Saturday, December 13, 2008

WARTAWAN


(sambungan dari minggu lalu)

Tiap – tiap wartawan hendaklah sentiasa menumpukan perhatian kepada manusia yang berbagai – bagai peringkat kehidupan dan ragaman.Dari mereka ada berita dan cerita yang manfaat kepada akhbar dan kepada umat manusia.
Semua manusia mahu mengetahui hal manusia lain.Misalnya, jika dalam Bandar Kuala Lumpur ada seorang berdua lelaki atau perempuan memakai terompah kayu, maka orang ramai akan hairan dan ramai pula yang ingin mengetahui bagaimana terompah itu dibuat dari kayu jenis apa pula dipilih untuk dijadikan terompah.
Orang ramai akan hairan dan ingin mengetahui sebab – sebabnya, jika sepasukan askar berkawal dalam bandaraya. Biasanya dalam bandar atau bandar raya polis yang mengambil bahagian berkawal.

LESUNG AIR
Begitu juga di kampung - kampung ada berbagai benda, kejadian,amalan dan sebagainya yang boleh menjadi bahan berita atau artikel untuk dibaca oleh orang ramai.
Mungkin orang ramai hari ini hairan, jika mereka melihat lesung air, iaitu Pada zaman silam – berakhir pada tahun 1941 - lesung untuk menumbuk atau mengisar padi yang banyak. Lesung itu menggunakan tenaga air. Ia dibuat mengikut cara lama atau teknologi kuno, iaitu menggunakan kayu, tali dan air.
Lesung itu boleh mengisar atau menumbuk padi hingga seratus gantang setiap hari. Tetapi pada masa ini lesung itu tidak ada lagi.

PEKEBUN GETAH
Mesen mengeping getah. Pada masa negara belum mencapai kemerdekaan, semua pekebun getah menggunakan mesen yang diperbuat dari besi untuk mengepingkan getah. Tetapi pada masa ini tidak digunakan lagi.
Contoh – contoh di atas adalah sebagai bahan yang boleh menarik orang ramai membaca tulisan seseorang wartawan atau penulis.
Penulis yang baik ialah yang dapat mengolah tulisannya untuk menarik minat pembaca membacanya.

PARA ILMUAN
Di sinilah terletaknya perbedaan antara pandai wartawan dengan pandai para ilmuan lain dalam menjalankan tugas menulis. Pada umumnya tulisan wartawan tidak menjemukan orang yang membacanya, tetapi tulisan para ilmuan – doktor, jurutera, pensyarah, profesor dan sebagainya – tidak menarik minat pembaca untuk membacanya dan menjemukan, walaupun isinya amat berharga.
Dengan bemikian berlakulah; tulisan wartawan dibaca oleh pembaca kerana minat mereka dan tulisan para ilmuan dibaca oleh pembaca kerana terpaksa membacanya disebabkan untuk kajian, pelajaran, peperiksaan dan sebagainya.
Untuk menjadi wartawan yang baik, maka anda patut mempelajari serba sedikit ilmu – ilmu ini, iaitu:

1 - Ilmu jiwa atau psaikologi.

2 - Adat resam sesuatu bangsa atau kaum.

3 - Ketabiban, pembomohan dan segala yang

bersangkutan.

2 - Keragaman dan sikap setiap pemimpin.

5 – Berbagai agama.

(bersambung kepada Sabtu 20 Disember 2008)

No comments: