Wednesday, December 17, 2008

RASUAH

MENCEGAH RASUAH

Oleh: Mokhtar Petah

[Atas kegembiraan kami kerana Rang Undang - Undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat semalam, maka berikut ini kami menyiarkan tulisan Mokhtar Petah, dalam bukunya, Basmi Rasuah. Editor, Petah Shahrir Aidid.]

Di seluruh dunia, manusia yang menceburkan diri dalam bidang sosio-poilitik, sosio-ekonomi dan apa jua bidang termasuk sukan kenal dengan perkataan dalam bahasa Inggeris corrupat[1],bahasa Arab atau bahasa Quran, akkaalu dan bahasa Melayu, makan suap, tumbuk rusuk, politik wang dan duit bawah meja.

Di kalangan ahli-ahli perniagaan yang terdiri dari orang-orang China wujud pula perkataan- perkataan, ‘agong’(ertinya wang yang ada gambar wajah Yang Dipertuan Agong) dan termasuk dalam bahasa China, ‘ampau’(hadiah hari perayaan China) dan kautim (wang berunding).

Akta Mencegah Rasuah 1961 (semakan 1971), semua pindaan hingga Mei,1999 termaktub seperti berikut:

BAHAGIAN 1

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1 . Akta ini boleh dinamakan Akta Mencegah Rasuah,

1961.

2 . Dalam Akta ini melainkan jikan kandungan ayatnya

menghendaki makna yang lain - ‘egen’ ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja oleh atau bertindak bagi pihak orang lain, dan termasuklah seseorang memegang amanah, pentadbir awam, dan seseorang yang berkhidmat di bawah mana-mana badan awam, dan bagi maksud 14 termasuk seseorang kontraktor kecil dan mana-mana orang yang diambil bekerja oleh atau bertindak bagi kontraktor kecil itu;‘suapan’ termasuklah –

( a ) wang atau apa-apa pemberian,pinjaman, bayaran,

hadiah, cagaran berharga atau lain-lain harta atau

kepentingan harta walau apa- apa jenis, sama ada

boleh dialih atau tidak boleh dialih.

( b ) Apa-apa jawatan, taraf, pekerjaan, kontrak, atau

perkhidmatan, dan mana-mana persetujuan untuk

memberi pekerjaan atau perkhidmatan dalam mana-

mana jawatan;

( c ) Apa-apa bayaran, pelepasan, pembebasan atau

penghapusan mengenai mana-mana pinjaman,

kewajipan atau lain-lain tanggungan sekalipun, sama

ada keseluruhan atau sebagainya;

( d ) Apa-apa balasan yang berharga walau apa jenis, apa

diskaun, komisen, rebet, bonus, penolakan atau

peratus;

( e ) Apa-apa ketiadaan mendapat wang atau barang bernilai

atau benda yang berharga;

( f ) apa-apa bantuan, peruntukan, persetujuan atau

pengaruh, atau bantuan, peruntukan, persetujuan atau

pengaruh yang berupa-pura, dan apa-apa perjanjian atau

pendapatan, atau persetujuan atau percubaan

untuk mendapatkan apa-apa harapan,

pemberian, pinjaman, bayaran, hadiah, balasan atau

suapan dalam erti perenggan ini;

( g ) apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau keuntungan

yang lain walau apa jenis sekalipun, termasuklah

melindungkan dari apa-apa hukuman atau pelucutan

yang terjadi atau yang ditakuti atau dari apa-apa

tindakian, atau perbicaraan tatatertib atau jenayah,

sama ada telah dimulaikan atau tidak, dan termasuklah

menjalankan atau tidak menjalankan apa-apa hak atau

mana-mana kuasa atau kewajipan yang rasmi;

dan

( h ) apa-apa tawaran, usaha atau perjanjian mengenai

suapan dalam erti peranggan ( a ) sampai ( g );

‘kesalahan di bawah akta ini’ ertinya sesuatu kesalahan

yang boleh dihukum di bawah seksyen 3, 4, 5, 7, 8

atau 9 datermasuklah –

( a ) sesuatu percubaan melakukan kesalahan;

( b ) sesuatu persubahatan mengenai atau sesuatu pakat

jahat jenayah untuk melakukan (iaitu kehendak-

kehendak yang ditakrifkan

dalam kanun keseksaan) mana-mana kesalahan itu,

sama ada kesalahan itu dilakukan atau tidak oleh

sebabnya;‘kesalahan yang ditetapkan’ ertinya

sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah

seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214, atau 215

dalam Kanun Keseksaan atau seksyen 137 dalam Akta Kastam, 1967, dan termasuklah –

( a ) sesuatu persubahatan mengenai atau sesuatu pakat jahat

jenayah unhtuk melakukan (iaitu kehendak-kehendak yang

ditakrifkan dalam Kanun keseksaan) mana-mana kesalahan

itu, sama ada

kesalahan itu dilakukan atau tidak oleh sebabnya;

‘prisipal (pengetua)’ termasuk mana-manan majikan mana-mana orang

yang berkepentingan di bawah sesuatu amanah, dan mana-mana amanah

harta pusaka (seolah-olah iainya seseorang), mana-mana orang yang

berhak mendapat faedah dari harta pesaka si-mati, harta pesaka si-mati itu

(seolah-olah seseorang) dan, berkenaan dengan mana-mana orang yang

berkhidmat di dalam sesuatu badan awam, termasuklah badan awam itu;

‘badan awam’ termasuklah –

(a) Kerajaan Malaysia;

(b) Kerajaan sesebuah negeri;

(c) mana-mana jabatan, perkhidmatan atau usaha Kerajaan

Malaysia atau sesebuah negeri.

(d) mana-mana perbadanan, majlis, lembaga,pesuruhjaya

atau badan lain yang ada kuasa untuk bertindak di bawah

dan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang

berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya

berhubung dengan kerajaan tempatan, kesihatan awam

atau usaha-usaha mengenai kegunaan awam, atau sebaliknya

ada kuasa untuk mentadbir kumpulan-kumpulan wang

kepunyaan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, atau wang

yang didapati daripada kadar kadar,cukai atau bayaran-

bayaran men urut mana-mana undang-undang bertulis yang

berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya;

‘pegawai awam’ termasuklah mana-mana orang yang bekerja kekal atau sementara dalam sesuatu badan awam.

BAHAGIAN II

KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN-HUKUMAN

Hukuman kerana rasuah

3. Mana-mana orang yang dengan sendirinya atau oleh atau bersama-sama dengan mana-mana orang lain ­

(a) secara rasuah meminta-minta atau menerima atau bersetuju menerima untuk dirinya

atau untuk mana-mana orang lain; atau

(b) secara rasuah memberi, berjanji atau menawar kepada mana-mana orang sama ada bagi

faedah orang itu atau orang lain,

apa-apa suapan sebagai suatu dorongan kepada atau hadiah untuk, atau berkenaan dengan ­

(a) mana-mana orang yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa mengenai apa-apa jua perkara atau urusan, yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku;

(b) mana-mana anggota, pegawai, atau penjawat sesuatu badan awam yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa mengenai apa-apa jua perkara atau urusan, yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang mana badan awam itu ada bersangkut­paut, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Hukuman mengenai urusan rasuah dengan ejen

4. Jika - ­

(a) mana-mana ejen yang secara rasuah menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau mendapat atau cuba mendapat, daripada mana-mana orang, untuknya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya melakukan atau jangan melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan selepas berkuatkuasanya Akta ini, apa-apa perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya, atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya;

(b) mana-mana orang yang secara rasuah memberi atau bersetuju memberi atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya melakukan atau jangan melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan selepas berkuatkuasanya Akta ini, apa-apa perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya, atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara-perkara atau urusan prinsipalnya; atau

(c) mana-mana orang dengan mengetahui memberi kepada seseorang ejen, atau jika seseorang ejen dengan mengetahui mengguna dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau suratan lain yang mengenainya prinsipal itu ada berkepentingan, dan yang mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau cacat dalam mana-mana perkara penting, dan yang diketahuinya dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya;

ia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiJa disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Hukuman maksimum yang lebih berat dalam perkara-perkara tertentu

5. Seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, jika perkara atau urusan berhubung dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan itu adalah suatu kontrak atau cadangan bagi sesuatu kontrak dengan mana-mana badan awam, atau kontrak keci1 untuk menja1ankan kerja yang bersangkut-paut dengan sesuatu kontrak itu, bo1eh dikenakan denda tidak 1ebih daripada sepu1uh ribu ringgit atau penjara se1ama tidak 1ebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.

Penerima suapan menjadi salah walaupun maksudnya tidak dijalankan, dsb.

6. (1) Da1am mana-mana perbicaraan terhadap seseorang ejen atas mana-mana kesa1ahan di bawah seksyen 4(a) jika dibuktikan bahawa ia secara rasuah te1ah ­menerima, mendapat atau bersetuju menerima atau cuba mendapatkan apa-apa suapan dengan ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa suapan itu te1ah ditawarkan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya ia melakukan atau jangan me1akukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang berhubung dengan perkara atau urusan prinsipa1nya, ia ada1ah me1akukan suatu kesa1ahan di bawah seksyen ini wa1aupun ia tidak mempunyai kuasa, hak atau pe1uang untuk me1akukannya, memberi atau tidak memberi atau bahawa ia te1ah menerima suapan tanpa bermaksud me1akukan, memberi ;ltau tidak memberi atau bahawa ia sebenarnya tidak me1akukan, memberi atau tidak memberi atau bahawa kemudahan atau kepayahan itu tidak ada perhubungannya dengan pekara-perkara atau urusan prinsipa1nya.

(2) Da1am mana-mana pembicaraan terhadap seseorang atas sesuatu kesa1ahan di bawah seksyen 4(b) jika dibuktikan bahawa ia secara rasuah te1ah memberi, bersetuju memberi atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya me1akukan atau jangan me1akukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi apa-apa kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang dengan ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa ejen itu ada kuasa, hak atau pe1uang me1akukan, memberi atau tidak memberi dan bahawa perbuatan, kemudahan atau kepayahan itu ada perhubungan dengan perkara-perkara atau urusan prinsipa1nya, ia ada1ah me1akukan suatu kesa1ahan di bawah seksyen itu wa1aupun ejen itu tidak ada kuasa, hak atau pe1uang atau bahawa perbuatan, kemudahan at au kepayahan itu tidak ada perhubungan dengan perkara-perkara atau urusan prinsipa1nya.

Secara rasuah mendapatkan tender ditarik balik

7. Seseorang ­-

(a) yang, dengan niat hendak mendapat sesuatu kontrak bagi

me1aksanakan apa-apa kerja, menyediakan apa-apa

perkhidmatan, membuat apa-apa jua, atau membeka1kan

apa-apa barang, bahan atau benda, daripada mana-mana badan

awam, menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana orang

yang te1ah membuat tender untuk kontrak itu, sebagai suatu

dorongan atau hadiah supaya menarik ba1ik tendemya itu; atau

(b) yang meminta atau menerima apa-apa suapan sebagai suatu

dorongan atau hadiah supaya ia menarik balik sesuatu tender yang

dibuat olehnya untuk kontrak itu,adalah melakukan suatu kesalahan

dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih

daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih

daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.

Rasuah terhadap majlis perundangan

8. Mana-mana orang yang menawar\an kepada seseorang Abli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri, atau, yang menjadi ahli yang seumpama itu, meminta atau menerima, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah supaya ia melakukan atau jangan melakukan apa-apa perbuatan atau supaya memberi atau jangan memberi apa-apa kemudahan atau kepayahan dalam sifat jawatannya sebagai ahli, walaupun ahli itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa ia sebenarnya tidak melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa dorongan atau hadiah itu tidak ada perhubungan dengan perkara-perkara Parlimen atau Dewan Negeri, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tujuh tahun atau kedua-duanya.

Rasuah mengenai anggota badan awam

9. Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang anggota badan awam atau, yang menjadi seseorang anggota mana-mana badan awam meminta atau menerima apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau hadiah kerana ­

(a) anggota itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana

mesyuarat badan awam bagi menyokong atau menentang

apa-apa langkahan, keputusan atau soalan yang dikemukakan

kepada badan awam itu;

(b) anggota itu melaksanakan, atau tidak melaksanakan, atau

menolong untuk mendapat, mencepat, melengah, melambat atau

mencegah daripada melaksanakan, apa-apa tindakan rasmi;

(c) anggota itu menolong untuk mendapat atau mencegah daripada

meluluskan apa-apa undi atau pemberian mana-mana kontrak

atau faedah bagi pihak mana-mana orang; atau

(d) anggota itu memberi atau tidak memberi apa-apa kemudahan atau

kepayahan dalam sifat jawatannya sebagai seorang anggota,

walaupun anggota itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang

untuk melakukan, memberi atau tidak memberi, atau bahawa

dorongan atau hadiah itu tidak ada perhubungan dengan perkara-

perkara mengenai badan awam itu, adalah melakukan suatu

kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak

lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih

daripada tujuh tahun atau kedua­duanya.

Menghalang pemeriksaan

10. Mana-mana orang yang ­-

(a) enggan membenarkan mana-mana pegawai polis yang bertindak

melaksanakan kewajipannya di bawahAkta ini masuk ke mana-mana

tempat;

(b) menyerang, menghalang, melambat atau melengahkannya untuk dimasuki mana-mana tempat yang ia berkuasa masuk di bawahAkta ini atau semasa menjalankan'kewajipannya atau kuasa yang diberi oleh Akta ini;

(c) tidak mematuhi mana-mana permintaan yang sah dari seseorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipannya di bawahAkta ini; atau

(d) enggan atau cuai daripada memberi apa-apa maklumat yang

munasabah dikehendakinya dan yang ia berkuasa memberi,adalahah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Bersubahat melakukan kesalahan di luar Malaysia

11. Barang siapa bersubahat, dalam erti Kanun Keseksaan, melakukan di luar Malaysia mana-mana perbuatan berhubung dengan perkara-perkara atau urusan atau bagi pihak seseorang prinsipal yang mendiarni dalam Malaysia, yang mana jika dilakukan dalam Malaysia boleh menjadi suatu kesalahan di bawab Akta ini, sarna ada perbuatan itu dilakukan atau tidak oleh sebab subahat itu, hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu dan dihukum sewajarnya.

Kewajipan pegawai awam yang diberi atau ditawarkan suapan kepadanya

12. Seseorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, seseorang anggota badan awam atau pegawai yang diberi;dijanji atau ditawarkan kepadanya apa-apa suapan secara rasuah hendaklah seberapa segera yang boleh kemudiannya melaporkan pemberian, perjanjian atau tawaran itu, berserta dengan namanya, jika diketahui orang yang memberi, berjanji atau menawarkan suapan itu kepadanya, ke balai polis yang hampir sekali; dan jika ia tidak berbuat demikian tanpa alasan yang berpatutan ia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Bila penalti boleh dikenakan sebagai tambahan kepada hukuman yang lain

13. Apabila mahkamah mensabitkan mana-mana orang mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh kerana menerima apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, jika suapan itu adalah wang atau jika nilai suapan itu boleh ditaksirkan, maka mahkamah itu bo1eh, sebagai tambahan kepada mana­mana hukuman lain yang dikenakan kepada orang itu, memerintahkan ia supaya membayar sebagai penalti kepada badan itu dalam masa dan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu, sejumlah_ang yang sarna banyaknya dengan jumlah suapan itu atau nilai suapan itu, iaitu mengikut pendapat mahkamah itu, dan penalti itu boleh dituntut sebagai suatu denda. .

BAHAGIAN 3

KETERANGAN (KESAKSIAN)

Anggapan mengenai rasuah dalam perkara-perkara tertentu

14. Apabila dalam mana-mana pembicaraan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 jika dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah dibayar atau diberi kepada atau diterima oleh seseorang yang bekerja dalam mana­mana badan awam, suapan itu adalah disifatkan sebagai telah dibayar atau diberi dan diterima oleh secara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah seperti yang tersebut dahulunya, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Pernyataan yang diberi kepada polis boleh diterima

15. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan apa-apa pemyataan oleh seseorang yang dipertuduh, sarna ada pemyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sarna ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sarna ada dalam masa polis menjalankan penyiasatan atau tidak, atau sarna ada atau tidak kesemuanya atau sebahagiannya sebagaijawapan kepada soalan-soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai polis, sarna ada di terjemahkan kepadanya atau tidak oleh mana-mana pegawai polis yang lain atau oleh mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam penangkapan itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam pembicaraannya walaupun berlawanan dengan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pemyataan yang tersebut boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:

Dengan syarat bahawa pemyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan seperti yang terse but di atas ­–

(a) jika mahkamah berpendapat bahawa pernyataan itu telah dibuat oleh sebab sesuatu dorongan, ancaman atau janji berhubung dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang cukup pada pendapat mahkamah, untuk memberi orang itu alasan-alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu ianya akan memperolehi apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa bahaya keduniaan berhubung dengan pembicaraan terhadapnya itu; atau

(b) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas ianya ditangkap, melainkan jika malikamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberi" kepadanya dengan perkataan-perkataan yang berikut atau dengan perkat_an-perkataan yang bermaksud seurnparnanya: "Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan, sarna ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan".

(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang disebutkan dalam seksyen kecil (1) tidaklah terikat supaya menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kesalahan itu selepas diberikan mana-mana amaran seperti yang tersebut di atas itu kepadanya.

Keterangan mengenai adat tidak boleh diterima

16. Dalam mana-mana pembicaraan sivil atau jenayah di bawah Akta ini maka keterangan tidaklah boleh diterima untuk menunjukkan bahawa sesuatu suapan seperti yang disebutkan dalam Akta ini adalah ada kebiasaan dalam mana-mana profesion, perdagangan, pertukangan atau pekerjaan.

Keterangan mengenai sumber-sumber wang atau harta

17. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini at au mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan nyataan (perkara) bahawa seseorang dituduh ada memiliki, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, sumber-sumber wang atau harta yang tidak seimbang dengan sumber-sumber wangnya yang diketahui, atau bahawa pada masa kesalahan yang diperkatakan itu, ia telah menerima sesuatu pertambahan pada sumber-sumber wang atau hartanya, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, boleh diterima dan boleh dipertimbangkan oleh mahkamah sebagai keterangan menyokong bagi keterangan mana-mana saksi dalam pembicaraan atau siasatan itu bahawa orang dituduh itu telah menerima atau mendapat atau bersetuju menerima atau telah cuba mendapat apa-apa suapan dan sebagai menunjukkan bahawa suapan itu telah diterima atau didapati atau dipersetujui untuk diterima atau dieuba untuk mendapat seeara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah.

(2) Seseorang dituduh hendaklah, bagi maksud seksyen keeil (1), disifatkan sebagai memiliki sumber-sumber atau harta atau telah mendapat sesuatu pendapatan daripadanya jika sumber-sumber atau harta itu adalah dipegang atau pertambahan itu didapati oleh mana-mana orang yang, memandang kepada perhubungannya dengan orang yang dituduh itu atau kepada apa-apa hal keadaan lain, ada sebab bagi mempereayai ada memegang sumbet;-sumber atau harta itu atau telah mendapat pertambahan sebagai amanah untuk atau bagi pihak, atau sebagai suatu pemberian daripada, orang yang dituduh itu.

Keterangan rakan sejenayah

18. Walau apa pun hukum undang-undang atau undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang saksi dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan seperti yang disebut dalam seksyen 17, tidak boleh dianggap sebagai tidak boleh dipereayai kebenarannya semata-mata oleh sebab sesuatu suapan dibayar atau diserah olehnya atau bagi pihaknya kepada seseorang ejen atau anggota badan awam.

Pemeriksaan pesalah-pesalah

19. (1) Apabila dua orang atau lebih dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka supaya memberi keterangan sebagai seorang saksi atau saksi-saksi untuk pihak pendakwa.

(2) Mana-mana orang yang tersebut dalam seksyen keeil (1) yang enggan _engangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diambil tindakan terhadapnya dengan eara yang sarna seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh diambil tindakan undang-undang terhadapnya oleh Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, mana yang berkenaan. .

(3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberi keterangan di bawah seksyen kecil (1), yang pada pendapat mahkamah memberi penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya ia diperiksa dengan sah, adalah berhak menerima suatu perakuan perlindungan dari Majistret atau Presiden itu, mana yang berkenaan, menyatakan bahawa ia telah memberi suatu penzahiran yang sebenar mengenai semua perkara yang mengenainya ia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap segala tindakan undang-undang terhadapnya mengenai semua perkara yang tersebut itu.

Perlindungan bagi pemberi maklumat

20. (1) Keeuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, sesuatu pengaduan mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua pembicaraan sivil atau jenayah, dan tiada seorang saksi pun boleh diwajib atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan ia diketahui.

(2) Jika sesuatu buku, suratan atau kertas yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh dikenakan pemeriksaan dalam apa-apa jua pembicaraan sivil atau jenayah ada mengandungi sesuatu catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat disebabkan namanya atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan ianya diketahui maka, mahkamah di mana pembicaraan itu diadakan hendaklah mengarahkan supaya catatan-catatan itu cftsembunyikan dari pandangan atau dihapuskan setakat mana yang perlu untuk memperlindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada..itu.

(3) Jika dalam mana-mana pembicaraan berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas dari siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu telah bersengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan matan yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu atau yang ia tidak percaya sebagai benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di antara pihak­ pihak dalam pembicaraan itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya pengaduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan boleh menghendaki penzahiran yang penuh mengenai pemberi maklumat itu.

BAHAGIAN IV

KUASA-KUASA POLIS

Kuasa-kuasa bagi menggeledah dan mengambil

21. (1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difIkirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu temp at ada apa-apa keterangan mengenai berIakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, ia boleh, dengan waran yang diarahkan kepada mana-mana pegawai polis memberi kuasa kepada pegawai itu untuk memasuki temp at itu, dengan kekerasan jika perIu, dan di situ mencari, mengambil dan menahan apa-apa keterangan itu.

(2) Apabila didapati oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di sesuatu temp at ada disembunyikan atau disimpan apa-apa keterangan mengenai berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan dan pegawai itu ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab lengah bagi mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin kecewa, ia boleh menjalankan di tempat itu dan berkenaan dengan temp at itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen kecil (1) dengan langkah yang sepenuh dan seeukup seolah-olah ia diberi kuasa berbuat demikian dengan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen keeil itu.

Kewajipan di sisi undang-undang untuk memberi maklumat

22. Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai polis supaya memberi apa-apa maklumat mengenai apa-apa perkara yang pegawai polis itu berkewajipan menyiasat di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan dan yang orang itu berkuasa memberin3ra, adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu.

BAHAGIAN V

ATURAN-ATURAN BERKENAAN DENGAN PEGAWAI PENDAKWA RAYA

Kuasa-kuasa khas mengenai penyiasatan

23. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang lain, Pendakwa Raya, jika berpuashati bahawa ada alasan-alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu kesalahan di bawahAkta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, telah dilakukan oleh seseorang, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau lebih tinggi yang dinamakan dalam perintah itu untuk membuat sesuatu penyiasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa eara atau kaedah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. Perintah itu boleh memberi kuasa supaya disiasat apa-apa akaun bank, akaun syer, akaun beli, akaun belanja atau apa-apa akaun lain, atau apa-apa peti deposit selamat dalam mana-mana bank, dan hendaklah menjadi kuasa yang eukup bagi seseorang menzahir atau mengemukakan segala atau, apa­apa maklumat atau akaun atau suratan atau benda yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.

(2) Mana-mana orang yang tidak atau enggan menzahirkan maklumat tersebut atau mengemukakan apa-apa akaun atau suratan atau benda tersebut kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa-kuasa Pendakwa Raya untuk memerintahkan diperiksa buku-buku banker

24. (1) Pendakwa Raya, jika difikirkannya apa-apa keterangan mengenai berIakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, yang dilakukan oleh seseorang yang dalam perkhidmatan mana-mana badan awam mungkin dijumpai dalam mana-mana buku banker berhubung dengan orang itu, isteri atau anaknya, atau pada seseorang yang munasabah dipereayai oleh Pendakwa Raya menjadi ejen atau pemegang amanah bagi orang itu, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa atau lebih tinggi yang dinamakan dalam perintah itu untuk memeriksa apa-apa buku tersebut dan pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian boleh, pada setiap mas a yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa buku-buku yang disimpan dalamnya dan boleh mengambil salinan-salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana­mana buku itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini ­_

"bank" ertinya mana-mana bank yang berlesen di bawah Ordinan Bank, 1958, dan termasuklah Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan Bank-bank Simpanan Pejabat Pos, dan mana-mana syarikat kerjasama yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan syarikat kerjasama;"buku banker" termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam kelaziman urusan sesebuah bank.

Kuasa-kuasa Pendakwa Raya bagi mendapatkan maklumat

25. (1) Dalam masa sesuatu penyiasatan atau pembicaraan mengenai atau berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, yang dilakukan oleh mana-mana orang, walaupun berlawanan dengan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya boleh dengan notis bertulis ­

(a) menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu

pernyataan bersumpah dengan bertulis mengandungi senarai

semua harta yang boleh dialih atau tidak boleh dialih yang

dipunyai atau dimiliki oleh orang itu, ejen atau pemegang

amanahnya, dan oleh isteri atau suarni, anak lelaki dan anak

perempuannya, dan menyatakan tarikh bila tiap­tiap satu harta

yang disenaraikan itu telah diperolehi sarna ada dengan cara

pembelian, pemberian, pemberian wasiat, perwarisan atau lain­

lain;

(b) menghendaki mana-mana orang supaya memberi pernyataan

bersumpah dengan bertulis mengenai apa-apa wang atau

apa-apa harta lain yang dihantar keluar Malaysia olehnya dalam

masa apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis

itu;

(c) menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu

pernyataan bersumpah dengan bertulis mengandungi senarai

semua harta yang boleh dialih atau tidak boleh dialih yang

dipunyai atau dimiliki oleh orang itu, jika Pendakwa Raya ada

mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai

bahawa maklumat itu boleh membantu penyiasatan;

(d) menghendaki orang yang menjaga mana-mana badan awam supaya mengemukakan atau memberi, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa suratan atau suatu salin an yang diperakui mengenai apa-apa suratan yang ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya;

(e) menghendaki pengurus mana-mana bank supaya memberi salinan­salinanakaun kepunyaan orang itu atau kepunyaan isteri atau suami atau seseorang anak lelaki atau anak perempuan orang itu dalam bank itu.

(2) Tiap-tiap orang yang dihantarkan notis kepadanya oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen kecil (1), walaupun berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa sumpah rahsia, hendaklah mematuhi kehendak­kehendak notis dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya itu; dan mana-mana orang yang bersengaja cuai atau tidak mematuhi sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kesalahan-kesalahan

26. (1) Sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali dengan persetujuan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa seseorang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan itu boleh ditangkap, atau suatu waran bagi menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang yang ditangkap itu boleh ditahan dalamjagaan atau dalamjaminan, walaupun persetujuan dari Pendakwa Raya bagi memulakan pendakwaan atas kesalahan itu belum didapati, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga persetujuan itu didapati.

(2) Apabila seseorang dibawa ke hadapan mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya mempersetujui pendakwaan, pertuduhan itu hendaklah dihuraikan kepadanya tetapi ia tidak boleh diminta memberi jawapan atas pertuduhan itu, dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubung dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.

BAHAGIAN VI

LAIN HAL

Tanggunganwarganegara-warganegara bagi kesalahan-kesalahan di luar Malaysia

27. Peruntukan-peruntukan Akta ini, berhubung dengan warganegara­ - warganegara, hendaklah berkuat kuasa di luar dan juga dalam Malaysia; dan apabila sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, dilakukan oleh seseorang warganegara di mana-mana tempat luar Malaysia maka bolehlah diambil tindakan mengenai kesalahan itu seolah-olah kesalahan' itu telah dilakukan di sesuatu temp at dalam Malaysia di mana ia boleh dijumpai atau ke mana ia boleh dibawa oleh sebab sesuatu pembicaraannya kerana ekstradisi ke Malaysia dari mana-mana tempat luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa sesuatu pembicaraan terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menjadi pengh_ang terhadap pembicaraan yang kemudian terhadap orang itu kerana kesalahan 'itu juga jika kesalahan itu telah dilakukan dalam Malaysia hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap pembicaraan selanjutnya terhadap orang itu di bawah Ordinan Ekstradisi, 1958, mengenai kesalahan itu juga di luar Malaysia,

Membicarakan kesalahan-kesalahan

28. Walaupun berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sesebuah Mahkamah Sesyen atau, di Sabah dan Sarawak, Mahkamah Majistret Kelas Pertama, adalah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, 'dan mengenakan hukuman sepenuhnya bagi kesalahan itu.

Kesalahan-kesalahan boleh ditangkap

29. Tiap-tiap kesalahan di bawahAkta ini dan tiap-tiap kesalahan yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai kesalahan boleh ditangkap bagi maksud undang­undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubung dengan acara jenayah.

Prinsipal boleh menuntut balik jumlah pemberian secara rahsia

30. (1) Apabila apa-apa suapan telah diberi oleh mana-mana orang dengan melanggar Akta ini kepada seseorang ejen, prinsipal itu boleh menuntut balik jumlah atau nilai wang itu sebagai suatu hutang sivil, sarna ada daripada ejen itu atau daripada orang yang memberi suapan, itu dan orang yang dipertuduh itu sarna ada disabitkan atau dibuang bicara mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa sebagai suatu penghalang kepada pembicaraan bagi menuntut jumlah atau nilai wang tersebut.

(2) Dalam seksyen ini tiadalah apa-apa yang disifatkan sebagai menyentuh mana-mana hak yang mana seseorang prinsipal boleh menuntut apa-apa wang atau harta daripada ejennya mengikut di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau hukum undang-undang.[2]

Akta Rasuah di atas ini di segi kuat kuasanya sama dengan akta-akta lain seperti Akta Dadah Merbahaya, Akta Rompak atau Samun, Akta Penyeludupan, Akta Hakcipta dan berbagai-bagai Akta lagi, tetapi tidak semua dari rakyat atau orang ramai yang mematuhi atau menghormatinya bahkan melanggarnya dengan membuta tuli dan ada pula dengan ilomu pengetahuan dan bimbingan.

Menurut menyelidikan dan kajian, adapun sebab-sebab berlaku kejadian asuah dalam negra-negara seluruh dunia,adalah disebabkan unsur-unsur nagatif seperti berikut ini:

1. Orang Islam tidak beriman dan tidak takutkan dosa atau jahil tentang hukum

berkenaan.

2. Kerana hawa nafsu dan tamak atau haloba seperti kemewahan seperti peribahasa,

‘kancil meniru gajah berak besar’.

3. Kerana terdesak dalam kehidupan termasuak berhutang.

4. Kakitangan kerajaan melihat atau mengetahui menteri,pegarah dalam jabatan

kerajaan, pegawai-pegawai melakukan rasuah, maka mereka pun melakukan juga.

5. Kerana berjudi dan sdemua yang bersifat judi.

6. Kerana desakan isteri atau isteri-isteri yang tergila-gilan hidup mewah atau luxery.

7. Kerana melakujkan kejahatandengan perempuan, sama ada teman wanita atau

pelacur.

8. Terdapat penyamun melakukan samun kerana berpakat dan berpanggu pendapatan

dengan pihak polis.

9. Penyeludup berpanggu dengan pihak kastam dan pengedar dadah dengan pihak berwajib.

10. Peniaga dan penjaja dalam bandar ada ‘agong’ atau ‘kautim’

dengan pihak berkuasa perbandaran.



[1] Corrupt: Tidak berakhlak, terutama dari segi sexsually dan segala keburukan moral. Coprruptiom: sogokan, tumbuk

rusuk atau makan suap.

[2] Undang-Undang Malaysia, Akta Pencegah Rasuah RASUAH,1968, Kuala Lumpur, MDC Publishers Printers

Sdn.Bhd., hl. 1 – 15.

No comments: