Saturday, December 20, 2008

RASUAH

RASUAH BATAL IMAN PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 18 December 2008

Sample ImageKUALA LUMPUR: Orang Islam yang melakukan rasuah, memberi atau menerima bukan saja melakukan dosa besar tetapi turut membatalkan keimanannya, kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ab. Rahman Ab. Halim ketika perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Dewan Rakyat.

Beliau turut membacakan surah Al-Baqarah dan membacakan maksud hadis yang bermakna: “Allah melaknat orang-orang yang menerima rasuah dan memberi rasuah.”

Katanya, taraf korupsi ataupun mengambil rasuah dalam Islam dosanya sangat besar, sama tarafnya dengan memakan riba dan sebagainya serta tidak diampuni oleh Allah SWT dosa orang yang melakukannya sama seperti meninggalkan solat atau meminum arak. “Ini boleh diampun sekiranya mereka taubat dan mereka pergi haji yang dapat haji mabrur. Namun kalau dosa yang ada kaitan dengan manusia seperti melakukan jenayah, rasuah, riba dan sebagainya, ia tidak boleh diampun oleh Allah SWT walaupun dengan taubat nasuha dan juga pergi haji dengan haji mabrur 100 kali,” katanya.

Katanya, selama manusia yang terkena jadi mangsa itu tidak mengampunkan atau memaafkannya dia tidak akan dimaafkan. Segala pahalanya akan dibayar nanti kepada orang yang menjadi mangsa itu di hari akhirat nanti. Keturunannya juga adalah keturunan yang dilaknati oleh Allah SWT.

“Allah memberi amaran keras supaya orang yang beriman jangan mendekati, jangan mengambil dan jangan mengamalkan rasuah ini sama ada menjadi saksinya ataupun menjadi keraninya. Apatah lagi pemberi rasuah itu sendiri dan penerima rasuah sama ada dalam sektor awam ataupun dalam sektor swasta,” katanya.

(Berita ini dipetik dari laman web Mingguan Watan)


No comments: