri sebenarnya telah menghina, merendah dan mencabar kedaulatan dan kewibawaan kuasa sultan dan raja sebagai Ketua Agama Islam negeri.
Pindaan ke atas enakmen itu memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.
-----------------------
Dalam sejarah Negeri Kedah yang tidak bertuolis, hanya diketahaui oleh mereka yang mengkaji sejarah, bahawa pada zaman sebelum Tanah Melayu merdeka dan hingga sepanjang masa TunkuAbdul Rahman mengetuai Kerajan Malaysia, para kerabat di raja Kedah, tidak menghiraukan fatwa mufti. Perkara ini diakui sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putraja.
"Depa tak fatwa mufti, depa minum arak ..., macam - macam lagi,"kata Tunku Abduol Rahman Putraq kepada saya.
Tunku Manson Tunku Kassim menganggap pindaan anekmen mufti dan fatwa oleh Dewan Undangan Negeri Kedah 'sebagaimenghina, merendah dan mencabar kedaulatan dan kewibawaan kuasa sultan dan raja sebagai Ketua Agama Islam negeri', sebagai tuduhan yang tidak diterima akal orang yang faham pengetahuan Islam, dan tidak nampak mencabar kedaulatan dan kewibawaan Sultan Kedah, tetapi memberi kekuatan kepda baginda sebagai ketua agama Islam negeri.
Kalau fatwa mufti boleh dbawa di mahkamah, boleh dipertikai dan boleh dicabar, maka, bermakna perkara itu menghina  sultan sebagai ketua agama Islam.
Saya tidak yakin orang ini faham akan tujuan kerajaan Kedah, tetapi yang ada, seperti beliau terpengaruh dengan sesuatu pendapat lain.
Lebih bahaya, jikan fatwa mufti boleh dikemukan dalam mahkamah dan akan wujud faktor mehinga   Uloul Al bab dalam Islam dan menghina kuasa Sultan Kedan sebagai ketua agama Islam di negeri baginda.


Berita ini dalak 'Sinar Harian',pada hari ini.

POLITIK

Sesiapa yang mendalami sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan negara ini, tentu masih ingat dalam minda, bahawa pada masa Ishak Haji Muhammad dan Dr Burhanuddin dari PKMM, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dri Hizbul Muslimin dan Dato ' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra berjuang mrenungtut kemerdekan, ramai orang golonga  ketuanan Melayu, para pegawai Melayu yang mendapat didikan institusi pengajian tinggi barat, para pro penjajah, orang - orang Cina dan India yang tinggal di Tanah Melayu, melaung suara serak parau ke langit zaman dan menulis dalam suara khabar di Tanah Melayu dan negara - negara luar, bahawa, jika Tanah Melayu merdeka dan diperintah oleh orng - orang dari parti - parti politik tersebut, dan utamanya UMNO, maka, semua rakyat di Tanah Melayu mati kebuluran, orang Melayu jadi papa kedana dan sebagainya.
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO - BN memerintah hingga pada masa ini, tidak ada seorang pun dari rakaya tnegara ini kebuluran kerana gtidak dapat makan, tetapi ramai yang mati kerana lebih atau banyak makan.
Begitu juga, pada hari ini, kalangan dari parti - parti politiik menentang PKR, DAP dan PAS mengulangi suara lama dengan tujuan untuk semua rakyat negara ini tidak dapat berfikir dengan bebas, iaitu jumud dan ikut secara jongos.
Sebenarnya, tidak ada parti politik yang berjuang untuk memerintah, bertujuan mempapa kedanakan negara dan rakyat.Semua parti politik adaorang bijak sana.Kalau mereka memrintah, Raja - Raja Melayu dan para pegawai dan kaki tangan tentap ada. Tidak masuk akal negara akan bankrap dan sebagainya.
Sepatuitnya, sesiapa sahaja individu dari parti - parti politik di negara ini, tidaklah berfkiran sesempit yang ada.
Saya tidak terfikiir, pemimpin seperti Dato' Sri Anwar Ibrahim dan sebilangan manusia dalama parti - parti pembangkang, sejahil, seperti yang dianggapkan




PANTUN ISNIN



Kuala Perlis  padi menjadi,
Padi huma atas daratan;
Jadi penulis jaga diri, 
Jadi manusia kuat fikiran.

Padi huma atas daratan, 
Buah getak atas batu;
Jadi mulia kerana tulisan, 
Maruah rosak tulis tak tentu.

Buah getak atas batu,
Batu kawi dari makkah; 
Allah tegah orang begitu,
Tentu diri tidak berkah.




KULLITAH AL QURAN DAN AL HADIS


            MANUSIA


Sesungguhnya, Kami (Allah) telah menjadikan manusia* dalam bentuk (rupa) yang sebaik - baiknya.
Kemudian Kami (Allah) kembalikan dia ke tempat yang paling rendah (serendah - tendahnya). 
- at Tin (buah tin):4,5.

* Allah menjadikan manusia (secara umum) dari hasil cinta berahi 
   pasangan suami isteri, iaitu dari sparma (air mani). Menurut 
   para ahli ilmu pengetahuan tetang manusia, bahawa setitik air 
   mani, adalah sama dengan sebanyak segantang darah.
   Maka, manusia yang dilahirkan Allah kedunia ini, ada yang baik - 
   taatkan Allah, agama Islam, ibu bapa dan dan berbudi bahasa - ,
   dan ada yang tidak baik - jadi penyamun, penjahat dan 
   sebagainya).
   Sebab manusia ajadi baik, kerana ibu bapanya. Ibu bapa yang 
   dan sebagainya.
   Sebab manusia jadi jahat, kerana ibu bapanya oarang jahat, 
   tidak taatkan Allah, minum arak, main judi, makan hasil rasuah 
   atau segala hasil yang haram dan sebagainya.
   Rupa manusia, walau macam mana bentuknya, dia adalah baik.
   Disukai mnanusia.Tetapi wajah yang cantik, jika digunakan untuk 
   menjadikan alat untuk menapatkan rezeki yang haram, maka, 
   manusia itu tidak baik.
   Manusia yang berwajah jelita, jika dia bersyukur kepada Allah 
   dan tidak memandang rendah kepada orang lain atau tidak 
   takbur atau ria,maka, wajahnya adalah sebagai nikmat mulia dari 
   Allah, maka, wajahnya sebagai teket uantuk dia masuk ke 
   syurga. Tetapi kalau sebaliknya, maka, wajahnya adalah teket 
   baginya untuk masuk neraka.
   Allah kembalikan manusia ke tempat yang paling rendah. Tempat 
   tu ialah lubang kubur - lubang bangkai manusia - tubuh akan 
   hancur, busuk dan sebagaianya. Tetapi rohnya kembali kepada 
   Allah dan dia akan diuji dengan berbagai ujian, uantuk 
   menentukan dia masuk syurga atau masuk neraka.
   Manusia lelaki dan perempuan akan mati - terlalu ramaia yang 
   telah mati - . Mereka yang mati:
         a - Susah atau derita pada waktu akan mati.
         b - Mati tidak mengucap dua kaliah syahadat.
         c  - Mati dsalam pujukan iblis atau syaitan.
         d -  Mati dengan senang, dalam resa Allah dan sempat 
               mengucap dua kaliamah syahadat. 
   Pada ketika dikebumikan; yang lelaki, kekasih atau isteri tidak 
   datang kekubur atau turun ke dalam lahad.Hanya tinggal di 
   rumah dan sedih di rumah. Rakan - rakan yang baik, hanya
   menambah banayak tanaqh dalam kbuar dan memijak tanah atas 
   kubur agar yang mati tisakj timbul lagi.
   Yang perempuan mati, kekasih atau suami datang ke kubur, 
   menolong menambahkan banyak tanah adalam kbur dan 
   memijak tanah atas kubur. Cinta atas kubur dan di bawah tapak 
   kaki kekasih.




                           PEMIMPIN


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi amaran kepada umat manusia:
Seseorang yang ditugas (diamanah) Allah untuk memerintah rakyatnya, kalau dia tidsak memimpin rakyat dengan jujur (adil, sama rata dengan tidak mengira parti politik dan sebagainya), nescaya dia tiak mendapat bau syurga. 
- Perawi: Ma'qil dan Imam Bukihari.

Sunday, April 22, 2012



Dari buku.

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADA

”Ghaja lain bolehle ampun..., tapi aku tak, hee, tak sior ngampun dosa oghang weh ..., dosa aku sendighi pun tak tertanggung ..., Aku ni, macam kate hikmat oghang Melayu, bior mati anak jangan mati adat (undang - undang)[1], Allah aje yang mengetahui ...,” titah Sultan Idris Shah.
Pada satu malam dalam bulan Puasa, telah berlaku satu kejadian  menggemparkan penduduk-penduduk di sekitar Bukit Chandan, kerana seorang remaja anak jirannya yang masih menuntut di sekolah menengah, terkena peluru dari senapang adik kepada Sultan Idris, Raja Ahmad Saifuddin bin al marhumSultan Alang Iskandar . Nama timang - timangannya, ialah Engku Tam.
 Perkara itu telah menjadi perkara atau kes polis. Sultan Idris Shah, adalah seorang raja pemerintah yang tegas dan berpegang kepada falsafah dan adat Melayu, iaitu, ’biar mati anak jangan mati adat’. Baginda tidak mahu campur dalam perkara itu, seperti menggunakankan kuasa Baginda membatalkan perkara tersebut. Adinda Baginda sendiri telah melakukan kesalahan, maka dia mesti dibicarakan dan terpulang mahkamah menentukan hukumannya. Berikut ini adalah tulisanku untuk sebuah surat khabar Melayu:
                ”Aku tak campur, cederakan orang, ...bunuh orang, aku tak boleh ampun, kerja Allah Taala...,” titah Sultan Idris Shah kepada adindanya, Raja Ahmad Saifuddin atau Engku Tam.
   ”Ghaja lain boleh ampun, tapi aku tak, ...hee, tak sior ngamun dosa oghang weh, dosa aku sendighi pun tak tertanggung ...., Allah aje yang tau ... Aku ni, macam kate hikmat oghang Melayu, bior mati anak jangan mati adat (undang - undang)[2], Allah aje yang mengetahui ...,” titah Sultan Idris Shah.

   Sultan telah bertitah kepada adindanya pada hari yang kedua setelah polis menjalankan penyiasatan ke atas Engku Tam kerana sabit dengan satu kejadian dia telah menembak seorang penuntut yang menjadi jirannya.
   Kejadian itu telah berlaku dalam  bulan puasa dalam tahun 1970-an, iaitu pada satu malam yang hampir dengan malam tujuh likur, penuntut itu bersama rakan-rakannya sedang bermain mercun dan panjut di halaman rumah mereka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
    Pada Malam itu Engku Tam sedang mengalami kerunsingan..... Dia telah mempunyai isteri pertama dari keturunan raja juga dan mempunyai beberapa orang anak.
    Setelah polis menjalankan penyiasatan,Engku Tam telah pergi ke Istana Iskandariyah untuk mengadap kekandanya, Sultan Idris Shah dan dia telah memohon kekandanya memberi pengampunan diraja sekiranya pada hari perbicaraan dalam Mahkamah Tengah dia didapati bersalah.
     Memang telah menjadi kelaziman kepada Sultan-Sultan di Tanah Melayu memberi pengampunan kepada saudara mara dan keluarga mereka kalau mahkamah mendapati mereka bersalah melakukan sesuatu perbuatan jenayah.
     Sultan Johor, Sultan Ismail pernah mengampunkan anaknya. Hakim yang membicarakan kes itu ialaha Hakim Raja Azlan Shah (kini Yang Dipertuan Agong) dan pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Tan Sri Salleh Abas (sekarang Tun).
 Sultan Idris tetap tidak mahu mengampun adiknya jika didapati bersalah.
 Pada masa itu Raja Arif Shah menjadi majistret Mahkamah Rendah Kuala Kangsar.
               Kerana perbicaraan atas Raja Tam akan diadakan di Mahkamah Tengah, maka Mahkamah Rendah Kuala Kangsar akan bertukar (sementara) menjadi Mahkamah Tengah dan Presidennya seorang Cina dari Pulau Pinang.
 Kira-kira seminggu sebelum perbicaraan dijalankan, Kadi Mahkamah Syariyah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zakaria bin Mat Dohor[3] menjemput saya datang ke pejabatnya kerana menurutnya ada perkara mustahak nak dibincangkan.
 Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS dalam kawasan Dewan Undangan Negeri- Belanja - , Parit, Perak.
  Saya telah tiba di pejabatnya dan saya mendapati Allahyarham Raja (Dato’) Hanif Shah bapa saudara Sultan Idris, Raja Arif Shah majistret (bapa mertua Sultan Idris) dan Allahyarham Ustaz Najmuddin bin  Haji Ahmad (Guru Pelawat agama sekolah-sekolah Kebangsaan daerah Kuala Kangsar).
 Sebaik-baik sahaja saya memberi salam dan mengambil tempat duduk di sisi Raja (Dato’) Hanif Shah, Haji Zakaria berkata, ” Ha, dia ni boleh beri fikiran.”
 Saya telah merenung wajahnya dan wajah-wajah di kiri kanan saya. Mereka merenung kepada saya.
  ”...apa, apa hal ni?” Saya bertanya.
   ”Begini...,”Raja Arif Shah bersuara.
   “...Tuanku titah kami cari jalan, macam mana nak buat,...ialah Tengku Tam yang nak bicara seminggu lagi,” katanya lagi.
   “Dia tu akan dituduh tembak orang, …mike bukan tak tau, kan mike yang tulis beritanya…?” celah
  Raja (Dato’) Hanif Shah.
  ” Macam mana, bicaralah..., kalau didapati bersalah Sultan  boleh ampun,” saya berkata dengan merendah kan suara.
  ”Itu benor, tapi Tuanku tak mau ampun...,Baginda titah, kalau Baginda ampun, dosa adindanya kepada Allah dan orang itu tak lepas juga,” kata Raja Arif Shah.
  ”Ia, itu betul, Engku,”saya membetulkan cakap majistret tua itu.
   Saya melihat Raja (Dato’) Hanif Shah menggaru-garukan kepalanya dan Haji Zakaria menggelisah.
   “Ini Sultan titah, Mokhtar...,”kata Raja (Dato’) Hanif Shah.
    ”Begini, kita sembahkan kepada Baginda, biar perbicaraan  tu dijalankan ikut Mahkamah Islam, ...kalau diyat, bayar sajalah...”kata saya.
    ”Ia, ia, ...jalan tu sangat baik, “kata Haji Zakaria.
    Raja Arif Shah Mengangguk. Raja (Dato’) Hanif Shah mengangguk dan merenung saya.
    “Tapi bolehkah mahkamah sekarang ni dijadikan Mahkamah Islam buat sementara?” saya bertanya kepada Raja Arif  Shah.
   “...itu, saya agak boleh, kita boleh berunding dengan Tuan Presiden, ...kalau Sultan mau, tentu boleh kerana Baginda Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini,” kata Raja Arif Shah.
  Pendapat saya itu telah diterima sebagai pendapat yang hak untuk menentukan kehendak Sultan Idris Shah.   
  Pada esokny, kami telah mengadap Sultan Idris Shah.
  Setelah Baginda mendengar pendapat kami itu,               
  Baginda setuju kes adindanya itu dibicarakan mengikut Islam dalam Mahkamah yang tidak bercorak Islam.
Apabila perbicaraan berjalankan, Haji Zakaria telah menjadi penasihat hukum Islam – qisas dan diyat -, kepada  Presiden Mahkamah Tengah, Ah Man Saw, manakala aku  berada dalam kamar hakim untun membantu Haji Zakaria.
Perbicaraan itu berakhir dengan mahkamah mendapati Engku Tam  tidak sengaja atau tertembak pemuda itu, maka dia telah dijatuhkan hukuman mengikut hukum Islam yang berdasarkan hukum dalam Quran, iaitu Engku Tam dikenakan membayar diyat. Pertimbangan yang telah dilakukan oleh Presiden dengan nasihat Kadi Haji Zakariah, Engku Tam dihukum dengan hukum diyatkan, iaitu dengan membayar tiga ekor unta atau sembilan ekor lembu atau wang tunai sebanyak nilai sembilan ekor lembu itu kepda mangsa.
Presiden Mahkamah yang bragama lain dari agama Islam itu, telah memberitahu Engku Tam dalam mahkamah, bahawa dia telah menjatuhkan hukuman ke atas Engku Tam mengikut agama Islam dan berdasarkan undang - undang hudud dalam kitab suci, alQuran, maka, Engku Tam mesti patuh dan tunai akan hukuman itu, kalau tidak, Allah akan membalasnya.
Engku Tam mengaku akan mematuhi undang - undang tersebut dan akan membayar diyat secepat mungkin.
                  ” ... itu ’daknya, kena bayar diyat ..., ikut undang - undang Islam ni baik, manusia yang kena perbuatan kita, puas hati..., dosa lepas,” titah Sultan Idrius Shah kepada saya.
                 ” Tuanku, inilah pertam akali perbicaraan cara Islam dijalankan di negeri kita ni, Tuanku,” kata saya kepada Sultan Idris Shah.
                ” ...bebenor ...,tetapi sebelum penjajah Inggeris dulu memang ada ..., Negeghi Perak pakai undang - undang  99, ada hukum hudud ada hukum mal , ” titah Sultan Idris Shah.
                 Baginda berpendapat, sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan manusia, seperti bunuh, mencederakan, merosakkan harta orang tidak boleh diampun oleh Sultan begitu sahaja, keran amacam mana ampun sekalipun, disa tetap tidak lepas.  
                Sultan Idris telah menolong adindanya, Engku Tam, iaitu dengan wang Baginda sendiri untuk membayar diyat .

(Cabutan dari buku Sultan Perak, ’Sultan Idris Shah dan saya’, yang akan terbit.)

[1]   Pada masa Persekutuan Tanah Melayu beloum mencapai kemerdekaan, Negeri Perak  telah guna - 
       paka Undang - Undang 99. Undang - undang  itu adat dan adat  itu undang - undang.
[2]   Pada masa Persekutuan Tanah Melayu beloum mencapai kemerdekaan, Negeri Perak  telah guna - 
       pakaiUndang - Undang 99. Undang - undang  itu adat dan adat  itu undang - undang.
[3]   Allahyarham Haji Zakaria, setelah bersara dari jawatan kadi, dia telah bertanding sebagai calon PAS 
      dalam kawasan Dewan Undangan Negeri- Belanja - , Parit, Perak.




PANTUN AHAD


Buah pinang buah belimbing,
Tiga dengan buah mangga; 
Sungguh seang beristeri sumbing, 
Walau marah ketawa jua.

Berderak - derak sangkutan dacing,
Bagaikan putus diimpit lumpang;
Begerak - gerak kumis kucing,
Melihat tiku bawa senapang.


Jemur bijan dengankulitnya,
Jemur di atas pohon lemboyang;
Hari hujan sangat lebatnya,
Namun si Pandir pengepit payung.*


* Pantun Melayu lama, di ubah suai.



KULLIAYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                      HIKMAH

Dianugrahkan Allah 'hikmah - ilmu penetahuan - (lefahaman mendalam tengang ajaran - ajaran Allah dlaam Quran) kepada sewsiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan sesiapa dianugerah hikmah (ilmu pengetahuan) itu , dia benar - benar telah dikurniakan dengan kurniaan yanhg banyak. Dan hanya orang  - orang yang bijaksana (intekektual) yang dapat memahami (firman Allah). 
- al Baqarah:269 


               IBADAT DITOLAK


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesiapa yang mengadakan model baru (tokok tambah bacaan dan amalan) dalam masalah agamaKu (Islam) yang tidak termasuk agamaku (tidakk berdasarkan dalil dalam Quran), maka cara ibadah itu ditolak (tidak diterima Allah). 
- Perawi: Imam Bukhgari dan Imam Muslim.

Saturday, April 21, 2012


POLITIKUS DAN ANUTANNYA

Pulitik,
Orang politik gelarannya politikus,
Bukan ‘tikus’,
Anut apa,
Islamisme Nasionalisme
Nasionalisme,
Komunisme,
Sosialisme,
Kapitalisme?

Bersih untuk apa?

Islam politiknya Islamisme,
Ketuhanan Maha Asa,
Quran dasar utamanya,
Kehidup ummah sejahtera,
Perpaduan semua insan seluruh alam,
Kemanusiaan sejagat.  

Nasionalisme,
Sebidang kenbes putih cuma,
Di tangan lemah, 
Simbahkan warna,
Merah, hijau biru dan apa saja,
Binasalah hakikat putihnya.

Komunisme,
Pemimpin dan rakyat sama rata,
Keadilan sesame manusia,
Tolak wujud Tuhan Maha Esa.
Allah tiada.
Hakikatnya, kufur atas segala kufur.

Sosialisme
 Laksana komunis jua,
Kerana kuasa manusia,
Keadilan manusia boleh pura - pura,
Tiada Allah dalam keyakinan mereka,
Cuma, manusia berkuasa atas manusia,
Muslimin dan mulimat akan lebur akhirnya.

Kapitalis,
Bahaya  atas ummah,
Kuasa individu atas segala rakyatnya,
Kekayaan manusia mendera manusia,
Perhambakan manusia,
Demi kepentingan sang kaya raya.
Kapitalis tidak tolak Allah,
Tetapi abaikanNya jika untungnya ada.

                                        Mokhtar Petah