Thursday, December 18, 2008

ISLAM HADHARI

MEMBANGUN UMMAH DI DUNIA DAN AKHIRAT

Oleh: Mokhtar Petah


Bacalah dengan nama Tuhan kamu, yang mencipta.

Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.

Bacalah, dan Tuhan kamu itu Maha Pemurah.

Yang mengajar dengan pena (tulis baca).

Mengajar manusia apa yang belum di ketahuinya.[1]

( Al Alaq: 1 – 5).

Pada tahun 610 M – tahun gajah, telah lahifr ke dunia, seorang bayi, Muhammad bin Abdullah – putera Arab Qurisy keturunan Nabi Ismail alaihis salam bin Nabi Ibrahim khalilullah. Kemudia menjadi utusan-Nya untuk memberi rahmat kepada seluruh alam maya.

Wahyu atau firman Allah yang awal seperti maksudnya di atas ini, telah diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Junjungan, pada waktu Junjungan sedang tahannuf atau mengheningkan fikiran dan beribadat kepada Allah, dalam Gua Hera, kira-kira 6 km sebelah utara kota Makah.

Firman Allah itu telah mengajar dan membimbing Nabi Muhammad s.a.w. dan manusia mengenai agama Islam – agama tauhid -, yang telah diwarisi dari Rasul-Nya, Adam alaihis salam. Dengan banyak perubahan yang bersifat evolusi dan revolusi kepada perubahan membangun peradaban umat manusia atau dapat diterjemahan dengan hadhari atau madani.

Agama Islam pada zaman para Rasul Allah sebelum Nabi Muhammad s.a.w., tidak bersifat hadhari atau madani, iaitu menuntut kehidupan dunia dan akhirat. Kerana pada awal kewujudan makhluk manusia atas muka bumi ini atau pada zaman Nabi Adam alaihis salam sampai kepada zaman para Rasul Allah Junjungan, agama Islam bersifat agama tauhid atau uluhiyah (ketuhanan) semata-mata.

Dalam buku-buku (suhuf) kepada Rasul-Rasul sebelum Rasul-Nya, Muhammmad s.a.w. atau sebelum al Quran, hanya ada arahan atau perintah yang menjuruskan kepada menyucikan diri, mengingati Allah, menghambakan diri dan menyembah-Nya. Buktinya seperti maksud dari firman Allah berikut:

Sesungguhnya beruntunglah orang yang

mensucikan diri.

Dan mengingati nama Tuhanya, dan

mengerjakan sembahyang.

Tetapi, kamu memilih kehidupan dunia.

Sedangkan hari kemudian itu lebih baik

dan lebih kekal.

Sesungguhnya, ini ada dalam suhu

(risalah-risalah) perbakala.

Suhuf (risalah-risalah) Ibrahim dan Musa.(Al Alaq: 1-5)[2]

Demikian juga dalam buku Injil (asli tanpa pindaan oleh musuh-musuh Islam) yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa Alaihis salam. Kerana demikian sifatnya, maka para pengunut Islam yang terpengaruh dengan mereka yang berpegang kepaada kitab Injil, hingga pada zaman ini mereka memisahkan agama Islam dengan politik dan segala aspek kehidupan manusia.

Elok saya catatkan di sini, pada hari-hari saya menulis buku biografi Kadir YusofPeguam Rakyat, saya telah bertukar-tukar fikiran mengenai Islam dengan Hakim Negara ini, Allahyarham Tun Sufian bin Haji Hashim, di pejabatnya, dalam Banaraya Kuala Lumpur, pada satu petang, pada tahun 1997. Dengan merujuk kepada dua tiga buah buku undang-undang, dia berkata, “…saya tak pernah belajar politik boleh dicampur dengan agama atau dalam agama ada politik. Agama tetap agama, agama Allah, …Allah menyuruh umat manusia beribadat dengan-Nya.”

Dalam negara-negara umat Islam yang agama Islam diubah suai dengan nafsu manusia dan politik semasa,terutama Negara-negara ayang mengamalkan peodalaisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan fahaman-fahaman kebendaan yang lain, telah wujud dalam perlembagaan atau undang-undang menegah atau melarang mengamalkan politik dalam Islam.

Manakala dalam Quran Allah telah menentukan arah atau hala tuju agama Islam dengan sifat takammul atau syumul,iaitu membimbing manusia kepada peribadatan atau pengabdian diri kepada Allah dan mengamalkan ‘maaruf’ yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia ini.

Agama Islam juga bersifat wasatiyah, yakni melalui jalan tengah, seimbang dan sederhana serta bersifat harakah, iaitu mempunyai daya gerak dan berkembang mengikut keadaan waktu tertentu.

Bimbingan-bimbingan dalam Quran di atas adalah terkumpul dalam dua faktor penting,iaitu:

a . Fardhu ‘Ain, iaitu amal ibadat manusia kepada

memperhambakan diri kepada Allah atau tauhid

dengan iman, taqwa,ikhlas dan ihsan.

Fardhu ‘Ain ini adalah menjadi ilmu dan amalan

Wajib atas tiap-tiap, individu lelaki dan perempuan

yang layak dan yang beragama Islam.

b - Fardhu Kifayah, iaitu amal ibadah yang tidak wajib

diketahui dan diamalkan oleh individu lelaki dan

perempuan yang layak sekiranya ada orang lain dari

umat Islam dalam kelumpuk atau negara yang telah

mengetahui dan mengamalkannya.

Imam Al Ghazali (Abu Hamid Al Ghazali meninggaal pada tahun 111M) dalam buku karyanya yang masyhur.Ehya Ulumuddin (kebangkitan ilmu-ilmu agama) telah menggariskan tentang Fardhu Kifayah, pada empat bahagian, iaitu:

1 - Usul (dasar-dasar, Quran, Sunnah, para sahabat dan

Ijma’ ulamak (golongan ulama dalam berbagai bidang

Ilmu pengetahuan).

2 - Furu’ (masalah-masalah cabang,seperti Fiqh, etika dan

pengalamam mistik.

3 - Ilmu pengetahuan, kaedah, ilmu syaraf, bahasa

Arab dan lain-lain (termasuki sains dan teknologi).

4 – Ilmu pengetahuan pelengkap,iaitu membaca,

menterjemahkan Quran, mempelajari prinsip-prinsip

ilmu Fiqh,penyelidikan biografi para perawi Hadis-

Hadis dan lain-lain (termasauk karang mengarang, kira

Mengira dan berbagai maklumat).[3] (Dr. Mahdi

Ghulsyani, The Holy Quran and Sciences of Nature,

1988).

Sebaik-baik sahaja Nabi Muhmmad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Yathrib - telah dibangunkan oleh seorang yang dianggap tali barut Yahudi, iaitu, Yathrib bim Mahlayil, dari Amalika. Dari tangannya orang Yahudi telah menakluk bandar tersebut dan kawasan sekitarnya. Kemudian dikuasai oleh orang-orang Yahudi Bani Qaylah dari golongan Ghazaan - , pada tahun 622M-1 Hirah Junjuangan dengan para sahabatnya telah membentuk Negara Islam di Yathrib (Madinah). Dengan terbentuknya Negara Islam, maka Junjungan telah merobah kedudukan umat manusia yang beragama Islam dan tidak beragama Islam dengan hala tuju Islam Madaniyah (maju atau moden), iaitu dengan berpandukan doktrin dalam Quran yang mencangkupi dua dasar utama, iaitu Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah.

Dengan dua dasar utama itulah, agama Islam yang bersifat Addin, iaitu, memperhambakan diri kepada Allah dan mengmalkan semua aspek kehidupan manusia atau berperadaban, seperti pertanian yang meliputi bercocok tanam dan ternakan yang memerlukan berbagai ilmu pengetahuan, antaranya sains dan teknologi yang berpokok pangkalkan dari Iqra.

Untuk hidup sebagai seorang Islam sejadi, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan umatg Islam menjalankan nperusahaan, pedagangan, Baitul mal (dana harta), pertahanan dan ketenteraan, perpaduan antara umat Islam dan antara umat Islam dengan umat bukan Islam.

Pada tahun 622 hingga 632M, bagi melicinkan pentabidran pemerintahan atau kedaulatan Republik Islam, maka atas nama Rasul Allah dan Ketua Negara Islam, Junjungan telah melaksanakan empat perkara penting, iaitu:

1 - Menyatukan warga asal Yatrib, iaitu golongan ansar (penolong Nabi

dan orang-orang Islam) dengan golongan muhajirin (pendatang Islam

yang berhijrah bersama Nabi ke Yathrib) dalam satu ikatan

Ikhwanul muslimin (persaudaran orang-orang Islam) dengan satu

Perjuanjian Baiatul Aqabah Thaniah (perjanjian Aqabah kedua).

Perjanjian itu oleh 73 lelaki dan 2 perempuan untuk memeluk agama

Islam, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para

pengikut Junjungan serta memberi kuasa kepada Nabi Muhammad

s.a.w. sebagai Rasul Allah dan Ketua Negara Islam mengambil alih

pemerintahan Yathrib dari golongan al Aus dan Khazraj.

2 - Menukar nama kota Yathrib kepada nama baru,iaitu Madinatul

munawwarah atau

kotaraya (bertamadun) dengan menentukan landsakapnya, pasar-pasar

dan kewajipan warganya.

3 - Menubuhkan masjid, iaitu Masjid Nabawi sebagai Pusat pendbiran

agama Islam dan politik atau sebagai sebuah parlimen bagi

pemerintahann Islam.

4 - Membentuk sebuah masyarakat warga negara yang majmuk, iaitu orang-

orang Islam Madinah dengan para warga Madinah yang terdiri daripada

bangsa Arab,Yahudi dan bangsa-bangsa lain dengan golongan Islam

dalam satu ikatan atau perjanjian yang dinamakan Sahifah Madinah

atau Piagam Madinah[4].(lihat: Kerajaan Mansuh

Kekebalan Raja Melayu, 1993)

Dari langkah evolusi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun-tahun itu telah memberi kejayaan kepada junjungan melaksanakan doktrin dari Allah dalam al Quran dengan mengadakan arah tuju agama Islama, iaitu Addin, agama Allah dan peraturan hidup umat manusia atau dengan pengertian madaniyah atau hadhariyah.

Pada masa Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Negara Islam Madinah dengan corak demokrasai terpimpin (dipimpin oleh Quran dan Sunnah), Junjungan telah terus menerus menerima wahyu dari Allah yang memperlengkapkan Islam sebagai addin, iaitu dengan hikmah atau limu pengethuan tentang cakarwala – bulan dan bintang-bintang, muka bumi - gunung ganang, tanah, sungai, lautan,dan segala macam hasil mahsul atas permukan bumi dan dalam bumi seperti tananam, haiwan, serangga, udara, zarah atau atom, besi, perak, emas, mutiara, permata dan berbagai hasil galian. Dan semua itu ada terangkul dalam ilmu pengetahuan sains, teknologi dan ilmu-ilmu lain.[5](lihat: Mokhtar Petah, Rahsia Dari Quran – Haiwan dan Serangga, 1956).

Konsep Islam Hadhari bagi Negara Islam Malaysia akan mencapai kejayaan dalam bidang pembangunan jasmani dan ruhani rakyat. Ia akan menjadi contoh kepada umat Islam di negara-negara lain. Dan negara ini, isnya Allah, akan kekal sebagai sebuah negara yang bertuah – makmur dan aman -, rakyatnya yang bersatu padu dan mendapat keredaan Allah, seperti maksud firman Allah dalam Quran:

Negara bertuan dan Tuhan Pengampun(mendapat

keampunan Allah): Saba:15.[6]

Huraian: Negara yang rakyatnya makmur dan aman dengan hasil mahsulnya serta mendapat keampunan dan keredaan dari Allah.Untuk mendapatkan negara yang demikian, mestilah ada pada pemimpin dan rakyatnya seperti 10 tunggak yang dikemukana oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, iaitu:ada faktor-faktor berrikut:

1 - Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

2 - Kerajaan adil dan beramanah.

3 - Rakyat brjiwa merdeka.

4 - Pengusahaan ilmu pengetahuan.

5 - Pembangunan ekonomi aeimbang dan komperhensif.

6 - Kehidupan berkualaiti.

7 - Pembelaan hak kumpulan minority dan wanita

8 - Keutuhan budaya dan moral

9 - Pemeliharaan alam semula jadi.

10 - Kekuatan pertahanan,

Negara yang berkonsep Islam Hadhari mustakah mengamalkan sepuluh tonggak di atas ini, jika tidak negara itu tidak akan mendapat keampunan dan keredaan dari Allah. Sesebuah negara yang tidak

mendapat keampunan dan keredaan dari Allah, akan ditimpa oleh beberapa keburukan di dalamnya.Di antaranya:

1 – Tidak wujud perpaduan yang ‘tulus ikhlas’ di kalangan rakyat jelata.

2 - Tidak wujud keamanan sebaliknya berlaku berbagai kemalangan dan

kekacauan.

3 - Walau pun hasil mahsulnya banyak hingga melimph ruah, tetapi

berkaedaan serba tidak cukup, ibarat ‘berselimutkan kain panjang lima;

tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terbuka’.

4 - Berlaku kejahatan, kecurangan, skendal termasuk perbuatan rasuah di

kalangan orang-orang yang berkuasa.

5 - Rakan-rakan dalam pemerintah dan di kalangan rakyat cenderong kepada

hidup berfoya-foya. dan sentiasa melanggar hukum Allah dan undang-

undang negara.

6 – Hasil mahsul negara dari bumi bereansur kekurangan; minyak dan air

kering, hasil galaian seperti emas, bijih timah, tembaga, perak dan

sebagainya beransur mersut.

7 - Rakyat golongan muda tidak cenderung kepada kebaikan atau

‘maaruf’,sebaliknya mereka cenderung kepada melakukan

kburukan atau ‘kemunkaran’.

8 - Keluarga berpecah belah, isteri menderhakakan suami hatta

menduakan suami.

9 - Anak-anak menjqdei bodoh dan terjerumus ke dalam kemaksiatan

dan kebinasaan.

10- Negara akan mengalam ke miskinan dan kemelaratan.

Perhatikan kepada negara kita, iaitu semenjak mencapai kemerdekaan hingga kepada tahun 2003; kemewahan atau kemakmuran berada depan mata kita, tetapi telah berlaku berbagai-bagai tradedi,kemusnahan, kemalangan, ketidakadilan dalam masyarakat, rasuah dan tidak amanah di kalangan sebilangan pegawai-pegawai Kerajaan,badan-badan berkanun dan sebagainya.

Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah Badawi, bukan satu mazhab baru.Tidak bercanggah dengan Islam yang dijunjung oleh PAS dan umat Islam. Ia sekadar suatu pengenalan tentang hala tuju kepimpinan beliau.

Islam Hadhari mempounyai persamaan dengan Islam atau Hadharah Rabbaniah seperti yang diutarakan dalam ucapan dasar oleh Presiden PAS, Allahyarham Haji Yusof Rawa, pada Muktamar Tahunan PAS Ke -33, di Kuala Lumpur, pada 10 April 1987.

Semua orang Melayu dalam PAS, UMNO, PKR dan di luar parti-parti politik tersebut adalah menganut Islam yang sama, iaitu Hadhari atau Hadharah Rabbani.

Insya Allah dengan adanya kesesdaran dari semua pihak dan masing –masing kembali kepada Islam dan berada dalam keadaan seperti Allah sentiasa di samping, maka negara kita dan kita semua tidak akan menuju kepada kemusnaha

(Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Dr Abdullah Badawi telah berucap dalam Majlis Islam Hadhari peringkat nasional yang bertajuk ‘Pengurusan Negara Islam’,di Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, pada 30 Januari 2004.Berikut ini adalah sedutan ucapan beliau supaya pembaca dapat meneliti akan kandungan ucapan beliau.-mp).

PEMBANGUNAN KERANA ISLAM

Apa yang kita buat hari ini, ialah pembangunan yang saya kira pembangunan yang cukup sesuai dengan pembangunan kerana Islam. Orang Islam mesti dibangunkan dengan memberi berbagai-bagai ilmu, kepandaian dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk hidup.

Ilmu adalah sumbar ilmu (hikmah) yang datang dari Tuhan. Manusia tidak mencipta ilmu.Manusia menerima ilmu dari sumber seluruh alam yang ada ini. Sebab itu al Quranul Karim,apa pabila diturunkan kepada Nabi Muhamamad s.a.w. yang pertama yang disuruhnya:Iqra (bacalah).

Bacalah dengan nama Tuhan Kamu,

yang mencipta.

Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.

Bacalah! Dia Tuhan kamu itu Maha Pemurah.

Yang mengajar dengan pena (tulis baca).[7]

Al Quran

Dan dalam, al Quran lebih banyak ayat-ayat yang ada hubung kait dengan kehidupan masyarakat, sains dan teknologi, pertumbuhan macam-macam yang lebih banyak daripada ayat-ayat yang khususnya ada hubungkait dengan aqidah, dengann yang hubung kait dengan hukum-hukum syarak, yang kita panggil undang-undang.Lain-lain perkara yang lebih banyak yang hubungkait dengan kehidupan manusia dan alam.

Jika dengan itu, kita mestilah dapat memahami dalam hal ini. Ini adalah perkara-perkara yang amat penting. Kita mahu akan itu semua. Bermula (yang utama) kita pastikan yang kita menguasai ilmu pengetahuana.

Pengetahuan

Ilmu pengetahuan itu sebenarnya ia tidak ada pilihan.Ia (ilmu pengetahuan) nak kata ilmu itu Islam atau tidak, iaitu tidak ada pilihan.Yang menentukan ialah kemudiannya. Kita panggil Ilmu Islam (Islamic knowledge) ataupun Christian knowlwdge (ilmu Kristian), ilmu Yahudi, ilmu Hindu atu pun ilmu China adalah hasil daripada mengamalkan dan ilmu itu mengikut etika.Nilai yang dianuti oleh orang yang mengamalkan ilmu itu. Misalnya dua orng murid atau pun lebih, seorang Islam dan yang lain tidak.Mereka sama-sama pergi belajar nak jadi doktor (perawatan dan perubatan).Semua sama, iaitu ilmu, alat-alat dan cara-cara peruabatan.Ilmu yang sama jika sama dimiliki oleh seorang beragama Islam maka jika dia (bekas mahasiswa)guna ilmu itu mengikut ajaran agamanya (Islam), maka amalan perubatan itu akan menjadi amalan perubatan Islam.Yang seorang lagi (tidak Islam), kalau nak ikut Islam, kalau nak ikut cara agamanya (Kristian), maka jadi amalan perubatan Kristian, tetapi (hakikatnya) ia adalah ilmu yang sama.

Misalnya nak gugur anak, haram.Jadi dengan itu, doktor beragama Islam tidak boleh menggugurkannya, tetapi di haruskan juga, dalam keadaan tertentu (rujuk kepada ilmu fiqh mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah).

Dilakukan

Dan apabila nak dilakukannya, maka caranya adalah sama dengan doktor bukan Islam yang mungkin tidak ada ketegahan untuk gugur (anak). Saya menggunakan kata ‘mungkin’, kalau Katholik (agama Kristian mazhab Katholik) tidak boleh, tetapi kalau yang lain, mungkin dibenarkan. Jadi amalan ini sudah berbeza, satu amalan perubatan Islam dan satu lagi tidak (Islam).

Saya pergi ke Institut Jantung Negara (IJM), Doktor Hassan, bila dia nak menyuntik (injection) saya, dia habaq (beritahu) pada saya, “Pak Lah, ini kita nak mulakan kerja, semua doktor dan pakar-pakar ada sini.Jadi kami dah buat elok dah, pada adat segala-galanya siap, cukup mengikut prosedur, tapi kita kena doa supaya kerja saya sempurna dan elok, tidak berlaku kesilapan, takut silap, kacau saya.”

Doa

Dia kata lagi, “…Pak Lah, Pak Lah doa supaya Pak Lah sihat balik dan rawatan ini berjaya.”

Saya pun doa, lepas tu dia bius saya, saya pun tidur lena, tidak sedar apa-apa.Jaga-jaga, semua dah selesai.

“Darah Pak Lah ni, kita guna balik, pasal apa darah tu suci, sudah bagi bersih, oksigen, kita buh balik dan tidak payah pinjam darah orang lain, tapi kalau tak cukup, kita pinjamlah, tak ada masalah,”kata Doktor Hassan.

Agama

Itu perubatan cukup sesuai dengan agama kita. Ilmu yang dia belajar sama dengan doktor-doktor lain yang bukan Islam.

Orang-orang Arab dan umat Islam pada zaman kemegahan dahulu, merekalah yang menjadi kumpulan paling gigih berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan orang-orang Yunani (Greek) kerana itu adalah ilmu.Ilmu Geometri adalah dari orang Greek. Algebra adalah dari orang Islam, iaitu Al Jabar. Itu Islam. Banyak yang orang Islam tambah dan gabungkan menjadi ilmu yang diamalkan oleh orang Islam pada masa itu.Yang (ilmu itu) menjadi pembangunan Islam cukup hebat dan cemerlang. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana tamadun.

Islam

Kehebatan Islam yang bergitu cemerlang yang telah menyumbang kepda tamadun dunia (the world civilization) bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Ilmu Ibnu Sina (kanun Ibnu Sina), buku itu diterjemahkan kepada bahasa Latin yang dijadikan satu teks – buku teks ilmu perubatan sampai akhir abad yang ke 19, …rasanya di Eropah.

Mereka belajar daripda kita.Maka pada masa Islam menjadi agung dengan para cendekiawan, para ilmuan, paderi dan rabi yang datang belajar di Cordova (Sepanyol), itulah ilmu yang mereka dapat daripada orang Islam. Mereka bawa balik ke Eropah dan dengan itu bermulalah satu pembangunan yang dikatakan pembangunan Eropah.

Eropah

Semenjak itu, Eropah terus meningkat maju, sehingga melebihi daripada dunia Islam yang ada pada hari ini. Manakala dunia Islam selepasa Cordova, Sepanyol (661 – 1030AD) terus menjunam.Kejatuhan itu disebabkan masalah dalaman masya- rakat Islam itu sendiri yang melemahkan mereka.Mereka tidak dapat menghadapi serangan-serangan dari orang-orang Kristian iaitu semsa perang salib.Kita sebenarnya guru,tetapi kita yang lemah.Mereka murid kita, mereka maju dan hari ini kita diprmainkan oleh mereka.Kita masih bergaduh sesama kita, macam mana kita hendak bersatu padu.

Seagai orang Islam kita msti menguasai ilmu. Tetapi kita melihat orang Melayu dalam arus kemajauan pendidi- kan banyak yang menyedihkan kita semua.Saya tak kata, tak ada yang cemerlang, ramai pelajar Melayu yang cemerlang, tetapi kalau tengok dalam satu kumpulan orang Islam (Melayu), banyak yang menyedihkan. Kita tak cemerlang macam orang lain.Kemajuan kita tidak setinggi atau seelok anak-anak Malaysia yang bukan Melayu.

Ekonomi

Ekonomi dibuat untuk semua tetapi kita masih lagi meng- harapkan bantuan subsidi dripada kerajaan.Seolah-olah, jika tidak ada bantuan daripada kerajaan, kita tidak boleh berjaya.Keyakinan untuk diri sendiri bersaing dengan kemampuan sendiri masih lagi kurang di kalangan kita. Jika keyakinan diri sudah cuku maka tidak akan ada yang jadi masalah.

Di sampingn itu, saya juga memahami, saya juga berpegang kuat ada tahap-tahap dan waktunya yang kita mesti membantu mereka yang kurang berkemampuan.Golongan orang Melayu masih dalam golongan ketinggalan dalam ekonomi.Mereka mesti dibangunkan, ditolong dan dibantu. Itu saya setuju.

Mereka

Bukannya saya ‘nak lepaskan’ mereka, tetapi dengan adanya kemudahan, kita harap mereka ini menjadi peniaga-peniaga atau pengusaha-pengusaha yang baik dan lebih baik sehingga sampai pada satu tahap mereka tidak perlu lagi kepada bantuan.Mereka boleh hidup dengan sendiri, bahkan mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Kita (orang Melayu) ada banyak perniagaan, tetapi berpakah syarikat yang bertaraf syarikat antarabangsa.

Bangsa

Kita semua tidak mahu menjadi umat Islam atau bangsa Islam yang hidup hanya berasaskan perkataan ‘cukuplah’, kerana hidup di dunia, tetapi akhirat lebih penting.Betullah itu, akhirat lebih penting, saya tidak pernah menafikannya, tetapi jangalah hidup di dunia ini melarat.Akhirat itu penting tetapi janganlah hidup di dunia ini jadi pengemis. Akhirat itu penting,tetapi janganlah hidup kita di dunia ditindas dan dimalukan serta dihina oleh orang.

Ini semua kita kena ingat kerana hasanah (kebaikan) dunia pun kita hendak hasanah (kebaikan) akhirat pun kita hendak.Kita hendak kedua-duanya sekali.

Keseimbangan

Tetaspi adakah kita mencapai keseimbangan di dalam kehidu- pan kita? Jika kita menjadi peniaga yang berjaya dan kita buat amal ibadat, sedekah dan lain-lain, adakah itu tidak termasuk pahala? Itu untuk akhirat juga, bukan hanya sembahyang atau puasa sahaja.Banyak lagi fardhu kifayah yang kita mesti laksanakan, ada juga pahala dan habuan kita untuk Hasanah (kebaikan) akhirat, Insya Allah. Jangan cuba memisahkan dua ini. Macama mana nak mencapai keduanya:

‘Buatlah baik sebagai mana Allah berbuat baik kepada kamu’.

Allah Taala buat baik kepada kita dan memberi bermacam-macam nikmat di dunia ini, banyak: ‘la tuh suha…’(kamu tiak boleh kira banyak mana…).Allah s.w.t berfirman dan maksudnya:

Dan Dia menganugerahkan sebahagian dari apa yang kamu minta; dan kalau kamu hitung nikmat Tuhan itu, nescaya kamu tiak dapat menghitungnya; sesung- guhnya manusia itu banyak

kesalahannya dan tidak mahu erterima kasih (bersyukur).[8]

Nikmat

Yang akan menyedari semua nikmat ini (nikmat Allah) adalah orang yang mempunyai ilmu. Dia tidak akan kenal nikmat Allah sebanyak-banyaknya, kalau orang itu tidak ada ilmu. Yang boleh makan, dia ingat tidak boleh makan.Yang tidak ada faedah, dia ingat ada faedah.Tanah yang subur tetapi tidak mahu mengusahakannya.Macam-macam dalam dunia ini yang Allah telah berikan.

Walaupun emas ada diperut bumi, tetapi jika tidak ada ilmu, dia ingat tahi bumi sebab ia warna lain. Kalau ada minyak pun dalam negara kita sama ada pesisiran laut atau di dalam bumi, kalau tidak tahu nak korek minyak, tak adalah!

Ilmu

Banyak lagi ilmu yang perlu dicari dan dipelajari. Kalau tidak, kita akan menjadi orang yang tidak bersyukur kepada Allah,tidak mahu hendak menggunakannya. Kita jadi miskin, tidak mahu hendak guna,kita jadai mundur atau tidak dipedulikan.

Apakah sudah ditakdirkan umat Islam mesti hidup dalam keadaan begitu? Ini bukann ditakdirkan oleh Aallah, tetapi kita sendiri yang tidka tahu hendaka menguruskan kehidupan kita sendiri. Ini yang kita bimbang. Kita buat benda berkaitan ICT, MSC atau multimedia, semua ada buat.Kita guna ilmu yang ada pada kita. Menggunakan apa yang kita ada unhtuk buat rangkaian telekomunikasi, komputer dan macam-macamm yang boleh. Ini adalah antara alat-alat hubungan yang Allah anugerahkan. Allah berfirman dalam al Quran, yang bermaksud:

Hai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku kaum, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah, ialah yang

lebih taqwa (memelihara diri dari kemungkaran atau kejahatan). Sesung- guhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengerti.[9]

Macam mana nak taaruf (mengenali antara satu sama lain), kalau kita tahu bahasa kita sahaja, bahasa orang lain kita tidak tahu. Nak hubungi dengan telefon, telefon tidak ada. Nak naik kenderaan, kenderaan pun tidak ada. Bukan setakat ‘sheikh’, ni ‘taaruf’(mengenali antara satu sama lain). Tidak.Hidup manusia yang ada tamadun, ramai mesti dapat dihubungi dengan cepat.Tetapi kalau tidak ada ilmu, tidaklah boleh buat semua ini…tetapi kalau tidak ada yang sedar nikmat ini, …tetapi mungkin ada yang sedar.

Ini adalah perkara yang perlu diambil kira untuk pembangunan, tetapi, ‘wala fil fasad, innallaha la yuhibbul mufsidin’ (jangan porak perandakan bumi ini, kerana Allah tidak suka kepada mereka yang buat kacau’ dan ayat itu juga ada di tempat (surah) lain, ‘wala tufsidu fil ardh…’, bagi saya,ia adalah ayat pembangunan”

DOKTRIN PEMIMPIN

Untuk memahami kandungan ucapan Dr Abdullah Badawi di atas ini, eloklah merujuk kepada sajak ciptaan beliau yang berjodol, ‘Aku Cari Damai Abadi’. Dalam sajak yang menjadi ‘doktrin pemimpin’ itu, terdapat:

( 1 ) Iman dan Taqwa; Dia Rabbi, Kitab Suci dan Sunnah Nabi.

( 2 ) Ijmak ulama penyambung Islam Hadhari atau Madani;

Al Ghazali dan As Shafie.

( 3 ) Falsafah Zuhud; Dialah teman,Dialah Wali,aku

hidup bererti dan damai abadi.

( 4 ) Akhlak mulia; Bukan harta bertimbun-

timbun, wang berjuta,hdiup bergaya,

hidup sekadar berfoya-foya.

Empat perkara dalam sajak Dr Abdullah Badawi seperti di atas, telah memdai untuk dijadikan pilot atau panduan bagi membina sebuah Negara Islam yang hadhari atau madani bentuk atau konsepnya.Sajak beliau itu telah menjadi ‘suara hati’ seorang yang selama ini memendamkan perasaan murni menghadapi ‘kekeliruan atau boleh dikatakan tidak wujud ke adilan hakiki’, pada beberapa hal dalam kerajaan dan individu-individu yang berpengaruh pada zaman sebelum beliau.

Pada masa yang lalu – beliau masih bertaraf Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri,sebagai seorang yang tinggi dan teguh dengan pendidikan agama Islam,tentunya beliau nampak akan sesuatu yang tidak sesuai dengan dasar atau cabang-cabang dalam agama Islam, kemanusian,kemasyarakatan dan akhlak mulia insniyah,tetapi beliau tidak dapat menentang semua itu dengan tangan dan perkataan,hanya dengan hati heliau Cuma.

Datuk beliau, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim dan bapa beliau, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi telah menggunakan perkataan ‘sabar’ dan ‘tawakal’ kepada Allah seperti wirid mereka pada setiap detik. Kesabaran dan ketawakalan kepada Allah itulah menjadi harta pusaka termahak dari mereka kepda Dr Abdullah Badawi.

Seperkara yang penting, walau pun beliau sedar, ‘katakan yang benar walaupun pahit’,lebih baik bagi seseorang yang beriman,kerana kata-kata itu bersifat ‘jihad’, tetapi beliau sedar; kalau diri ‘seekor kancil jangan menjerit depan harimau” dan kalau diri ‘seekor seluang jangan mengocah baung di lubuk’. Yang penting beliau sedar akan kata-kata orang tua-tua Melayu, ‘seperti mentimun dengan durian,menggolek kena dan digolek pun kena’.

Dalam ucapan Dr Abdullah Badawi di atas, kalau kita menapis dan menyaringnya, maka wujud dalamnya doktrin yang berpandukan firman Allah yang bermaksud; ‘baca tulis, ‘yang mengajar manusia dengan pena’ dan ‘ mengajar manusia sesuatu yang belum di ketahuinya’. [10]

Dr Abdullah telah menekankan dalam ucapannya mengenai pentingnya ‘ilmu pengetahuan,iaitu dari falsafah ‘baca tulis’ yang diajar oleh Allah kepada manusia menerusi Rasul-Nya, Muhmmad s.a.w. dan beberapa firman yang bermaksud:

Adakah sama orang-orang yang mengetahui ( berilmu) dengan mereka yang tidak mengetahui (berilmu).[11]

Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam.

Sesiapa yang menghendaki dunia (kehidupan) mesti ada ilmu, dan siapa yang perlukan akhirat mesti ada ilmu, dan sesiapa yang memerlukan keduanya, mesti berilmu.[12]

Dr Abdullah telah menarik perhatian umum ke arah Islam Hadhari yang sedang diperjuangkannya, iaitu betapa pentingnya ilmu pengetahuan sains dan teknologi untuk membangun sesebuah negara dan umat manusia. Beliau juga telah merujuk kepada para cendekiawan Islam zaman silam yang telah menimba dan

menyebarkan ilmu pengetahuan. Di antaranya Ibnu Sina atau Avicenna (980 – 1037M),iaitu ahli peruabatan.[13]

Beliau menyanjung umat Islam yang menunpukan diri masing-masing kepada ibadat atau akhirat semata-mata, tetapi beliau juga menyeru mereka, supaya mengubah cara berfikir kepada cara berfikir yang bersifat hadhari yang dapat menerima perubahan seperti yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. atau

melakukan amal maaruf yang menjuruskan kepada kehidupan dunia supaya memperolehi kemajuan atau berperadaban dan menuntut akhirat sebagai hamba Allah yang taqwa dan soleh.

Pada akhir ucapan Dr Abdullah Badawi telah mengingatkan umat Islam, terutama rakyat Malaysia, supaya tidak melakukan fasad (kerosakan atau kacau) atas muka bumi ini.

Meneliti seluruh ucapan Dr Abdullah Badawi, terdapat gambaran yang beliau ada perbedaan

pandangannya dengan pandangan pemimpin-pemimpin negara kita pada masa lalu.Kerana demikianlah,maka beliau dihormati oleh rakan-rakan dan diseganai oleh musuh-musuh politiknya.Padanya ada sikap mauizah dan hasanah.Secara ikhlas saya akui,bahawa beliau dipandang umum seperti sajak saya berikut ini:

Dari jauh kulihat dia;

dia seorang pemimpin.

Kudekati dia;

dia pemimpin dan bapa.

Kutemui dia;

dia pemimpin,bapa,

handai setia.

Oleh: Mokhtar Petah[14]

TIGA GOLONGAN UMAT ISLAM

Sama ada kita mempelajari dari al Quran, mahupun dari catatan sejarah hasil tulisan atau ukiran manusia, bahawa umat Islam pada masa Nabi Muhammad s.a.w. masih belum dilantik oleh Allah menjadi Rasul-Nya dan hingga kepada junjungan bertaraf Rasul Allah pada tahun pertama Hijrah, terdapat umat Islam pada zaman itu berada dalam tiga golongan yang utama.

1 - Golongan berfikiran jumud (beku).

Golongan penganut-penganut agama Islam yang berfikiran jumud (beku) atau berfikiran sempit.Kerana mereka berfikiran demikian, maka mereka mempunyai pandangan, bahawa agama Islam satu agama yang menjuruskan manausia yang menganutnya kepada peribadatan semata - mata atau hidup dengan membelakangi kesenangan di dunia dan hanya menumpukan kepada akhirat.

Masnusia-manusia dalam golongan itu kuat beribadat. Tidak cukup dengan sembahyang fardhu lima waktu, mereka menambahkan dengan berbagai-bagai jenis sembahyang sunat, wirid atau zikir dan ada yang melakukan khalwat atau beribadat di tempat-tempat sunyi atau bertapa.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pada zaman remajanya, iaitu zaman kenabiannya, telah didorongkan oleh Allah melakukan ibadat secara berkhalwat (bersunyi) dalam gua Hera atas gunung Nur (cahaya).Tetapi pandangan Nabi Muhammad s.a.w. tidak jumud, sebaliknya Junjungan berfikiran secara universal.

Kerana Nabi Muhammad s.a.w. akan dijadikan oleh Allah seorang Rasul-Nya dan pemimpin dunia,maka sejak pada masa kanak-kanak hingga kepada pada masa remaja, Junjungan telah melalui latihan amali, iaitu menjadi gembala kambing,berniaga atau berdagang dan berfikir dan bersabar atau tawakal kepada Allah.

Menjadi gembala kambing bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa

menerima petunjuk dan pertolongan dari Allah serta dikelilingi oleh para malaikat, beliau telah dapat pengajaran dari usahanya sebagai gembala kambing,iaitu:

a - Kelompok kambing berkeadaan sama dengan kelumpuk

manusia, disegi sukar dijaga; jika biarkan kambing

berjalan di hadapan,ia akan berjalan atau marayau merata-rata

di hadapan dan kalau dibiar ikut di belakang,akan tinggallah

merayau-rayau di belakang.

b - Kambing memakan rerumput dan dedaun yang mengandungi

khasiat atau ubat, penawar dan meransang nafsau

syahwat,tetapi mengenai mana rerumput dana dedauan yang

beracun atau memabukkan.Misalnya kambing tidaka makan

daun tembakau dan daun malakian.

c - Kambing tidak mempunyai disiplin diri apabila menghadapi

sesuatu yang digemarinya,seperti makanan, pertemuan antara

dua jenis jantina. Dan kambing menjadi makanan umat

manusia dan tentunya mustahak dalam bidang ekonomi –

perusahaan dan perdagangan.

Menjalankan perniagaan atau berdagang bagi pihak ahli perniagaan dan hartawan Siti Khadijah, iaitu sebelum mereka berumah tangga.Perniagaan itu telah memberi pengfetahuan dan pengalaman kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengenai urusan jual beli dan sebagainya.

Di antara orang-orang dari golongan jumud itu, ialah dari kaum Badawi yang tinggal di padang pasir.Mereka menjalani kehidupan secara tradisi, iaitu mengikut cara yang telah dilakukan oleh datuk nenek atau beberapa genarasi manusia sebelum mereka.

Kebanyakan orang-orang Islam pada zaman awal kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w.terdiripada mereka yang menganut agama Islam sebelum

Junjungan, misalnya agama Islam pada zaman Nabi Isa alaihis salam yang

memisahkan agama dari keduniaan.

Ramai juga orang-orang Islam yang berfikiran jumud tinggal di sekitar

Bandar Islam Madinah. Sekumpulan dari mereka yang dikenali dengan

kaum sufi yang tinggal di Masjid Nabawi sebelum berlaku berubahan Qiblat.

Mereka itu kuat beribadat tetapi miskin.

2 – Golongan berfikiran terbuka dan hadhari(berperadaban).

Penganut-penganut agama Islam yang berfikiran terbuka atau berkonsepkan madaniyah dan hadhariyah yang berpandukan al Quran dan as Sunnah telah menyertai Nabi Muhammad s.a.w. membina Negara Islam dengan melaksanakan pembangunan-pembangunan,di antaranya:

1 - Mementingkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang yang

diperlukan dalam kehidupan atau pelengkap dalam

meninggikan taraf hidup manusia di dunia ini semenjara

pulang ke akhirat.

2 - Memupuk akhlak mulia di kalangan orang ramai.

3 - Menjalankan perniagaan dan perdagangan antara Bandar \

Islam Madinah dengan negeri-negeri luar hingga ke negeri

China.

4 - Bergiat dalam bidang sains, seperti perubatan, biologi,

Tanam atau biotani dan dalam bidang teknolologi yang

sesuai pada masa itu, seperti peralatan dalam peperangan,

kepeluan harian dan sebagainya.

Golongan yang bersifat hadhari dan madani itu berlomba-lomba menuntut ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan mereak di bawah bimbingan al Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. dan mereka itu mengutamakan ilmu pengetahuan.Mereka berpegang dan mengkreatifkan ajaran Nabi Mhammad s.a.w. yang maksudnya seperti berikut:

Menuntut ilmu pengetahuan adalah fardu

atas tiap-tiap lelaki Islam.[15]

1- Golongan hipokrit atau munafiq.Golongan hipokrit atau munafiq terdiri

ndaripada orang-orang Islam.Pada tahun pertama Hijarah ada dua

pemimpin golongan hipokrit atau munafik; seorang pendeta bernama Abu

Umar yang tinggal di Sham dan mempunyai ramai pengikut di Madinah.

Seorang lagi bernama Abdullah ibni Ubai, pemimpin golongan

munafiq di Yathrib (Madinah). Pendeta, Abu Umar[16] dan pengikut-pengikutnya di Madinah melaklukan penentangan terhadap nabi, seperti gunting dalam lipatan. Nabi Muhammad s.a.w. bersama orang-orang Islam – Ansar dan Muhajirin mendirikan masjid di Quba, mereka telah mendirikan masjid kira-kira 4 km dari Quba. Allah telah menamakan masjid itu, ‘masjid dhirar (masjid bahaya). Allah melarang Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam sembahyang dalam masjid itu.Firman Allah yang bermaksud:

Mereka yang membangunkan mesjid kerana

hendak menimbulkan bahaya, kerana

kekafiran,kerana hendak memecah belahkan antara

orang-orang yang beriman dan kerana menyambut

orang yang dari sejak dulu telah memerangi

Allah dan Rasul-Nya (pendeta Abu Umar dan

pengikut-pengikutnya).Dan sesungguhnya mereka

bersumpah (mengatakan): Kami hanya menghendaki

kebaikan.

Dan Tuhan menjadi saksi. Sesunguhnya mereka

itu pendusta-pendusta.

Dan jangan berdiri (sembahyang) dalam masjid itu

buat selama-lamanya; sesungguhnya mesjid yang

didirikan atas dasar taqwa(mesjid Quba) sejak

hari pertama (didirikan) itu,lebih patut kami

sembahayang di dalam-nya. Di dalamnya ada

beberapa orang yang ingin membersihkan diri.

Allah menyukai orang- orang yang bersih.[17]

Golongan munafik di Madinah telah menimbulkan perpecahan dan huruhara di kalangan orang-orang Islam.Mereka itu musuh yang paling jahat kepada umat Islam.Mereka telah menyebarkan ajaran yang bebeza dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.,di antaranya:

(1) Orang Islam tidak perlu berilmu pengetahuan dan memajukan kehidupan mereka di dunia. Mereka itu cukup untuk beribadat kepada Allah semata-mata.

(2) Orang Islam boleh mengabaikan keimanan dan ketaqwaan serta berdolak dalik atau meringankan hukum –hukum Allah kerana mencapai kekayaan atau kemajuan hidup dunia.

Allah telah menjelaskan kepada umat Islam mengenai

keburukan orang-orang munafiq, seperti firman-Nya

yang bermaksud:

Orang-orang lelaki munafiq dan perempuan- perempuan munafiq,satu dengan yang lain sejenis (sama); mereka menyuruh membuat yang salah,melarang memnbuat yang baik dan mereka menggengge-am tangan (sangat kikir) mereka. Mereka melupakan Tuhan,sebab itu Tuhan melupakan merekapula.Sesungguhnya

orang-orang yang munafiq itu adalah orang-

orang yang jahat.[18]

At Taubah: 67.

Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam supaya memerangi orang-orang munafiq sama dengan memerangi oeang-orang kafir Madinah dan sekitarnya,sperti firman-Nya yang bermaksud:

Hai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka.Dan tempat mereka itu ialah dalam neraka jahannam dan buruklah kesudahan mereka.[19]

Tindakan yang mengejutkan, pada tahun yang ke 10 hijrah, dalam perjalanan pulang Nabi Muhammad s.a.w. dan angkatan tetera Islam dari ghazwah (tidak berlaku) Tabuk, junjungan memerintakkan dua anggota tentera Islam memusnahkankan mesjid dhirar yang telah dibina oleh golongan munafiq itu.

Golongan munafiq telah menjadi ‘makhluk perosak’ kepada masyarakat umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat atau Jemaah Menteri Junjungan. Tetapi apabila Firman Allah mengenai mesjid dhirar di umumkanh oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan tindakan Junjungan memerintahkan tentera-tentera Islam memusnahkan mesjid tersebut,tindak tanduk golongan munafiq menjadi dan bransur lumpuh . Walau bagaiamanapun, Yahudi tetap dengan sikap Yahudi, mereka masih bergerak secara sebersif.

Dapat kita pelajari dari firman Allah tentang mesjid dhirar dan tindakan Nabi Muhammad s.a.w. memusnahkan masjid terseb, bahawa pada zaman itu, orang-orang hiokrit atau munafiq paling

bahaya kepada umat Islam berbanding dengan orang-orang kafir yang berserta Junjungan di bawah perjanjian Sahifah Madinah (Piagam Madinah).

Rumah-rumah ibadat orang-orang agama lain dari Islam di sekitar Madinah tidak diperintah oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya memusnahkannya, tetapi mesjid orang Islam yang munafiq ditolak oleh Allah dan dimusnahkan atas perintah Junjungan s.a.w.

Sejarah mengajar kita, bahawa pada masa ini, sama ada dalam agama Islam dan perjuangan agama Islam, masyarakat dan parti politik serta kerajaan,bahawa orang – orang hipokrit atau munafiq adalah ‘makhluk perosak’ yang membahayakan. Mereka itu seperti anai-anai dalam sebuah rumah yang diperbuat dari kayu.

Dua dari kelaku- kelakuan kan buruk orang-orang munafiq yang membahayakan,ialah, melakukan perbuatan resuah – sama ada rasuah dalam jabatan kerajaan mahupun rasuah yang popular dengan nama ‘politik wang’ dalam parti politik. Orang-orang munafiq menghalalkan semua perkara yang diharamkan oleh Allah dan undang-undang Negara. Kalau mereka diberi kepercayaan memimpin Negara,maka Negara tidak akan mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah.

Di antara perangai atau sikap orang-orang munafiq, ialah:

1 - Suka memuji seseorang terutama pemimpin-pemimpin dengan cara

yang berlebih-lebihan.

2 – Di hadapan orang ramai dia sanggup mencium tangan hatta kaki

pemimpin.

3 – Percakapan banyak yang tidak benar.

4 - Suka mengumpat dan merendah-rendahkan atau menyalahkan orang lain

5 – Lebih mementingkan kebendaan dari perjuangan; misalnya,

kalau masuk parti politik kerjaan bertujuan mendapatkan kekayaan.

6 – Suka berbelanja dengan wang ringgit jika ada kepentingan diri, hingga

menyogok atau memberi rasuah kepada orang yang ada kepentingan

dengannya.

7 - Tidak berminat sembahyang dan ibadat-ibadat lain.

8 - Lebih suka kepada berfoya-foya dan mencari hiburan di tempat-tempat

maksiat.

9- Memperdayakan perempuan-perempuan cantik walupun isteri orang.

10- Bila makan keadaannya gelojoh dan banyak makan.

ggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg



[1] Al Alaq:1 - 5

[2] Al A’ala:14 - 19

[3] Dr. Mahdi Ghulsyani, 1988, The Holy Quran and Sciences of Nature - Falsafah Sains Menurut al Quran

(terejemahan),Badung, Penerbit Mizan,hl. 40-41.

[4] Mokhtar Petah, 1993, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, Kuala Lumpur, Art

Media, hl.20 – 32.

[5] Mokhtar Petah,1995,1 – Rahsia Dari Al Quran –Haiwan,Serangga dan

Manusia,

2 – Rahsia Dari Al Quran - Sains dan Seksologi, Selangor,Citakhdimat.

[6] Saba:15

[7] Al ‘Alaq: 1 – 4.

[8] Ibrahim:34

[9] Al Hujurat:13

[10] Al Alaq:1,3,4,5.

[11] Az Zumar:9

[12] Hadis, riwayat Ibnu Majah.

[13] Mokhtar Petah,2004, FALSAFAH KEPIMPINAN Dr ABDULLAH BADAWI,Kuala

Lumpur,Yayasan Amal Maaruf Malaysia,hl:6,7.

[14] Petah Wazzan Iskandar,2004, PERLEMBAGAAN UMNO,Kuala Lumpur,Yayasan Amal Maaruf

Malaysia, hl.iv.

[15] Hadis,riwayat Ibnu Majah.

[16] Selepas perang Hunain,dia telah melarikan diri ke Syria dan meninggal dunia di sana.

[17] At Taubah:107, 108.

[18] At Taubah:67

[19] At Taubah:73

No comments: