Saturday, December 6, 2008

WARTAWAN

(Sambungan dri Sabtu lepas)

PEMBIMBING BUKAN PEROSAK

Oleh: Mokhtar Petah

Wartawan adalah orang yang termasuk dalam golongan manusia pembimbing. Pembimbing masyarakat, pemimpin Negara dan mereka yang bertanggungjawab atas negara dan orang ramai atau massa antarabangsa.
Pada masa ini wartawan boleh menulis sebebas mungkin (tetapi mestilah beretika dan menghormati dan mematuhi undang – udang sesebuah negara),kerana selain dari surat khabar, majalah, radio, televisyen dan sebgainya, ada lagi saluran atau bidang yang boleh menyebarkan maklumat, iaitu ienternet, bolg dan laman web.
Internet, blog dan laman web boleh dimiliki oleh wartawan itu sendiri. Wartawan boleh menulis apa sahaja yanjg difikirkan bersifat human intrest
MEMBERI BIMBINGAN.
Setiap wartawan hendaklah mengirakan diri mereka itu pembimbing. Tulislah segala perkara yang boleh memberi bimbingan kepada manusia – dari ketua pemeringtah hingga kepada rakyat jelata yang bertraraf buruh dan sebagainya.
Jadikan tulisan anda itu sebagai madat bagi para pembaca. Kalau para pembaca tidak dapat membaca tulisan anda dalam sehari atau seminggu, dia akan rasa gelisa dan rasa sesuatu yang tidak cukup pada dirinya.
Bila menulis,gunakan fikiran yang kreatip, indahkan jalan bahasa. Hisakan dengan pribahasa, kata-kata hikmat dan sebagainya.Di samping itu masukkan kritikan anda di dalam tulisan itu dan biar orang yang membaca tulisan anda seperti ‘ siapa makan cabai terasa pedasnya ‘ atau pembaca rasa mahu membetulkan dirinya.
BEBAS MENGKRITIK
Apabila menulis sesuatu kajadian atau peristiwa gunakan orang – orang tentetu sebagai jurucakap dari fikiran anda sendiri. Jangan masukkan fikiran anda dalam berita yang anda tulis. Tetapi masukkan ke dalam orang-orang tertentu dan kemudian percakapan orang itu anda masukkan ke dalam berita anda.
Dalam negara demokrasi wartawan bebas mengkritik – tetapi ada juga negara demokrasi ada juga sekatan; iaitu tidak boleh mengkritik Raja yang memerintah atau ketua negara – segala perbuatan, tindak tanduk dan sesuatu yang dijalankan atau dilaksanakan oleh pemimpin negara dan pemerintahan.
Mislanya, anda boleh mengkritik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis sesebuah negara mengenai mengedaran dadah dalam negara itu.
Kritisk tentang mengapa dan apa sebab musababnya dadah masih banyak diedarkan di mana - mana di seluruh satu - satu Negara itu, sedangkan boleh dikatakan setiap hari dan minggu Perdana Menteri, Menteri Dalam negeri dan Ketua Polis Negara bercakap hatta melaung akan kata-kata untuk membasmi dadah.
SECARA SULIT
Kritik akan kemungkinan kelemahan Menteri Dalam Negeri, kelmahan Ketua Polis Negara itu atau kerana ada sebilangan pegawai dan anggota politis negara tersebut secara sulit bekerjasama dengan para pengedar dadah. Misalnya seperti yang berlaku di Amerika Selatan dan beberapa Negara di dunia ini.
Kritik kelemahan mereka itu dan beri dorongan bagi mengatasi masalah dadah.
Demikian juga dengan perbuatan rasuah dalam sesebuah Negara. Dan system politik sesebuah negara dan cara pemerintah sesebuah negara tidak memberi penumpuan kepada keadilan kepada massa.

(besambung pada Sabtu depan).

No comments: