Saturday, December 6, 2008

PAS SELANGOR

PAS TEGAS HUKUM HALAL HARAM, Dr.Hassan Ali

Pas Negeri Selangor telah bertegas atas pendiriannya mnengenai hukum dalam Islam; segala hukum halal dan haram dalam Islam, PAS tidak akan bertolak ansur dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Pesuruhjayanya, Datuk Dr.Hassan Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal ehwal Agama islam dan Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam, telah berkata, bahawa PAS terpaksa mengambil kira perjuangan partinya dan perjuangan Kerajaan campuran negeri yang ikut diterajui oleh DAP dan PKR.
"PKR dan DAP memiliki objektif parti masing - masing yang amat berbeza dengan PAS," katanya.
"Disebabkan perbezaan ini, kadang kala PAS terpaksa melupakan perjuangan asal(menegakkan negara Islam an melaksanakan hukum hudud) demi Negeri Selangor,"katanya lagi.
Ketegasan Dr. Hassan Ali dapat dibanggakan oleh semua ahli PAS yang masih berpegang teguh kepada perjuangan parti tersebut semenjak ditubuhkan pada tahun 1951.
Tetapi, menilaikan percakapan Dr. Hassan Ali, " ...terpaksa melupakan perjuangan asal demi Negeri Selangor", telah menimbulkan sangsi para pemerhati politik terhadap perjuangan PAS kini.
Hal itu ditambah pula dengan pandangan Mursyidul 'Am Pas, Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz yang PAS akan atau boleh membukakan pintunya kepada orang-orang bukan Islam untuk menjadi ahlinya.
Mungkinkah PAS Negeri Selangor akan berjaya meneruskan perjuangan asalnya atau sekadar dapat mempertahankan hukum haram dan halal dalam Islam sahaja?
Bagi penulis - penulis politik melihat PAS kini sedang mula hanyut kepada trend sekuler atau lebih mengutamaan kebenadaan dan keduiaan daripada memperthankan cita-caita sucinya menegakkan Negara Islam.
Kekhuatiran itu telah dibayangkan oleh penulis politik dan Ketua Editor Mingguan siasah, Encik Mohd. Sayuti Omar.
"Saya nampak PAS mulai hanyut dari perjuangan asal, kerana PAS sedang dipengaruhi oleh golongan yang bukan ulama,"katanya.
"Pendapat Datuk Nik Aziz untuk membuka peluang kepada orang bukan Islam menjadi ahli Parti itu nampak parti itu telah tersimpang dari perjuangan awal,"katanya lagi.
(mp)

No comments: