Sunday, December 21, 2008

PAS DAN ISNTITUT JANTUNG NEGARA

Tangguh jual IJN kerana Kuala Terengganu?
Basiron Abdul Wahab
Sun | Dec 21, 08 | 7:52:33 am MYT

MARAN, 21 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau yakin penangguhan penjualan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Bhd ada hubungkait dengan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Januari depan.

Iklan

Katanya,PAS menentang sebarang usaha penswastaan IJN dan berharap kerajaan bukan sekadar menangguhkannya tetapi membatalkan terus hasrat untuk menjual IJN kepada mana-mana pihak.

"IJN adalah instutusi perubatan jantung milik kerajaan yang terkenal di seluruh Asia Tenggara dalam menyediakan kemudahan rawatan jantung yang ulung di negara ini,"ujarnya.

Baru-baru ini kerajaan didakwa akan menjual 51 peratus ekuitinya di dalam IJN kepada sebuah syarikat perladangan, Sime Darby Bhd.

Ekoran itu pelbagai pihak membantah rancangan penswastaan itu, kerajaan menangguhkan cadangan penswastaan itu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri najib Tun Razak kelmarin.

Antara tokoh yang menyatakan bantahan penswastaan IJN termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Timbalannya Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PAS awal-awal lagi membantah penjualan itu melalui kenyataan keras Ketua Penerangannya Mahfuz Omar.

Mohamad Sabu berkata, penswastaan IJN akan memberi kesan buruk rakyat justeru kerajaan tidak seharusnya memikirkan soal keuntungan semata-mata."

Tanpa penswastaan sekarang pun kos rawatan sudah mahal bagaimana pula jika diswastakan nanti," ujarnya ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival PAS Kawasan Maran dekat Chenor.Sementara itu Ketua Penerangan PAS kawasan Inderamahkota, Abdul Aziz Ahmad yang juga bekas pesakit di IJN berkata, kos rawatan di IJN tanpa diswastakan telah meningkat mendadak sejak beberapa tahun lalu.

Beliau percaya jika diswastakan nanti kos rawatan di IJN tidak akan mampu lagi ditanggung oleh majoriti rakyat negara ini."IJN akan menjadi pusat perubatan bagi golongan kaya manakala rakyat miskin yang mengalami sakit jantung akan terbiar dan menjauhi pusat itu," ujarnya. - mks._

(Berita ini dipetik dari Harakah Daily 21 Disember 2008)






No comments: