DI BAWAH NAUNGAN KA’ABAH
Oleh: Mokhtar Petah
Tahun seribu Sembilan ratus
“ …Ani, tak apalah, dah ayah, emak Ani tak sukakan saya…, apa boleh buat…, apa nak dikatakan lagi…, siapalah saya, Ani….”
“Apa cakap macam tu…, tak baik tau, sedih Ani….”
“ Ia, Ani, Azam pun sedih juga…. Tapi Azam kena cakap…, Azam nak Ani faham…”
“ …Allahu Akbar, ngapalah ayah, emak Ani tak sukakan Azam…, dia orang tu bencikan Azam…, benci sangat…”
“Al hamdulillah, itu hak ayah, emak Ani…,
“Azam ni.”
“ …macam nilah, Ani, kita kena korban…, kita kena rela…, reda….”
“ …rela…, reda…, maksud Azam, apa?”
“ …ia, kita kena rela…, kena reda…, kita berpisah…”
“Apa ni, Azam…, Azam nak tinggalkan Anike…?”
“Apa boleh buat, Ani ikutlah ayah, emak Ani…, biarkan saya …”
“Azaaam…”
Dah dua tahun kita…, kita bercinta begini…, sampai hati Azam nak tinggalkan Ani…”
“Bukan begitu, Ani…, bukan sampai hati atau tidak, tapi inilah bukti cinta sejati Azam kepada Ani…”
“Cinta sejati?”
‘Ia, cinta sejati…, berpisah bukan erti Azam tak cintakan Ani…, tapi…”
“Tapi apa, Azam?”
“…ia, cinta saya…, cinta saya kepada Ani…”
“…berpisah, cinta namanya…?”
“Ia, kita berpisah Ani…, jika Allah takdirkan…, insya Allah kita akan bertemu juga…, mana tau kuasa Allah. …Azam menanti Ani….”
Air mata Ani tumpah dari dua telaga matanya. Air jernih itu mengalir atas sepasang pipinya yang berlesung pipit. Air yang pekat itu luruh atas meja di hadapannya laksana butir–butir mutiara terlerai dari karangannya. Cair di situ.
Azam merenung wajah Ani. Gadis kesayangannya itu akan ditinggalkan sebentar nanti. Nekadnya murni amat; biarlah dia didera derita. Merana sepajang hayatnya, asalkan keksihnya mengikut kehendak ibu dan bapanya. Asalkan kekasihnya tidak menjadi mangsa sumpah dua orang tuanya.
Azam anak yatim piatu. Bapanya telah meninggal dunia, di Kuala Bekah, Selatan
Setahun kemudian ibu Azami menurut jejak bapanya ke alam baka. Perempuan itu telah meninggal pada waktu tidur. Tidak terdapat sebarang penyakit yang mengunyah dirinya. Mudah amat matinya. Di syurga perempuan solehah itu akan bermadu dengan bidadari bermata bola di syurga. Bidadari jelita. Lebih jelita dari dirinya.
Azmi anak yatim piatu. Anak kepada pejuang kemerdekaan tidak selamat tinggal di kampung halamannya. Gasatapo
“Azam belajar di sekolah agama, hafal Quran, belajar makana, tafsir Quran…, besar gunanya kepada Azam…,” kata Abu Samah kepada anak angkatnya.
“Kalau Azam pandai bahasa Quran, bahasa Arab…, Azam akan dapat banya ilmu…, kerana dalam bahasa Arab banyak ilmu pengetahuan…, bukan dalam bahasa Inggeris,” kata Abu Samah.
Azmi telah menyambung penajian tahfiz Quran dan syari’ah, di Maktab Quran dan Syari’ah Salleh Thani, di Padang Balam, Gombak, Bandaraya Kuala Lumpur.
Sharifah Ruhani anak kepada Syed Marzuki dan Sharifah Sa’adah Al Kaf. Mereka keturunan orang Arab dari golongan orang baik-baik di Yaman. Tetapi tidak ada kena mengena dengan kerabat Nabi Muhammad.
Sebagai gadis yang akan berhadapan dengan rumah tangga, Sharifah Ruhani telah belajar di Sekolah Urusan Rumah Tangga, di
Pertemuan Sharifah Ruhani dengan Azmi di takdirkan Tuhan secara kebetulan sahaja. Mereka telah bertemu di sebuah gerai pakaian haji dan lebai, di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Azmi sedang memilih ketayap putih yang akan dibelinya dan Sharifah Ruhani sedang memilih ketayap putih juga. Ketayap putih itu hendak dihadiahkan kepada jirannya, Lebai Musa yang kudung sebelah kakinya.
Semenjak pertemuan itu, mereka mengikuti denai-denai persahabatan yang tulus. Berapa bulan kemudian mereka sama-sama terkurung dalam kepompong cinta. Cinta seperti lautan tidak bertepi.
Syed Marzuki Al Kaf menjalankan berbagai perniagaan termasuk broker hartanah. Dia dan kekuarganya dari golongan elita Melayu. Tinggal dalam sebuah rumah di kampung Dato keramat.
Semenjak berpisah dengan Syarifah Ruhani, Azmi tidak pernah mengubungi gadis itu. Walaupun cintanya kepada gadis tersebut mendera dirinya, tetapi dia rela begitu. Dia mahu kekasihnya mengikuti kehendak ibu bapanya. Mungkin dia akan bersuamikan dengan seorang lelaki dari keluarga yang baik-baik. Golongan elit Melayu. Keturunan orang Arab mulia.
Setengah dozen pemuda telah masuk melamar Sharifah Ruhani. Semua mereka dari keluarga mulia. Golongan elita Melayu.
Dari bulan ke bulan. Tahun ke tahun. Syarifah Ruhani meniti usianya. Remajanya telah berubah kepada dewasa. Ketentuan ada pada mana–mana gadis yang lambat bersuami. Dia bergelar andartu – anak dara tua.
Seribu Sembilan ratus sembilan puluh.
Syed Marzuki Al Kaf bersama keluarganya telah berpindah ke sebuah banglo baru yang dibelinya, di kawasan lereng bukit, Taman Sri Makmur, Hulu Klang. Banglo–banglo di
Pada satu malam, Sharifah Ruhani gelah bermimpi; kekasihnya, Azmi dan dia bersama–sama mendaki Jabal Uhud, di Madinah. Di
“Kalian tak usah khuatir, jodoh kalian tak ke mana…, sabarlah…, ikut sabar Khadijah sebelum menikah dengan Muhammad Nabi Allah,” Syaidina Hamzah telah berkata kepada Sharifah Ruhani dalam mimpinya.
Pada tengah malam itu, Sharifah Ruhani bangun dari tidurnya. Dia mengambil air sembahyang. Berbagai sembahyang sunat dilakukan. Sembahyang hajat ditunaikan juga. Pada ketika dia berdoa kepada Tuhan Qudus, terlintas dalam mindanya wajah kekasihnya, Azam. Kepada tuhan diminta ditemukan dia dengan kekasihnya.
Sebaik-baik sahaja selesai berdoa, dia membuka kotak kayu jatinya yang disimpan dalam almari pakaiannya. Wajah Azam dalam kotak itu ditatap. Hatinya berharap; mereka akan bertemu jua akhirnya. Insya Allah.
Tahun dua ribu tujuh
Pada satu malam. Taman Sri Makmur, bukit bukau dan hutan rimba dalam kedinginan. Hujan lebat tidak berhenti- henti. Tanah bukit di bahagian atas berpuluh buah banglo dan rumah teres di taman itu mulai diredah air. Merekah. Rebak. Runtuh dan menghempap lebih sepuluh buah banglo dan rumah teres di situ.
Syed Marzuki dan isterinya yang tidur dalam bilik, di bahagian belakang banglo mereka telah mati tertimbus dalam timbunan tanah bagaikan banjaran Titiwangsa itu. Sharifah Ruhani yang tidur dalam biliknya terselamat kerana bahagian tengah dan anjung banglo itu tidak ranap.
Tragedi itu seperti kisah-kisah yang diceritakan Allah dalam Quran. Ujian atas umat manusia yang berdosa. Apabila bala datang, orang–orang yang tidak berdosa pun menjadi mangsa juga. Sama musnah.
Tahun dua ribu lapan.
Sharifah berjalan bersama rakannya telah melakukan ibadat umrah. Dari situ mereka berjalan masuk ke
Kira–kira tiga kali Syarifah Ruhani tawaf, dia terhenti di tengah manusia–manusia yang khusyuk. Hidungnya terhidu bau tubuh kekasihnya, Azam. Bau itu bau Azam. Bau yang dihidu pada tahun 1950-an dulu.
Seorang lelaki berkaca mata sedang berdiri di sebelah kiri Sharifah Ruhani. Bau Azam bertambah menarik perasaannya. Cintanya kepada Azam mulai kembang laksana bunga–bunga segar dalam taman.
“Assalam …, minta maaf …, ni Ani …Anike…?” suara lelaki berjubah hitam bertanya kepadanya.
“Ia, ia, Ani…, ni siapa…?” Sharifah Ruhani bertanya dan dua biji matanya di sebalik kaca mata tebalnya memandang lelaki itu.
“Masya Allah, Saya… , Azam…, Azam, Ani…,” suara Azam terluah mesra.
“Azam…, ia, Azam…, Azaaam…?” Sharifah Ruhani bertanya meyakinan dirinya.
“Ia, Azam…, Azam…,” suara Azam dalam germa suara manusia melaungkan nama Allah Maha besar. Labbaikallah…
Sesungguhnya, lelaki yang berdiri di hadapannya di bawah bayangan Kaabah itu, adalah Azam. Kekasihnya yang telah berpisah dengannya
Mereka berjalan menyelit di celah-celah kumpulan manusia yang sedang tawaf. Dari bawah bayangan Ka’abah itu, mereka keluar ke arah pintu Masjidul Haram.
Azam telah bermastautin di Makkah. Selain dari menjalankan perniagaan, dia mengajar di sebuah sekolah menegah agama Islam di Bandaraya Islam itu. Ramai penduduk bandaraya itu mengenalinya sebagai, Ustaz Azam Pattani Al Hafiz.
Pada malam itu, di sebuah rumah atas bukit tidak jauh dari Masjidul Haram – perkampungan orang Melayu Pattani - , teruna tua, Ustaz Azam Pattani Al Hafiz telah dinikahkan dengan gadia tua, Sharifah Ruhani.
Pada malam pertama, pada ketika Sharifah Ruhani lemas di daratan, dia berkata, “…abang, Ani nak tinggal di sini…, nak hidup dengan abang …Ani tak nak balik ke
No comments:
Post a Comment