SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH
DAN BADAN KEHAKIMAN
Oleh: Mokhtar Petah
Pedana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan dua Rang Undang - Undang, iaitu Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2008 dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, dalam Dewan Rakyat, petang semalam.
Inilah buah tangan beliau yang amat berharga kepada negara dan rakyat sebelum beliau meninggalkan jawtannya sebagai Perdana Menteri negara ini, pada Mac tahun depan.
Beliau melaksanakan tanggung jawab besar itu dengan harapan semua rakyat yakin dengan kemampuan kerajaan menghapus rasuah dan pertahankan keadilan.
KEYAKINAN RAKYAT
Tegas Abdullah Ahmd Badawi, bahawa dua Rang Undang - Undang itu untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, menghapuskan tanggapan kononnya kerajaan tidak komited membenteras rasuah.
“Persepsi nagatif yang membelenggu kedua - dua badan itu memberi imej tidak baik, seolah - olah kerajaan langsung tidak komited membenteras rasuah dan membaiki imej badan kehakiman,” katanya.
Abdullah Ahmd Badawi yakin, dengan wujudnya dua rang undang – undang itu, tidak sahaja kerajaan akan dapat menghapuskan amalan rasuah dan menjulang nama badan kehakiman, bahkan dapat menjadikan negara ini bersih dari amalan tidak baik dan tidak adil.
AMALAN RASUAH
Saya melihat sejak negara kita mencapai kemerdekaan hingga pada hari akhir Tun Dr.Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, tindakan mencegah amalan rasuah di negara ini telah dijalankan dengan ramai pegawai yang bertanggungjawab, tetapi berkeadaan seperti ’suara naga, berjalan semut’.
Perkara tersebut disebabkan beberapa Perdana Menteri yang lalu ada sedikit sebanyak campur tangan dalam memberla orang – orang mereka yang melakukan amalan rasuah.
Kita tidak nampak secara jelas mereka memberi pembelaan, tetapi dilihat secara empat biji mata – dua mata di hadapan dan dua mata di belakang -, maka akan dapat mengetahui apa yang telah berlaku.
Dalam sejarah yang tidak dicatat, kejadian Menteri Besar Perak, Tan Sri Haji Ghazali Jawi (1957 - 63), telah ditangkap oleh pegawai polis atas kes rasuah, tetapi kes itu ditutup begitu sahaja kerana Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah campur tangan.
MENJADI DUTA
Haji Ghazali jawi tidak dihadapkan ke mahkamah. Sebaik- baik sahaja beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Perak, beliau telah dilantik menjadi duta negara ini ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Perdana Menteri Tun Abdul Razak dalam percakapan dengan saya pada tahun 1970-an, bahawa kalau hendak tangkap orang - orang yang melakukan perbuatan rasuah, habislah pemimpin - pemimpin UMNO di semua bahagian kena tangkap.
Saya tidak mengetahui sama ada beberapa Perdana Menteri kemudian telah campur tangan menghendarkan para VIP mereka yang rasuah, tetapi banyak kes penangkapan dilakukan ke atas para VIP politik menyebelahi kerajaan tidak sampai ke mahkamah.
IKAN BILIS
Tetapi kes rasuah yang berlaku di kalangan kaki tangan kerajaan – ikan bilis – sering sampai kepada mahkamah dan mereka dikenakan hukuman.
Kemudian terdengar beberapa cerita yang tidak rasmi, kononnya Peguam Negara mendapati kes itu tidak jelas atau tidak cukup bukti dan berbagai lagi.
Di kalangan Badan Pencegah Rasuah juga ada cerita tidak rasmi.Cerita yang diada - adakan, tetapi orang ramai boleh percaya, kononnya ada di antara pegawai - pegawai Badan Pencegah Rasuah menjadi alat – alat VIP dalam erena politik dan ekonomi atau mereka juga mengamalkan rasuah.
CINCIN BERLIAN
Misalnya, tidak lama dulu, ada khabar tersebar yang beberapa orang pegawai BPR menyiasat seorang Menteri Besar di sebuah negeri, dikatakan, isterinya telah membeli sebentuk cincin berlian berharga lebih RM1juta di Bandaraya London, pada masa mereka mengikuti Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi melawat ke sana.Tetapi cerita iu hilang begitu sahaja.
Pendeknya bukanlah Badan Pencegah Rasuah itu yang boleh dipersalahkan, tetapi ada di antara dari para pegawainya yang mengikut nafsu dan membelakangi tanggunggjawab, maka berlakulah tuduhan orang ramai kepada badan tersebut.
Begitu juga, bukan UMNO sebuah parti politik tidak baik, tetapi ada individu – iidividu penting di dalamnya tidak baik, misalknya mengamalkan politik wang kerana hendakkah kedudukan dan kuasa.
Demikian juga badan kehakiman. Sebagai bukti, elok kita rujuk kembali akan kes Tu Sellah Abbas dan beberapa hakim lagi.
Maka, dengan berkuatkuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2008 dan Suruhanjaya Perlantikan kehakiman, diharapkan negara tidak lagi menghadapi ‘anggapan buruk menenai pencegahan rasuah dan badan kehakiman dan keadilan’ pad amasa di muka.
No comments:
Post a Comment