la Nik Aziz bercakap pasal cinta
Oleh Hasbullah Ahmad
Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, "letihlah" sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.
Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.
Selepas majlis pelancaran, berpuluh-puluh penonton berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan beliau ke atas buku yang diterbitkan semula dengan ulasan beliau itu.Pemuda PAS cadang semua bergabung bantah PPSMI
KUALA LUMPUR 26 Dis: Dewan Pemuda PAS mencadang agar semua pihak yang membantah perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris bergabung bagi menghasilkan tindakan yang berkesan.Demikian kata Suhaizan Kayat (gambar), Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Pusat dalam satu kenyataannya kepada Siasah.
Tafsiran Tan Sri Aziz Abdul Rahman bahawa “maksud bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi” dalam Perkara 152 Perlembagaan negara turut merangkum bidang pendidikan sebagai bidang urusan rasmi negara. Undang-undang negara yang secara khusus dan secara terang-terangan dilanggar ialah Akta Pendidikan 1996 (Perkara 17(1)) yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan di negara ini.
Beratus-ratus bantahan telah dibuat melalui persidangan dan kenyataan media daripada pelbagai golongan seperti GAPENA, Kumpulan Perihatin, PKPIM, Dong Jiao Zong, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, UMNO Johor, Pemuda PAS dan lain-lain lagi.
Ramai individu pula telah memberi pandangannya termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Bin Yatim; Bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Muhammad Khair Toyo; Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Fuad Zarkasi; bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman; Bekas Menteri Pendidikan, Tun Abd Rahman Yaakob; bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hassan Ahmad Datuk Dr Zainal Kling; Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein; Prof. Dr Awang Sariyan dan ramai lagi.
Menurut Suhaizan, pihak kerajaan akan menggunakan semua kekuatan media dan akta-aktanya untuk menekan para pejuang ini dan tidak mustahil ISA akan digunakan.
Agenda Najib disekat?
Dari pembelian Eurocopter, pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu hinggalah yang terkini usaha untuk menswastakan Intitut Jantung Negara (IJN) kepada kumpulan Sime Darby Berhad disekat satu persatu.
Ekoran itu, ada yang berpendapat, Datuk Seri Abdullah semakin berkuasa dan besar kemungkinan akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac 2009 nanti.
Zahar Hashim serta 13 AJK bahagiannya sertai PAS
Kapten (b) Datuk Zahar Hashim, Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan bersama dengan 13 AJK bahagian dan 28 ketua Umno cawangan di bawahnya menyertai PAS Rabu 24 Disember lepas.(Berita - berita ini diambil dari SIASAH 26 Disember 2008)
No comments:
Post a Comment