‘Pada suatu hari, pada ketika saya sedang bercakap dengan
Datuk Abdullah Badawi di pejabatnya, di Menara Tun Razak,
Kuala Lumpur, tiba-tiba datang dua orang lelaki yang berpakaian
kemas. Mereka daripada golongan korporat di Kuala Lumpur.
Mereka kenal akan diri saya tidak tergolong dalam manusia-
manusia pengamal politik.
Dalam pertemuan dengan Datuk Abdullah Badawi kira-kira empat
puluh lima minit, mereka menawarkan bantuan kewangan cara
‘sponsor’ daripada orang-orang tertentu kepada beliau untuk
digunakan bagi menjalankan kempennya.
Saya yang turut serta dalam pertemuan itu dan biasa atau
berpengalaman dengan sikap kebanyakan tokoh-tokoh politik
nasional di negara ini; biasanya apabila seseorang menawarkan
wang kepada mereka, maka mereka akan bertanya, “Berapa…?”
Tetapi Datuk Abdullah Badawi dengan wajahnya yang senyum
ikhlas menolak tawaran orang-orang itu.
“…tak apalah. Biar saya bertanding tak guna duit, kalau Allah
Ta’ala berkehendak saya menang, saya menang juga..,” katanya.
Setelah orang-orang itu beria-ia benar hendak menolongnya,
beliau berkata, “…kalau nak tolong saya kempen saya terima,
tapi jangan duit.”
Dua orang korporat itu kelihatan termangu-mangu. Mereka saling
memandang antara satu dengan lain. Saya merenung wajah Datuk
Abdullah Badawi dan dalam detik-detik begitu saya teringat akan
kata-kata datuknya, Sheikh Abdullah Fahim[1] pada waktu
mengajar ilmu Hadis kepada saya dan rakan-rakan dalam satu
majlis di Kepala Batas pada 1954, bahawa orang yang makan suap
dan yang memberi suap akan dilaknat oleh Allah Ta’ala.
Menurutnya, hasil daripada sesuatu yang dilaknat Allah, seperti
wang dan harta benda adalah haram digunakan dan dibelanjakan
untuk membeli makanan.
Wang haram tidak boleh digunakan untuk melakukan ibadathaji,
sedekah dan amal jariah,men urutnya.
Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim men jelaskan, bahawa orang-
orang yang mendapat laknat Allah akan mendapat akibat seperti
berikut:
* Kalau dia kaya daripada hasil yang dilaknat oleh Allah
itu, maka kekayaan itu akan memalukan dirinya dan
akan menghinanya.
* Kalau dia memperoleh pangkat dan kedudukan, maka
pangkat dan kedudukannya itu akan menjatuhkan
dan dia akan menerima kehinaan di kalangan
Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.’[2]
Kisah di atas telah berlaku pada hari-hari menghadapi Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1990. Pada masa itu Abdullah Badawi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet kerana beliau telah disisih atau disingkirkan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Pada masa itu ada tokoh lain yang lebih penting daripada Abdullah Badawi. Seperti peribahasa Melayu, ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
Semenjak itu saya mula berminat untuk menulis sebuah buku tentang diri Abdullah Badawi. Pada firasat saya; beliau akan naik ke atas hingga menjadi Perdana Menteri Malaysia pada satu masa nanti.
MENYUARAKAN HASRA
UNTUK MENCEGAH
Sebaik-baik sahaja Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri negara ini, beliau telah menyuarakan hasratnya untuk mencegah dan membasmi perbuatan rasuah di semua kementerian dan jabatan kerajaan dan sebagainya. Di samping itu beliau telah melihat secara langsung ke dalam parti yang memimpin kerajaan,iaitu UMNO yang telah dinodai oleh perbuatan rasuah - politik wang – oleh sebilangan ahli-ahli parti itu di peringkat nasional,negeri,bahagian dan cawangan.
‘Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli
Mat Noor menganggap kegiatan membeli undi pada pemilihan
jawatan seuatu parti politik sebagai jenayah rasuah walaupun
tiada laporan dikemukakan kepada badan itu.’[3]
SANGGUP MELAKUKAN
RASUAH
Sesungguhnya, kalau penyiasatan dilakukan secara bersungguh- sungguh dan yang telah mengamal dan terlibat dapat berdiri sebagai seorang ‘manusia Islam’, relah ke hadapan, membuat laporan dan sebagainya, tentulah masalah itu dapat dilaksanakan.
Seorang ahli pemuda dari sebuah negeri pada waktu bertemu dengan saya, mengakui dia telah kalah dalam pertandingan merebut ketua pemuda bahagian,kerana dia tidak ada wang dan kalau ada wang pun tidak sanggup melakukan rasuah; yang menentang banyak wang. Pada hari diadakan
Sebenarnya, selagi individu-individu yang mengamalkan rasuah – pemberi dan penerima – tidak mempunyai iman yang kuat, akhlak mulia dan menghormati undang-undang dan takut kepada hukuman selagi itu sukar untuk menghapuskan perbuatan rasuah di negara ini.
ZAMAN SERBA
CANGGIH
Cara memberi dan menerima rasuah pada zaman serba canggih itu berbeda dari zaman lalu. Pada zaman lalau pada umumnya rasuah diberi secara berunjuk kepada penerima atau cara-cara lain yang mudah dikesan atau dilihat. Tetapi pada masa ini ada berbagai-bagai cara, di antaranya:
1. Memberi wang rasuah kepada penerima rasuah melalui orang tengah atau
wakilnya.
2. Memberi rasuah kepada penerima rasuah di padang atau kelab golf, iaitu
menghadiahkan satu uncang alat-alat golf dan dalam uncang itu dimasukkan
wang sogokan.
3. Memberi kad dan nombor pin mengeluarkan wang dari bank atas nama pemberi
rasuah atau orang lain kepada penerima rasuah dan penerima bolehlah
mengeluarkan wang itu mengikut kehendaknya.
4. Memberi wang kepada penerima rasuah dengan cara memindahkan wang melalui
bank perdagangan.
5. Penerima rasuah boleh menerima rasuah dengan cara memberi barang kemas atau
barang-barang lain di luar negara seperti England, Australia, Singapura dengan
menggunakan kad kredit pemberi rasuah atau pemberi rasuah memindahkan wang
MENGIKUT
HAWA NAFSU
Dalam Negara Islam dengan rakyatnya yang beragama Islam – beriman dan berakhlak mulia – mungkin dapat mengurangkan perbuatan rasuah, tetapi tidak dapat menghapuskannya, kerana manusia tetap manusia – lemah, mengikut hawa nafsu dan ada ketikanya manusia sanggup menentang hukum Allah. Perhati dan insaflah maksud firman Allah yang maksud berikut ini:
Apabila sahaja (ada yang) menyinggungnya,dia keluh
kesah.[4]
batasan (hukum). Disebabkan dia melihat dirinya
serba boleh.[5]
di antara kamu semua yang hendak maju atau
mundur ke belakang. Setiap diri tergadai kerana
perbuatannya.[6]
Setelah memahami maksud firman- firman Allah di atas, maka selain daripada tanggungjawab Badan Pencegah Rasuah menjalankan tanggungjawabnya membanteras atau
dalam perutnya berisi makanan haram.[7]
rasuah.[8]
[2] Mokhtar Petah, Datuk Abduah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat, 1997, Kuala Lumpur,
Pustaka Antara Sdn. Bhd. Hl.73, 74.
[3] Mingguan Malaysia,5 Disember 2004, hl.1.
[4] Al Maarij: 19, 20.
[5] Al ‘Alaq: 67
[6] Al Muddathir: 36, 37, 38.
[7] Hadis.
[8] Hadis.
No comments:
Post a Comment